You are on page 1of 5

1.

0 PENGENALAN

Eksperimen yang akan diuji bagi tugasan ini ialah eksperimen 2.1 tingkatan 3 muka surat
50-52. Eksperimen ini berada di dalam Bab 2: Respirasi di bawah Tema 1: Penyenggaraan
dan Kesinambungan Hidup.

2.0 KEMAHIRAN SAINTIFIK


2.1 Meramal

Meramal ialah embuat jangkaan tentang sesuatu peristiwa berdasarkan pemerhatian


dan pengalaman yang lalu atau data yang boleh dipercayai. Semasa membuat ramalan,
aspek yang paling penting ialah menggunakan maklumat semasa dan yang telah lepas
untuk membuat jangkaan. Jika aspek ini diketepikan bermaksud apa yang kita ramalkan
hanya satu tekaan tanpa bersandarkan kepada maklumat yang konkrit. Bagi eksperimen ini
ramalan yang akan dapat dibuat ialah seperti berikut:

Eksperimen A : Komposisi gas oksigen dalam udara sedutan dan udara


hembusan ialah berbeza
Eksperimen B : Kepekatan gas karbon dioksida dalam udara sedutan dan
udara hembusan ialah berbeza.

2.2 Mengawal Pembolehubah

Kemahiran ini merupakan kebolehan untuk mengenal pasti pemboleh ubah dimanipulasikan,
pemboleh ubah bergerak balas dan pemboleh ubah yang dimalarkan. Dalam sesuatu
penyiasatan, pemboleh ubah dimanipulasikan diperhatikan untuk melihat hubungannya
dengan pemboleh ubah yang bergerak balas dalam keadaan pemboleh ubah yang lain
dimalarkan atau tetap. Pemboleh ubah yang terlibat didalam eksperimen ialah seperti
berikut:
 Eksperimen A:
Dimanipulasikan : Jenis udara dalam baling gas
Bergerak balas : Aras akhir air dalam baling gas
Dimalarkan : Suhu dan tekanan udara

 Eksperimen B:
Dimanipulasikan : Jenis udara yang dilalukan ke dalam air kapur
Bergerak balas : Keadaan air kapur
Dimalarkan : Kepekatan air kapur

2.4 Membuat Inferens

Membuat inferens samalah seperti membuat kesimpulan awal. Jika kita imbas
kembali eksperimen A pernah dijalankan semasa tingkatan 1 di bawah Bab 5: Udara
sekeliling kita. Eksperimen A dijalankan hanya menggunakan udara sedutan untuk
membuktikan bahawa 20% komposisi udara sekeliling terdiri dari gas oksigen. Di dalam bab
yang sama juga menyatakan bahawa gas karbon dioksida akan menukarkan warna air
kapur dari jernih kepada keruh yang juga merujuk kepada eksperimen B.

2.5 Membuat hipotesis

Hipotesis ialah membuat sesuatu pernyataan umum tentang hubungan antara pemboleh
ubah yang difikirkan benar bagi menerangkan sesuatu perkara atau peristiwa. Pernyataan
ini boleh diuji untuk membuktikan kesahihannya. Hipotesis bagi kedua-dua eksperimen ialah
seperti berikut:

Eksperimen A : Peratus komposisi oksigen dalam udara sedutan adalah


lebih tinggi daripada peratus komposisi oksigen dalam udara
hembusan.
Eksperimen B : Kepekatan karbon dioksida dalam udara hembusan adalah
lebih tinggi daripada kepekatan karbon dioksida dalam udara
sedutan.

2.6 Mengukur dan Menggunakan Nombor

Membuat pemerhatian secara kuantitatif dengan menggunakan nombor dan alat


berunit piawai atau alat yang diseragamkan sebagai unit rujukan. Di dalam eksperimen A,
dua balang gas dengan isipadu 1000ml telah digunakan. Ukuran pada baling dibahagikan
kepada lima bahagian dengan setiap senggatan bernilai 200ml atau 20% dari isipadu
keseluruhan balang.

2.7 Berkomunikasi
Berkomunikasi ialah dengan menerima, memilih, menyusun dan mempersembahkan
maklumat atau idea. Komunikasi bagi kedua-kedua eksperimen ini diterjemahkan di dalam
bentuk gambar rajah dan juga prosedur. Prosedur menerangkan cara-cara mengumpul gas
oksigen dan karbon dioksida, menanda dan membahagikan isipadu baling kepada lima
bahagian, dan kaedah melalukan udara sedutan dan usara hembusan ke dalam air kapur.
Gambar rajah pula menunjukkan bagaimana susunan radas yang betul dan bagaimana
eksperimen dijalankan dengan berkesan. Keputusan dari kedua-dua ekperimen kemudian
direkodkan dalam bentuk jadual seperti berikut:

 Eksperimen A
Jenis udara di dalam balang Aras akhir air di dalam Peratusan oksigen dalam
gas balang gas (bilangan udara
bahagian)
Udara sedutan 1 20
Udara hembusan - Tiada

 Eksperimen B
Jenis udara yang dilalukan ke dalam air kapur Keadaan air kapur
Udara sedutan Tiada perubahan
Udara hembusan Keruh

2.8 Pemerhatian

Memerhati merupakan kemahiran yang paling asas. Proses ini melibatkan


penggunaan kesemua atau sebahagian dari deria untuk mendapatkan maklumat berkenaan
sesuatu fenimena atau keadaan. Pemerhatian secara kualitatif lebih bergantung kepada
penggunaan deria. Tetapi bagi pemerhatian secara kuantitatif, kita perlu merujuk kepada
unit-unit ukuran yang tertentu. Jadi pemerhatian kuantitatif memerlukan kita menggunakan
alat pengukuran yang standard. Selain pemerhatian secara kualitatif dan kuantitatif, terdapat
satu lagi pemerhatian berdasarkan perubahan. Pemerhatian ini penting kerana di dalam
sains kita perlu melihat perubahan dari segi fizikal dan kimia. Ini penting agar dapat kita
menghuraikan perubahan sebelum dan selepas sesuatu fenomena itu. Bagi eksperimen A,
pemerhatian secara kuantitatif terlibat. Selepas api padam kita dapat memerhati air yang
berada di dalam baling gas akan memenuhi satu bahagian senggatan. Satu bahagian
senggatan mewakili 200ml atau 20% dari keseluruhan isipadu balang gas. Bagi eksperimen
B pula, pemerhatian berdasarkan perubahan air kapur dapat diperhatikan. Udara sedutan
tidak mengubah keadaan air kapur manakala udara hembusan mengubah warna air kapur
dari jernih kepada keruh.

2.9 Menggunakan Perhubungan Ruang dan Masa

Kemahiran ini merupakan kemahiran untuk menyandarkan sesuatu perubahan


parameter kepada masa. Jika menurut langkah-langkah di dalam buku teks, kedua-dua
eksperimen ini tidak bergantung kepada masa. Tetapi bagi eksperimen B, masa seharusnya
dijadikan salah satu pemboleh ubah yang dimalarkan. Di dalam eksperimen B, tempoh
untuk udara sedutan dan udara hembusan dilalukan adalah sama selama 15 saat. Ini untuk
menjadikan eksperimen menjadi lebih adil dan salah satu radas menjadi radas kawalan.

2.9 Mendefinisi Secara Operasi

Mendefinisi secara operasi ialah proses memberi definisi tentang sesuatu konsep
dengan menyatakan perkara yang boleh dilakukan dan diperhatikan. Ia membolehkan
pembezaan di antara contoh dan bukan contoh bagi konsep yang dihuraikan.
 Eksperimen A
Premis 1 : Air meningkat sebanyak satu bahagian di dalam balang gas.
Premis 2 : Komposisi oksigen adalah sebanyak 20% di dalam udara.

 Eksperimen B
Premis 1 : Udara hembusan mengeruhkan air kapur.
Premis 2 : Kepekatan karbon dioksida di dalam udara hembusan lebih
tinggi.

Berdasarkan kedua-dua premis bagi eksperimen, premis 1 merupakan sesuatu yang boleh
diperhatikan. Premis 2 tidak dapat diperhatikan dan premis dua merupakan mendefinisikan
secara operasi.

2.10 Mentafsirkan Data

Mentafsirkan data ialah kemahiran untuk mentafsirkan data-data yang telah


dikumpul. Berdasarkan eksperimen A, mengapa air meningkat satu bahagian? Ini untuk
mebuktikan bahawa komposisi oksigen di dalam udara adalah bersamaan dengan 20%.
Pembakaran lilin memerlukan oksigen dan apabila gas oksigen habis digunakan maka lilin
akan padam. Ruang yang ditinggalkan oksigen kemudian akan dipenuhi oleh air keran sifat
air yang memenuhi ruang. Bagi eksperimen B pula, perubahan warna dapat dilihat semasa
udara hembusan dilakukan kepada air kapur. Ini disebabkan udara hembusan mempunyai
kepekatan gas karbon dioksida yang lebih tinggi berbanding udara sedutan.

2.12 Mengeksperimen

Kesemua langkah-langkah digabungkan dan membentuk eksperimen untuk menguji


hipotesis.

3.0 TEKNIK ASAS MAKMAL


3.1 Pengukuran

Teknik yang pertama ialah pengukuran di mana balang gas dengan isipadu 1000ml
dibahagikan kepada 5 bahagian yang sama. Setiap satu bahagian mewakili 20% atau 200ml
dari keseluruhan balang gas.

3.2 Penyediaan Larutan Piawai

Larutan piawai yang digunakan semasa eksperimen ialah air kapur. Air kapur
disediakan dengan pepejal Kalsium Hidroksida, Ca(OH)2 ke dalam takungan air. Larutan
tepu yang jernih dituras dan digunakan sebagai air kapur.

You might also like