You are on page 1of 2

NEGARA KITA

MALAYSIA!
BANGKIT DARI UJIAN DEMI UJIAN
Kronologi ringkas COVID 19 Malaysia
• 25 JAN 2020 - Kes pertama COVID-19 telah dikesan di Malaysia yang melibatkan warga China
• JAN - FEB 2020 - COVID-19 mula serang negara lain
• 24 FEB 2020 - PM ke 7 - Dr. Mahathir letak jawatan
5 hari politik Malaysia terumbang ambing tatkala covid masih menyerang
Dengan kebijaksanaan Agung akhirnya…
• 01 MAC 2020 - PM ke 8 - TS Muhyiddin angkat sumpah
Dengan kes covid telah meningkat kepada 29
HANYA 10 HARI MENINGKAT KEPADA 129 ORANG
• 11 MAC 2020 - WHO mengumumkan COVID-19 sebagai global pandemic
Telah bermula peperangan sebenara Malaysia menentang COVid 19
Perintah Kawalan Pergerakan (PKP):
• 18 MAC - 31 MAC 2020 PKP Fasa 1

• 01 APR - 14 APR 2020 PKP Fasa 2


• 15 APR - 28 APR 2020 PKP Fasa 3
• 29 APR - 12 MEI 2020 PKP Fasa 4 (4 MEI ditukar kepada PKP Bersyarat (PKPB))
• 13 MEI - 9 JUN 2020 - PKPB (tak boleh balik raya / rentas negeri...PKP seluruh )
• 10 JUN - 31 OGOS 2020 PKP Fasa 5 (PKP Pemulihan - PKPP)
Harga minyak jatuh sehingga RM1.25/liter
Semua pejabat di seluruh Malaysia diarah tutup sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)
dan kerja - kerja dilaksanakan sepenuhnya dari rumah.
Semua sekolah dan pendidikan dilaksanakan di atas talian.
Penjarakkan sosial sentiasa diutamakan
Pita pelekat dilekatkan di atas lantai - lantai kedai untuk menentukan jarak selamat 1 meter di
antara pelanggan
Restoran dan kedai - kedai makan ditutup, hanya dibenarkan bungkus sahaja.
Hanya beberapa orang sahaja dibenarkan berada di dalam kedai.
Kedai bukan keperluan asas dan perniagaan tidak berkaitan pembekalan makanan diarah tutup.
Keseluruhan acara dan musim sukan di seluruh dunia dibatalkan serta merta
Konsert, perlancongan, festival, acara hiburan dibatalkan.
Majlis perkahwinan dan pelbagai sambutan majlis bersama keluarga dibatalkan.
Tiada lagi jemaah di masjid, dan rumah - rumah ibadat ditutup.
Tidak dibenarkan perkumpulan 50 orang atau lebih, kemudian diubah kepada 20 org atau lebih,
hanya dibenarkan 10 orang atau kurang dari itu dibenarkan.
Taman permainan kanak - kanak ditutup.
Kekurangan stok penutup muka, gaun, dan sarung tangan untuk kegunaan pekerja barisan
hadapan.
Kekurangan alat bantuan pernafasan bagi pesakit kritikal.
Berlakunya pembelian panik sehingga kekurangan alat pembasmian, tiada sabun cuci tangan, tiada
cecair pembersih tangan
Rak - rak di kedai menjadi kosong.
Kilang - kilang pembuatan, kilang penyulingan dan perniagaan lain telah menukar perkhidmatan
mereka dengan membantu menyediakan visors, penutup muka, cecair pencuci tangan dan PPE.
Kerajaan telah melaksanakan sekatan jalan di setiap kawasan dan tertutup kepada pergerakan yang
tidak penting.
Tiket kapal terbang murah, namun kita tidak boleh keluar melancong.
Sidang media dari Kementerian Kesihatan di keudarakan setiap hari.
Kemaskini kes baru, yang telah sembuh dan pesakit yang meninggal dunia dilakukan setiap hari.
Jalan raya menjadi kosong tanpa kelibat manusia.
Ramai orang memakai penutup muka dan sarung tangan apabila keluar.
Pekerja perkhidmatan penting menjadi takut untuk keluar rumah.
Pekerja kesihatan pula, menjadi takut untuk pulang ke rumah dan berjumpa keluarga.
"Mendatarkan lengkung graf" or “flattening the curve” itulah yang sering dikatakan, bersama
dengan kata-kata "Kita lakukan ini bersama" dan "Kita harus menang"
Ini adalah Novel Coronavirus a.k.a Coronavirus Disease 2019 (COVID-19) suatu penyakit
pandemik, yang diwartakan oleh WHO pada 11 MAC 2020
Kenapa saya #copypaste status ini?

You might also like