You are on page 1of 5

c.

Pemohon perlu meminda pelan dengan penyediaan kawasan lapang 10% dari keluasan
keseluruhan tapak.
Tindakan: Maklum dan dipatuhi. Pihak pemohon telah meminda pelan dan menyediakan
kawasan lapang sebanyak 10% dari keluasan keseluruhan tapak.

d. Keperluan untuk On-Site Detention Pond adalah tertakluk kepada pengiraan dan pengesahan
daripada pihak Jabatan Pengairan & Saliran (JPS)
Tindakan: Maklum. Pihak pemohon telah menyemak ulasan agensi teknikal iaitu JPS dan
pihak JPS tiada halangan terhadap permohonan tersebut sepertimana ulasan dari pihak JPS
yang telah diulas oleh Encik Khalid bin Hashim bernombor rujukan MDKT-KM20230601-001.

e. Pemohon perlu mendapat kebenaran daripada pihak MDKT terlebih dahulu dengan melantik
perunding bertauliah sebelum sebarang pembinaan dimulakan.
Tindakan: Maklum dan akan dipatuhi. Pihak pemohon akan mendapatkan kebenaran
daripada pihak MDKT terlebih dahulu dengan melantik perunding bertauliah dan
mengemukakan permohonan kelulusan prosedur pemajuan Kebenaran Merancang
(Pembinaan), Pelan Kerja Tanah, Jalan & Perparitan, Pelan Bangunan serta Pelan Landskap.

f. Anjakan bangunan dari sempadan hendaklah mematuhi ukuran yang telah ditetapkan dalam
garis panduan dan piawaian perancangan.
Tindakan: Maklum dan telah dipatuhi. Pihak pemohon telah mematuhi segala ukuran bagi
anjakan bangunan dari sempadan seperti yang ditetapkan dalam Garis Panduan dan Piawaian
Perancangan Negeri Johor.

g. Tidak dibenarkan apa-apa pembinaan di dalam kawasan bangunan tersebut selain daripada
apa yang telah diluluskan.
Tindakan: Maklum dan akan dipatuhi. Pihak pemohon maklum dan tidak akan membina apa-
apa binaan selain apa yang telah diluluskan di dalam kawasan bangunan tersebut.

ii. Syarat-syarat Jabatan Penilaian dan Pengurusn

2.1. Jawatankuasa telah menimbang dan bersetuju supaya permohonan tersebut diluluskan dengan
pindaan pelan serta mematuhi syarat-syarat berikut di mana pemohon hendaklah:-

a) Caj Pemajuan yang dikenakan ke atas permohonan ini adalah RM 26,200.00


Tindakan: Pihak pemohon telah menjelaskan bayaran Caj Pemajuan berjumlah RM 26,200.00
bagi permohonan ini. (Rujuk lampiran resit bayaran bernombor PBTMDKT20230829001-001).

iii. Syarat-syarat Jabatan Kerja Raya, Johor

3.1. Jawatankuasa telah menimbang dan bersetuju supaya permohonan tersebut diluluskan dengan
pindaan pelan serta mematuhi syarat-syarat berikut di mana pemohon hendaklah:-
a) Pihak pemaju dikehendaki memastikan serahan tanah sebanyak 32 meter (20m + 12m) dari
tengah rizab Jalan Tanjung Sedili (F212) sebagai rizab jalan dan jalan susur kepada pihak
kerajaan. Penyerahan ini hendaklah ditunjukkan dalam Pelan Jalan dan Perparitan serta
diambilkira dalam permohonan Kebenaran Merancang.
Tindakan: Maklum dan telah dipatuhi. Pihak pemohon telah meminda Pelan Kebenaran
Merancang dengan menunjukkan serahan tanah sebanyak 32 meter (20m + 12m) dari tengah
rizab jalan Tanjung Sedili (F212) sebagai rizab jalan dan jalan susur kepada pihak kerajaan.
(Rujuk lampiran surat sokongan Pematuhan Keperluan Teknikal JKR
Bil(8)dlm.JKRJ.J.020/262/18/7967)

b) Pihak pemohon perlu menyediakan lorong percepatan dan perlambatan yang sesuai
mengikut Arahan Teknik Jalan 11/87 yang mengambil kira halaju rekabentuk jalan utama.
Tindakan: Maklum dan telah dipatuhi. Pihak pemohon telah menyediakan lorong percepatan
dan perlambatan dalam Pelan Kebenaran Merancang yang telah dipinda. (Rujuk lampiran
surat sokongan Pematuhan Keperluan Teknikal JKR)

c) Pihak pemohon dikehendaki menyediakan dan mengemukakan Laporan Keselamatan Jalan


(RSA) Stage 2-4 (Part 1) kepada Jabatan ini untuk ulasan dan kelulusan.
Tindakan: Ambil maklum. Pihak pemohon akan mengemukakan Laporan Keselamatan Jalan
(RSA) Stage 2-4 (Part 1) sebelum mengemukakan Pelan Kerja Tanah sepertimana
pertimbangan daripada pihak JKR.

d) Pemaju tidak dibenarkan mengalirkan air larian dari permukaan ke jalan dan parit tepi jalan
milik JKR. Sekiranya aliran air terpaksa dialirkan ke parit tepi jalan milik JKR, pemaju
dikehendaki: -
• Memastikan aliran air yang keluar dari kawasan pembangunan tersebut hendaklah
sama atau kurang dari jumlah aliran air sebelum pembangunan dilaksanakan.
Tindakan: Ambil maklum dan akan dipatuhi.

• Menyediakan infrastruktur saliran seperti On-site Detention atau Detention Pond


untuk mengelakkan peningkatan air larian hujan yang boleh menyebabkan banjir
akibat dari pembangunan yang dijalankan.
Tindakan: Ambil maklum. Pihak pemohon telah menyemak kepeluan On-site
Detention Pond atau Detention Pond bagi keperluan JPS. Namun, pihak JPS tidak
menyatakan keperluannya di tapak dan tiada halangan terhadap permohonan ini.

• Menaiktaraf kapasiti parit jalan sedia ada


Tindakan: Ambil maklum dan akan dipatuhi. Pihak pemohon akan menaiktaraf
kapasiti parit jalan sedia ada selaras dengan khidmat nasihat daripada Juruperunding.

• Menaiktaraf pembentung berhampiran hingga ke titik buangan akhir (final discharge


point).
Tindakan: Ambil maklum dan akan dipatuhi. Pihak pemohon akan menaiktaraf
pembentung berhampiran hingga ke titik buangan akhir (final discharge point) di
peringkat Pelan Kerja Tanah.
e) Jalan keluar / masuk hendaklah ditunjukkan di dalam pelan jalan dari tapak cadangan
sehingga ke jalan utama.
Tindakan: Ambil maklum dan dipatuhi. Pihak pemohon telah menunjukkan jalan keluar /
masuk dengan meminda Pelan Kebenaran Merancang yang terkini.

iv. Syarat-syarat Syarikat Air Johor

4.1. Jawatankuasa telah menimbang dan bersetuju supaya permohonan tersebut diluluskan dengan
pindaan pelan serta mematuhi syarat-syarat berikut di mana pemohon hendaklah:-

a. Pemohon dikehendaki menyertakan Tahun Bekalan Air Diperlukan dalam permohonan ini.
Tindakan: Maklum dan mematuhi. Pihak pemohon telah menghantar dokumen Tahun
Bekalan Air dan telah mendapat sokongan pihak SAJ (Rujuk surat terima no ruj.
(66)dlm.RSAJ/PP/PT/OSC&PBT/06/06).

v. Syarat-syarat Tenaga Nasional Berhad

5.1. Jawatankuasa telah menimbang dan bersetuju supaya permohonan tersebut diluluskan dengan
pindaan pelan serta mematuhi syarat-syarat berikut di mana pemohon hendaklah:-

a. Pemohon dikehendaki menyatakan Anggaran Beban bagi tapak cadangan.


Tindakan: Maklum dan mematuhi. Pihak pemohon telah memenuhi keperluan pihak TNB
dengan menyediakan 1 unit Compact Sub berukuran 7 x 4 dan telah mendapat sokongan
pihak TNB (Rujuk surat terima no ruj. PTAG/TNB/NHBF/E4416/002).

vi. Syarat-syarat PTD Kota Tinggi

6.1. Jawatankuasa telah menimbang dan bersetuju supaya permohonan tersebut diluluskan dengan
pindaan pelan serta mematuhi syarat-syarat berikut di mana pemohon hendaklah:-

a. Pemohon disyorkan untuk membuat permohonan sebagai Rezab Melayu bagi mengelakkan
pengenaan syarat pembinaan Rumah Murah.
Tindakan: Maklum. Pihak pemohon telah mendapat sokongan daripada pihak PTD berkenaan
pengecualian Rumah Mampu Milik yang dikenakan bagi permohonan ini (Rujuk lampiran
PTDKT16/OSC/MDKT/2023-KM09).

3. Kami telah mematuhi segala ulasan-ulasan Jabatan Teknikal MDKT dan Agensi Teknikal Luaran
yang terlibat. Justeru itu, pihak kami ingin mengemukakan dokumen-dokumen berikut bagi tujuan
perakuan kelulusan:
i. 1 Salinan Surat Perakuan Pematuhan
ii. 20 set Pelan Kebenaran Merancang termasuk 2 pelan linen ‘hard cover’ berwarna ungu cair
iii. 20 set pelan Pra-Hitungan termasuk 2 pelan linen
iv. 1 unit pendrive dan 1 unit CD yang mengandungi pelan terkini dalam format .cad dan .pdf
4. Sehubungan dengan itu, saya berharap agar permohonan ini mendapat pertimbangan dan
perhatian yang sewajarnya oleh pihak tuan.

Segala kerjasama dan perhatian pihak tuan saya dahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian.

Yang Benar,
AY TOWN PLANNING CONSULTANT

(TPr HJ AHMAD BIN YUSOF)


JURURANCANG BANDAR

SK../..

Unit Pusat Setempat


Majlis Daerah Kota Tinggi
Jalan Padang,
81900 Kota Tinggi,
Johor Darul Ta’zim

NUR HAFIZAH BINTI FHAUDZI


No. Lot 1628 Taman Limau
Pengadang Baru,
20050 Kuala Terengganu
Terengganu.

You might also like