You are on page 1of 9

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

SMP PPG SEPT 2013

HBSC2203

TOOLS FOR LEARNING SCIENCE (AMALI)

NAMA PELAJAR NO. MATRIKULASI NO. KAD PENGENALAN NO. TELEFON E-MEL

: : : : :

ALICIUS LUCAS 780926125297001 780926125297 019-8003700 aliciuslucas@yahoo.com

NAMA TUTOR PUSAT PEMBELAJARAN

: :

EN. PANG WUI YING OUM SANDAKAN

HBSC 2203 Aktiviti 1 Tujuan : Untuk mengkaji kadar penurunan suhu 125 ml air panas di dalam bikar selama 22 minit

Radas Dan Bahan

Termometer (0C - 110C), bikar (250 ml), jam randik (stopwatch)

Langkah Langkah : 1. Tuang air panas ke dalam bikar sehingga separuh (125 ml). 2. Masukkan/rendam termometer ke dalam bikar dan ambil bacaan awal suhu air tersebut (rujuk rajah di bawah).

3. Rekodkan bacaan suhu air setiap dua minit ke dalam borang jadual yang disediakan.

Pemerhatian / Keputusan : Keputusan ujikaji seperti dalam jadual di bawah : -

Jadual kadar penyejukan 125ml air selama 22 minit. Masa (minit) Suhu (C ) 0 2 4 6 8 10 12 14 16 18 22

20

95.0 90.0 85.0 77.9 69.2 60.5

52

43.3 41.0 37.7

34.5

32.0

HBSC 2203

Graf kadar penyejukan 125ml air selama 22 minit.


100 90 80 70 Suhu (C) 60 50 40 30

20
10 0 0 5 10 Masa (minit) 15 20 25

Perbincangan : 1. Sebuah bikar diisi dengan 125 ml air panas. Pada peringkat awal eksperimen, bacaan termometer menunjukkan suhu setinggi 95.0C. 2. Air di dalam bikar tersebut dibiarkan terdedah dan menyejuk pada suhu bilik. Bacaan pada termometer diambil setiap dua minit dan direkodkan ke dalam jadual yang disediakan. 3. Bacaan suhu pada termometer menurun, seiring dengan tempoh masa yang diambil. Ini disebabkan suhu di dalam air air mulai tersebar ke udara sekeliling. 4. Selepas merekodkan 12 bacaan (22 minit), eksperimen dihentikan kerana bacaan suhu yang ditunjukkan pada termometer hampir sama dengan suhu persekitaran/bilik. Ini menunjukkan air di dalam bikar telah menyejuk. 5. Maklumat yang direkod digunakan unuk memplot graf.

Kesimpulan :

HBSC 2203 Melalui eksperimen yang dijalankan, didapati suhu air panas yang diisi ke dalam bikar menyejuk sehingga menghampiri suhu bilik/persekitaran. Kadar penurunan suhu air panas ini berkadaran secara langsung dengan tempoh masa yang digunakan iaitu semakin lama masa yang digunakan, suhu air semakin menurun. Pada peringkat awal eksperimen, suhu air adalah 95C dan pada akhir eksperimen, suhu air tersebut telah menurun sehingga 32C.

Jawapan soalan amali 1. Dua kemahiran memproses sains yang digunakan di dalam aktiviti tersebut ialah: (a). Pemerhatian/cerapan (observing) mengetahui Menggunakan deria sentuh untuk

tahap kepanasan air di dalam bikar dan menggunakan deria

penglihatan untuk melihat perubahan suhu yang ditunjukkan pada bacaan termometer. Mentafsir data (interpreting data) memberikan penjelasan yang rasional tentang penurunan suhu yang berlaku pada air di dalam bikat tersebut. Penjelasan yang rasional tentang penurunan suhu tersebut adalah kerana disebabkan oleh suhu air tidak sama dengan suhu bilik/persekitaran. Perbezaan suhu ini menyebabkan haba yang tersimpan di dalam air disebarkan ke persekitaran yang lebih sejuk.

(b).

2. Dua kaedah yang boleh digunakan untuk mempersembahkan data yang direkodkan untuk tujuan tafsiran adalah seperti berikut: (a). Data yang diperoleh daripada aktiviti/eksperimen boleh dipersembahkan dalam bentuk jadual seperti yang ditunjukkan di bawah.

Jadual kadar penyejukan 125ml air selama 22 minit.


Masa (minit) Suhu (C ) 0 2 4 6 8 10 12 14 16 18 20 22

95.0

90.0

85.0

77.9

69.2

60.5

52

43.3

41.0

37.7

34.5

32.0

HBSC 2203 (b). Data yang diperoleh daripada aktiviti/eksperimen juga boleh dipersembahkan dalam bentuk graf seperti yang ditunjukkan di bawah. Graf kadar penyejukan 125ml air selama 22 minit.
100 Suhu (C) 80 60 40 20 0 0 5 10 Masa (minit) 15 20 25

3. Berdasarkan kepada graf yang ditunjukkan, jelas menunjukkan suhu air di dalam bikar menurun. Penurunan suhu ini berkadar secara langsung dengan tempoh masa.

4. Berdasarkan kepada keputusan eksperimen/aktiviti ini, kita boleh membuat rumusan bahawa suhu panas yang terkandung di dalam air tersebut telah menurun disebabkan oleh haba yang berada di dalam air dipindahkan ke udara melalui proses olakan. Proses ini berlaku apabila haba panas yang terdapat di dalam air cenderung berpindah ke luar/udara kerana suhu persekitaran yang sejuk. Udara sejuk yang terdapat di persekitaran pula cenderung bergerak ke arah bikar air yang panas. Proses yang berterusan ini akan menyebabkan suhu air menurun sehingga mencapai suhu seimbang iaitu suhu air di dalam bikar sama dengan suhu bilik/persekitaran.

HBSC 2203 Aktiviti 2 Tujuan : Untuk mengkaji tindak balas yang berlaku apabila soda bikarbonat (baking soda) dimasukkan ke dalam botol yang diisi dengan cecair cuka makan/vinegar (asid lemah).

Radas Dan Bahan

Botol muncung pendek, corong, belon, sudu penyukat, cuka putih, soda bikarbonat

Langkah Langkah : 1. Tuang 4 sudu cuka putih ke dalam botol. 2. Masukkan satu sudu makan soda bikarbonat ke dalam belon dengan menggunakan corong. 3. Masukkan mulut belon ke muncung botol (rujuk rajah di bawah).

4. Angkat belon perlahan-lahan agar soda bikarbonat jatuh ke dalam cecair cuka di dalam botol.

HBSC 2203 Pemerhatian / Keputusan : 1. Semasa serbuk soda bikarbonat jatuh ke dalam botol dan bercampur dengan cuka, berlaku tindak balas serta merta. 2. Campuran tersebut mula berbuih dan menghasilkan gelembung-gelembung udara. 3. Udara yang terhasil ini menyebabkan belon mengembang.

Perbincangan : 1. Tindak balas serta merta yang berlaku di antara cuka (CH3COOH) dan soda bikarbonat (NaHCO3) adalah tindak balas kimia. 2. Tindak balas kimia ini menghasilkan gas karbon dioksida. 3. Gas karbon dioksida yang terbentuk menyebabkan belon mengembang.

Kesimpulan : Melalui eksperimen yang dijalankan, didapati tindak balas kimia yang berlaku di antara cuka dan soda bikarbonat telah menghasilkan gas karbon dioksida. Selain daripada itu, hasil sampingan daripada tindak balas kimia ini adalah air. Tindak balas kimia ini adalah seperti berikut;

NaHCO3 (aq) + CH3COOH (aq) ----> CO2 (g) + H2O (l) + CH3COONa (aq)

HBSC 2203 Jawapan soalan amali

1. Apabila soda bikarbonat jatuh ke dalam botol dan bercampur dengan cuka, terjadi perubahan serta merta. Campuran ini kelihatan seperti buih sabun dan berwarna putih. Belon yang dilekatkan dengan muncung botol mengembang seolah-olah ditiup dengan udara.

2. Perkara ini terjadi kerana campuran cuka dengan soda bikarbonat telah mewujudkan tindak balas kimia dan menghasilkan gas karbon dioksida dan air. Apabila soda bikarbonat atau dipanggil sodium bikarbonat (NaHCO3) bercampur dengan air, ianya akan terurai kepada ion sodium (Na+) dan ion bikarbonat (HCO3- ) . NaHCO3 ---> Na+(aq) + HCO3-(aq)

Cuka, adalah asid acetik (cuka-acid lemah: rasa masam). Apabila asid acetik (CH3COOH) bercampur dengan air, sebahagiannya terpisah menjadi ion hidrogen ( H+) dan ion acetate (CH3COO-)

CH3COOH <---> H+(aq) + CH3COO-(aq)

Eksperimen ini melibatkan dua tindakbalas iaitu: i. ii. tindakbalas asid-bes diikuti; tindakbalas pemecahan semula

Apabila sodium bikarbonat dan cuka dicampurkan, ion hidrogen dari cuka akan bertindakbalas dengan ion bikarbonat (HCO3- ) dari serbuk penaik untuk membentuk satu bahan kimia baru iaitu asid karbonik (H2CO3).

H+ + HCO3- ---> H2CO3

HBSC 2203

Asid karbonik (yang tidak stabil) seterusnya terurai kepada gas karbon dioksida(CO2) dan air(H2O). H2CO3 ---> H2O + CO2

Hasil daripada tindak balas kimia ini, menghasilkan buih-buih yang mengandungi gas karbon dioksida (CO2). Tindakbalas kimia keseluruhan kebiasaannya ditulis seperti berikut :

NaHCO3 (aq) + CH3COOH (aq) ----> CO2 (g) + H2O (l) + CH3COONa (aq)

3. Dua kemahiran berfikir yang digunakan dalam aktiviti ini adalah seperti berikut; i. Kemahiran menghubung kait. Berdasarkan pemerhatian, 4 sudu cuka dicampurkan dengan 1 sudu soda bikarbonat akan menghasilkan belon sebesar bola takraw. Berdasarkan kepada keputusan aktiviti ini, kita boleh membuat hubungkait di antara kuantiti campuran cukasoda bikarbonat dengan saiz belon yang akan terhasil. Hubungkait yang boleh dibuat berdasarkan keputusan aktiviti tersebut ialah untuk menghasilkan belon sebesar bola sepak, kita memerlukan 8 sudu cuka dicampurkan dengan 2 sudu soda bikarbonat.

ii.

Membuat hipotesis. Empat sudu cuka dicampurkan dengan satu sudu soda bikarbonat akan menghasilkan belon sebesar bola takraw. Jika kuantiti campuran cuka-soda bikarbonat ditambah, saiz belon yang akan terhasil akan lebih besar. Hipotesis yang dapat dibina berdasarkan inferens tersebut ialah semakin banyak kuantiti campuran cuka-soda bikarbonat yang digunakan, semakin besar saiz belon yang akan terhasil.

You might also like