You are on page 1of 7

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

SMP PPG SEPT 2013

HBSC2203

TOOLS FOR LEARNING SCIENCE (REPORT OF AN EXPERIMENT)

NAMA PELAJAR NO. MATRIKULASI NO. KAD PENGENALAN NO. TELEFON E-MEL

: : : : :

ALICIUS LUCAS 780926125297001 780926125297 019-8003700 aliciuslucas@yahoo.com

NAMA TUTOR PUSAT PEMBELAJARAN

: :

EN. PANG WUI YING OUM SANDAKAN

HBSC 2203 LAPORAN EKSPERIMEN

TAJUK

PENGARUH SUHU KE ATAS JUMLAH BIJI BENIH CILI YANG BERCAMBAH / TUMBUH.

TUJUAN

Mengkaji sejauh mana suhu persekitaran mempengaruhi percambahan biji benih cili.

PERNYATAAN MASALAH

Bagaimana faktor suhu boleh memengaruhi bilangan benih cili yang bercambah.

HIPOTESIS

Semakin tinggi suhu persekitaran, semakin banyak benih cili yang berjaya tumbuh.

PEMBOLEH UBAH

yang dimalarkan Bilangan biji benih cili yang ditanam (30 biji) - Tempoh masa 10 hari yang dimanipulasi Suhu persekitaran pokok cili ditanam yang bergelak balas Bilangan benih cili yang berjaya bercambah.

APARATUS

6 kotak semaian tanaman cili yang boleh diset/dikawal suhu

BAHAN

Benih cili, tanah medium tanaman

HBSC 2203 PROSEDUR : 1. Sediakan 6 kotak semaian tanaman cili dengan medium (tanah) untuk tanaman cili. 2. Setkan suhu bagi setiap kotak tanaman mengikut suhu yang ditetapkan. Kotak Suhu yang ditetapkan (C) Bil. biji benih cili yang ditanam A 8 30 B 12 30 C 16 30 D 18 30 E 22 30 F 24 30

3.

Tanam 30 biji benih ke dalam setiap kotak semaian tanaman cili.

4.

Dalam tempoh 10 hari, sentiasa pantau dan siram kotak semaian mengikut keperluan. 2

HBSC 2203 KEPUTUSAN/ PEMERHATIAN : 1. Selepas 10 hari, jumlah biji benih cili yang berjaya tumbuh dalam setiap kotak semaian dicatat dan direkodkan ke dalam jadual 1.

Kotak Suhu yang ditetapkan (C) Bil. biji benih cili yang ditanam Bil. Biji benih cili yang berjaya tumbuh

A 8 30 4

B 12 30 10

C 16 30 14

D 18 30 18

E 22 30 24

F 24 30 16

Jadual 1: Bilangan pokok cili yang tumbuh mengikut cuaca persekitaran

2.

Berdasarkan data dariapda jadual 1, graf dibuat untuk melihat secara keseluruhan hasil eksperimen yang dijalankan. Melalui graf yang dibuat, dapat memberikan gambaran secara kasar tentang pengaruh suhu ke atas pertumbuhan benih cili.

30 25 20 15 10 5 0 0 5 10 15 Suhu Persekitaran (C) 20 25 30

Bil. Pokok Cili

Graf 1: Bilangan pokok cili yang tumbuh mengikut cuaca persekitaran 3

HBSC 2203 ANALISIS DAN PENAFSIRAN DATA : Berdasarkan kepada keputusan eksperimen, jadual 1 dan graf 1, jelas menunjukkan bahawa suhu persekitaran sangat mempengaruhi pertumbuhan biji benih cili yang ditanam. Pada suhu yang sangat rendah (8C pada kotak semaian A), hanya 4 daripada 30 biji benih yang disemai berjaya tumbuh. Jumlah ini bertambah kepada 10 biji benih pada kotak semaian B (12C). Pada kotak semaian C (16C) dan D (18C), bilangan biji benih yang tumbuh menunjukkan peningkatan sebanyak 4 dan 8 pokok, menjadikannya kepada 14 dan 18 pokok.

Pada kotak semaian E (22C), bilangan biji benih cili yang berjaya tumbuh mencecah sehingga 24 pokok. Ini bermakna, hanya 6 daripada biji benih yang disemai di dalam kotak ini tidak tumbuh.

Berbeza dengan kotak semaian F (24C), hanya 16 biji benih yang tumbuh. Ini jelas menunjukkan penurunan yang sangat ketara dan mengejut kerana jumlahnya lebih rendah daripada kotak semaian D.

PERBINCANGAN :

Pada suhu sekitar 8C, biji benih cili tidak berupaya untuk tumbuh dengan baik. Ini bermaksud pokok cili tidak sesuai ditanam di kawasan yang bersuhu rendah. Persekitaran dalam kotak semaian A sepadan dengan negara-negara yang mempunyai iklim Siberia. Oleh itu, cili tidak sesuai ditanam di negara-negara yang beriklim sejuk.

Pada suhu antara 12C hingga 18C, benih cili menunjukkan penyesuaian yang lebih baik berbanding pada suhu 8C. Pada suhu ini, pokok cili boleh ditanam dengan agak baik. Walau bagaimanapun, pokok cili yang ditanam di persekitaran ini tidak sesuai untuk dikomersilkan kerana hasil pengeluarannya mungkin agak terhad. 4

HBSC 2203 Pokok cili sangat sesuai ditanam pada suhu sekitar 22C. Ini sangat jelas berdasarkan kepada keputusan eksperimen yang dibuat. Pada persekitaran 22C, hampir semua biji cili telah berjaya tumbuh. Suhu ini sepadan dengan negara-negara yang terletak berhampiran dengan garis khatulistiwa. Di negara kita, pokok cili sesuai ditanam di kawasan tanah tinggi seperti cameron Highland, Kundasang dan beberapat tempat di banjaran Sarawak.

Pada suhu 24C dan ke atas, pertumbuhan biji benih cili telah menurun dengan banyak. Hanya 16 biji benih yang berjaya tumbuh iaitu separuh daripada jumlah keseluruhan.

KESIMPULAN

Berdasarkan kepada hasil eksperimen, saya menyimpulkan bahawa percambahan biji benih cili sangat berkait rapat dengan suhu persekitaran biji benih tersebut ditanam. Pada suhu 22C, menunjukkan bahawa biji benih cili bercambah dengan sangat baik. Pada suhu 18C, biji benih cili masih boleh bercambah dengan baik. Walau bagaimanapun, pada suhu 24C dan ke atas, jumlah biji benih yang berjaya bercambah menurun dengan sangan banyak.

Walaupun suhu merupakan faktor yang utama mempengaruhi percambahan biji cili, saya juga ingin mengemukakan beberapa faktor lain yang difikirkan boleh menjejaskan hasil eksperimen ini. Salah satu daripadanya adalah dari segi kualiti biji benih cili yang ditanam. Biji benih yang digunakan adalah daripada kumpulan yang sama. Walau bagaimanapun, kualiti setiap biji benih tersebut masih boleh dipertikaikan. Ada kemungkinan terdapat beberapa biji benih tersebut yang telah rosak semasa proses pembungkusan atau disebabkan oleh serangan kulat.

HBSC 2203 Tanah yang digunakan sebagai medium untuk pertumbuhan biji benih cili juga merupakan faktor penyumbang kepada

percambahan biji benih tersebut. Medium yang terlalu berasid atau beralkali mempunyai keberangkalian merosakkan biji benih cili.

Rujukan

Iskandar Ab. Rashid (2012). Faktor yang mempengaruhi pertumbuhan tanaman. Dicapai pada 01 November 2013 daripada http://www.tanamsendiri.com/2012/01/faktor-yang-

mempengaruhi-pertumbuhan.html

House Plant. Growing your own chilli peppers. Dicapai pada 01 November 2013 daripada http://www.jfunk.org/extras/labs/chillies.html

Suhaizan Lob (2009). Kesan interaksi Mikroriza Vesikular-Arbuskular (MVA), paras berbeza Vermikas dan baja kimia terhadap pertumbuhan 3 varieti cili (capsicum annum) tempatan.Universiti Sains Malaysia. Pulau Pinang

You might also like