You are on page 1of 3

PROGRAM JALAN-JALAN PERSEKUTUAN NEGERI KEDAH

RANCANGAN MALAYSIA KE SEBELAS (RMKe 11)

NAMA PROJEK

MENAIKTARAF JALAN FT175 DARI PERSIMPANGAN JALAN LANGGAR KE


PERSIMPANGAN KEPALA BATAS, DAERAH KOTA SETAR, KEDAH DARUL AMAN.

LATAR BELAKANG PROJEK

Projek ini telah dikenalpasti keutamaannya di dalam Program Retreat Penyediaan RMKe 11
yang telah diadakan oleh Unit Perancang Ekonomi Negeri Kedah pada 25hb. dan 26hb.
September 2014.

Jalan ini telah siap direkabentuk pada tahun 2003 oleh Perunding SEPAKATEGUH
ENGINEERS SDN. BHD. Pewartaan jajaran jalan ini bagi tujuan Pengambilan balik tanah
dan struktur telah dibuat pada tahun 2003 dan sebanyak 95% telah dibuat bayaran
pampasan. Surat niat perlaksanaan projek telah dikeluarkan kepada UZAIMIN
ENTERPRISE(M) SDN. BHD. pada 12hb. Ogos 2002 dan kemudiannya dibatalkan oleh
Kementerian Kewangan Malaysia pada tahun 2011.

Pertambahan pembangunan di sepanjang jajaran jalan ini antaranya Kem Angkatan Tentera
Malaysia, Kolej Tentera Udara Di Raja Malaysia, sekolah dan Taman Perumahan baru di
persekitarannya telah menyebabkan jalan ini mengalami peningkatan trafik yang tinggi.
Keadaan semasa jalan dengan piawaian R3 (2 lorong 2 hala) dijangka tidak dapat
menampung kapasiti trafik dan keselamatan pengguna dalam tempoh terdekat.

OBJEKTIF PROJEK

1. Meningkatkan kelancaran trafik bagi laluan Jalan Langgar Kepala Batas (FT175)

2. Meningkatkan aktiviti sosiol ekonomi penduduk setempat serta dapat menyusun semula
pembangunan tepi jalan dengan lebih teratur.

3. Mengurus sistem lalulintas, laluan sikal serta pejalan kaki yang lebih sistematik.

1|NO.1
KOMPONEN PROJEK

Menaiktaraf jalan sepanjang 6 km dengan piawaian R5 (Jalan berkembar 4 lorong 2 hala)


dan melibatkan skop kerja utama seperti berikut :

i. Kerja Tanah
ii. Kerja Geoteknikal
iii. Sistem Peparitan
iv. Pembentung
v. Perabot Jalan dan Garisan Jalan
vi. Pemasangan Lampu Jalan dan Lampu Isyarat.
vii. Pengalihan Utiliti

ANGGARAN KOS PROJEK

Berpandukan kepada aktiviti kerja yang terlibat adalah dianggarkan kos pembinaan sebanyak
RM 105 juta. Pecahan kos mengikut aktiviti adalah seperti berikut:

i. Bayaran Pengambilan Balik Tanah / - RM 6,000,000.00


Bayaran Gantirugi
ii. Kerja-kerja Pembinaan Jalan/jambatan - RM 80,000,000.00
(Termasuk 6% GST)
iii. Siasatan Tanah dan Perunding - RM 3,500,000.00
iv. Pengalihan utiliti - RM 15,500,000.00
v. Lain-lain - RM 500,000.00

JUMLAH RM 105,500,000.00

OUTPUT DAN FAEDAH YANG DIJANGKAKAN DARIPADA PROJEK

1. Kesesakan aliran trafik terutamanya ketika waktu puncak (waktu persekolahan dan
waktu pejabat) 6.30 pagi -8.30 pagi, 1.00 ptg -2.30 ptg dan 4.30 ptg - 6.00 ptg dapat
dikurangkan.

2. Pergerakan aliran trafik akan lebih selamat dan teratur dengan pembinaan laluan sikal
dan pejalan kaki.

3. Sistem pengairan dan peparitan akan lebih sempurna dan teratur dengan terbinanya
sistem saliran yang baru memandangkan kawasan berkenaan adalah kawasan banjir.

2|NO.1
JUSTIFIKASI PROJEK

Projek ini perlu dilaksanakan bagi memberikan kemudahan perhubungan kepada penduduk di
kawasan sekitar terutamanya pihak tentera dan pengguna yang akan ke Hospital Sultanah
Bahiyah dan Pekan Alor Setar.

Bagi mengelakkan pembangunan/pencerobohan di atas tanah kerjaan (tanah yang telah


dibuat pengambilan) projek ini perlu dilaksanakan.

3|NO.1

You might also like