You are on page 1of 3

KONTRAK BINAAN DOKUMEN KONTRAK DAN PENTAFSIRANNYA

Takrif

Dokumen kontrak boleh ditakrifkan sebagai dokumen yang mengandungi perkara-perkara perjanjian
pihak-pihak berkontrak. Ia menetapkan dan menghuraikan hak dan kewajipan pihak-pihak dalam
kontrak.Tertakluk kepada jenis kontrak, kandungan utama dokumen kontrak terdiri dari:

1. Artikel perjanjian;
2. syarat-syarat kontrak;
3. lampiran "butir-butir syarat kontrak yang perlu diisikan;
4. lukisan-lukisan; dan
5. senarai bahan

Dokumen kontrak adalah satu dokumen perjanjian diantara pihak klien atau majikan bersama
dengan pihak kontraktor untuk pelaksanaan sesuatu projek.

Dalam perlaksanaan projek-projek di bawah kendalian pihak agensi kerajaan, penyediaan dokumen
kontrak hendaklah diselesaikan dalam tempoh empat (4) bulan dari tarikh milik tapak.

Kementerian Kewangan Malaysia melalui Surat Pekeliling Perbendaharaan (SPP) Bilangan 5 Tahun
2007 iaitu Tatacara Pengurusan Perolehan Kerajaan Secara Tender (muka surat 31) ada menyatakan
tentang keperluan dokumen kontrak perlu disiapkan dalam tempoh 4 bulan dari tarikh milik tapak.
(sila rujuk pautan berikut http://www.treasury.gov.my/pekeliling/spp/spp052007.pdf )

Dalam tempoh 4 bulan tersebut, pihak kontraktor hanya dibenarkan untuk membuat tuntutan
bayaran interim sebanyak tiga (3) kali. Maksud penyelesaian dokumen kontrak ini ialah, kontrak
telah ditandatangani oleh pihak kontraktor dan pihak kerajaan, kadar harga telah diselaraskan
(sekiranya perlu) dan dokumen kontrak telah dimatikan setem.

Kesan daripada kegagalan penyempurnaan dokumen kontrak dalam tempoh yang ditetapkan, akan
menyebabkan pihak kontraktor tidak boleh membuat tuntutan bayaran seterusnya.
Tafsiran Kebenaran Merancang (KM)

Merujuk kepada subseksyen 2(1) Akta 172, kebenaran merancang ditakrifkan sebagai ‘kebenaran
yang diberikan, dengan atau tanpa syarat, untuk menjalankan pemajuan’.“Menjalankan
pemajuan” disini bermaksud, sebarang tindakan pembangunan termasuk kerja-kerja yang
memerlukan kelulusan di bawah lain-lain Akta.

Larangan Mengenai Pemajuan Tanpa Kebenaran Merancang

Keperluan bagi mendapat Kebenaran Merancang adalah diperuntukkan di bawah Seksyen 19(1),
Akta 172 iaitu:

“Tiada seorang pun, lain daripada pihak berkuasa tempatan, boleh memula, mengusaha atau
menjalankan apa-apa pemajuan melainkan ebenaran merancang berkenaan dengan pemajuan itu
telah iberikan kepadanya di bawah Seksyen 22 atau dilanjutkan di bawah Seksyen 24(3)”.

Semua pemajuan hendaklah memperolehi kelulusan kebenaran merancang daripada Pihak Berkuasa
Perancang Tempatan. ika pemajuan dijalankan tanpa kebenaran merancang atau pemajuan
dijalankan berlawanan dengan kebenaran merancang, pemunya boleh disabitkan kesalahan di
bawah Sekyen 27 dan Seksyen 28 Akta 172. Hukuman yang boleh dikenakan adalah mengikut
Subseksyen 26(1), iaitu denda tidak melebihi lima ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama
tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali.

Kebenaran Merancang yang Perlu Dirujuk kepada Jawatankuasa Perancang Negeri Seterusnya
kepada Majlis Perancang Fizikal Negara (MPFN) untuk Mendapat Nasihat Mengikut Peruntukan
Subseksyen 22(2A), Akta 172

1. Pembangunan perbandaran baru bagi penduduk yang melebihi sepuluh ribu (10,000 orang)
atau meliputi suatu kawasan yang melebihi seratus (100 hektar) hektar atau kedua-duanya.

2. Sesuatu pemajuan bagi pembinaan apa-apa infrastuktur atau kemudahan utama , termasuk :
a) Kerja-kerja infrastruktur negara seperti lapangan terbang, pelabuhan laut, landasan
keretapi dan lebuhraya, dan
b) Kerja-kerja kemudahan negara seperti pembinaan empangan, stesen janakuasa utama
dan tapak pembuangan sisa toksid.

3. Sesuatu pemajuan yang melibatkan kawasan di puncak atau lereng bukit, dalam kawasan
yang ditetapkan sebagai kawasan sensitif alam sekitar dalam sesuatu rancangan pemajuan.

Pihak Berkuasa Perancang Tempatan akan merujuk kepada Jawatankuasa Perancang Negeri dan
seterusnya Jawatankuasa perlu merujuk kepada Majlis Perancang Fizikal Negara untuk
mendapatkan nasihat dan pandangan sebelum membuat keputusan terhadap sesuatu permohonan
yang dikemukakan.
Proses dan Prosedur Kebenaran Merancang

Proses permohonan Kebenaran Merancang terbahagi kepada 5 peringkat (rujuk Rajah 1.0 : Proses
dan Prosedur Kebenaran Merancang).

KELEBIHAN KEKURANGAN KERAJAAN N SWASTA

You might also like