You are on page 1of 2

BAHAGIAN C: RUMUSAN

[30 markah]
SOALAN 9: RUMUSAN

Bahan 1
Baca petikan dan teliti bahan grafik yang disertakan di bawah, kemudian buat
satu rumusan yang panjangnya tidak melebihi 120 patah perkataan. Anda digalakkan
supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan dan bahan
grafik.

Penularan wabak COVID-19 secara global telah menjangkiti lebih 4.7 juta manusia
dan mengakibatkan kehilangan lebih 300,000 nyawa . Selain itu, penyebaran jangkitan
korona virus telah mengubah corak kehidupan manusia dan merencatkan pertumbuhan
ekonomi dengan begitu drastik. Pandemik COVID-19 juga mendatangkan kesan langsung
kepada ekosistem perniagaan domestik seperti industri makanan dan minuman, industri
pembinaan dan pembuatan, industri pelancongan, industri pertanian, industri pembinaan
dan industri perkhidmatan. Hal ini sekali gus mengakibatkan ramai kehilangan pekerjaan.

Sebanyak 20.5 juta orang hilang pekerjaan di Amerika Syarikat pada April lalu yang
merupakan situasi paling teruk pernah berlaku sekali gus menyebabkan tahap
pengangguran meningkat kepada 14.7 peratus. Untuk menghalang penularan virus ini,
pergerakan manusia seluruh dunia telah dihadkan dan hal ini memberikan impak yang luar
biasa kepada alam sekitar. Hal ini jelas menunjukkan bahawa apabila manusia tidak
menjalankan aktiviti mereka, maka perkara ini dapat menyelamatkan dan memulihkan
keadaan alam sekitar seperti sedia kala.

Pelbagai langkah proaktif telah dilakukan untuk menangani permasalahan yang


sedang melanda ini. Setiap lapisan masyarakat, syarikat-syarikat swasta dan badan bukan
kerajaan (NGO) turut mengambil inisiatif untuk memutuskan rantaian wabak ini. Beberapa
buah hotel telah dijadikan pusat kuarantin. Malah, terdapat hotel di Cyberjaya yang
memberikan perkhidmatan sebagai pusat kuarantin kepada individu yang baru pulang dari
luar negara. Kementerian Kesihatan juga telah membuat persiapan bagi menghadapi
kemungkinan penularan wabak yang lebih serius.

Dipetik dan diubah suai daripada Internet :


BERNAMA oleh Professor Datuk ChM Dr. Taufiq Yap Yun Hin, Universiti Malaysia Sabah
(UMS)
Bahan 2

You might also like