You are on page 1of 11

NITHIA

SAINS TINGKATAN1
BAB 5 UDARA DI SEKELILING KITA

Peta Konsep

Bahan pencemar Bahan-bahan berbahaya atau bahan kimia di dalam udara.
Pencemaran udara Kehadiran bahan-bahan berbahaya di dalam udara.
Kertas kobalt klorida Bahan yang digunakan untuk menguji kehadiran air.
Komposisi udara Campuran gas yang membentuk udara.
Udara hembusan Udara semasa kita menghembus nafas.
Kayu uji berbara Objek yang digunakan untuk menguji kehadiran oksigen. Udara sedutan Udara
dari sekeliling disedut masuk ke dalam peparu.
Air kapur Bahan kimia yang digunakan untuk menguji kehadiran karbon dioksida.
Respirasi Pengoksidaan makanan untuk membebaskan tenaga.
Larutan natrium hidroksida Bahan kimia yang digunakan untuk menyerap karbon dioksida.

5.1 Komposisi Udara
1. Udara ialah suatu campuran yang terdiri daripada
a. Nitrogen 78%
b. Oksigen 21%
c. Karbon dioksida 0.03 %
d. Gas-gas nadir 0.97%
e. Wap air, mikroorganisma dan habuk berubah-ubah

NITHIA
SAINS TINGKATAN1

2. Komposisi udara seperti wap air,mikroorganisma dan habuk-habuk berubah mengikut masa dan
tempat. Misalnya, selepas hujan, terdapat lebih banyak wap air dalam udara berbanding semasa
cuaca panas.
3. Udara ialah suatu campuran kerana komponennya boleh diasingkan melalui kaedah fizikal.
Misalnya, wap air di udara boleh diasingkan melalui kondensasi.
Aktiviti: Komposisi udara
1. Oksigen

a. Semasa lilin menyala, ia menggunakan semua oksigen yang terdapat di dalam balang
gas.
b. Aras air dalam balang gas naik untuk memenuhi ruang yang asalnya dipenuhi oleh gas
oksigen.
c. Ini menunjukkan bahawa satu per lima daripada udara terdiri daripada oksigen.





NITHIA
SAINS TINGKATAN1
2. Wap air

a. Eksperimen ini menunjukkan bahawa udara mengandungi wap air.
b. Wap air dalam udara terkondensasi menjadi air pada permukaan luar tabung didih.

3. Mikroorganisma

Eksperimen ini menunjukkan bahaw terdapat mikroorganisma dalam udara.
4. Zarah-zarah habuk

Eksperimen ini menunjukkan bahawa udara mengandungi zarah-zarah habuk.






NITHIA
SAINS TINGKATAN1
5.2 Sifat-sifat Oksigen dan Karbon Dioksida



NITHIA
SAINS TINGKATAN1






NITHIA
SAINS TINGKATAN1
1. Kedua-dua oksigen dan karbon dioksida adalah gas yang tidak berwarna dan tidak berbau.
2. Oksigen adalah neutral dan membantu pembakaran.
3. Kehadiran oksigen dapat diuji dengan kayu uji berbara. Kayu uji berbara menyala
semula apabila oksigen hadir.
4. Karbon dioksida adalah berasid dan tidak membantu pembakaran.
5. Kehadiran karbon dioksida dapat diuji dengan air kapur. Air kapur menjadi keruh apabila
karbon dioksida hadir.
5.3 Oksigen Diperlukan dalam Respirasi
1. Hasil respirasi adalah tenaga, karbon dioksida dan wap air.
2. Semasa respirasi, benda-benda hidup menggunakan oksigen dan membebaskan karbon dioksida.
3. Respirasi diwakili oleh persamaan berikut:


Aktiviti: Kandungan oksigen dalam udara sedutan dan udara hembusan bagi manusia

1. Nyalaan lilin membakar lebih lama di dalam balang gas P daripada balang gas Q.
2. Ini menunjukkan bahawa udara sedutan mengandungi lebih banyak oksigen daripada udara
hembusan.

NITHIA
SAINS TINGKATAN1

Aktiviti: Benda hidup menggunakan oksigen semasa respirasi

1. Selepas seketika, titik penunjuk bergerak ke arah:
a. bijih benih bercambah di dalam tabung uji W
b. belalang di dalam tabung uji X
2. Titik penunjuk dalam tabung uji Y tidak bergerak.
3. Ini menunjukkan bahawa biji benih bercambah dan lipas menggunakan oksigen di dalam
tabung uji dan membebaskan karbon dioksida yang akan diserap oleh larutan natrium hidroksida.
4. Menyebabkan pengurangan isi padu udara dalam tabung uji W dan X (tekanan rendah),
menyebabkan udara dari luar menolak titik penunjuk ke dalam.
5. Tabung uji Y ialah eksperimen kawalan.
Aktiviti: Udara hembusan mengandungi lebih banyak karbon dioksida


NITHIA
SAINS TINGKATAN1
1. Air kapur yang sama isi padunya dimasukkan ke dalam tabung uji P dan Q.
2. Klip A dibuka dan klip B ditutup semasa menarik nafas melalui S manakala klip A ditutup dan
klip B dibuka semasa menghembus nafas melalui S.
3. Langkah-langkah di atas diulang beberapa kali dan perubahan air kapur diperhatikan.
4. Air kapur di dalam tabung uji Q menjadi keruh manakala air kapur di dalam tabung uji P tetap
jernih.
5. Ini menunjukkan bahawa udara hembusan mengandungi lebih banyak karbon dioksida daripada
udara sedutan.
5.4 Oksigen Diperlukan untuk Pembakaran
1. Pembakaran:
(a) Suatu tindak balas kimia bagi sesuatu bahan dengan oksigen.
(b) Membebaskan tenaga haba dan tenaga cahaya.
(c) Berlaku dengan kehadiran oksigen, bahan api dan haba.

2. Oksigen diperlukan semasa pembakaran karbon dan hidrokarbon.
a. Karbon + oksigen karbon dioksida + tenaga haba + tenaga cahaya
b. Hidrokarbon + oksigen karbon dioksida + air + tenaga haba + tenaga cahaya
3. Contoh karbon adalah arang kayu, arang batu dan kayu api.
4. Contoh hidrokarbon adalah kerosin, petrol, diesel, gas petroleum, gas asli, dan lilin.
Aktiviti: Pembakaran karbon dalam oksigen


5.5 Pencemaran Udara
1. Pencemaran udara berlaku apabila bahan-bahan berbahaya hadir di dalam udara.
2. Bahan pencemar udara adalah bahan-bahan berbahaya yang hadir di dalam udara.

NITHIA
SAINS TINGKATAN1

3. Pencemaran daripada pembakaran menyebabkan
a. Kesan rumah hijau
i. Karbon dioksida dihasilkan melalui pembakaran bahan api. Ia akan kekal di
atmosfera.
ii. Karbon dioksida bertindak sebagai satu selimut yang memerangkap haba. Ini
menyebabkan Bumi bertambah panas secara perlahan dan seterusnya
menyebabkan kesan rumah hijau.
iii. Kesan rumah hijau mungkin menyebabkan
bongkah ais di kutub-kutub bumi dan cair dan
menyebabkan kenaikan aras laut
perubahan iklim dunia, seperti perubahan arah angin dan kejadian
ribut kerap berlaku
b. Hujan asid
i. Kebanyakan bahan api fosil mengandungi bahan pencemar seperti sulfur.
ii. Apabila bahan api dibakar, bahan pencemar sulfur bertukar menjadi sulfur
dioksida.
iii. Oksida-oksida nitrogen dibebaskan apabila bahan api fosil dibakar.

NITHIA
SAINS TINGKATAN1
iv. Sulfur dioksida dan oksida-oksida nitrogen bercampur dengan awan untuk
membentuk asid, yang akan turun sebagai hujan asid.
v. Kenderaan dan stesen janakuasa merupakan punca utama bagi hujan asid.
4. Kesan hujan asid ke atas persekitaran
a. Hujan asid menyebabkan tasik menjadi berasid, yang mempunyai kesan serius
terhadap sistem ekologi.
b. Hujan asid membunuh ikan dan tumbuhan.
c. Hujan asid merosakkan bangunan-bangunan batu kapur dan memusnahkan ukiran-
ukiran yang diperbuat daripada batu.
5. Penipisan lapisan ozon
a. Lapisan ozon melindungi Bumi daripada pancaran ultraungu Matahari yang berlebihan.
b. 95% 99% pancaran ultraungu dariapda Matahari dapat dihalang oleh lapisan ozon,
mengelakkannya daripada sampai ke Bumi.
c. Pancaran ultraungu boleh menyebabkan kanser kulit (melanoma), katarak mata dan
melemahkan sistem ketahanan badan.
d. Klorofluorokarbon (CFC) boleh menyebabkan lapisan ozon terhakis.




NITHIA
SAINS TINGKATAN1
5.6 Kepentingan Mengekalkan Udara Bersih
1. Apabila udara bersih:
a. Kualiti udara meningkat dan masalah kesihatan yang berkait dengan bahan pencemar
udara akan dikurangkan.
b. Hasil tanaman akan lebih berkualiti.
c. Pemanasan global boleh dikawal.
d. Dunia menjadi tempat yang lebih baik untuk didiami.
2. Kita harus mengamalkan tabiat yang baik untuk mengekalkan udara bersih.
a. Mengitar semula kertas, botol dan tin untuk mengurangkan bahan buangan.
b. Menggunakan petrol tanpa plumbum untuk mengurangkan zarah-zarah plumbum di
udara.
c. Mengamalkan perkongsian kereta atau menggunakan pengangkutan awam untuk
mengurangkan bilangan kenderaan di atas jalan.
d. Mengurangkan penggunaan bahan klorofluorokarbon (CFC)
e. Menjimatkan bekalan elektrik untuk mengurangkan bahan api fosil dibakar untuk
menjana tenaga elektrik.
3. Menghisap rokok mencemarkan udara kerana asapnya mengandungi lebih daripada 4,000 bahan
kimia.
4. Tar, nikotina dan karbon monoksida merupakan beberapa contoh bahan pencemar dalam asap
rokok.
Aktiviti: Bahan pencemar dalam asap rokok
1. Termometer menunjukkan bacaan yang lebih tinggi.
2. Kapas putih bertukar menjadi perang selepas beberapa minit.
3. Penunjuk hidrogen karbonat bertukar warna daripada merah kepada kuning.
4. Ini menunjukkan asap rokok
a. adalah panas
b. mengandungi bahan pencemar
c. ialah berasid

You might also like