You are on page 1of 3

TOPIK : HUKUM PENAWARAN

TAJUK : PENINGKATAN PENAWARAN PELITUP MUKA DI MALAYSIA

Semenjak pemakaian pelitup muka menjadi norma baharu kehidupan seharian kita,
penawarannya di negara kita semakin meningkat. Sekarang, pelitup muka boleh didapati
dengan mudah di mana-mana sahaja.

IDEA : Peningkatan Kes Covid-19 di dalam Negara

Pandemik COVID-19, juga dikenali sebagai pandemik koronavirus 2019. Wabak ini


pada mulanya dikesan pada pertengahan Disember 2019 di bandaraya Wuhan, China dan telah
diiktiraf sebagai pandemik oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada 11 Mac 2020.

Virus ini kebanyakannya menular antara seseorang titisan pernafasan daripada batuk
atau bersin. Oleh itu, langkah-langkah pencegahan yang disyorkan termasuk membasuh tangan,
memakai penutup hidung dan mulut, mengekalkan jarak dan pengasingan diri selama 14 hari
untuk orang yang mengesyaki mereka dijangkiti.

Malaysia yang kini mengalami gelombang kedua Covid-19 telah membimbangkan


rakyat sehingga mendorong permintaan pelitup muka di pasaran. Barisan panjang orang ramai
di luar farmasi dan pasaraya bagi mendapatkan bekalan pelitup muka sering diperkatakan.
Tambahan pula, langkah kerajaan yang mewajibkan pemakaian pelitup muka di tempat awam
yang berkuatkuasa 1 Ogos 2020 meningkatkan lagi permintaannya.

Peningkatan kes Covid-19 di Malaysia. Pembelian pelitup muka sebagai langkah


berjaga-jaga.
ANALISIS :
Oleh itu, bagi memenuhi lonjakan permintaan tersebut, penawaran pelitup muka
semakin meningkat. Kata Datuk Seri Hasnol Zam Zam Ahmad, Ketua Setiausaha Kementerian
Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), pengeluaran biasa pelitup
muka adalah lima juta sebulan tapi sekarang ia meningkat menjadi 15 juta sebulan.

Orang ramai telah dinasihatkan agar tidak lagi risau dengan penawaran pelitup muka
kerana bekalan mencukupi buat semua rakyat Malaysia. Kini, pelitup muka berada di seluruh
pasaraya, farmasi dan juga boleh didapati secara belian atas talian seperti aplikasi Shopee serta
Lazada.

Peningkatan penawaran pelitup muka di pasaran dan di atas talian.


RUJUKAN

Wikipedia https://ms.wikipedia.org/wiki/Pandemik_COVID-19

https://twitter.com/KKMPutrajaya

https://www.chegg.com/homework-help/questions-and-answers/coronavirus-mendorong-permintaan-
pelitup-muka-wabak-comid-19-salah-menyebabkan-permintaan--q53277647

You might also like