You are on page 1of 4

LAMPIRAN TP – A

SYARIKAT BEKALAN AIR SELANGOR SDN BHD

SYARAT-SYARATSOKONGAN KEBENARAN MERANCANG

1. Sekiranya paras bekalan air dikehendaki oleh pemohon ini melebihi paras tekanan air
selamat selepas 'allowing for pipeline loses' maka stesen pam yang mengandungi rumah pam,
tangki sedut dan kolam air perlu disediakan. Bagi stesen yang akan diserahkan kepada jabatan
ini untuk diambil alih, maka tapak kawasan stesen pam hendaklah diserahkan kepada kerajaan
untuk direzab sebagai tapak kerja air ('waterworks reserve').

2. Jika terdapat saluran paip air sediada atas tapak cadangan itu nanti dan paip tersebut
dikehendaki untuk dialihkan, maka segala kos perbelanjaan terhadap pengalihan itu akan di
tanggung oleh pihak pemaju itu sendiri.

3. Permohonan kelulusan melintasi rezab SYABAS hendaklah dikemukakan ke Jabatan


Pembangunan, Ibu Pejabat SYABAS untuk semakan dan tindakan selanjutnya.

4. Pemaju hendaklah melantik Jurutera Perunding Professional untuk urusan permohonan


bekalan air. Jurutera Perunding hendaklah diiktiraf oleh kerajaan dan berdaftar dengan SPAN
sebagai Jurutera Perunding Bekalan Air.

5. Pemaju adalah disyaratkan membangunkan sistem bekalan air yang diperlukan bagi
membolehkan bekalan air ke pembangunan tuan serta membayar kos sumbangan
kepada SYABAS sekiranya dikehendaki kelak.

6. Semua kerja-kerja yang berkaitan dengan pemasangan sistem bekalan air hanya boleh
dilaksanakan setelah kelulusan pelan diperolehi daripada SYABAS.

7. Sila tuan berhubung terus dengan pejabat SYABAS Wilayah yang berkenaan untuk
mengetahui kedudukan punca air yang dimaksudkan.

8. Pihak tuan diminta mengemukakan permohonan secara dalam talian (online) untuk
permohonan kelulusan pelan sistem retikulasi luaran dengan memuatnaik 1 set laporan
rekabentuk, 1 set pelan retikulasi, 1 set pelan kedudukan lokasi meter air bagi premis-premis
yang akan dibekalkan dengan meter air SYABAS, Borang Standard Specification & Drawing
(SSD Form) dan Borang Akujanji Pindaan 1/2008 yang telah ditandatangani dan disahkan
dari segi perundangan (legally stamped) bagi pembangunan di atas.

9. Tuan dikehendaki membuat pembayaran fi pemprosesan pelan sistem bekalan air


luaran dimana kadar adalah berdasarkan kepada jumlah keperluan bekalan air setiap
pengemukaan permohonan. Inbois fi pemprosesan pelan tersebut akan dikeluarkan selepas
permohonan secara dalam talian diterima oleh SYARIKAT BEKALAN AIR SELANGOR SDN.
BHD.

LAMPIRAN TP – A – 1
LAMPIRAN TP – A

10. Sekiranya pembangunan akan dibangunkan dalam fasa-fasa, sila masukkan pelan-pelan
dengan disertakan nombor fasa dan bilangan unit dengan jelas supaya bil Sumbangan Kos
Pembangaunan (SKP) / Sumbangan Modal (SM) dapat dikeluarkan mengikut fasa-fasa berkenaan.

11. Tuan hendaklah memuatnaik surat perlantikan sebagai Jurutera Perunding daripada
pemaju yang mana skop Jurutera Perunding adalah termasuk pengawasan tapak pembangunan
selain daripada rekabentuk terperinci.

12. Surat kelulusan lokasi sambungan paip/kolam air ini perlu dimuatnaik bersama semasa
mengemukakan laporan kiraan hidraulik bagi sistem bekalan air luaran.

13. Pihak pemaju hendaklah pada setiap masa memastikan bahawa kontraktor
dan/atau tukang paip dan/atau perunding dan/atau mana-mana orang yang terlibat dengan kerja-
kerja rekabentuk dan/atau pemasangan dan/atau pembinaan dan/atau penyambungan dan/atau
pengubahsuaian sistem bekalan air di kawasan pembangunan pihak pemaju mempunyai
permit / pendaftaran (mengikut kategori yang bersesuaian) dengan Suruhanjaya
Perkhidmatan Air Negara (SPAN) sepertimana yang diperuntukkan di bawah Seksyen 50 Akta
Industri Perkhidmatan Air 2006 dan Kaedah-Kaedah Industri Perkhidmatan Air (Permit) 2007.

14. Bermula 01/11/2012, semua permohonan bekalan air sementara adalah tidak diluluskan
oleh SYABAS. Pihak pemaju adalah disarankan untuk memulakan atau menyegerakan kerja-
kerja pembinaan sistem bekalan air tetap dan menyerahkan sistem yang telah disiap dibina
kepada SYABAS bagi mengelakkan kelewatan pembekalan bekalan air tetap.

15. Pemaju perlu mengambilkira dalam rekabentuk pelan bangunan berhubung


lokasi serta kedudukan meter-meter air yang akan dibekalkan, dibaca dan diselenggara oleh
SYABAS berdasarkan kepada syarat dan kriteria berikut :

a) Cadangan kedudukan meter air di tapak perlu berada di dalam sempadan


pembangunan, diluar pagar, selepas longkang saliran (jika berkenaan) serta
selari dengan pagar/sempadan. Kedudukan meter air juga hendaklah tidak
menghalang laluan dan di halang oleh sebarang objek; i.e daun pintu, pagar/
tiang pagar, struktur binaan lain dan sebagainya.

b) Perincian kepada komponen-komponen yang berkaitan hendaklah merujuk


kepada spesifikasi yang ditunjukkan dalam pelan standard (Standard Drawings)
dan pelan perincian tipikal (Tipikal Details) SYABAS (yang mana berkaitan) yang
boleh dicapai melalui laman sesawang www.syabas.com.my.

c) Perunding hendaklah mengemukakan permohonan rasmi bagi mengesahkan


lokasi serta kedudukan meter-meter premis yang akan dibekalkan oleh SYABAS
semasa permohonan pelan retikulasi bekalan air.

16. Adalah dimaklumkan bahawa semua caj / fi berkaitan dengan permohonan


bekalan air baru adalah tertakluk kepada GST 6%; i.e Fi Kelulusan Pelan, Sumbangan Kos
Pembangunan (SKP)/ Sumbangan Modal (SMP) dan sebagainya.

LAMPIRAN TP – A – 2
LAMPIRAN TP – A

17. Selaras dengan Keputusan Jemaah Menteri yang dinyatakan di dalam surat dari Setiausaha
Kerajaan Negeri Selangor ruj. no: (32)dlm.IPK.Sel.04.05.1/298 Jld.1 bertarikh 6.5.2015, pihak
pemaju hendaklah mematuhi perkara-perkara berikut:

a) Memastikan semua utiliti bawah tanah baharu yang dipasang melalui pengorekan
terbuka atau penggerudian berarah (Horizontal Directional Drilling, HDD)
diukur oleh Jurukur Tanah Bertauliah semasa pemasangannya.

b) Jurukur Tanah Bertauliah perlu mengemukakan salinan digital dan Pelan Utiliti
yang memenuhi spesifikasi Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) kepada
Pengarah Ukur dan Pemetaan.

LAMPIRAN TP – A – 3

You might also like