You are on page 1of 5

BAB 5 : UDARA DI SEKELILING KITA 5.1 Komposisi Udara Udara ialah campuran beberapa jenis gas.

. Udara bukanlah sebatian kerana gas-gas di dalamnya tidak berpadu secara kimia dan boleh dipisahkan secara fizikal. Peratus kandungan udara: Nitrogen (78%) Oksigen (21%) Karbon dioksida (0.03%) Gas nadir (1.00%) Wap air, habuk, mikroorganisma (berubah-ubah) Peratus kandungan udara berubah-ubah bergantung pada tempat dan keadaan sekeliling. Gas nadir terdiri terdiri daripada argon, neon, helium, kripton dan xenon. Peratus wap air dalam udara dikenal sebagai kelembapan udara. Habuk di udara berasal daripada zarah-zarah tanah dan asap yang dikeluarkan oleh kenderaan dan kilang-kilang. Jenis mikroorganisma yang biasa dijumpai di dalam udara ialah virus, bakteria dan kulat.

Tujuan : Menentukan peratusan oksigen dalam udara Bahan dan radas : lilin, plastisin, mancis, besen, pen penanda dakwat kekal, balang gas, alas balang gas dan air Prosedur : 1. Sediakan radas seperti yang ditunjukkan dalam rajah. 2. Tandakan aras air pada balang gas dengan menggunakan pen penanda dakwat kekal 3. Bahagikan ruang udara di dalam balang gas kepada lima bahagian dengan menandakan pada balang gas. 4. Nyalakan lilin dan tututpkannya dengan balang gas. 5. Apabila lilin terpadam, perhatikan aras air di dalam balang gas. 6. Buat kesimpulan tentang peratusan oksigen dalam udara. Pemerhatian : Nyala lilin terpadam selepas beberapa ketika. Air naik lebih kurang 1/5 (satu per lima) bahagian balang gas. Keputusan : Ketinggian turus udara pada awal aktiviti = 20 cm Ketinggian turus udara pada akhir aktiviti = 16 cm Peratus oksigen dalam udara = 20% Perbincangan : 1. Pembakaran lilin memerlukan oksigen. Nyala lilin akan terpadam apabila kesemua oksigen di dalam balang gas telah habis digunakan. Air akan naik untuk mengisi ruang yang pada mulanya diisi oleh oksigen. 2. Ini menunjukkan bahawa daripada udara di dalam balang gas ialah oksigen. Kesimpulan : Satu per lima daripada isi padu udara adalah oksigen iaitu kira-kira 20%.

Tujuan : Menunjukkan udara mengandungi wap air, mikroorganisma, dan habuk A : Udara mengandungi wap air Bahan dan radas : bikar, piring kaca, ketulan ais, kertas kobalt klorida kontang dan forseps Prosedur : 1. Sediakan radas seperti yang ditunjukkan dalam rajah. 2. Perhatikan perubahan permukaan luar bikar. Rekodkan pemerhatian anda. 3. Uji titisan cecair yang terbentuk di permukaan luar bikar dengan menggunakan kertas kobalt klorida kontang. 4. Rekodkan perubahan warna yang berlaku pada kertas kobalt klorida kontang. 5. Buat kesimpulan berdasarkan pemerhatian anda. Pemerhatian : Selepas 10 minit, titisan cecair yang jernih dan tidak berwarna dilihat terbentuk pada luar bikar yang terdapat ais di dalamnya. Apabila diuji, kertas kobalt klorida kontang berwarna biru bertukar menjadi merah jambu. Perbincangan : 1. Kertas kobalt klorida kontang digunakan untuk menguji kehadiran wap air. 2. Kehadiran air akan menyebabkan kertas kobalt klorida kontang bertukar menjadi merah jambu. 3. Aktiviti ini membuktikan bahawa cecair yang terbentuk pada permukaan luar bikar ialah air. 4. Udara mengandungi wap air. Wap air ini terkondensasi untuk menjadi cecair pada dinding luar bikar yang mempunyai ais di dalamnya.

Kesimpulan : Udara mengandungi wap air.

Tujuan : Menunjukkan udara mengandungi wap air, mikroorganisma, dan habuk B : Udara mengandungi habuk Bahan dan radas : sisip kaca, pita selofan, piring petri dan kanta pembesar Prosedur : 1. Sediakan dua set radas seperti yang ditunjukkan dalam rajah. 2. Tutup salah satu sisip kaca dengan piring petri. Biarkan satu lagi sisip kaca terdedah kepada udara. 3. Letakkan kedua-dua set radas itu berdekatan dengan tingkap. 4. Selepas seminggu, perhatikan permukaan melekit kedua-dua pita selofan dengan menggunakan kanta pembesar. Rekodkan pemerhatian anda. Pemerhatian : Sisip kaca yang ditutup dengan petri adal Perbincangan : 1. Kertas kobalt klorida kontang digunakan untuk menguji kehadiran wap air. 2. Kehadiran air akan menyebabkan kertas kobalt klorida kontang bertukar menjadi merah jambu. 3. Aktiviti ini membuktikan bahawa cecair yang terbentuk pada permukaan luar bikar ialah air. 4. Udara mengandungi wap air. Wap air ini terkondensasi untuk menjadi cecair pada dinding luar bikar yang mempunyai ais di dalamnya. Kesimpulan : Udara mengandungi wap air.

B : Udara mengandungi mikroorganisma Bahan dan radas : agar-agar bernutrien steril, piring petri steril dan pita selofan. Prosedur : 1. Anda dibekalkan dua set piring petri berisi agar-agar bernutrien yang telah disterilkan. 2. Lakrikan satu set piring petri dengan melilit pita selofan mengelilinginya dan biarkan satu set lagi terdedah kepada udara. 3. Selepas empat hari, periksa keadaan agar-agar bernutrien steril di dalam kedua-dua set piring petri. Rekodkan perubahan yang berlaku. Pemerhatian : Piring petri Berpenutup Tidak berpenutup Pemerhatian Kekal cerah Menjadi keruh

Perbincangan : Agar-agar bernutrien dalam set piring petri yang dililit pita selafon sekelilingnya kekal cerah. Piring ini telah disteril dan ditutup dengan ketat. Oleh itu, piring ini tidak menyebabkan mokroorganisma merebak. Agar-agar bernutrien steril dalam piring yang satu lagi menjadi keruh walaupun telah disteril kerana piring ini terdedah pada mikroorganisma. Hal ini menunjukkan bahawa udara mengandungi mikroorganisma. Kesimpulan : Udara mengandungi wap air.

You might also like