You are on page 1of 4

BAB 1

PENGENALAN

1.1 Pengenalan

Turapan lentur adalah merupakan permukaan jalan yang sinonim di negara kita,
kebanyakan jalan di Malaysia menggunakan turapan lentur berbanding turapan tegar oleh
kerana mengambilkira faktor kos pembinaan yang lebih murah dan menjimatkan masa
berbanding pembinaan turapan tegar. Bahan-bahan digunakan dalam pembinaan turapan
lentur adalah seperti batu baur bersaiz 10mm-28mm,quarry dust, simen, dan bitumen. 70%
penggunaan bitumen adalah di dalam industri pembinaan jalanraya terutamanya bagi
pembinaan jalan jenis turapan lentur. Penghasilan bitumen adalah hasil dari sumber asli iaitu
petroleum. Dengan kepesatan pembangunan yang semakin rancak kini memerlukan sistem
perhubungan yang terbaik bagi memastikan kelancaran perkembangan pembangunan ini.

Justeru itu, sistem rangkaian jalanraya di negara ini sentiasa perlu dikemaskini serta
penaiktarafan jalanraya yang mendadak perlu dilaksanakan dengan lebih kerap dari
sebelumnya. Hal ini juga membuatkan permintaan pembinaan jalan yang tinggi di kawasan
yang menjadi tumpuan seperti bandar-bandar besar. Secara tak langsung penggunaan bitumen
ini juga meningkat dan sumber-sumber yang tidak boleh diperbaharui seperti petroleum ini
tidak boleh bertahan begitu lama kerana ianya bakal kehabisan sumber juga satu hari nanti.

Maka perlu ada suatu bahan yang boleh dijadikan sumber pengganti bagi bahan seperi
bitumen ini dalam industri pembinaan jalan raya di negara ini, malahan juga seluruh dunia
kelak. Dalam situasi kini industir getah yang kurang memberi pulangan yang lumayan kepada

1
negara adalah satu pemangkin yang boleh diketengahkan menjadi satu sumber baharu yang
menggantikan bitumen dalam campuran turapan lentur. Sumber yang paling mudah diperolehi
dan baik untuk dikitar semula adalah getah tayar terpakai atau lama yang merupakan bahan
yang sering kita lihat tidak digunakan secara meluaskan sebagai bahan dalam industri.

Walaubagaimanapun, bahan ini boleh digunakan sebagai bahan pengganti yang


menjadi bahan tambah tanpa menggunakannya 100% pengganti kepada bitumen/asfalt. Ianya
sumber yang mudah didapati dan lebih ekonomi untuk diproses berbanding bahan getah lain
yang juga boleh dijadikan bahan pengganti bitumen.

1.2 Latar Belakang Masalah

Bahan bitumen yang digunakan secara konvesional merupakan sumber asli yang
lambat laun akan kehabisan sumbernya. Salah satu carannya mencari sumber bahan yang
baharu yang boleh digunakan dari bahan kitar semula dan sumber yang boleh diperbaharui.

Dalam kes ini, bahan yang boleh di anggap penyelamat kepada industri pembinaan
jalanraya turapan lentur lazim adalah getar tayar. Bahan ini sangat mudah diperolehi dan
paling utama bahan yang dikitar semula, ianya secara tak langsung dapat menjadi produk
yang mesra alam sekitar dan menggelak pembaziran dan juga pemcemaran.

Getah tayar lama kebiasaannya dibuang begitu saja ataupun dibakar. Pembakaran
getah tayar ini boleh mengakibatkan pencemaran udara. Jika getah tayar ini dapat diproses
menjadi bahan baharu yang berguna kepada industri, ianya adalah suatu perkara yang amat
baik dan boleh dijadikan satu model bagi penaiktarafan dalam industri jalanraya di negara
kita.

2
1.3 Matlamat Projek

Membuat kajian terhadap getah tayar yang digunakan sebagai pengganti bitumen
dalam campuran turapan lentur. Kajian meliputi keberkesanan fungsi getah tayar tersebut
setelah digunakan semasa dicampur dalam sebahagian bitumen samada ianya berpotensi
menggantikan bitumen serta fungsinya setelah dijalan beberapa ujian-ujian di makmal untuk
menguji ketahanan campuran baharu tersebut..

1.4 Objektif Projek

Bagi memastikan matlamat diatas tercapai, objektif kajian projek yang dirancangkan
adalah:

i) Menilai tahap ketahanan bahan baharu yang dikaji boleh menyamai bitumen
asal.

ii) Mengenalpasti kelebihan lain apabila campuran baharu ini dibuat.

iii) Menentukan keberkesanan campuran bitumen baharu yang dibuat kajian.

iv) Membuat perbandingan bitumen asal dengan bitumen yang dicampur serbuk
getah tayar.

v)

1.5 Skop Projek

Kajian ini meliputi penambahan bahan serbuk getah tayar terpakai ke dalam bitumen
asal dengan pengurangan kuantiti bitumen dengan tujuan mengenalpasti kebolehan asal
bitumen itu semakin baik, seperti asal atau menjadikan lebih rendah. Selain itu, bagi

3
mengenalpasti kajian yang bakal dijalankan, beberapa siri ujikaji di makmal akan dibuat
dengan mengadakan sampel asal bitumen dan sampel bitumen yang dicampur denga serbuk
getah tayar. Keputusan ujian bahan-bahan ini akan dinilai untuk membuat kesimpulan dalam
kajian projek ini.

1.6 Metodologi Kajian

Membuat kajian dengan menguji bahan serbuk getah tayar yang dicampur dengan
bitumen. Kemudian bitumen asal dan bitumen yang dicampur serbuk getah tayar akan diuji
dan bacaaan sanpel yang diuji dibuat perbandingan samada bahan serbuk getah tayar tersebut
dapat meningkatkan mutu bitumen atau melemahkan mutu bitumen dan juga tiada perubahan
pada mutu bitumen asal. Ujian-ujian bahan yang bakal dijalankan ialah ujian penetrasi dan
ujian titik melembut. Hasil ujian ini boleh menjadi kesimpulan yang jitu bagi mengenalpasti
bahan serbuk getah tayar ini boleh dijadikan salah satu bahan dalam merekabentuk campuran
bagi turapan lentur.

You might also like