You are on page 1of 45

SKOR A SAINS 1511

TEKNIK MENJAWAB SOALAN KERTAS DUA


SAINS SPM (1511)
KERTAS 2 - 1511/2
Soalan subjektif ( 2 jam 30 minit )

Bahagian A : 4 soalan (Kemahiran Proses Sains)


[20 markah]

Bahagian B : 5 soalan
(Pengetahuan / Pemahaman )
[30 markah]
(Aras Rendah : 35, Aras Sederhana : 15)

Bahagian C : Q 10 ( Mengeksperimen)
[10m - Sederhana :2, Tinggi : 8 ]
: Q 11a dan Q12a (Pemahaman )
[04 m - Sederhana]
: Q 11b dan 12b (Kemahiran aplikasi )
[6m - Tinggi ]
[20 markah]

Rendah : 35, Sederhana : 21, Tinggi : 14


PERSEDIAAN BAHAGIAN A
1. Pelajar sepatutnya berkebolehan menggunakan Kemahiran
Proses Sains untuk menjawab soalan bahagian A.
2. Terdapat 4 soalan yang menguji 10 Kemahiran Proses Sains
(KPS ) .
3. Satu KPS mungkin diuji lebih dari sekali.
4. Persediaan terbaik ialah “LATIH TUBI”.
5. Jawapan untuk Bahagian A, selalunya ada di dalam soalan
secara tersurat atau tersirat.
KPS 1 : Membuat Pemerhatian

 Memberi gambaran kepada apa yang boleh dilihat pada


jadual/gambarajah.

 Gambaran tersebut adalah seperti nyalaan mentol,


pemesongan jarum ammeter / galvanometer, keadaan fizikal
(perubahan warna atau bentuk), gelembung gas dan lain-
lain.

 Pemerhatian juga boleh ditulis dalam bentuk perbandingan.


KPS 1 : Membuat Pemerhatian
Nyatakan satu pemerhatian tentang sesaran Blok Q dalam Rajah
4.1 dan Rajah 4.2.

 Sesaran blok Q pada Rajah 4.2 lebih jauh daripada Rajah 4.1.
 Sesaran blok Q pada Rajah 4.1 lebih dekat daripada Rajah
4.2
KPS 2 : Membuat Inferens

 membuat kesimpulan awal yang munasabah


yang mungkin benar atau tidak untuk
menerangkan sesuatu peristiwa.

 Memberi sebab kepada pemerhatian


KPS 2 : Membuat Inferens

Pemerhatian:
 Sesaran blok Q pada Rajah 4.2 lebih jauh daripada Rajah 4.1.
 Sesaran blok Q pada Rajah 4.1 lebih dekat daripada Rajah 4.2

Kerana jisim troli pada Rajah 4.2 lebih besar berbanding jisim
troli pada Rajah 4.1
KPS 3 : Mengelas
 Mengenal pasti persamaan dan perbezaan
 Mengumpul berdasarkan sifat sepunya menggunakan
kriteria lain untuk mengumpul objek

Part R controls
involuntary action.
Mark (/) the action which
is controlled by part R.
Bahagian R mengawal
/
tindakan luar kawal.
Tanda (/) tindakan yang
dikawal oleh bahagian R.

[2 markah]

/
KPS 3 : Mengelas

/
KPS 4 : Mengawal Pembolehubah
1. Daripada ayat

Contoh:
1. Rajah menunjukkan eksperimen untuk mengkaji tekanan yang
dihasilkan oleh bongkah P dan bongkah Q yang sama jisimnya.

2. Mengkaji kesan bendasing ke atas takat didih air suling

Langkah:
i. Garis pemboleh ubah dimanipulasi (Apa yang
berbeza/mempengaruhi keputusan)
ii. Garis pemboleh ubah bergerakbalas (Apa yang diperhatikan di akhir
eksperimen)
iii. Garis pemboleh ubah dimalarkan (Apa yang sama)
KPS 4 : Mengawal Pembolehubah
2. Daripada Gambarajah

Langkah:
i. Pemboleh ubah dimanipulasi (Apa yang berbeza pada
gambarajah)
ii. Pemboleh ubah bergerakbalas (Apa yang diperhatikan di akhir
eksperimen)
iii. Pemboleh ubah dimalarkan (Apa yang sama/tetap)
KPS 4 : Mengawal Pembolehubah

3. Daripada Jadual
Bahan Takat didih / oC
Air Suling 100
Air Suling + Garam

Langkah:
i. Hanya boleh dapat pemboleh ubah dimanipulasi dan
pemboleh ubah bergerak balas.
ii. Kedua-dua pemboleh ubah didapati daripada tajuk jadual iaitu
Bahan dan Takat didih.
iii. “Bahan” adalah pemboleh ubah dimanipulasi – sebelah kiri
jadual
iv. Maka “takat didih” adalah pemboleh ubah bergerak balas -
sebelah kanan jadual
KPS 4 : Mengawal Pembolehubah
4. Daripada Graf

Menegak

Langkah Mendatar
i. Rujuk kepada label paksi graf
ii. Label paksi mendatar / mengufuk adalah pemboleh
ubah dimanipulasi.
iii. Label paksi menegak adalah pemboleh ubah
bergerakbalas
KPS 4 : Mengawal Pembolehubah

 Peringatan

i. Tidak boleh menulis alat radas.


ii. Mesti ada parameter dihadapan – cth

 Asid: Jenis asid, Isipadu asid, Kepekatan asid


 Logam : Jenis logam, Saiz logam, Jisim logam
 Bacaan termometer
KPS 5 : Membuat Hipotesis
 Kenalpasti pemboleh ubah dimanipulasi
 Kenalpasti pemboleh ubah bergerakbalas

Mengkaji kesan suhu terhadap pertumbuhan bakteria


Pemboleh ubah dimanipulasi : suhu
Pemboleh ubah bergerakbalas : saiz koloni /
pertumbuhan bakteria

 Gunakan kata penghubung yang sesuai


 Ayat yang dibina mesti ayat lengkap
 Boleh diuji dalam eksperimen

Hipotesis:
Jika suhu meningkat, maka saiz koloni bertambah
KPS 5 : Membuat Hipotesis

 KHUSUS/SPECIFIC

pH 7 is most suitable for the growth of microorganism


pH 7 adalah sangat sesuai untuk pertumbuhan
mikroorganisma

 UMUM / GENERAL: -Tidak diterima


The pH value affects the growth of the microorganism.
Nilai pH memberi kesan terhadap pertumbuhan
mikroorganisma
KPS 5 : Membuat Hipotesis

Nyatakan hipotesis bagi eksperimen ini.

MV : Kepekatan antibiotik RV : Kawasan jernih yang


terbentuk

Cakera antibiotik yang berkepekatan tinggi akan membentuk


kawasan jernih yang lebih luas/ besar
KPS 6 : Mengukur dan Menggunakan Nombor
 Membuat pemerhatian secara kuantitatif yang
melibatkan penggunaan alat berunit piawai.
 Mencatat bacaan dengan tepat dan menggunakan unit
piawai dengan betul
KPS 6 : Mengukur dan Menggunakan Nombor
KPS 7/8 : Menggunakan hubungan masa &
ruang dan Meramal
Volume of
Hidrogen / cm3

           
30
                 
 
                 
20  
                 
 
                 
10  
               
 
                 
 
2 4 6 8 10 12 14 Time/ minute
Figure 1

(a) Nyatakan hubungan di antara isipadu hidrogen yang dibebaskan dengan


masa pada 6 minit pertama?
(b) Ramalkan isipadu gas hidrogen yang dibebaskan pada minit ke-16

(a) Isipadu gas hidrogen yang dibebaskan meningkat


dengan masa
(b) 30 cm3
KPS 9 : Definisi Secara operasi
1. Tentukan definisi sesuatu konsep
Contoh : Definisi alkali, Larutan yang mengandungi ion hidroksida
2. Ubah definisi kepada perkara yang dapat dilihat /
diperhatikan
Ion hidroksida tidak dapat dilihat tetapi boleh diuji menggunakan
kertas litmus. (Menukarkan warna kertas litmus dari warna merah
ke warna biru)
3. Tulis semula definisi mengikut konsep yang betul
menggunakan perkara yang boleh diperhatikan
Definisi secara operasi bagi alkali
Alkali ialah larutan yang menukarkan warna kertas litmus dari
merah ke biru.

Istilah/Konsep ialah/adalah parameter istilah/konsep


yang keputusan eksperimen yang boleh diperhatikan
KPS 9 : Definisi Secara operasi
Tabung Nilai pH Kekeruhan
Ujii campuran
P Acid ( pH kurang dari 7) Keruh sedikit
Q Alkali (pH lebih dari 7) Keruh sedikit
R Neutral (pH 7) Sangat keruh

 SPM 2007
 Keputusan eksperimen untuk mengkaji kesan pH ke atas
pertumbuhan bakteria.
 Nyatakan definisi secara operasi pertumbuhan bakteria.

Pertumbuhan bakteria adalah proses yang menyebabkan bubur


nutrien menjadi sangat keruh pada pH 7.
KPS 9 : Definisi Secara operasi

Bahan Takat didih / oC


Air suling 100
Air Suling + garam

 SPM 2003
 Nyatakan definisi secara operasi air suling.

- Air yang mendidih pada 100 oC adalah air suling.


- Air suling adalah air yang mendidih pada 100 0C.
- Air suling ialah air yang tulen.
KPS 10 : Berkomunikasi
 PINDAHKAN DATA DARI JADUAL KE GRAF
– Tandakan titik pada graf

 GRAF GARIS LURUS


- Guna pembaris

 GRAF LENGKUNG
– Tidak boleh guna pembaris , ‘free hand’

 GRAF BAR / HISTOGRAM


– Saiz bar mesti sama
KPS 10 : Berkomunikasi
Graf melengkung

Bilangan koloni bertambah Ketinggian anak benih bertambah


dengan masa dengan masa
KPS 10 : Berkomunikasi
Graf Bar
PERSEDIAAN BAHAGIAN B
1. Murid perlu mengenal pasti maklumat yang terdapat dalam
rangsangan soalan.
2. Rangsangan soalan adalah dalam bentuk pernyataan, gambarajah,
carta alir, jadual atau tindak balas kimia.
3. Selalunya terdapat maklumat yang membantu untuk
mendapatkan jawapan dalam rangsangan soalan.
4. Jangan menggunakan huruf potong atau ringkas untuk jawapan
(yg; krn; spt; krom; b’satu, tdk / x)
5. Ejaan istilah dan melabel mesti betul.
6. Bagi rajah sinar, garis sinar mesti dilukis dengan menggunakan
pembaris dan ada anak panah.
7. Jangan memberi jawapan lebih daripada apa yang
diminta/diperuntukkan markah - WCR
BAHAGIAN C
1. WAJIB menjawab soalan 10.
- Soalan mengeksperimen

2. Pilihan menjawab soalan 11 atau 12.


- Mengkonsepsi
- Membuat Keputusan
- Penyelesaian Masalah

3. Bahagian yang mudah, tetapi selalu tidak dijawab oleh


pelajar.
CARA MENJAWAB SOALAN N0 10
1. Hipotesis - pernyataan mesti spesifik
2. Tujuan – pernyataan mesti ada : Untuk mengkaji kesan
MV ke atas RV )
3. Dari pernyataan diberi, kenalpasti 2 jenis pembolehubah ,
RV and MV
4. Kebanyakan radas & bahan diberi dalam soalan. Perlu
tambah 1 atau 2 bahan.
- Cecair : tabung uji / bekas
- Elektrik : wayar / klip buaya
- Pemanasan : penunu bunsen
CARA MENJAWAB SOALAN N0 10
5. Prosedur
i. Sediakan radas / Terangkan cara penyediaan radas (rajah
berlabel lengkap diterima )
ii. Bagaimana mendapat RV
- Terangkan apa dilakukan kepada MV
iii. Terangkan apa yang dilakukan kepada CV
iv Bagaimana memerhati/ mengira / mengukur RV
- Gunakan perkataan (RV) diperhatikan dan dicatatkan.
CARA MENJAWAB SOALAN N0 10
6. Penjadualan data
- Buat jadual, beri MV (kiri) dan RV (kanan).
 Isikan ruangan MV (Kiri) dengan pemboleh ubah yang
digunakan
 Biarkan ruangan RV (Kanan) kosong.
Bahagian C – Soalan 10 : Mengeksperimen

An alloy and a pure metal have a different corrosive resistance characteristic


Aloi dan logam tulen mempunyai sifat bahan kakisan yang berbeza

a. Suggest one hypothesis to investigate the above statement (1 m)


Nyatakan hipotesis

b. You are given an iron nail, a steel nail and sodium chloride solution. Describe an
experiment to test your hypothesis based on the following criteria.
Anda diberi sebatang paku besi, paku keluli dan larutan natrium klorida
Huraikan eksperimen utk menguji hipotesis anda berdasarkan kriteria berikut

(i) Aim of the experiment / Tujuan (1 mark)


(ii) Hypothesis (1 mark)
(iii) Identify the variables / Pembolehubah (2 marks)
(iv) List of apparatus and materials / Bahan & radas (1 mark)
(v) Procedure or method / Kaedah (4 marks)
(vi) Tabulation of the data / Penjadualan data (1 mark)
Bahagian C – Soalan 10 : Mengeksperiment

JAWAPAN
 Hipotesis
Aloi lebih tahan kakisan berbanding logam tulen
 Tujuan
Untuk mengkaji jika aloi lebih tahan kakisan berbanding logam
tulen
 Mengenalpasti pembolehubah
CV – isipadu larutan natrium klorida
MV – jenis paku logam/ paku besi & keluli
RV – ketahanan kakisan paku/ pengaratan paku/ keadaan paku
 Radas dan Bahan
an iron nail, a steel nail, sodium chloride and beakar
Bahagian C – Soalan 10 : Mengeksperiment

JAWAPAN
 Kaedah
1. Masukkan larutan natrium klorida ke dalam bikar
2. Kemudian masukkan paku besi & keluli ke dalam bikar
3. Bikar dibiarkan selama 3 hari
4. Perhatikan keadaan paku selepas 3 hari dan rekodkan di
dalam jadual

 Penjadualan data

Jenis paku Keadaan paku


Keluli
Besi
Menjawab soalan kemahiran berfikir
Tiga strategi berfikir
– Soalan 11b /12b

Conceptualisation / membina konsep


Making Decisions / membuat keputusan
Problem Solving / penyelesaian masalah
Membina Konsep
Membuat pernyataan berdasarkan berdasarkan hubungan dan
ciri umum untuk membina maksud, konsep dan model.

Langkah –langkah menjawab:


1. Kenalpasti maklumat daripada rajah
- Ceritakan apa yang dilihat pada gambarajah
2. Kenalpasti ciri sepunya
3. Nyatakan konsep awal
- 2 ciri sepunya adalah konsep
4. Kenalpasti contoh lain
5. Kenalpasti bukan contoh
6. Nyatakan konsep sebenar
- Konsep adalah parameter bg konsep ….. 2 ciri sepunya
Membina Konsep
Membina Konsep
JAWAPAN:
i. Maklumat: (1m)
Besi, kuprum, aluminium dan emas adalah logam
ii. Ciri sepunya : (2m)
a. Permukaan berkilat
b. Mulur
c. Konduktor haba yang baik
iii. Konsep awal : (1m)
Permukaan berkilat dan mulur adalah logam
iv. Contoh lain : (1m)
Natrium/Plumbum/Perak/Zink
v. Contoh bukan logam : (1m)
Karbon/Neon/Klorin/Sulfur
vi. Konsep logam : (1m)
Logam adalah bahan yang mempunyai permukaan berkilat dan mulur
Penyelesaian Masalah

Mendapatkan penyelesaian untuk situasi yang mencabar atau


kurang popular atau sukar dalam keadaan bersistem.

Langkah –langkah
1. Kenalpasti masalah
2. Penjelasan masalah
3. Terangkan cara penyelesaian masalah
4. Kaedah terbaik dan penjelasan
Penyelesaian Masalah
Contoh item Bahagian C – Soalan 11/12

b. Kebanyakan bahan buangan domestik seperti kertas


dilupuskan dengan cara pembakaran terbuka. Pembakaran
terbuka akan menyebabkan pencemaran udara. Terangkan
kaedah untuk mengatasi masalah ini.
Penerangan anda hendaklah mengandungi perkara-perkara
berikut :

 i. Kenalpasti masalah ( 1m)


 Ii. Terangkan dua kaedah penyelesaian (4m)
 Iii. Pilih kaedah terbaik dan jelaskan pilihan anda (1m)
Peraturan pemarkahan - sambungan
Kenalpasti masalah
Pembakaran terbuka menyebabkan pencemaran udara (1m)
2 kaedah penyelesaian & penerangan
i. Insinerator - bahan buangan dibakar dalam bekas khas
ii. Kitar semula – bahan buangan diproses atau diguna
semula
iii. Ditanam - bahan buangan ditanam dalam tanah
# Mana-mana 2 kaedah dan penerangan betul - 4m
Kaedah terbaik dan sebab
Insinerator/ Kitar semula / Ditanam
Tidak menyebabkan pencemaran alam sekitar
Membuat Keputusan

Memilih kaedah terbaik daripada beberapa alternatif


berdasarkan kriteria khusus untuk mencapai tujuan tertentu.

Langkah-langkah menjawab
1. Kenalpasti tujuan.
2. Kenalpasti beberapa alternatif untuk mencapai
tujuan.
3. Susun alternatif mengikut keutamaan.
4. Nilai alternatif disenaraikan.
5. Pilih alternatif terbaik dan sebab.
Membuat Keputusan

Contoh soalan Membuat Keputusan


 Anda mendapati keledek yang ditanam mempunyai daun
berwarna kuning dan pertumbuhannya terbantut.
 Cadangkan beberapa cara untuk mengatasi keadaan ini dan
pilih cara terbaik untuk dilaksanakan.
Contoh Jawapan
i. Tujuan :
Mendapatkan pokok keledek yang tidak bantut dan berdaun hijau (1m)
ii. Alternatif :
a. Guna baja mengandungi nitrogen – dapat mengatasi masalah daun kuning//
menghasilkan pokok berdaun hijau dan pertumbuhan baik/ tidak bantut (1m)
b. Guna baja mengandungi fosforus – menghasilkan pokok yang tidak bantut
sahaja. (1m)
c. Guna baja mengandungi kalsium – mengatasi masalah daun kuning sahaja.
(1m)
iii. Urutan pilihan :
1. Guna baja nitrogen
2. Guna baja fosforus
3. Guna baja kalium (1m)
iv. Alternatif terbaik : Menggunakan baja nitrogen (1m)
v. Penerangan : Baja nitrogen dapat mengatasi pokok keledek bantut dan tidak
berdaun hijau. (1m)
SEKIAN

SI H
A KA
R I M
TE

SHAMSUL BIN SAINAN


SMKA LIMAUAN

You might also like