You are on page 1of 49

CABARAN PERUNDANGAN DI

PERINGKAT PRA-KONTRAK
OLEH

1
Sr AMRAN BIN MOHD MAJID
B.Sc. (Hons) Quantity Surveying,
B. Jurisprudence (External)[External Law Degree],
Certificate in Legal Practice (CLP),
M.Sc. Project Management,
Certificate in Adjudication,
Professional Diploma in Innovation Management,
AMRAN BIN MOHD MAJID CQS, FRISM
2 Mukadimah

 Cabaran perundangan di peringkat pra-kontrak sering bergantung


kepada tingkah laku pihak-pihak yang berkontrak.
 Dalam hal ini pihak JKR sering tertekan dengan permintaan
Kementerian/Jabatan Pelanggan untuk mempercepatkan
pelaksaan sesebuah projek.
 Dalam hal ini sering didapati pihak JKR lebih-lebih lagi pihak Head
of Project Team (HOPT) menggesa pihak Head of Design Team
(HODT) untuk mengarahkan perunding untuk memulakan lukisan
reka bentuk meskipun kelulusan daripada Pihak Berkuasa masih
belum lagi diperolehi.
 Tambah lagi, Surat Setuju Terima (SST) masih belum dikeluarkan
kepada perunding.

AMRAN BIN MOHD MAJID


3 Mukadimah

 Apabila ini berlaku, adalah dikhuatiri satu ikatan kontrak sudahpun


terbentuk dengan pihak perunding.
 Namun apa yang dikhuatiri adalah sekiranya projek tersebut
ditangguh atau kaedah perolehannya ditukarkan.
 Apabila ini berlaku adalah dikhuatiri perunding yang diarah itu
mengambil tindakan undang-undang terhadap Kerajaan.
 Di peringkat pra-kontrak, adalah wajar juga segala persiapan
berhubung dengan reka bentuk dan juga dokumen tender
disediakan dengan rapi. Sekiranya ini tidak dilaksanakan,
berkemungkinan besar perubahan kerja akan timbul di peringkat
pasca kontrak di mana ini akan menyulitkan pentadbiran kontrak
oleh Pegawai Penguasa/Pengarah Projek kelak.

AMRAN BIN MOHD MAJID


4 Pembentukan Kontrak Tidak Bergantung
Kepada Apa-Apa Surat Lantikan.

 Pembentukan sesebuah kontrak tidak bergantung kepada satu


surat lantikan. Pembentukan sesebuah kontrak boleh wujud secara
lisan ataupun secara tingkah laku.
 Rujukan boleh dibuat kepada seksyen 3 Akta Kontrak 1950 yang
menyatakan:
Communication, acceptance and revocation of proposals
3. The communication of proposals, the acceptance of proposals, and
the revocation of proposals and acceptances, respectively, are
deemed to be made by any act or omission of the party proposing,
accepting, or revoking, by which he intends to communicate the
proposal, acceptance, or revocation, or which has the effect of
communicating it.

AMRAN BIN MOHD MAJID


5 Pembentukan Kontrak Tidak Bergantung
Kepada Apa-Apa Surat Lantikan.
 Dari sudut proses perlantikan perunding perunding mahukan
perlantikan kontraktor, adalah wajar lantikan hanya dibuat setelah
kesemua kelulusan diperolehi daripada Lembaga Tender atau
JPPJ.
 Sekiranya arahan telah dikeluarkan kepada kontraktor mahupun
kepada perunding untuk menjalankan kerja ataupun perkhidmatan
rundingan, maka kontraktor atau perunding boleh berhujjah satu
kontrak sudah terbentuk.
 Dalam keadaan ini pihak Kerajaan ditegah daripada menyatakan
bahawa satu kontrak tidak wujud dengan alasan kelulusan
daripada Lembaga Tender atau JPPJ masih belum lagi diperolehi
dan maka dengan itu Surat Setjuterima (SST) masih belum
dikeluarkan.

AMRAN BIN MOHD MAJID


6 Pembentukan Kontrak Tidak Bergantung
Kepada Apa-Apa Surat Lantikan.

 Merujuk kepada seksyen 71 Akta Kontrak 1950, seksyen 71 itu


menyatakan:
Obligation of person enjoying benefit of non-gratuitous act
71. Where a person lawfully does anything for another person, or
delivers anything to him, not intending to do so gratuitously, and such
other person enjoys the benefit thereof, the latter is bound to make
compensation to the former in respect of, or to restore, the thing so
done or delivered.
 Apabila kontraktor ataupun perunding menjalankan kerja
mahupun perkhidmatan di mana ia bukan bertujuan secara ehsan
atau secara percuma, maka pihak Kerajaan hendaklah
membayarnya oleh kerana telah menerima manfaatnya.

AMRAN BIN MOHD MAJID


7 Pembentukan Kontrak Tidak Bergantung
Kepada Apa-Apa Surat Lantikan.

 Peruntukan seksyen 71 Akta Kontrak 1950 itu adalah


peruntukan common law iaitu peruntukan “quantum meruit”
yang bermaksud “as much as he deserve”.
 Dari sudut kontrak binaan, bayaran yang perlu dibayar
adalah berdasarkan kepada kadar harga pasaran semasa.

AMRAN BIN MOHD MAJID


8 Pembentukan Kontrak Tidak Bergantung
Kepada Apa-Apa Surat Lantikan.

 Rujukan boleh dibuat kepada kes JNA Ikhtisas Sdn Bhd lwn.
Kerajaan Malaysia (In the High Court of Malaya At Kuala Lumpur In
the State of Wilayah Persekutuan, Malaysia (Civil Division) (Civil Suit
No.:21C-4-09/2013).
 ISTS Sdn Bhd telah dilantik oleh Kerajaan sebagai kontraktor reka
dan bina bagi projek fasa 1 pembinaan kompleks Penjara Tegar di
Johor Bahru.
 Plaintif adalah sebuah firma perunding kejuruteraan. Plaintif
berserta dengan perunding arkitek yang telah dilantik oleh
kontraktor ISTS telahpun menyediakan pelan induk bagi kompleks
penjara tegar berserta dengan kerja-kerja infrastruktur yang
berkaitan.

AMRAN BIN MOHD MAJID


9 Pembentukan Kontrak Tidak Bergantung
Kepada Apa-Apa Surat Lantikan.

 Namun demikian pihak Kerajaan telah memutuskan untuk


melaksanakan projek tersebut dengan mengurangkan sekop kerja
dan dilaksanakan secara berperingkat-peringkat.
 Kerja-kerja pembinaan bagi Fasa 1 telah disiapkan oleh kontraktor
ISTS pada 4.4.2011.
 Semasa kerja-kerja pembinaan bagi Fasa 1 sedang disiapkan, JKR
sebagai jabatan pelaksana pihak Kerajaan telah berurusan
dengan para perunding kontraktor ISTS untuk memulakan
pelaksanaan pembinaan fasa 2. Dalam hal ini pihak JKR telah
memaklumkan bahawa para perunding tersebut akan dilantik oleh
pihak Kerajaan dan telah mengarahkan para perunding untuk
menyediakan lukisan reka bentuk.

AMRAN BIN MOHD MAJID


10 Pembentukan Kontrak Tidak Bergantung
Kepada Apa-Apa Surat Lantikan.

 Seterusnya beberapa mesyuarat telah diadakan di antara pihak


JKR dengan para perunding. Lukisan-lukisan berserta dengan
dokumen tender telah disediakan oleh para perunding dan ulasan-
ulasan telah dikemukakan oleh pihak JKR lukisan-lukisan yang telah
disediakan. Dalam hal ini juga anggaran kos projek telah
disediakan.
 Adalah juga didapati pelan pelaksanaan projek telah disediakan
oleh pihak JKR di mana tarikh tender telah ditetapkan.
 Malangnya pada 25.1.2011, Kementerian Kewangan Malaysia
(MOF) telah memutuskan untuk melaksanakan pelaksanaan projek
fasa 2 secara reka dan bina dengan melantik kontraktor yang
sama bagi fasa 1 iaitu ISTS.

AMRAN BIN MOHD MAJID


11 Pembentukan Kontrak Tidak Bergantung
Kepada Apa-Apa Surat Lantikan.
 Dengan keputusan MOF itu, maka segara urusan dengan para
perunding telah terhenti.
 Kontraktor ISTS sebagai kontraktor reka dan bina tidak melantik
plaintif sebagai perunding kejuruteraan sivil bagi kerja-kerja
pembinaan fasa 2.
 Sehubungan dengan plaintif telah mengemukakan tuntutan
bayaran yuran sebanyak RM2,367,242.35 sebagai yuran
perundingannya.
 JKR bagi pihak Kerajaan telah enggan membayar dengan alasan
satu kontrak tidak wujud di antara pihak Kerajaan dengan plaintif.
Tambah lagi, perunding tidak berhak untuk menuntut yuran
tersebut memandangkan tahap perkhidmatan yang telah
dilaksanakan adalah tidak setimpal dengan apa yang dituntut.

AMRAN BIN MOHD MAJID


12 Pembentukan Kontrak Tidak Bergantung
Kepada Apa-Apa Surat Lantikan.

 Mahkamah Tinggi telah meneliti fakta kes dan mendapati


bahawa pihak JKR telah bertindak secara proaktif apabila
Kementerian Pelanggan Kementerian Dalam Negeri (KDN)
hendak melaksanakan pelaksanaan projek fasa 2 dengan
segera.
 Dalam hal ini pihak HOPT, Cawangan Kerja Keselamatan
(CKES) telah mengadakan satu mesyuarat dengan para
HODT dan para perunding kontraktor bagi fasa 1 bagi
memastikan para perunding dilantik bagi pelaksanaan projek
fasa 2.

AMRAN BIN MOHD MAJID


13 Pembentukan Kontrak Tidak Bergantung
Kepada Apa-Apa Surat Lantikan.

 Dalam hal ini HOPT bercadang untuk melaksanaan


pelaksanaan projek fasa 2 secara konvensyional. Dalam
pada masa yang sama pihak JKR melalui HOPT CKES sedang
dalam proses mendapat kelulusan MOF untuk melantik para
perunding. Malangnya cadangan ini tidak kesampaian
apabila MOF telah memutuskan untuk melaksanakan
pelaksanaan projek fasa 2 secara reka dan bina dengan
kontraktor yang sama iaitu ISTS.
 Sehubungan dengan itu terserahlah kepada kontraktor ISTS
untuk melantik plaintif sebagai perunding kejuruteraan sivil
sekiranya dia mahu.

AMRAN BIN MOHD MAJID


14 Pembentukan Kontrak Tidak Bergantung
Kepada Apa-Apa Surat Lantikan.

 Mahkamah Tinggi mendapati JKR telah memberi beberapa


maklum balas ke atas lukisan reka bentuk plaintif. Apabila
plaintif mengemukakan pindaan reka bentuknya pada
22.3.2011, pihak MOF bagi pihak Kerajaan telah memutuskan
untuk melaksanakan projek ini secara reka dan bina pada
21.2.2011.
 Dalam hal ini pihak JKR mendakwa bahawa tiada wujudnya
satu ikatan kontrak di antara plaintif dengan pihak Kerajaan.
Meskipun terdapat perbincangan berserta surat menyurat di
antara kedua-dua belah pihak namun urusan tersebut
hanyalah berhubung dengan perkiraaan IBS Score sahaja.

AMRAN BIN MOHD MAJID


15 Pembentukan Kontrak Tidak Bergantung
Kepada Apa-Apa Surat Lantikan.

 JKR turut mendakwa bahawa plaintif sememangnya sudahpun


tahu bahawa perlantikannya sebagai perunding perlantikannya
hendaklah menurut pekeliling yang dikeluarkan oleh MOF.
 Tambah lagi lukisan-lukisan yang telah disediakan tidak pernah
diluluskan oleh pihak KDN. Maka dengan itu sudah tentulah tiada
ikatan kontrak wujud di antara kedua-dua belah pihak.
 Pihak JKR juga mendakwa bahawa sehingga bulan Mac 2011,
lukisan-lukisan yang disediakan adalah hanya pada peringkat
Design Stage 1 dan hanya siap setakat 50% sahaja dan bukannya
siap sebahagian besar sebagaimana yang didakwa oleh plaintif.

AMRAN BIN MOHD MAJID


16 Pembentukan Kontrak Tidak Bergantung
Kepada Apa-Apa Surat Lantikan.

 Setelah meneliti fakta kes, Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa


terdapat cukup bukti yang menunjukkan bahawa pihak JKR telah
mengarahkan plaintif untuk menyediakan lukisan reka bentuk sivil
dan struktur.
 Mahkamah Tinggi juga memutuskan isu samaada wujudnya satu
ikatan kontrak bukanlah asas tuntutan plaintif. Sebaliknya plaintif
hanya ingin menuntut bayaran yuran bagi perkhidmatan yang
telah diberikan.
 Mahkamah Tinggi juga memutuskan meskipun tiada satu kontrak
resmi yang telah ditandatangani oleh kedua-dua belah pihak,
namun ciri-ciri pembentukan sebuah kontrak wujud oleh kerana
terdapatnya tawaran, peneriman dan balasan.

AMRAN BIN MOHD MAJID


17 Pembentukan Kontrak Tidak Bergantung
Kepada Apa-Apa Surat Lantikan.

 Dalam hal ini Mahkamah Tinggi mendapati tiada bukti yang


menunjukkan bahawa pembentukan sebuah kontrak rundingan
bergantung kepada satu kontrak resmi yang dimeterai atau
bergantung kepada satu surat setujuterima.
 Sebaliknya terdapat bukti yang menunjukkan pihak JKR berniat
untuk plaintif memberi perkhidmatan rundingan di bawah satu
kontrak secara lantikan terus.
 Memandangkan terbukti bahawa plaintif telah memberi
perkhidmatan, maka pihak Kerajaan bertanggungan untuk
membayarnya.
 Dalam hal ini juga Mahkamah Tinggi memutuskan wujudnya satu
kontrak yang sah di antara plaintif dengan Kerajaan.

AMRAN BIN MOHD MAJID


18 Pembentukan Kontrak Tidak Bergantung
Kepada Apa-Apa Surat Lantikan.
 Mahkamah Tinggi mendapati bahawa plaintif telah menyiapkan
lukisan-lukisan reka bentuknya sehingga telah dijilidkan di dalam
dokumen tender yang telah disediakan oleh perunding ukur
bahan.
 Ini bermakna bahawa plaintif telah mencapai design stage (i) dan
(ii).
 Mahkamah Tinggi juga mendapati tiada bukti yang menunjukkan
bahawa lukisan-lukisan yang telah disediakan oleh plaintif adalah
di bawah tahap yang dikehendakki.
 Mahkamah Tinggi juga berpendapat ketiadaan kelulusan oleh JKR
berhubung dengan lukisan-lukisan plaintif tidak bermakna lukisan-
lukisan yang telah disediakan itu tidak mencapai tahap yang
dikehendakki.

AMRAN BIN MOHD MAJID


19 Pembentukan Kontrak Tidak Bergantung
Kepada Apa-Apa Surat Lantikan.

 Memandangkan tiada jumlah yuran yang telah dipersetujui, maka


Mahkamah Tinggi telah merujuk kepada skala yuran yang telah
ditetapkan oleh Lembaga Jurutera Malaysia (LJM).
 Mahkamah Tinggi telah mengambil kira siling peruntukan bagi
projek dan telah menolak 10% daripada jumlah siling peruntukan
oleh kerana secara lazimnya 10% bukan merupakan nilai kerja
pembinaan.
 Memandangkan perkhidmatan yang telah diberikan oleh plaintif
telah mencapai design stage (i) dan (ii), maka plaintif berhak untuk
dibayar 75% daripada jumlah yuran iaitu sebanyak RM2,089,017.00

AMRAN BIN MOHD MAJID


20 Pembentukan Kontrak Tidak Bergantung
Kepada Apa-Apa Surat Lantikan.

 Mary Lim,H, dalam penghakimannya antara lain menyatakan:


“….After evaluating all the evidence presented, the Court is satisfied
that there is ample evidence to show that the Plaintiff was required by
the Defendant to prepare civil and structural drawings which the
Defendant subsequently used in the limited tender contract for Phase
2. Not only is this forthcoming from PW1 but also from the evidence of
DW1 and DW2 which have already been set out earlier….”
“…Although there is no formal contract entered between the parties,
the elements of offer, acceptance and consideration necessary for
the formation of a contract are clearly present. The offer was made
by the Defendant which was accepted by the Plaintiff….”

AMRAN BIN MOHD MAJID


21 Pembentukan Kontrak Tidak Bergantung
Kepada Apa-Apa Surat Lantikan.

“…Since there is proof that the Plaintiff has rendered the services
requested by the Defendant, the Defendant must therefore pay
for those services.
The first issue is therefore answered in the Plaintiff’s favour. There
is indeed a valid and binding contract between the parties in
the facts of this case….”

AMRAN BIN MOHD MAJID


22 Pembentukan Kontrak Tidak Bergantung
Kepada Apa-Apa Surat Lantikan.

“….As the Plaintiff had reached 55% by design stage (ii), the
Plaintiff is entitled to be paid 55% of this sum which is
RM1,531,945.80. More than that, the Court finds that the Plaintiff
has reached design stage (ii) where the Plaintiff is therefore
entitled to be paid 75% of its total fees. That 75% is a sum or
RM2,089,017.00 together with interest at the rate of 5% per
annum from the date of judgment to the date of realisation
together with costs of RM50,000.00….”

AMRAN BIN MOHD MAJID


23 Pembentukan Kontrak Tidak Bergantung
Kepada Apa-Apa Surat Lantikan.
 Berdasarkan kepada nas-nas perundangan kes ini, apabila pihak
Kerajaan telah meminta perunding untuk memberi perkhidmatan
ikhtisas seperti menyediakan lukisan r eka bentuk dan Senarai
Kuantiti, maka ini boleh mewujudkan satu kontrak terbentuk.
 Ini adalah kerana terdapat ciri-ciri pembentuk kontrak, iaitu:
a) Tawaran
b) Penerimaan
c) Balasan
d) Niat untuk berkontrak
e) Perkara yang dikontrakkan tidak bercanggah dengan polisi awam
f) Kemampuan berkontrak.

AMRAN BIN MOHD MAJID


24 Pembentukan Kontrak Tidak Bergantung
Kepada Apa-Apa Surat Lantikan.

 Maka dengan itu adalah sukar bagi pihak Kerajaan


kemudiannya menyatakan pembentukan kontrak perlulah
mendapat kelulusan Jawatankuasa Perlantikan
sebagaimana yang disyaratkan dalam pekeliling MOF.
 Ini adalah kerana sebelum arahan diberikan kepada
perunding, pihak Kerajaan perlulah mematuhi pekliling MOF
terlebih dahulu.
 Dalam hal ini meskipun satu kontrak resmi belum lagi
ditandatangani, namun demikian Mahkamah akan merujuk
kepada adat resam perniagaan bagi mentaksirkan bayaran
yuran yang terlibat.

AMRAN BIN MOHD MAJID


25 Pembentukan Kontrak Tidak Bergantung
Kepada Apa-Apa Surat Lantikan.

 Dalam hal ini Mahkamah akan merujuk kepada skala yuran yang
dikeluarkan oleh Lembaga Profesional masing-masing.
 Sebagaimana yang semua sedia maklum, dalam keadaan ini
bayaran berdasarkan kepada skala yuran adalah lebih tinggi.
 Maka dengan itu adalah wajar apa-apa arahan yang hendak
dibuat kepada perunding, rujukan serta kelulusan daripada
Jawatankuasa Perlantikan Perunding Jabatan (JPPJ) diperolehi
terlebih dahulu. Kemudiannya Satu Surat Setujuterima (SST) dengan
menyatakan syarat-syarat bayaran dan terma-terma lain yang
berkaitan hendaklah dikeluarkan sebelum arahan diberikan
kepada perunding.

AMRAN BIN MOHD MAJID


26 Perubahan Kerja dan Senarai Kuantiti

 Merujuk kepada klausa 24.1 dan 24.2, serta klausa 25.1 syarat-
syarat kontrak PWD 203A (Rev. 1/2010), klausa-klausa itu
menyatakan:
24.0 VARIATIONS
24.1 The S.O. may issue instructions requiring a Variation in a form of a Variation Order. No
variation required by the S.O. shall vitiate this Contract. Upon the issuance of such Variation
Order, the Contractor shall forthwith comply with the Variation Order issued by the S.O.
24.2 The term ‘Variation’ means a change in the Contract Document which necessitates the
alteration or modification of the design, quality or quantity of the Works as described by or
referred to therein and affects the Contract Sum, including:
(a) the addition, omission or substitution of any work;
(b) the alteration of the kind or standard of any of the materials, goods to be used in the
Works; or
(c) the removal from the Site of any work executed or materials or goods brought thereon by
the Contractor for the purposes of the Works other than work, materials or goods which are
not in accordance with this Contract.
AMRAN BIN MOHD MAJID
27 Perubahan Kerja dan Senarai Kuantiti

25.1 All variations instructed in writing by the S.O. in accordance with clause 24
hereof shall be measured and valued by the S.O. The valuation of Variations, unless
previously or otherwise agreed, shall be made in accordance with the following
rules:
(a) the rates in the Bills of Quantities after adjustment if necessary as provided in
clauses 26.6 and 26.7 hereof, shall determine the valuation of work of similar
character and executed under similar conditions as work priced therein;
(b) the said rates, where work is not of similar character or executed under similar
conditions as aforesaid, shall be the basis of rates for the same, so far as may be
reasonable, failing which a fair valuation thereof shall be made by the S.O.;
(c) the rates in the Bills of Quantities shall determine the valuation of items
omitted, PROVIDED THAT if the omission substantially vary the conditions under
which any remaining items of work are carried out, the rates of such remaining
items shall be valued under rule (b);

AMRAN BIN MOHD MAJID


28 Perubahan Kerja dan Senarai Kuantiti

 Adalah jelas berdasarkan kepada klausa-klausa tersebut,


perubahan kerja yang diarahkan oleh P.P. melibatkan pindaan
reka bentuk, kualiti dan kuantiti Kerja.
 Dalam hal ini P.P. hendaklah mengukur perubahan kerja dan
menilainya menurut peruntukan kontrak.
 Seterusnya klausa 26.1 syarat-syarat kontrak PWD 203A (Rev. 1/2010)
menyatakan:
26.1 The quality and quantity of the Works as set out in the Bills of
Quantities shall be the basis of the Contract Sum. Any error in
description or quantity or omission of Works from the Bills of Quantities
shall not vitiate this Contract but shall be rectified and the amount in
respect of such rectification shall be added to or deducted from the
Contract Sum as the case may be.

AMRAN BIN MOHD MAJID


29 Perubahan Kerja dan Senarai Kuantiti

 Adalah jelas klausa 26.1 ini menyatakan bahawa Senarai Kuantiti


adalah menjadi asas Harga Kontrak. Apa-apa kesilapan Senarai
Kuantiti hendaklah diperbetulkan sewajarnya.
 Dalam hal ini apabila terdapat arahan perubahan kerja, maka P.P.
hendaklah menilai perubahan kerja menurut peruntukan kontrak
denga mengukur kerja yang dilaksanakan dan menilai dengan
menggunakan kadar harga sebagaimana yang dibenarkan dalam
syarat-syarat kontrak.
 Dalam hal ini sekiranya kuantiti kerja yang dilaksanakan berbeza
dengan apa yang dilaksanakan di tapak bina, maka Senarai Kuantiti
tersebut perlulah dipinda dengan sewajarnya.
 Sebaliknya sekiranya pihak-pihak kepada kontrak bersetuju untuk tidak
meminda Senarai Kuantiti kontrak maka Senarai Kuantiti kontrak itu
akan mengikat dan tidak perlu dipinda.

AMRAN BIN MOHD MAJID


30 Perubahan Kerja dan Senarai Kuantiti

 Rujukan boleh dibuat kepada kes Chung Nyap Yoon Sdn Bhd lwn.
Cypark Sdn Bhd [Dalam Mahkamah Tinggi Malaya Di Shah Alam
(Bahagian Sivil) Guaman Sivil No.: 22-920-2001].
 Defendan adalah kontraktor yang telah dilantik oleh majikan SHSB
bagi projek “Cyber Park Development Project Phase 1“ secara reka
dan bina.
 Plaintif telah dilantik oleh defendan sebagai subkontraktor bagi
kerja-kerja tanah dengan harga sebanyak RM5.2 juta.
 Untuk tujuan itu, kontraktor telah mengeluarkan tiga surat arahan
kerja yang masing-masing berjumlah RM1.5 juta, 1.2 juta dan RM1.1
juta.

AMRAN BIN MOHD MAJID


31 Perubahan Kerja dan Senarai Kuantiti

 Surat-surat arahan, Senarai Kuantiti (Bills of Quntities - BQ),


lukisan kerja tanah dan keperluan teknikal adalah menjadi
sebahagian daripada kontrak di antara kedua-dua belah
pihak.
 Peruntukan-peruntukan kontrak yang berkaitan adalah
seperti berikut:
(i) The earthworks shall be carried out according to the design
and specifications at the agreed rates in accordance to the
working drawings and based on the submitted Bill of
Quantities.

AMRAN BIN MOHD MAJID


32 Perubahan Kerja dan Senarai Kuantiti

(ii) Records of labour, plant and materials necessary to carry out


these works will be maintained by the plaintiff.
(iii) Invoices for work completed shall be submitted at the end of the
working month and will be processed on a back to back basis with
Setia Haruman. Issuance of payment shall be within 2 weeks of the
defendant receiving the same from Setia Haruman.
 Menurut surat awad, kaedah pembinaan kerja-kerja tanah adalah
dengan menggunakan “replacement method”.
 Namun demikian apabila kerja-kerja dilaksanakan, jurutera
mendapati kaedah “displacement method” adalah lebih
ekonomik dan lebih sesuai.

AMRAN BIN MOHD MAJID


33 Perubahan Kerja dan Senarai Kuantiti

 Mahkamah Tinggi mendapati apabila ini berlaku, terdapat keadah


pelaksanaan kerja yang berbeza daripada peringkat asal kepada
peringkat pembinaan.
 Pertukaran kepada kaedah “displacement method” tersebut telah
disahkan oleh perunding kejuruteraan kontraktor melalui surat
bertarikh 25.11.1999.
 Subkontraktor mendakwa BQ memperuntukan kaedah pembinaan
secara “replacement method”.
 Subkontraktor telah menjalan kerja-kerja tanah dengan kaedah
“displacement method”.
 Tuntutan kerja tanah adalah berdasarkan kepada kadar-kadar
harga dalam BQ.

AMRAN BIN MOHD MAJID


34 Perubahan Kerja dan Senarai Kuantiti

 Dalam hal ini kontraktor telah membayar berdasarkan


kepada tuntutan subkontraktor setelah mendapat bayaran
daripada majikan SHSB yang berjumlah RM2,852,407.16 bagi
tuntutan bayaran interim no. 1 – 6.
 Subkontraktor telah menyiapkan kerja-kerja tanah pada
8.6.2000 dan telah memakluman perkara ini kepada
kontraktor pada 14.6.2000.
 Tuntutan bayaran no. 7 telah dikemukakan pada 25.6.2000 di
mana kontraktor tidak pernah membantah ke atas tuntutan
tersebut.

AMRAN BIN MOHD MAJID


35 Perubahan Kerja dan Senarai Kuantiti

 Pada 12.8.2000 subkontraktor memakluman kepada


kontraktor yang mengesahkan persetujuan kedua-dua belah
pihak bahawa perakuan muktamad akan disediakan pada
15.8.2000 berdasarkan BQ asal.
 Pada 7.9.2000, kontraktor mencadangkan jumlah tuntutan
akhir adalah sebanyak RM4,715,827.65 dan RM240,000
sebagai kos kerja-kerja awalan.
 Subkontraktor bersetuju dengan jumlah tuntutan akhir
sebanyak RM4,715,827.65 tetapi mempertikaikan kos
RM240,000 bagi kerja-kerja awalan.

AMRAN BIN MOHD MAJID


36 Perubahan Kerja dan Senarai Kuantiti

 Namun demikian melalui surat kontraktor bertarikh 2.10.2000,


kontraktor bersetuju untuk menaikkan kos bagi kerja-kerja awalan
kepada RM270,000.
 Malangnya kontraktor tidak membayar tuntutan bayaran interim
no.7 dan pertikaian ini telah diketengahkan oleh subkontraktor
kepada Mahkamah Tinggi untuk mendapat satu keputusan.
 Dalam hal ini subkontraktor mendakwa terdapat persetujuan
dengan kontraktor bahawa jumlah akhir bagi kerja-kerja tanah
adalah sebanyak RM4,747,127.65. Memandangkan bayaran
sebanyak RM2,851,407.16 maka baki bayaran yang tertunggak
adalah sebanyak RM1,894,720.49.

AMRAN BIN MOHD MAJID


37 Perubahan Kerja dan Senarai Kuantiti

 Kontraktor telah berhujjah di Mahkamah Tinggi dengan


menyatakan BQ asal menyatakan tiga langkah pembinaan,
iaitu kerja-kerja pengorekan (excavation), penambunan
semula tanah (backfilling) dan menambun tanah yang
diimpot (importing suitable material).
 Namun demikian apa yang telah dilaksanakan di tapak bina
berdasarkan kaedah “displacement method” adalah dua
langkah sahaja. Maka dengan itu kuantiti tanah tambunan
adalah berbeza daripada kuantiti dalam BQ asal.
Memangkan BQ asalah berdasarkan kepada “replacement
method”, maka BQ asal tidak lagi terpakai.

AMRAN BIN MOHD MAJID


38 Perubahan Kerja dan Senarai Kuantiti

 Sehubungan dengan itu tuntutan subkontraktor sebanyak


RM1,894,720.49 berdasarkan kepada BQ asal adalah khilaf dan
tidak berasas.
 Kontraktor kemudiannya membuat tuntutan balas sebanyak
RM42,000.00 oleh kerana terpaksa menanggung perbelanjaan
disebabkan lantikan kontraktor, SS secara berasingan untuk
membaiki kecacatan kerja-kerja tanah yang telah dilaksanakan
oleh subkontraktor.
 Kontraktor seterusnya mendakwa bahawa pihaknya bersetuju
dengan pindaan kaedah pembinaan dengan syarat bayaran
hendaklah berdasarkan keadah pengukuran semula kuantiti kerja
tanah yang telah dilaksanakan.

AMRAN BIN MOHD MAJID


39 Perubahan Kerja dan Senarai Kuantiti

 Pengukuran semula kuantiti sementara ini perlulah dilaksanakan


bagi tujuan penutupan akaun akhir bagi kerja-kerja tanah.
 Mahkamah Tinggi berpendapat isu yang perlu diputuskan adalah
samaada pindaan kepada kaedah pembinaan daripada
replacement method kepada displacement method
menyebabkan BQ asal itu tidak lagi berkaitan. Maka dengan itu
menyebabkan tuntutan subkontraktor berdasarkan kepada BQ asal
itu adalah khilaf.
 Mahkamah Tinggi mendapat kaedah displacement method tidak
dinyatakan dalam BQ. Namun demikian Mahkamah Tinggi
mendapati apabila terdapat pindaan kepada kaedah
pembinaan, kedua-dua belah pihak masih lagi berurusan
berdasarkan BQ asal.

AMRAN BIN MOHD MAJID


40 Perubahan Kerja dan Senarai Kuantiti

 Melalui surat bertarikh 12.8.2000, subkontraktor telah menulis surat


kepada kontraktor di mana mengesahkan satu mesyuarat yang
diadakan di antara kedua-dua belah pihak bahawa perakuan
muktamad akan disediakan berdasarkan BQ asal.
 Surat subkontraktor itu telah diaku terima oleh kontraktor dan tiada
penafian berhubung dengan mesyuarat yang telah diadakan.
 Melalui surat bertarikh 7.9.2000 subkontraktor telah menulis surat
kepada kontraktor bagi mengesahkan persetujuan cadangan
perakuan muktamad yang berjumlah RM4,715,827.65.
 Dalam hal ini Mahkamah Tinggi mendapati kontraktor tidak menafikan
kandungan surat bertarikh 7.9.2000. Sebaliknya melalui surat bertarikh
2.10.2000 kontraktor hanya mengesahkan persetujuan berhubung
dengan kenaikan kos kerja-kerja awalan daripada RM240,000 kepada
RM270,000.00

AMRAN BIN MOHD MAJID


41 Perubahan Kerja dan Senarai Kuantiti

 Mahkamah Tinggi mendapati bahawa persetujuan perakuan


muktamad berjumlah RM4,477,127.65 berdasarkan BQ asal adalah
tidak bersyarat. Dengan perkataan lain kontraktor tidak pernah
menyatakan bahawa persetujuan tersebut adalah tertakluk
kepada pengukuran semula kuantiti dan rekod-rekod bilangan lori
tanah.
 Persetujuan itu juga tidak menyatakan bahawa pengukuran
semula kuantiti hendaklah diukur oleh seorang Juruukur Bahan
Berdaftar.
 Setelah meneliti fakta kes, Mahkamah Tinggi memutuskan kedua-
dua belah pihak sudahpun bersetuju untuk memuktamadkan
perakuan muktamad yang berjumlah RM4,747,127.65. Mahkamah
Tinggi juga memutuskan bahawa kerja-kerja awalan yang telah
dipersetujui adalah sebanyak RM270,000.00.

AMRAN BIN MOHD MAJID


42 Perubahan Kerja dan Senarai Kuantiti

 Mahkamah Tinggi dengan itu memutuskan meskipun terdapat


perbezaan dengan kaedah pembinaan kerja-kerja tanah, namun
demikian BQ asal masih terpakai oleh kerana telah dipersetujui oleh
kedua-dua belah pihak.
 Mahkamah Tinggi juga mendapati bahawa sebelum prosiding di
Mahkamah Tinggi, kontraktor sudahpun dibayar oleh majikan SHSB.
Sehubungan dengan itu subkontraktor wajar dibayar oleh
kontraktor.
 Bagi tuntutan balas sebanyak RM42,000 kontraktor bagi membaiki
kerja-kerja kecacatan kerja-kerja tanah, Mahkamah Tinggi
mendapati tiada bukti yang menunjukkan bahawa perunding
kejuruteraan kontraktor tidak berpuas hati dengan mutu kerja-kerja
tanah subkontraktor.

AMRAN BIN MOHD MAJID


43 Perubahan Kerja dan Senarai Kuantiti

 Bukti yang dikemukakan oleh kontraktor adalah surat lantikan


kontraktor kepada kontraktor SS bertarikh 16.11.2011 tetapi
bagi kerja-kerja untuk jambatan utama dan cerucuk
benteng.
 Surat lantikan itu tidak merujuk kepada kerja-kerja
pembaikan bagi kerja-kerja tanah sebagaimana yang
didakwa oleh kontraktor.
 Sehubungan dengan itu Mahkamah Tinggi menolak tuntutan
balas kontraktor.

AMRAN BIN MOHD MAJID


44 Perubahan Kerja dan Senarai Kuantiti

 Tengku Maimun Binti Tuan Mat,H, dalam penghakimannya antara


lain menyatakan:
“….The main issue to be considered is whether the change in the
method from replacement to displacement has rendered the Bill of
Quantities inapplicable and consequently whether the plaintiff’s claim
based on the Bill of Quantities is erroneous and incorrect….”
“….I agree with learned counsel for the defendant that the method of
valuation of the works constructed based on the displacement
method was not stated in any of the documents. However, having
tested the oral testimony of the witnesses against the
contemporaneous documents, I find that even after the change of
the method, parties still conducted themselves according to the Bill of
Quantities….”
AMRAN BIN MOHD MAJID
45 Perubahan Kerja dan Senarai Kuantiti

“…The letter was acknowledged receipt by the defendant.


There was no denial from the defendant of the meeting and of
the agreement that the final certificate would be based on the
original Bill of Quantities….”
“….It cannot be denied that item (i) in the defendant’s letter
relates to Bill No. 1 in the plaintiff’s letter dated 7.9.2000 wherein
vide the same letter the plaintiff has confirmed acceptance of
Bill No. 2 amounting to RM4,477,127.65. There cannot be an
acceptance by the plaintiff unless there was a proposal by the
defendant….”

AMRAN BIN MOHD MAJID


46 Perubahan Kerja dan Senarai Kuantiti

“….In the circumstances I am not able to accept the defendant’s


position that plaintiff’s claim No. 7 is only an estimate. The statement
has been finalized by the parties hence the schedule of payment
listed by the defendant. And given paragraphs (ii) and (iii) of the
defendant’s letter dated 2.10.2000 setting out the mode of payment, I
find that there had been an agreement on the amount to be paid to
the plaintiff. This is a proper case where the defendant should be
estopped from taking a different position from their earlier stand as
shown by the documentary evidence….”
“…Having regard to all the above, I therefore find that the Bill of
Quantities is still applicable despite the change of method. There is
clear evidence that the total agreed sum of the plaintiff’s work is in the
amount of RM4,747,127.65…..”

AMRAN BIN MOHD MAJID


47 Perubahan Kerja dan Senarai Kuantiti

“….The defendant sought to rely on a letter of award dated 16.11.2001


to Sungai Suasa to show the appointment of Sungai Suasa for the soil
stabilization works. The letter of appointment was for main bridge and
piled embankment. It makes no reference to rectification works or soil
stabilization as alleged. Absent any proof of rectification works done
by Sungai Suasa, I find that the defendant has failed to prove its
counterclaim….”
 Berdasarkan kepada nas-nas perundangan kes ini, adalah wajar
kerja-kerja penyiasatan tanah dilaksanakan sebelum reka bentuk
dimuktamadkan. Apabila terdapat perbezaan profil tanah
daripada apa yang diperuntukan dalam kontrak, maka ini akan
melibatkan satu perubahan kerja.

AMRAN BIN MOHD MAJID


48 Perubahan Kerja dan Senarai Kuantiti

 Apabila terdapat satu perubahan kerja, maka adalah wajar


Pegawai Penguasa (P.P.)/Pengarah Projek (P.D.) menyatakan
kaedah penilaian perubahan kerja itu hendaklah menurut syarat-
syarat kontrak.
 Dalam hal ini adalah wajar P.P./P.D. menilai berdasarkan kepada
kerja sebenar yang dilaksanakan di tapak bina.
 Dengan perkataan lain, sekiranya BQ asal tidak lagi
menggambarkan kerja sebenar, maka pindaan perlulah dibuat.
 Dalam hal ini P.P./P.D. tidak wajar bersetuju untuk menilai kerja
berdasarkan kepada kuantiti kerja asal dalam BQ. Sekiranya
P.P./P.D. bersetuju maka P.P./P.D. ditegah (estopped) daripada
menafikan persetujuan tersebut.

AMRAN BIN MOHD MAJID


49 Perubahan Kerja dan Senarai Kuantiti

 Sekiranya ini berlaku, maka pihak kontraktor menguatkuasa


perjanjian tersebut dan adalah sukar bagi pihak Kerajaan
untuk tidak menguatkuasakan perjanjian oleh P.P./P.D.
meskipun persetujuan itu adalah tidak sejajar dengan
peruntukan kontrak.
 Maka dengan itu P.P./P.D. wajar mentadbir kontrak menurut
peruntukan kontrak.

AMRAN BIN MOHD MAJID

You might also like