You are on page 1of 41

[Type the company name]

BULETIN TUNTUTAN
BAHAGIAN DASAR & KONTRAK
E DI S I J UN 2 0 1 2

CAWANGAN KONTRAK & UKUR BAHAN

Sidang Pengarang
Sr Amran Mohd Majid
Sr Rozina Mohd Zaifan
Marina Musa
Noliza Din
Rosmawati Abd Ghafar
Asrul Hafiz Houd
Nizam Amri Ibrahim
Nor Hazlinda Baharudin
Nurul Aishah Zamaludin
Nor Rafidah Ramli
Fadhillah Mohd Noor
Ruhana Zakaria
Hasnah Daud
Mohd Noorkhairul Anuar Ahmad
KANDUNGAN

1) Tuntutan Yang Dibenarkan Dalam Syarat-Syarat Kontrak Dan Pihak


Berkuasa Yang Meluluskan

2) Surat Pekeliling Ketua Pengarah Kerja Raya Berkaitan Tuntutan Dalam


Kontrak

3) Aliran Kerja Tuntutan Semasa Di JKR

4) Jenis-Jenis Tuntutan

5) Rumusan Permohonan Tuntutan bagi Tahun 2008 sehingga 31 Mac 2009

6) Perbincangan Kes

Hak Cipta Terpelihara CKUB


1
TUNTUTAN YANG DIBENARKAN DALAM SYARAT-SYARAT
KONTRAK DAN PIHAK BERKUASA YANG MELULUSKAN

KATEGORI PERUBAHAN PIHAK BERKUASA MELULUS

1. Kerugian dan perbelanjaan Jawatankuasa


disebabkan oleh kelambatan • Ketua Jabatan yang
kerajaan dan / atau kerana berkenaan (Pengerusi)
mematuhi perubahan keperluan • Penasihat Undang-undang
Berkanun (Statutory
requirement)

2. Percanggahan dalam atau Jawatankuasa


antara dokumen-dokumen • Ketua Jabatan yang
kontrak berkenaan (Pengerusi)
• Penasihat Undang-undang

3. Tuntutan lain yang nyatanya Jawatankuasa


dibenarkan dalam syarat-syarat • Ketua Jabatan yang
kontrak berkenaan (Pengerusi)

4. Apa-apa kos yang ditanggung Jawatankuasa


berhubung dengan fee dan caj • Ketua Jabatan yang
pemindahan pembentungan berkenaan (Pengerusi)
bekalan air, bekalan letrik dan
lain-lain yang berkenaan

Rujukan : Arahan Perbendaharaan 202.2 - Jadual III(e)

Hak Cipta Terpelihara CKUB


2
SURAT PEKELILING
KETUA PENGARAH KERJA RAYA
BERKAITAN TUNTUTAN DALAM KONTRAK

BIL TAJUK RUJUKAN & TARIKH

1. Merahsiakan Proses Penilaian (23)dlm.JKR.KPKR.020.050 /03 klt. 7


Tuntutan Kerugian dan Perbelanjaan tarikh 4 Oktober 2006
Tambahan Kontraktor

2. Pembatalan Pemakaian Formula (59)dlm.JKR.KPKR.020.050/03 klt. 6


Alternatif Bagi Tuntutan terhadap tarikh 21 Februari 2006
Kerugian & Kos Tambahan Bagi
‘Accellaration’

3. Pembatalan Formula Khas Bagi (59)dlm.JKR.KPKR.020.050/03 klt. 6


Pengiraan Pampasan Terhadap tarikh 21 Februari 2006
Tuntutan Kerja-kerja Permulaan dan
kehendak Am (preliminaries)

4. Panduan Bagi Memproses Tuntutan (14)dlm.JKR.KPKR.020.050/03 klt. 6


Kontraktor tarikh 19 Januari 2005

5. Tuntutan Kerugian dan Perbelanjaan (53)dlm.JKR.KPKR.020.050/03 klt.3


Tambahan Daripada Kontraktor tarikh 12 Mei 2000

6. Panduan Bagi Menentukan Sama ada (11) dlm.KPKR.020.050/03 Jld. 2


Sesuatu Kes Tuntutan Bayaran tarikh 12 Jun 1998
Tambahan Oleh Kontraktor
Dikemukakan Ke Jawatankuasa
Perubahan Kerja Atau Jawatankuasa
Tuntutan Jabatan Kerja Raya

7. Notis Untuk Menuntut Kerugian (38)dlm.JKR:KPKR/01/2/A41


Dan/Atau Perbelanjaan tarikh 16 November 1992

Hak Cipta Terpelihara CKUB


3
ALIRAN KERJA TUNTUTAN SEMASA DI JKR

Tuntutan Kontraktor

P.P
Menilai, Menyediakan Laporan, Menandatangani

P.P Kemukakan Kepada Urusetia Tuntutan, CKUB

Urusetia Tuntutan kemukakan kepada Bahagian Kerja


Berkenaan di CKUB untuk menyemak semula
Tuntutan kontraktor, sediakan laporan dan kembalikan kepada
Urusetia Tuntutan KPKR

Jawatankuasa Tuntutan KPKR

Hak Cipta Terpelihara CKUB


4
JENIS-JENIS TUNTUTAN

YANG DIBENARKAN DALAM LAIN-LAIN KATEGORI


KONTRAK TUNTUTAN

Projek yang di batalkan / penamatan


Tuntutan Kerugian Perbelanjaan Tuntutan Kerugian Akibat bersama
Akibat Lanjutan Masa Dari Percanggahan Kontrak

Mengeluarkan sebahagian skop dan


diberi kepada pihak lain

Tuntutan Kerugian Fasal 8b Syarat-syarat


Perbelanjaan Tambahan di Kontrak 203/203A Kenaikan harga bahan-bahan binaan
Tapak Bina disebabkan oleh kemungkiran
Kerajaan
Fasal 7 Syarat-syarat
Kerugian Kehilangan Kontrak Reka & Bina
Keuntungan Loji yang tersadai ataupun kerja-
kerja yang tidak ekonomik di tapak
akibat dari kemungkiran Kerajaan
Kos Faedah Kewangan

Hak Cipta Terpelihara CKUB


5
Rumusan Permohonan Tuntutan bagi Tahun 2008 sehingga 31 Mac 2009

Jumlah Tuntutan
Bilangan Pemohon Jumlah Tuntutan (RM) Kelulusan
Tuntutan Kerugian Dan Jawatankuasa (RM)
Perbelanjaan Tambahan
20 861,886,142.90 13,199,965.02
Tuntutan Bagi Projek
Yang Dibatalkan /
Penamatan Bersama 0 0.00 0.00

Tuntutan Berkaitan
Percanggahan Dalam
15,785,020.05 1,620,000.00
Kontrak 2

Kenaikan Harga Bahan- 6,629,258.46 0.00


Bahan Binaan Disebabkan 1
Oleh Kemungkiran
Kerajaan
8,545,660.62 0.00
Lain - Lain
5

JUMLAH 28 892,846,082.03 14,819,965.02

Hak Cipta Terpelihara CKUB


6
PERBINCANGAN
KES-KES TUNTUTAN TERPILIH

Hak Cipta Terpelihara CKUB


7
KES 1

Projek : Merekabentuk, Membina, Menyiapkan, Menguji Dan Pentauliahan Kerja-


Kerja Pembangunan Kampus Tetap Kolej Universiti Teknologi Tun
Hussein Onn (KUITTHO) – Fasa 1

Jenis Tuntutan: Tuntutan Bayaran ke Atas Perbelanjaan Tambahan Bagi Pencawang


Pembahagi Utama (PPU)

Jenis Kontrak : Reka & Bina


ISU KES:-

(i) Semasa penyerahan dokumen Pra-Tawaran pada 25 Oktober 2002, pihak


Kontraktor telah mencadangkan pembekalan TNB pada tahap 33kV dengan
rekabentuk bangunan Pencawang Pengagihan Utama (PPU) setingkat.

Persetujuan TNB untuk menyalurkan bekalan 33kV dinyatakan dalam


memorandum TNB dan rundingan harga di antara Kontraktor dengan Kerajaan
telah dilaksanakan pada 19 Disember 2002.

Pihak TNB telah memaklumkan pihak mereka tidak dapat menyalurkan bekalan
33kV pada projek tersebut sebaliknya memberitahu bahawa mereka hanya
mampu menyalurkan bekalan 11kV.

Akibat daripada itu, pihak TNB meminta pihak Kontraktor untuk menyediakan
ruangan tambahan bagi bekalan 11kV dan meminda rekabentuk asal PPU dari
setingkat kepada 2 tingkat bagi membolehkan cable cellar ditempatkan.

Hasil daripada mesyuarat antara pihak Kontraktor dengan pihak JKR bagi
membincangkan masalah PPU ini, pihak Kontraktor telah mengemukakan kos
tambahan akibat pindaan rekabentuk asal PPU semasa.

Hak Cipta Terpelihara CKUB


8
Lanjutan itu pihak HODT Elektrik telah memaklumkan bahawa mereka tiada
halangan agar perubahan kerja diberikan kepada pihak Kontraktor.

Sepanjang bulan Ogos 2005, pihak Kontraktor telah kemukakan lukisan pindaan
bangunan PPU dan kos tambahan akibat pindaan bangunan PPU kepada
Pengarah Projek ketika itu iaitu Pengarah Cawangan Arkitek.

Pengarah Cawangan Arkitek menegaskan bahawa pihak Kontraktor perlu


kemukakan bukti bahawa perubahan bangunan tersebut adalah atas keputusan
TNB.

Ekoran dari itu, pihak Kontraktor telah kemukakan rayuan terhadap pindaan
bangunan PPU kepada Pengarah Cawangan Arkitek tetapi rayuan tersebut
ditolak sekali lagi.

Pihak Kontraktor kemudian mengemukakan rayuan sekali lagi apabila Pengarah


Projek bagi projek ini bertukar dari Pengarah Cawangan Arkitek kepada
Pengarah Cawangan Kerja Pendidikan dan Pengajian Tinggi, namun rayuan itu
ditolak sekali lagi atas alasan kegagalan pihak Kontraktor untuk mengemukakan
permohonan kepada Pengarah Projek berhubung perubahan skop kerja
bangunan PPU.

Namun demikian, pihak Kontraktor seterusnya mengemukakan rayuan kepada


Pengarah Cawangan Kontrak dan Ukur Bahan bagi menyelsaikan masalah ini
dan Pengarah Cawangan telah bersetuju untuk membawa rayuan ini ke
peringkat Jawatankuasa Tuntutan JKR

Berikut adalah butiran tuntutan yang dituntut oleh pihak Kontraktor:

Jumlah Yang Dituntut


Perkara
Bil (RM)
1. Preliminary locating points and additional survey works 2,036,664.25

Hak Cipta Terpelihara CKUB


9
Jumlah 2,036,664.25

(vi) Keputusan
Jawatankuasa Tuntutan telah meneliti kes ini dan memutuskan untuk tidak
meluluskan tuntutan Kontraktor.

IKTIBAR KES 1

Berdasarkan kepada syarat-syarat kontrak Reka dan Bina, kontraktor hendaklah


menjamin reka bentuknya itu bebas daripada kecacatan dan mematuhi keperluan
statutori dan sesuai untuk tujuan dikontrakkan berdasarkan kepada Kehendak Kerajaan.
Meskipun sekiranya benar pihak TNB yang menukarkan keperluan bekalan beban
elektrik namun ia bukanlah satu arahan perubahan kerja daripada pihak Kerajaan
ataupun Pengarah Projek bagi pihaknya.

Menurut syarat-syarat kontrak reka dan bina, perubahan kerja yang melibatkan kos
tambahan boleh berlaku apabila P.P. mengeluarkan arahan untuk meminda Kehendak
Kerajaan. Dalam hal ini tiada arahan P.P. dikeluarkan untuk meminda Kehendak
Kerajaan. Tambah lagi pihak kontraktor tidak membuktikan bahawa pihak Kerajaan yang
memungkiri kontrak berkaitan dengan perubahan keperluan TNB yang membolehkan
kontraktor menuntut kerugian dan perbelanjaan tambahan terhadap Kerajaan.

Sekiranya pihak kontraktor menanggung kerugian di atas kehendak TNB maka itu
adalah urusan di antara kontraktor dengan TNB sendiri.

KES 2

Projek : Pembinaan Jambatan Di Atas Sungai Galas, Dabong, Kelantan


Pertimbangan Rayuan Keputusan Jawatankuasa Tuntutan

Hak Cipta Terpelihara CKUB


10
Jenis Tuntutan: Pertimbangan Rayuan Ke Atas Keputusan Jawatankuasa Tuntutan

Jenis Kontrak : Konvesyional

ISU KES:-

(i) Tuntutan Kontraktor ini merupakan rayuan ke atas keputusan Jawatankuasa


Tuntutan yang telah bersidang pada 3 Oktober 2007. Keputusan terdahulu telah
ditolak meyebabkan kontraktor membuat rayuan pada 23 September 2008.
Jumlah dan item rayuan tuntutan kerugian dan perbelanjaan tambahan
Kontraktor adalah seperti berikut:-

Jumlah Yang Dituntut


Perkara
Bil (RM)
1. Tuntutan Akibat Lanjutan Masa No.1 458,158.69
2. Tuntutan Akibat Lanjutan Masa No.2 1,586,282.41
3. Tuntutan Akibat Lanjutan Masa No.3 843,088.13
4. Tuntutan Akibat Lanjutan Masa No.4 749,411.67
Jumlah 3,636,940.90

(ii) Ulasan Pengarah Projek


Berdasarkan keputusan Mesyuarat Tuntutan yang bersidang pada 20 Mei 1998,
P.P berpandangan bahawa penelitian telah dibuat oleh Jawatankuasa Tuntutan
tersebut. Dari itu, tiada nilai bayaran disyorkan untuk rayuan Kontraktor.

Kontraktor lewat mengemukakan notis hasrat menuntut dan juga tidak


mengemukakan bukti-bukti yang mencukupi untuk menyokong tuntutannya.
Tambahan lagi sebab-sebab lanjutan masa yang diberikan tidak melayakkan
pihak Kontraktor membuat tuntutan kerugian dan perbelanjaan tambahan.

(iii) Asas Rayuan Kontraktor


Asas rayuan Kontraktor adalah seperti berikut:

Hak Cipta Terpelihara CKUB


11
1. Sebab-sebab pemohonan lanjutan masa yang dipohon tidak dipertimbangkan
oleh JKR sebaliknya diluluskan berdasarkan sebab-sebab yang lain seperti di
bawah:

Lanjutan Masa No. 1


Sebab-sebab yang dimohon oleh pihak Kontraktor:
i) Perubahan tetopi cerucuk daripada reka bentuk asal

Sebab-sebab yang diluluskan oleh Kerajaan:


i) Kekurangan tenaga mahir (berdasarkan klausa 45 (i))

Lanjutan Masa No. 2


Sebab-sebab yang dimohon oleh pihak Kontraktor:
i) Kesukaran memperoleh tenaga mahir

Sebab-sebab yang diluluskan oleh Kerajaan:


i) Berlakunya cuaca buruk (berdasarkan klausa 45a (iv))

Lanjutan Masa No. 3 (a)


Sebab-sebab yang dimohon oleh pihak Kontraktor:
i) Kekurangan tenaga mahir

Sebab-sebab yang diluluskan oleh Kerajaan:


i) Kekurangan tenaga mahir (berdasarkan klausa 45.1 (i))

Lanjutan Masa No. 3 (b)


Sebab-sebab yang dimohon oleh pihak Kontraktor:
i) Kompaun JBT Immigration

Sebab-sebab yang diluluskan oleh Kerajaan:


i) Berlaku cuaca buruk luarbiasa (berdasarkan klausa 45.1 (a) (iv))

Lanjutan Masa No. 3 (c)

Hak Cipta Terpelihara CKUB


12
Sebab-sebab yang dimohon oleh pihak Kontraktor:
i) Berlaku cuaca buruk luarbiasa

Sebab-sebab yang diluluskan oleh Kerajaan:


i) Pembaikan kerosakan pada kerja-kerja tanah dan jalan (berdasarkan
klausa 45.1 (a))

Lanjutan Masa No. 3 (d)


Sebab-sebab yang dimohon oleh pihak Kontraktor:
i) Antara kerja tambahan bagi Jalan Dabong

Lanjutan Masa No. 4


Sebab-sebab yang dimohon oleh pihak Kontraktor:
i) Banjir luar biasa

Sebab-sebab yang diluluskan oleh Kerajaan:


i) Kekurangan tenaga mahir (45.1(i))
ii) Cuaca buruk luar biasa (banjir) (45.1(a)(iv))

Lanjutan Masa No. 5


Sebab-sebab yang dimohon oleh pihak Kontraktor:
i) Permohonan Lanjutan Masa di atas klausa 45 (f)

Sebab-sebab yang diluluskan oleh Kerajaan:


i) Kelewatan kerja pengalihan kabel oleh STMB dan TNB

2. Rekod pembayaran menunujukkan lebih 15 kali ”Interim Payment Certificate”


tidak dibayar dalam tempohnya.

Pihak Kontraktor juga mempertikaikan berkenaan Articles 2 yang


membincangkan klausa-klausa seperti klausa 50.3(a)(ii) dan 50.3(c).

Hak Cipta Terpelihara CKUB


13
Pembayaran bagi Perakuan Bayaran Interim no. 39 (September 2004) telah
lewat selama 40 hari dan certificate telah lewat selama 38 hari

Pihak Kontraktor juga mendakwa telah menghantar notis surat untuk ”Loss and
Expenses” kepada Ketuan Pengarah Kerja Raya (KPKR) pada 5 Mei 2005 dan
dan pada 10 Oktober 2005, tetapi tiada sebarang maklum balas diterima

Kontrak ini telah dilanjutkan selama 20 bulan dan pihak Kontraktor mendakwa
menanggung beban faedah bank berjumlah RM 1,082,250.00, kos tambahan
untuk overhead, tekanan inflasi, kadar sewaan peralatan jentera dan
sebagainya.

Kontraktor juga telah mendakwa bahawa pihak JKR telah membuat ’wrongful
decision’ mengenakan pihak Kontraktor ”Provisional LAD” yang mana ”there is
no provision in Contract Law neither it is a term in the contract”.

Akibat pihak JKR mengenakan LAD, pihak Kontraktor telah menghadapi kesan
aliran tunai yang menjejaskan prestasi kerja keseluruhannya. Nilai LAD yang
dikenakan sebanyak RM 480,600.00 di mana jumlanya bersamaan dengan RM
5,340/hari.

(iv) Keputusan
Jawatankuasa Tuntutan telah meneliti kes ini dan memutuskan untuk tidak
meluluskan tuntutan Kontraktor.

IKTIBAR KES 2

Adalah menjadi prinsip perundangan yang mantap untuk kontraktor membuktikan


kemungkiran Kerajaan/majikan dan juga membuktikan kerugian yang dialaminya
terlebih dahulu sebelum tuntutan kerugian dan perbelanjaan tambahannya itu
dipertimbangkan. Kegagalan kontraktor untuk membuktikan kedua-dua perkara
tersebut akan membawa padah kepada tuntutan kontraktor tersebut.

Hak Cipta Terpelihara CKUB


14
Dalam hal ini bukan semua lanjutan masa yang diluluskan membenarkan kontraktor
menuntut. Hanya dalam keadaan di mana lanjutan masa yang diluluskan yang
kelewatannya disumbangkan oleh Kerajaan membolehkan kontraktor membuat
tuntutan. Lanjutan masa yang disebabkan oleh kekurangan buruh tenaga mahir, banjir
dan cuaca buruk yang luar biasa merupakan satu sebab kelewatan neutral yang mana
kelewatannya bukanlah disumbang oleh kontraktor maupun Kerajaan. Maka dengan
itu kontraktor tidak boleh menuntut kerugian dan perbelanjaan tambahan terhadap
Kerajaan oleh kerana jelas pihak Kerajaan tidak memungkiri tanggung jawab
kontraknya.

Berhubung dengan kemungkiran pihak Kerajaan lewat dalam membuat bayaran


kemajuan ke atas Perakuan Bayaran Interim yang telah dikeluarkan, berdasarkan
kepada kes-kes yang diputuskan di mahkamah, dalam keadaan di mana majikan lewat
membuat bayaran ke atas perakuan bayaran interim lebih merupakan satu
kemungkiran kecil (kemungkiran waranti) dan hanya membolehkan pihak kontraktor
menuntut kerugian yang dialami dengan syarat kontraktor membuktikannya.

Begitu juga berkaitan dengan tuntutan kontrator berhubung dengan kerugian yang
dialami olehnya disebabkan terganggunya aliran wang tunainya, kontraktor terlebih
dahulu perlulah membuktikan kemungkiran Kerajaan dan juga kerugian yang
dialaminya sebelum tuntutannya dipertimbangkan.

KES 3

Projek : Menaiktaraf Laluan Persekutuan 54 Sungai Buloh, Selangor (Pakej 1)

Jenis Tuntutan: Tuntutan Kerja-kerja Permulaan dan Kehendak Am (Preliminaries)


Akibat Lanjutan Masa No.1

Hak Cipta Terpelihara CKUB


15
Jenis Kontrak : Reka & Bina

ISU KES:-

(i) Tarikh milik tapak bina projek ini ialah pada 8 Mac 2005. Pada 27 Julai 2006,
P.P. telah meluluskan Perakuan Kelewatan dan Lanjutan Masa No. 1 kepada
pihak Kontraktor. Akibat daripada Lanjutan Masa berkenaan, pihak Kontraktor
telah kemukakan notis untuk membuat tuntutan bagi kerja-kerja permulaan pada
16 Oktober 2006. Seterusnya P.P. telah mengeluarkan Perakuan Siap Kerja
kepada pihak Kontraktor pada 21 Jun 2007 dan lanjutan daripada itu juga pihak
Kontraktor telah kemukakan butiran terperinci kepada P.P. pada 13 September
2009. Berikut adalah butiran yang dituntut oleh pihak Kontraktor:

Jumlah Yang Dituntut


Perkara
Bil (RM)
1. Bond, Insurances and Levy 125,197.43
2. Survey Service 210,000.00
3. Contractor’s Superintendence 1,762,678.01
4. Facilities for P.D. and his staffs 66,248.98
5. Contractor’s Site Office Expenses 213,814.33
6. Mob and Demob of Contractor’s Plant & Equipment 719,039.41
7. Professional Supervision Fees 363,867.30
8. Head Office Overhead 538,058.22
Jumlah 3,998,903.68

(ii) Ulasan Pengarah Projek


P.P. mengesyorkan agar tuntutan ini diterima dengan jumlah sebanyak
RM 920, 701.82 atas sebab-sebab berikut:

1. Kontraktor telah mematuhi syarat-syarat kontrak Reka dan Bina fasal 46.1
(DBT 2002) - notis dalam tempoh yang ditetapkan.

Hak Cipta Terpelihara CKUB


16
2. Kontraktor telah mematuhi fasal 46.2 (DBT 2002) - Penerimaan tuntutan
dalam tempoh yang ditetapkan.

3. Pengesyoran dibuat hanya keatas dokumen-dokumen sokongan yang


dikemukakan atas nama kontraktor dan sub-kontraktor yang mempunyai
dokumen perjanjian sahaja.

Berikut adalah butiran yang diperakukan oleh P.P.:

Jumlah Yang
Perkara Diperakukan
Bil
(RM)
1. Bond, Insurances and Levy 125,197.43
2. Survey Service 0.00
3. Contractor’s Superintendence 403,034.20
4. Facilities for P.D. and his staffs 7,928.07
5. Contractor’s Site Office Expenses 49,921.74
6. Mob and Demob of Contractor’s Plant & Equipment 0.00
7. Professional Supervision Fees 334,620.38
8. Head Office Overhead 0.00
Jumlah 920,701.82

(iii) Keputusan

Setelah meneliti tuntutan ini, Jawatankuasa Tuntutan bersetuju meluluskan


sejumlah RM 920,701.82 sebagaimana pengesyoran P.P..

IKTIBAR KES 3

Apabila kontraktor membuat tuntutan ia perlulah membuktikan kerugian yang dialaminya


itu. Dalam hal ini meskipun kontraktor telah membuat tuntutan yang agak besar, namun

Hak Cipta Terpelihara CKUB


17
setelah P.P. membuat penilaian berdasarkan bukti-bukti bayaran serta kerugian yang
dialami, nilai yang diperakukan adalah lebih rendah daripada apa yang dituntut.

Pembuktian kerugian oleh pihak kontraktor adalah penting oleh kerana tuntutan
kerugian dan perbelanjaan tambahan adalah merupakan satu bentuk gantirugi khas di
mana ia merupakan satu bentuk kerugian yang sudahpun dialami dan ditanggung oleh
pihak kontraktor. Keperluan kontraktor membuktikan kerugiannya itu adalah sejajar
dengan prinsip perundangan yang mantap “sesiapa yang mendakwa, ia hendaklah
membuktikannya”.

KES 4

Projek : Cadangan Pembangunan Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan di


Bandar Muadzam Shah, Mukim Anak Bukit, Daerah Kota Setar, Kedah
(Fasa 2, Pakej A)

Jenis Tuntutan: Tuntutan Gantirugi dan Perbelanjaan Tambahan ke atas Lanjutan Masa
No. 1 dan 2

Jenis Kontrak : Konvensional


ISU KES:-

(i) Projek ini telah dilaksanakan secara tender terpilih menggunakan kaedah
Konvensional JKR 203A. Pada 20 Oktober 2007, pihak Kontraktor telah
memohon lanjutan masa no. 1 selama 152 hari atas alasan-alasan:

1) Kelewatan penyerahan pelan perubahan pengubahsuaian ruang mahkamah


syariah dan pejabat mufti;

2) Kelewatan perlantikan sub-kontraktor dinamakan (NSC) elektrikal dan


mekanikal;

Hak Cipta Terpelihara CKUB


18
3) Kelewatan penyerahan pelan lanskap serta pengesahan harga; dan

4) Kelewatan penyerahan pelan hiasan dalaman serta pengesahan harga

Susulan dari itu, lanjutan masa no. 1 selama 120 hari telah diawadkan kepada
pihak Kontraktor pada tarikh 18 Disember 2007 dan atas pemberian lanjutan
masa itu pihak Kontraktor turut membuat tuntutan dan kemukakan butirannya
pada 18 Januari 2008.

Bagi lanjutan masa no. 2, pihak Kontraktor telah menghantar permohonan pada
31 Mac 2008 bagi dilanjutkan tempoh masa selama 101 hari atas alasan berikut:

1) Kedudukan longkang pakej 2C dalam kawasan 2A;

2) Penangguhan kerja akibat cadangan pembaikan pembinaan cerucuk konkrit


pakej 2C;

3) Penangguhan aktiviti pembinaan longkang di sempadan pakej 2A/2C


berdekatan ”Water Element Area”;

4) Kedudukan pembentung kekotak pakej 2C (Jalan masuk ke pakej 2A);

5) Sempadan pakej 2A/2C di bahagian hadapan bangunan;

6) Percanggahan lukisan lampu kawasan;

7) Perubahan kerja-kerja ”Hardscape”;

8) Perubahan Bilik Kawalan Pusat; dan

9) Tambahan kerja pengorekan ”unsuitable material”

Lanjutan masa no. 2 selama 75 hari (sehingga 13 Julai 2008) telah diawadkan
pada Kontraktor pada 3 Jun 2008 dan atas pemberian lanjutan masa itu pihak
Kontraktor turut membuat tuntutan dan kemukakan butirannya pada 29 Jun
2008.

Berikut adalah butiran tuntutan yang dituntut ke atas kedua-dua lanjutan masa
oleh pihak Kontraktor yang berjumlah RM 230,353.97:

Hak Cipta Terpelihara CKUB


19
Jumlah Yang Dituntut
Bil Perkara
(RM)
1 Foreman and Assistant 132,598.00
2 Insuran Kerja 10,136.93
3 Contractor’s Storage, Welfare and Site Accomodation 2,166.65
4 Pejabat Tapak P.P. 5,416.65
5 Telefon P.P. 3,340.18
6 Peralatan Tapak P.P. 361.08
7 4 Units HP Desktop 1,155.57
8 4 Units A4 & 1 Unit A3 Laserjet Printer 722.21
9 2 Units Digital Camrea 288.86
10 Dell Scanner 216.65
11 Canon Fax Machine 505.57
12 Canon Photostate Machine 722.21
13 Transport Services, 4WD 2000cc 20,222.21
14 Plant & Equipment 36,111.14
15 Water for the Works 4,456.80
16 Lighting and Power 11,933.26
Jumlah 230,353.97

(iii) Ulasan Pegawai Penguasa


P.P. berpendapat secara prinsipnya tuntutan pihak Kontraktor boleh diberi
pertimbangan atas alasan mematuhi peruntukan klausa 44 dan 5(d) Syarat-
syarat Kontrak iaitu:

(a) memperolehi lanjutan masa akibat klausa 43 (f) dan (e); dan
(b) memberi notis secukupnya dan mengemukakan dokumen terperinci untuk
diberi pertimbangan mengenai tuntutan

Hak Cipta Terpelihara CKUB


20
Berdasarkan dokumen sokongan dan resit-resit yang telah dikemukakan jumlah
yang layak dipertimbangkan adalah sebanyak RM 163,716.83. Berikut adalah
amaun yang diperakukan oleh oleh P.P.:
Jumlah Yang
Bil Perkara Disyorkan
(RM)
1 Foreman and Assistant 132,598.00
2 Insuran Kerja 10,136.93
3 Contractor’s Storage, Welfare and Site Accomodation 0.00
4 Pejabat Tapak P.P. 0.00
5 Telefon P.P. 2,634.46
6 Peralatan Tapak P.P. 0.00
7 4 Units HP Desktop 0.00
8 4 Units A4 & 1 Unit A3 Laserjet Printer 0.00
9 2 Units Digital Camrea 0.00
10 Dell Scanner 0.00
11 Canon Fax Machine 0.00
12 Canon Photostate Machine 0.00
13 Transport Services, 4WD 2000cc 2,034.63
14 Plant & Equipment 0.00
15 Water for the Works 4,231.80
16 Lighting and Power 12,081.01
Jumlah 163,716.83

(iv) Keputusan
Jawatankuasa Tuntutan telah meneliti kes ini dan memutuskan untuk
meluluskan tuntutan Kontraktor yang berjumlah RM 163,716.83 sebagaimana
pengesyoran P.P. dan Jawatankuasa Pra-Tuntutan.

IKTIBAR KES 4

Hak Cipta Terpelihara CKUB


21
Sebagaimana yang telah dibincangkan sebelum ini, pembuktian kerugian oleh pihak
kontraktor adalah penting oleh kerana tuntutan kerugian dan perbelanjaan tambahan
adalah merupakan satu bentuk gantirugi khas di mana ia merupakan satu bentuk
kerugian yang sudahpun dialami dan ditanggung oleh pihak kontraktor. Keperluan
kontraktor membuktikan kerugiannya itu adalah sejajar dengan prinsip perundangan
yang mantap “sesiapa yang mendakwa, ia hendaklah membuktikannya”.

Berdasarkan kepada rekod prinsip perundangan ini telahpun dimaklumkan kepada


kontraktor dan pihak kontraktor telah bersetuju dengan perakuan P.P. tersebut.

KES 5

Projek : Menaiktaraf Jalan Dari Utan Aji Perlis ke Changlun Kedah

Jenis Tuntutan: Tuntutan Kerugian dan Perbelanjaan Tambahan Akibat Lanjutan Masa
No. 1 hingga 5.

Jenis Kontrak : Reka dan Bina

ISU KES:-

(i) Pihak Kontraktor telah membuat tuntutan perbelanjaan tambahan berjumlah


RM 4,198,025.69 sebelum ini. Jawatankuasa Tuntutan yang telah bersidang
pada 8/8/2007 telah meluluskan pampasan sejumlah RM 729,845.62 daripada
tuntutan asal pihak Kontraktor. Jumlah pampasan tersebut tidak mengambil kira
perkara-perkara berikut:

(a) Pengurusan dan Pengawasan Kontraktor;


(b) Pengawasan Konsultan Professional; dan
(c) Penyediaan Peralatan Kakitangan Makmal

Pihak Kontraktor melalui suratnya bertarikh 19/11/2007 telah membuat rayuan


terhadap keputusan berkenaan serta memohon perbelanjaan tambahan

Hak Cipta Terpelihara CKUB


22
dipertimbangkan. Tuntutan pihak Kontraktor berjumlah RM 2,024,763.51 adalah
seperti berikut:

Jumlah Yang Dituntut


Bil Perkara
(RM)
1. Pengurusan dan Pengawasan Kontraktor 1,276,565.29
2. Pengawasan Konsultan Professional 498,389.22
3. Penyediaan Peralatan dan Kakitangan Makmal 249,809.00
Jumlah 2,024,763.51

(ii) Ulasan Pengarah Projek


(a) Pengurusan dan Pengawasan Kontraktor
P.P. berpendapat tuntutan ini sukar dipastikan kemunasabahannya dan tidak
disyorkan dibayar sepenuhnya. Berdasarkan rekod serta penilaian jabatan
terhadap keperluan kakitangan pengawasan bagi mengawasi baki kerja serta
aktiviti di tapak, bayaran yang disyorkan adalah sebanyak RM 462,351.14.

(b) Pengawasan Konsultan Professional


P.P. berpendapat pihak Kontraktor telah mengambil langkah sewajarnya
membendung kerugian dengan mengurangkan kos purata bulanan sejajar
dengan pengurangan baki kerja yang belum siap. Pihak Kontraktor juga telah
mengemukakan bukti perbelanjaan sebenar bagi keseluruhan tempoh kontrak
berkenaan. Sehubungan dengan itu kos tambahan berkenaan adalah disyorkan
dibayar sebanyak RM 386,492.63 dengan mengambil kira kos sebenar yang
dibayar kepada konsultan berkenaan (RM 2,550,252.63) ditolak peruntukan
didalam butiran ”preliminaries” (RM 2,163,760.00).

(c) Penyediaan Peralatan dan Kakitangan Makmal


P.P. berpendapat perbelanjaan sebenar pihak Kontraktor adalah tidak melebihi
peruntukan kontrak asal. Oleh itu pihak P.P. tidak mengesyorkan sebarang
bayaran tuntutan dibuat kepada pihak Kontraktor.

Berikut adalah butiran dan nilai yang disyorkan oleh P.P

Hak Cipta Terpelihara CKUB


23
Jumlah Yang
Bil Perkara Disyorkan
(RM)
1. Pengurusan dan Pengawasan Kontraktor 462,351.14
2. Pengawasan Konsultan Professional 386,492.63
3. Penyediaan Peralatan dan Kakitangan Makmal 0.00
Jumlah 848,843.77

(vi) Keputusan
Jawatankuasa Tuntutan telah meneliti kes ini dan memutuskan untuk
meluluskan tuntutan Kontraktor yang berjumlah RM 848,843.77.

IKTIBAR KES 5

Apabila sesuatu projek tersebut telah ditangguhkan di tapak bina, adalah wajar rekod-
rekod dicatit untuk mengambil kira bilangan pekerja serta loji-loji yang berada di tapak
bina. Ini adalah bagi memastikan sememangnya para pekerja yang berada di tapak bina
dan juga loji-loji yang dituntut tersadai di tapak bina berada di tapak bina. Terdapat
kemungkinan bahawa para pekerja itu tidak berada di tapak bina atau loji-loji tidak
berada di tapak bina dan telah dikeluarkan dari tapak bina dan mungkin digunakan
untuk projek yang lain.Dalam keadaan sedemikian berkemungkinan kontraktor telah
menerima manfaat dan tidak berada dalam kerugian sepenuhnya.

Satu lagi prinsip perundangan yang mantap adalah tanggung jawab kontrak untuk
membendung kerugian yang dialaminya. Apabila sesuatu projek tersebut telah
ditangguhkan dengan sekian lama, adalah wajar kontraktor membawa keluar loji-loji
serta pekerja-pekerjanya daripada tapak bina dan dengan itu tidak perlu menanggung
kerugian yang berpanjangan daripada apa yang sewajarnya.

KES 6

Projek : Membina Jambatan Melintas Landasan Keretapi di Laluan Persekutuan

Hak Cipta Terpelihara CKUB


24
179, Batas Liku, Arau Perlis

Jenis Tuntutan: Tuntutan Kerugian dan Perbelanjaan Tambahan Akibat Lanjutan Masa
No. 1 hingga 6

Jenis Kontrak : .Konvensyional

ISU KES:-

(i) Pihak Kontraktor telah di beri milik tapak pada 2 Januari 2003 dan dikehendaki
menyiapkan kerja pada 31 Disember 2003 dalam tempoh satu (1) tahun. Tarikh
siap yang pada asalnya 31 Disember 2003 telah dilanjutkan ke 29 Disember
2007 atas sebab lapan (8) Lanjutan Masa yang diberikan oleh P.P. Lanjutan
Masa no. 1 sehingga 3 diberikan atas sebab perubahan rekabentuk dan
pengambilan balik tanah yang belum selesai, walaupun pada peringkat awalnya
P.P. telah menasihatkan pihak Kontraktor untuk menjalankan kerja-kerja pada
kawasan yang tidak terlibat dengan pengambilan balik tanah terlebih dahulu.

Bagi Lanjutan Masa No. 4 hingga 6, No. 7 dan No. 8 masing-masing telah
diberikan atas kerana kelewatan pengalihan utiliti, masalah rekabentuk rasuk
jambatan, dan arahan pemberhentian kerja di musim perayaan serta masalah
mendapatkan bekalan bahan binaan bagi kerja-kerja premix.

Berikut adalah butiran yang dituntut akibat Lanjutan Masa No. 1 sehingga 6:

Jumlah Yang Dituntut


Perkara
Bil (RM)
1. General Injuries 140,000.00
2. Insurance of Works 220,000.00
3. SOCSO 40,000.00
4. Performance Bond 240,000.00
5. Critical Path Method 20,000.00
6. Site Agent 400,000.00

Hak Cipta Terpelihara CKUB


25
7. Maintenance of Site Office 28,800.00
8. Maintenance of Contractor’s Office 20,000.00
9. Maintenance of Office Equipment 40,000.00
10. Sewa Tapak Site Office dan Tapak Kerja 144,000.00
11. Vehicle for S.O. maintenance 40,000.00
12. Vehicle for S.O. driver 48,000.00
13. Kerja-kerja Survey 60,000.00
Kerja-kerja Penyelenggaraan Jalan Sediaada,
14. 40,000.00
Longkang, dan Pembentung
15. Maintenance of Water, Lighting and Electricity 112,000.00
16. Photograph of Works 8,000.00
17. Weather Recording 4,000.00
18. Safety, Health and Welfare Regulation 40,000.00
Jumlah 1,644,800.00

(iii) Ulasan Pengarah Projek


P.P. mengesyorkan tuntutan pihak Kontraktor dipertimbangkan oleh kerana:

(a) Pihak Kontraktor telah memenuhi semua peruntukan kontrak berkaitan


dengan tuntutan dimana pihak Kontraktor telah mengemukakan notis hasrat
menuntut di dalam tempoh yang ditetapkan

(b) Berdasarkan peruntukan Syarat-syarat Kontrak, alasan kelewatan Lanjutan


Masa No. 1 sehingga 6 dikategorikan sebagai alasan yang boleh
dipertimbangkan untuk pihak Kontraktor menuntut, dan

(c) Pihak Kontraktor telah mengemukakan butir-butir tuntutan beserta dengan


buktinya di dalam tempoh yang ditetapkan di dalam kontrak binaan.

Berikut adalah butiran yang diperakukan oleh P.P.:

Perkara Jumlah Yang

Hak Cipta Terpelihara CKUB


26
Bil Diperakukan
(RM)
1. General Injuries & Insurance of Works 246,277.50
2. SOCSO 0.00
3. Performance Bond 0.00
4. Critical Path Method 0.00
5. Site Agent 195,000.00
6. Maintenance of Site Office & Contractor’s Office 19,600.00
7. Maintenance of Office Equipment 13,727.80
8. Sewa Tapak Site Office dan Tapak Kerja 99,450.00
9. Vehicle for S.O. maintenance 40,000.00
10. Vehicle for S.O. driver 29,818.00
11. Kerja-kerja Survey 0.00
Kerja-kerja Penyelenggaraan Jalan Sediaada,
12. 0.00
Longkang, dan Pembentung
13. Maintenance of Water, Lighting and Electricity 38,659.60
14. Photograph of Works 0.00
15. Weather Recording 0.00
16. Safety, Health and Welfare Regulation 0.00
Jumlah 682,532.90

(iii) Ulasan Urusetia


Urusetia telah menyemak tuntutan ini dan bersetuju dengan ulasan P.P.

(vi) Keputusan
Jawatankuasa Tuntutan telah meneliti kes ini dan memutuskan untuk
meluluskan tuntutan Kontraktor dengan nilai RM 682,532.90.

IKTIBAR KES

Hak Cipta Terpelihara CKUB


27
Sebagaimana yang telah dibincangkan, adalah menjadi tanggung jawab kontraktor
untuk membuktikan kerugian yang dialaminya itu. Tuntutan-tuntuan di bawah kepala
CPM, Kerja-Kerja Pengukuran, Kerja-Kerja Penyenggaraan, Merekodkan Iklim berserta
dengan kos Keselamatan dan Kesihatan secara lazimnya agak sukar untuk dibuktikan.
Ini adalah berkemungkinan kontraktor tidak menanggung apa-apa kerugian.

Contohnya kos CPM sebagai satu butiran dalam Kerja-Kerja Awalan di mana tidak
semestinya kontraktor akan menanggung kerugian oleh kerana kakitangan tapak
kontrak sendiri yang akan mengemaskinikan dan menguruskan CPM tersebut tanpa
kontraktor menanggung apa-apa kos tambahan.

Begitu juga dengan kos tambahan bagi kerja-kerja penyenggaran dinding adang di
mana meskipun ia adalah satu butiran dalam kerja-kerja awalam namun ia adalah agak
sukar untuk membuktikan kerugian yang dialaminya oleh kerana berkemungkinan
dinding adang itu tidak disenggara sepenuhnya atau diperbaiki oleh para pekerja sendiri
tanpa apa-apa tambahan kos.

KES 7

Projek : Pembinaan Jalan Sambungan Majlis Link di Kawasan Perniagaan Bebas,


Pusat Bandar Seaport, Damansara Jaya

Jenis Tuntutan: Rayuan Tuntutan Kerugian dan Perbelanjaan Tambahan


Disebabkan Lanjutan Masa No. 1, 2 dan 3

Jenis Kontrak : Reka dan Bina

ISU KES:-

(i) Kes ini telah dibentangkan pada mesyuarat Jawatankuasa Tuntutan Bil 13/2007
bertarikh 5 Disember 2007 sebelum ini dengan jumlah tuntutan RM 8,808,843.01

Hak Cipta Terpelihara CKUB


28
dan telah ditolak. Kes ini dibawa semula kerana rayuan pihak Kontraktor agar
dipertimbangkan semula.
Pihak Kontraktor telah diberikan milikan tapak bina pada 15 Disember 2003.
Tarikh tamat kontrak adalah pada 12 Jun 2005. Pihak Kontraktor telah diberikan
tiga (3) Lanjutan Masa atas sebab kelewatan pengalihan utiliti, kelewatan
mendapat kebenaran menyambung paip dan kelewatan mendapatkan bekalan
elektrik. Akibat dari itu pihak Kontraktor telah menuntut kerugian dengan jumlah
dan butiran seperit berikut:
Jumlah Yang Dituntut
Bil Perkara
(RM)
1. Preliminaries And General
(a) Contractual Requirements 334,697.83
(b) Specified Requirements 55,440.00
(c ) Contractor’s Superintendence 2,508,398.76
(d) Office Accomodation for Contractor 40,977.30
(e) Overtime and Nightworks 3,229,609.50
2. Turnkey Element 1,256,901.30
3. Loss and Expense – Variation of Price 1,382,818.32
Jumlah 8,808,843.01

(ii) Ulasan Pengarah Projek


P.P. mengesyorkan agar tuntutan ini ditolak kerana pihak Kontraktor telah gagal
untuk mematuhi keperluan kontrak.

(iii) Keputusan
Jawatankuasa Tuntutan telah meneliti kes ini dan memutuskan untuk tidak
meluluskan tuntutan Kontraktor.

IKTIBAR KES 7

Notis Hasrat Menuntut merupakan satu keperluan kontrak dan juga sebahagian
daripada komponen Peraturan Rukun Keadilan Asasi (Rule of Natural Justice). Dalam

Hak Cipta Terpelihara CKUB


29
hal ini notis yang dikemukakan hendaklah khusus dan merujuk kepada hal perkara yang
juga khusus. Sekiranya kontraktor memberi satu notis hasrat menuntut dengan merujuk
secara am kepada perkara-perkara semasa dan yang akan datang, maka ia menyalahi
cirri-ciri Notis Hasrat Menuntut. Ini adalah kerana P.P. atau pihak Kerajaan tidak akan
tahu bahawa kontraktor ingin menuntut ke atas hal keadaan atau arahan daripada
Pegawai Penguasa (P.P.)

Tujuan Notis Hasrat Menuntut adalah agar pihak Kerajaan dapat mengetahui niat
kontraktor menuntut di atas arahan atau peristiwa-peristiwa yang didakwa oleh
kontraktor akan menyebabkan dia menanggung kerugian dan perbelanjaan
tambahan.Dalam hal ini P.P. bagi pihak Kerajaan perlulah diberi peluang untuk
memantau bahawa sememangnya kontraktor akan menanggung kerugian atau P.P.
boleh mengambil langkah-langkah yang sewajarnya bagi membendung kerugian yang
akan dialami oleh kontraktor. Penafian hak sedemikian disebabkan kegagalan memberi
notis merupakan satu penafian hak keadilan asasi dan dengan itu boleh memudaratkan
hak Kerajaan.

Maka sekiranya notis hasrat menuntut adalah samar-samar, adalah sukar bagi P.P.
untuk memantau atau mengambil tindakan untuk membendung kerugian yang didakwa
akan ditanggung oleh kontraktor. Oleh dengan itu tuntutan kontraktor boleh ditolak
berlandaskan kepada penafian hak keadilan asasi di samping notis tersebut tidak
menurut peruntukkan syarat-syarat kontrak.

KES 8

Projek : The Design, Construction, Equipping, Commissioning and Maintenance


of Hospital Alor Setar (660 Beds) and Nurses Training College At Alor
Setar, Kedah

Jenis Tuntutan: Kos Tambahan & Kerugian yang Dialami Oleh Kontraktor Kerana
Skop Kerja-kerja Total Hospital Information System (T.H.I.S)

Hak Cipta Terpelihara CKUB


30
Dikeluarkan Dari Kontrak

Jenis Kontrak : Reka & Bina


ISU KES:-

(i) Pihak Kontraktor telah diberi milik tapak pada 16 Ogos 2000 dan dikehendaki
menyiapkan kerja pada 15 Disember 2003 dalam tempoh tiga (3) tahun dan
empat (4) bulan. Tarikh siap yang pada asalnya 15 Disember 2003 telah
dilanjutkan ke 28 Februari 2007 atas sebab enam (6) Lanjutan Masa yang
diberikan oleh P.P., antara lain yang disebabkan oleh masalah perkerja binaan,
kelewatan mendapat kelulusan dari pihak MBAS untuk pembinaan Jalan Masuk
Utama, kelewatan dalam persetujuan cadangan kelengkapan untuk menaiktaraf
’VIP Suite’ kepada Wad Diraja, kelewatan disebabkan kebakaran dan kelewatan
disebabkan lebih masa diperlukakan untuk pesanan, menghantar, memasang
dan uji dan tauliah peralatan item BCS0170 Autoclaves/Sterelizer
Disinfection/Decontamination 450L Pass-Through untuk Bilik Bedah Siasat
Mayat Tahap Bio Keselamatan 3.

Semasa peringkat rundingan harga, pihak JKR dan pihak Kontraktor tidak
menjangkakan bahawa skop THIS akan dikeluarkan daripada kontrak yang
dimana ianya membawa kepada pihak Kontraktor kehilangan ’Profit Element’
dan lain-lain kos berkaitan dengan THIS. Kesan lain daripada pengeluaran skop
THIS ini adalah dari segi kerja perkembangan rekabentuk yang telah
dilaksanakan. Lantaran itu pihak Kontraktor telah membuat tuntutan berasaskan
kepada fakta bahawa pihak Kerajaan telah melakukan pecah kontrak.
Berikut adalah butiran yang dituntut oleh pihak Kontraktor:

Jumlah Yang Dituntut


Bil Perkara
(RM)
1. Tuntutan Mengikut Kontrak.
(a) Abortive Works 171,718.12
(b) Demobilisation Works 71,690.59
(c) Cost Due To Enforced Repuditation (IT Cons. Fee) 676,550.00

Hak Cipta Terpelihara CKUB


31
(d) Returning to Complete Work 1,000,000.00
(e) Attendance Cost 46,230.00
Jumlah 1,966,188.71
2. Tuntutan Berdasarkan Ex-Gratia
(a) Delay and Disruption of Progress 0.00
(b) Loss of Profit 17,084,727.00
(c) Loss of Future Benefits 18,097,768.80
(d) General Damages 0.00
Jumlah 35,182,495.80
Jumlah Keseluruhan 37,148,684.51

(ii) Ulasan Pengarah Projek


P.P. mengesyorkan agar tuntutan ini diterima dengan jumlah sebanyak
RM 10,052,780.69.
Jumlah Yang Dituntut
Bil Perkara
(RM)
1. Tuntutan Mengikut Kontrak.
(a) Abortive Works 69,127.69
(b) Demobilisation Works 0.00
(c) Cost Due To Enforced Repuditation (IT Cons. Fee) 676,550.00
(d) Returning to Complete Work 0.00
(e) Attendance Cost 0.00
Jumlah 745,677.69
2. Tuntutan Berdasarkan Ex-Gratia
(a) Delay and Disruption of Progress 0.00
(b) Loss of Profit 9,307,103.00
(c) Loss of Future Benefits 0.00
(d) General Damages 0.00
Jumlah 9,307,103.00
Jumlah Keseluruhan 10,052,780.69

(iii) Jawatankuasa Pra Tuntutan (JPT)

Hak Cipta Terpelihara CKUB


32
JPT bersetuju mengesyorkan nilai tuntutan RM 745,677.69 dengan syarat pihak
Kontraktor memberikan hakcipta (copyright) kepada Kerajaan dan
mengemukakan ”softcopy” rekabentuk tersebut. Walau bagaimanapun JPT tidak
mengesyorkan tuntutan berdasarkan ex-gratia yang bernilai RM9,307,103.00
untuk ”loss of profit” kerana didapati tiada bukti yang kukuh telah dikemukakan
oleh Kontraktor berkaitan kerugian keuntungan yang dialami oleh pihak
Kontraktor. Ini kerana didapati pihak Kontraktor hanya memanggil ”sebutharga”
daripada kalangan subkontraktor tetapi tiada bukti yang menunjukkan Kontraktor
telah mengikat kontrak dengan subkontraktor. Maka dengan itu bukti kerugian
keuntungan yang ditanggung oleh Kontraktor tidak dibuktikan secukupnya.

(iv) Maklumbalas Kontraktor


Pihak Kontraktor secara am bersetuju dengan pengesyoran Jawatankuasa Pra
Tuntutan dan bersetuju menyerahkan hakcipta (copyright) kepada Kerajaan.
Pihak Kontraktor juga telah menyerahkan cakera padat, ”softcopy” bagi
rekabentuk tersebut.

(vi) Keputusan
Setelah meneliti tuntutan ini, Jawatankuasa Tuntutan bersetuju meluluskan
sejumlah RM 745,677.69 untuk ’abortive work’ dan Yuran Perunding IT. Lain-lain
tuntutan ditolak .Bagi tuntutan kerugian keuntungan kontraktor tidak
membuktikan dengan secukupnya keuntungan yang boleh diarih daripada projek
ini.

IKTIBAR KES 8

Kerajaan atau P.P. bagi pihaknya tidak boleh memberi arahan untuk mengeluarkan
sebahagian daripada sekop kerja daripada kontrak. Ini adalah kerana tindakan
sedemikian merupakan satu kemungkiran kontrak di pihak Kerajaan. Nas-nas
perundangan yang mantap menurut kes-kes mahkamah yang diputuskan adalah
kontraktor mestilah diberi peluang untuk menjalankan keseluruhan sekop kerja agar ia
tidak dinafikan haknya untuk meraih keuntungan daripada bahagian sekop kerja yang
berkenaan. Sehubungan dengan itu P.P. tidak mempunyai bidang kuasa menurut

Hak Cipta Terpelihara CKUB


33
kontraktor binaan untuk mengeluarkan sebahagian sekop kerja untuk diberikan kepada
pihak yang berasingan.

Dalam hal ini apa-apa kos yang telah ditanggung oleh kontraktor untuk menjalankan
bahagian kerja yang dikeluarkan itu bolehlah dituntut terhadap Kerajaan dengan syarat
kontraktor membuktikan kerugian yang dialaminya itu. Begitu juga berkaitan dengan
tuntutan kerugian keuntungan yang dialami, kontraktor perlulah membuktikan nilai
keuntungan yang boleh diraih dengan mengemukakan bukti-bukti kukuh berkaitan
dengan kos-kos yang perlu ditanggung untuk menjalankan bahagian kerja tersebut dan
dengan itu jumlah keuntungan yang akan diraih dengan mengambil kira nilai kontrak
bagi bahagian kerja yang dikeluarkan itu.

KES 9

Projek : Merekabentuk, Membina, Menyiapkan, Menguji Dan Pentauliahan


Kerja-Kerja Bangunan (Fasa 2A) Universiti Malaysia Sabah Di Kota
Kinabalu Sabah Untuk Universiti Malaysia Sabah

Jenis Tuntutan : Tuntutan Caj Kewangan Akibat Perjanjian Tambahan

Jenis Kontrak: Reka dan Bina

ISU KES:-

(i) Pada awalnya kontraktor telah mengemukakan tuntutan ini di dalam tuntutan
gantirugi dan perbelanjaan tambahan yang telah diluluskan sebelum ini.
Walaubagaimanapun jumlah bagi finance charges dan overhead expenses ini
telah ditolak kerana tidak dapat dibuktikan dengan jelas kerana pengiraan yang

Hak Cipta Terpelihara CKUB


34
dikemukakan telah menggunakan formula perbelanjaan overhead yang telah
dibatalkan dan tidak digunakan lagi.

Perjanjian Tambahan 1 & 2 diberikan kepada kontraktor akibat kelewatan


bayaran kemajuan yang dibuat kepada kontraktor, dimana kontraktor terpaksa
mendapatkan sumber kewangan alternatif dengan membuat drawdown dari
kemudahan overdraf bank untuk meneruskan pelaksanaan projek ini.

Asas tuntutan kontraktor adalah terhadap bayaran faedah yang perlu kontraktor
bayar ke atas kemudahan overdraf yang digunakan.

Berikut adalah butiran yang dituntut akibat bayaran faedah :-

Jumlah Yang Dituntut


Perkara
Bil (RM)
1. Bayaran Faedah 6,994,913.32
Jumlah 6,994,913.32

(ii) Ulasan Pengarah Projek


P.P.
mengesyorkan tuntutan pihak Kontraktor dipertimbangkan oleh kerana:-

(a) Adalah diakui bahawa berlaku kelewatan di pihak kerajaan dalam membuat
bayaran kemajuan dan oleh sebab itu Perjanjian Tambahan 1 & 2 untuk
melanjutkan tempoh kontrak diberikan.

(b) Terdapat dua kemudahan overdraf yang diperolehi oleh kontraktor iaitu:-
 atas nama Ekovest Bhd
 atas nama Pembinaan Sahabat Jaya Sdn Bhd

Walaupun kelulusan kemudahan overdraf tersebut bukan dalam tempoh


kelewatan bayaran kemajuan berlaku, tetapi kemudahan tersebut telah
digunakan dalam tempoh kelewatan bayaran kemajuan. Perkara ini telah
dibuktikan oleh pihak kontraktor melalui resit drawdown confirmation pada 6
Oktober 2003 iaitu dalam tempoh kelewatan berlaku.

Hak Cipta Terpelihara CKUB


35
Bukti penggunaan keatas nama Ekovest Bhd ada menunjukkan bahawa
kemudahan overdraf yang diluluskan adalah untuk Projek UMS Fasa 2.
Manakala atas nama Pembinaan Sahabat Jaya Sdn Bhd menunjukkan projek
UMS Infrastructure package iaitu kontrak UMS yang lain yang lebih awal.
Walaubagaimanapun pihak bank telah melanjutkan kemudahan overdraf ini
untuk projek UMS Fasa 2. Oleh kerana kontraktor gagal membuktikan
kemudahan dalam tempoh kemudahan tersebut maka ianya tidak layak
dipertimbangkan.

Berikut adalah butiran yang diperakukan oleh P.P.:


Jumlah Yang Dituntut Jumlah Yang Disyorkan
Perkara
Bil (RM) (RM)
1. Bayaran Faedah 6,994,913.32 2,971,839.44
Jumlah 6,994,913.32 2,971,839.44

(iii) Ulasan Urusetia


Urusetia telah menyemak tuntutan ini dan bersetuju dengan ulasan P.P.

(iv) Keputusan
Jawatankuasa Tuntutan telah meneliti kes tuntutan ini dan memutuskan untuk
meluluskan sejumlah RM 2,971,389.44 sebagaimana pengesyoran
Jawatankuasa Pra-Tuntutan.

IKTIBAR KES 9

Kemungkiran pihak Kerajaan untuk membayar ke atas Perakuan Bayaran Interim dalam
tempoh yang ditetapkan di dalam kontrak membolehkan kontraktor menuntut kerugian.
Namun demikian kontraktor perlulah membuktikan kerugian yang dialaminya itu.
Kerugian yang dialami oleh kontraktor secara lazimnya adalah berkaitan dengan kos
kewangan di antara pihak kontraktor dengan pihak Institusi Kewangan.

Hak Cipta Terpelihara CKUB


36
Dalam hal ini kontraktor perlulah membuktikan bahawa Institusi Kewangan telah
mengenakan caj kewangan kepadanya disebabkan kemungkiran Kerajaan lewat
membuat bayaran kemajuan menurut peruntukkan kontrak.

Ini adalah sejajar dengan seksyen 74 Akta Kontrak 1950 yang antara lain menyatakan
apabila salah satu pihak memungkiri tanggung jawab kontrak, pihak yang terkilan yang
menanggung kerugian disebabkan kemungkiran itu berhak untuk menerima pampasan
gantirugi yang mana secara langsungnya disebabkan oleh kemungkiran itu tadi.

Ini bermakna kontraktor perlulah membuktikan kerugian caj kewangan yang ditanggung
itu tadi secara langsungnya disebabkan oleh kemungkiran kelewatan Kerajaan membuat
bayaran kemajuan.

KES 10

Projek : Menaiktaraf Laluan Persekutuan 1 Dari Persimpangan Laluan P124


Ke Bulatan Bukit Tengah, Pulau Pinang Pakej 2 : Dari Persimpangan
Laluan P178 Ke Bulatan Bukit Tengah

Jenis Tuntutan :
A. Tuntutan Kerugian & Perbelanjaan Tambahan Lanjutan Masa No.1 & 2
B. Tuntutan Kontraktor Akibat Mematuhi Arahan Pegawai Penguasa

Jenis Kontrak : Konvensional

ISU KES:-

A. Tuntutan Kerugian & Perbelanjaan Tambahan Lanjutan Masa No.1 & 2

Hak Cipta Terpelihara CKUB


37
(i) Tarikh milik tapak bina projek ini ialah pada 13 Februari 2006. P.P. telah
meluluskan dua (2) Lanjutan Masa seperti berikut kepada pihak Kontraktor :-
a) Lanjutan Masa No. 1 – kelewatan pengambilan tanah dan bayaran
pampasan – fasal 43(c)
b) Lanjutan Masa No. 2 – kelewatan pengalihan dan pemasangan paip
pembentung oleh JPP – fasal 43(k)
Dibawah Lanjutan Masa ini kontraktor boleh membuat tuntutan berdasarkan
fasal 44 Syarat-syarat Kontrak 203A, walaubagaimanapun kontraktor telah gagal
mengemukakan notis hasrat menuntut dalam tempoh satu (1) bulan selepas
berlakunya kejadian.

Berikut adalah butiran yang dituntut oleh pihak Kontraktor:


Jumlah Yang
Bil Perkara Dituntut
(RM)
1. Tuntutan kos jentera pembinaan akibat LM No. 1 522,160.00
2. Tuntutan kos jentera pembinaan akibat LM No. 2 239,120.00
3. Preliminaries Items During EOT 462,443.16
Jumlah 1,223,723.16

(ii) Ulasan Pengarah Projek


PP mengesyorkan supaya tuntutan kontraktor tidak dipertimbangkan kerana
tuntutan dibuat ke atas klausa yang tidak layak/dibenarkan untuk membuat
tuntutan. Selain itu kontraktor gagal untuk mengemukakan notis hasrat menuntut
seperti yang klausa 44 dan klausa 48(a) Syarat-syarat kontrak 203A. Amaun
yang dituntut tidak disertakan dengan butiran terperinci dan dokumen sokongan
yang lengkap.

B. Tuntutan Kontraktor Akibat Mematuhi Arahan Pegawai Penguasa

Hak Cipta Terpelihara CKUB


38
(i) Kontraktor telah menuntut kos tambahan bagi jentera-jentera pembinaan yang
tersadai di tapak (idling cost) akibat pematuhan kepada arahan Pegawai
Penguasa. Antara arahan-arahan yang diterima adalah seperti berikut :-
a. Arahan P.P bagai penangguhan sementara kerja-kerja pengorekan di dalam
rizab jalan awam sempena musim perayaan pada 17 Oktober 2006
sehingga 31 Oktober 2006.
b. Arahan P.P bagai penangguhan sementara kerja-kerja pengorekan di dalam
rizab jalan awam sempena musim perayaan pada 8 Oktober 2007 sehingga
19 Oktober 2007.
c. Kelewatan penyerahan tapak untuk kerja-kerja meroboh bangunan di
sepanjang ROW. Tiada arahan daripada P.P berkaitan perkara ini.

Berikut adalah butiran yang dituntut oleh pihak Kontraktor:


Jumlah Yang
Bil Perkara Dituntut
(RM)
Penangguhan sementara kerja-kerja pengorekan di
1. dalam rizab jalan awam sempena musim perayaan dari 34,160.00
17/10/2006 sehingga 31/10/2006
Penangguhan sementara kerja-kerja pengorekan di
2. dalam rizab jalan awam sempena musim perayaan dari 26,840.00
8/10/2007 sehingga 19/10/2007
Kelewatan penyerahan tapak untuk kerja-kerja meroboh
3. 107,360.00
bangunan di sepanjang ROW
Jumlah 168,360.00

(ii) Ulasan Pengarah Projek


PP mengesyorkan supaya tuntutan kontraktor tidak dipertimbangkan kerana
kegagalan kontraktor untuk mengemukakan notis hasrat menuntut seperti klausa
5(d) Syarat-syarat kontrak 203A. Kontraktor juga gagal membendung kerugian
yang dialaminya dan butiran terperinci yang dikemukakan oleh kontraktor adalah
tidak lengkap serta tiada dokumen sokongan sebagai bukti bagi amaun yang
dituntut.

(vi) Keputusan Jawatankuasa Tuntutan bagi kedua-dua tuntutan

Hak Cipta Terpelihara CKUB


39
Jawatankuasa Tuntutan telah meneliti kes ini dan memutuskan untuk menolak
tuntutan Kontraktor sebagaimana pengesyoran Jawatankuasa Pra-Tuntutan.

IKTIBAR KES

Mengemukakan notis hasrat menuntut merupakan satu prosidur rukun keadilan asasi.
Kegagalan mematuhi keperluan ini boleh membawa padah kepada tuntutan kerugian
dan perbelanjaan tambahan.Dalam kes ini yang membawa padah kepada tuntutan
kontraktor adalah kegagalannya untuk mengemukakan bukti kerugian yang dialaminya
itu. Keperluan tersebut adalah sejajar dengan prinsip perundangan yang mantap
“sesiapa yang mendakwa, ia hendaklah membuktikannya”.

Hak Cipta Terpelihara CKUB


40

You might also like