You are on page 1of 10

INKUIRI BERPANDU

TAJUK: Daya dan Tekanan


OBJEKTIF PEMBELAJARAN: Menerangkan tekanan dalam cecair
HASIL PEMBELAJARAN:
1. Menghuraikan fenomena yang disebabkan oleh tekanan dalam cecair.
2. Mencari hubungan antara tekanan dalam cecair dan kedalaman.

SOALAN:
1. Apakah yang anda perhatikan pada rajah di atas?
2. Pada pandangan anda, mengapa fenomena ini berlaku?
BAHAN:
Corong thistle, silinder penyukat, tiub getah, manometer, air ,cecair berwarna,
kaki retort dan pembaris
A. Berdasarkan situasi di atas rangka satu eksperimen yang boleh anda
jalankan untuk menerangkan teorinya.
B. Tuliskan laporan eksperimen yang telah anda jalankan dan laporan anda
perlu mengandungi perkara-perkara berikut:
1. Tujuan
2. Pernyataan masalah
3. Hipotesis
4. Pemboleh Ubah
a) Manipulasi
b) Bergerakbalas
c) Dimalarkan
5. Prosedur eksparimen
6. Penjadualan data

7. Analisis data
8. Kesimpulan.

INKUIRI BERSTRUKTUR
TAJUK: Daya dan Tekanan
OBJEKTIF PEMBELAJARAN: Menerangkan tekanan dalam cecair.
HASIL PEMBELAJARAN:
1. Menghuraikan hubungkait antara tekanan dan kedalaman cecair.

Hollow glass tube


attached to rubber
stopper

Ramalkan apakah yang akan anda perhatikan apabilatiub kaca A, B, C dan D


dibuka serentak.

A. Berdasarkan situasi di atas, jalankan eksperimen dengan menggunakan


bahan dan radas serta langkah-langkah berikut:
Corong thistle, silinder penyukat, tiub getah, manometer, air ,cecair berwarna,
kaki retort dan pembaris

Rajah 1
1. Susun dan pasang radas seperti dalam Rajah 1.
2. Laraskan kedalaman corong thistle pada 20.0 cm daripada permukaan
air.
3. Rekodkan ketinggian h pada manometer.
4. Ulang langkah di atas dengan kedalaman corong thistle pada 30.0 cm,
40.0 cm, 50.0 cm dan 60.0 cm.
5. Plotkan graf ketinggian, h melawan kedalaman.

B. Berdasarkan eksperimen yang telah anda jalankan , tuliskan laporan


eksperimen yang mengandungi perkara-perkara berikut:
1. Tujuan
2. Pernyataan masalah
3. Hipotesis
4. Pemboleh ubah
a) Manipulasi
b) Bergerak balas
c) Dimalarkan
5. Prosedur eksperimen
6. Penjadualan data
7. Graf
8. Analisis data
9. Kesimpulan

INKUIRI PENGESAHAN
Tajuk :Mengkaji hubungan antara tekanan dan kedalaman cecair.
Hasil pembelajaran : Mereka bentuk eksperimen untuk menentukan
hubungan tekanan
dan kedalaman cecair.

Tekanan di dalam cecair dipengaruhi oleh


kedalaman cecair tersebut.
Buktikan bahawa tekanan di dalam cecair dipengaruhi oleh kedalaman
cecair.
BAHAN:
Corong thistle, silinder penyukat, tiub getah, manometer, air ,cecair
berwarna, kaki retort dan pembaris
C. Berdasarkan gambarajah di bawah rangka satu eksperimen
yang boleh anda jalankan untuk menerangkan teorinya.

1 Susun dan pasang radas seperti dalam Rajah 1.


2 Laraskan kedalaman corong thistle pada 20.0 cm daripada
permukaan air.
3 Rekodkan ketinggian h pada manometer.
4 Ulang langkah di atas dengan kedalaman corong thistle pada 30.0
cm, 40.0 cm, 50.0 cm dan 60.0 cm.
5 Plotkan graf ketinggian, h melawan kedalaman.

B Berdasarkan eksperimen yang telah anda jalankan , tuliskan laporan


eksperimen yang
mengandungi perkara-perkara berikut:
10.
11.
12.
13.
d)
e)
f)
14.
15.
16.
17.
18.

Tujuan
Pernyataan masalah
Hipotesis
Pemboleh ubah
Manipulasi
Bergerak balas
Dimalarkan
Prosedur eksperimen
Penjadualan data
Graf
Analisis data
Kesimpulan

Soalan KBAT
C Ahmad dan Abu tinggal disebuah rumah pangsa. Masing-masing
tinggal di tingkat 1 dan
ditingkat 8. Pada suatu hari Abu mengadu kepada Ahmad , rumahnya
mengalami
masalah air. Tetapi Ahmad menyatakan beliau tidak mengalami
masalah tersebut.
Berdasarkan situasi yang dinyatakan jelaskan mengapa keadaan ini
berlaku.

SOALAN 1 [20 MARKAH]


TAJUK: Daya dan Tekanan
TUJUAN:
Menentukan hubungkait antara kedalaman dan tekanan dalam cecair

Kaedah:
1. Susun dan pasang radas seperti dalam rajah di atas.
2. Laraskan kedalaman corong thistle pada 20.0 cm daripada permukaan
air.
3. Rekodkan ketinggian h pada manometer.
4. Ulang langkah di atas dengan kedalaman corong thistle pada 30.0 cm,
40.0 cm, 50.0 cm dan 60.0 cm.
a) Bagi eksperimen yang diterangkan, nyatakan
(i)
Pemboleh ubah yang dimanipulasi
[1 markah]
(ii)
Pemboleh ubah yang bergerak balas
[1 markah]
(iii)
Pemboleh ubah yang dimalarkan
[1 markah]
b) Rekodkan nilai-nilai kedalaman,d dan beza ketinggian,h dalam jadual.

[6 markah]

c) Pada kertas graf plotkan graf beza ketinggian,h melawan kedalaman, d.


[6 markah]
d) Tentukan kecerunan graf.

[2 markah]
e) Berdasarkan graf, nyatakan hubungan antara beza ketinggian, h dengan
kedalaman,d.
[1 markah]
f) Nyatakan langkah berjaga-jaga dalam eksperimen ini.
[1 markah]

SOALAN 2 [10 MARKAH]


TAJUK: Daya dan Tekanan
TUJUAN:
Menentukan hubungkait antara kedalaman dan tekanan dalam cecair

Kaedah:
1. Susun dan pasang radas seperti dalam rajah di atas.
2. Laraskan kedalaman corong thistle pada 20.0 cm daripada permukaan
air dan rekodkan beza ketinggian, h pada manometer.
3. Ulang langkah di atas dengan kedalaman corong thistle pada 30.0 cm,
40.0 cm, 50.0 cm dan 60.0 cm.

a) Kira nisbah beza ketinggian,h dengan kedalaman,d bagi setiap


kedalaman.

[2 markah]
b) Rekodkan nilai-nilai d, h dan

h
d .

[5 markah]

c) Diberi nilai d = 70.0 cm, kirakan nilai h yang sepadan.

[2 markah]
d) Nyatakan langkah
eksperimen ini.

berjaga-jaga

yang

perlu

diambil

dalam

[1 markah]

You might also like