You are on page 1of 2

KERAJAAN MALAYSIA

IKLAN PRA KELAYAKAN KONTRAKTOR


1. Kerajaan Malaysia berhasrat mempelawa tender dari kontraktor-kontraktor yang layak melalui Pra Kelayakan untuk Projek Menaiktaraf Sistem Kumbahan Di
Hospital Sultanah Aminah, Johor.
2. Keterangan Am Kerja
Lokasi tapak bina terletak di sebahagian tapak di dalam Hospital Sultanah Aminah, Johor.
Skop kerja bagi projek ini merangkumi:

i. Skop Kerja Awam

a) Kerja-kerja penyiasatan tapak, underground mapping, kerja ukur dan lain-laian kerja yang berkaitan,
b) Menggantikan sistem RBC sedia ada kepada Jenis Extended Aeration (EA) dengan kapasiti 8000 PE di cadangan tapak lokasi STP yang baru termasuk
kerja-kerja merekabentuk saluran keluar yang baru dan mendapat kelulusan pelan susunatur, lukisan kejuruteraan dan perubahan final discharge point.
c) Kerja pemasangan paip saluran pembentungan ke tapak cadangan STP yang baru.
d) Kerja-kerja membina pagar bagi tujuan keselamatan.
e) Kerja-kerja menanam rumput dan landskap.
f) Pemasangan longkang dan papan tanda.
g) Kerja-kerja pembinaan jalan masuk bagi memudahkan urusan penyelenggaraan kelak.
h) Kerja-kerja membuka dan melupuskan sistem Rotating Biological Contractor (RBC) berkapasiti 5000 PE sedia ada dan meratakan tapak kesan daripada
pelupusan tersebut.

ii. Skop Kerja Elektrik

a) Kerja-kerja pemasangan Sub Switch Board (SSB) dan Distribution Board (DB).
b) Kerja-kerja menaiktaraf/menambah Curcuit breaker di MSB LV-OT.
c) Kerja-kerja pendawaian elektrik ke cadangan tapak lokasi STP yang baru termasuk semua aksesori yang berkaitan.
d) Memasang alat Flow Meter di lokasi Influen dan Efluen Point.
e) Memasang Beacon Alarm Signal bagi amaran water level.
f) Memasang Stop Button untuk fungsi memberhentikan operasi sekiranya kecemasan di tangki terbuka.
g) Memasang Alarm Signal/Indicator sekiranya operasi loji gagal berfungsi.
h) Memasang main control panel di dalam bilik control room.
i) Memasang compound lighting di Kawasan sekitar STP yang dicadangkan.

iii) Skop Kerja Mekanikal

a) Merekabentuk dan memasang baru sistem pam dan air blower serta termasuk semua kelengkapan yang berkaitan.
b) Pemasangan sistem pencegah kebakaran yang terdiri daripada smoke dan heat detector, fire extinguisher dan signal lamp.
c) Kerja-kerja penyambungan sistem pencegah kebakaran dari STP baru kepada panel utama pencegah kebakaran (MFAP) yang sedia ada.

iv). Kelulusan Pihak Berwajib

a) Mengemukakan permohonan untuk kelulusan sistem kumbahan yang dicadangkan kepada Pihak Berwajib seperti Indah Water Konsortium (IWK), Pihak
Berkuasa Tempatan (PBT) dan lain-lain agensi yang berkaitan.
Kerja dijangka akan dimulakan pada bulan Julai tahun 2022 dan tempoh penyiapan adalah 18 bulan.
3. Syarat-syarat untuk Pra-Kelayakan
Permohonan Pra Kelayakan ini adalah dibuka kepada kontraktor-kontraktor yang menepati syarat-syarat berikut: -
i) Pendaftaran Kontraktor
a) Jenis Syarikat – T1 (Syarikat tempatan yang 100% milik warganegara tempatan)
b) Mempunyai pendaftaran seperti berikut:-
i) Pendaftaran yang sah dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) dan mempunyai Perakuan Pendaftaran Kontraktor
(PPK), dan
ii) Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK) yang sah dengan CIDB dalam Gred G6, Kategori CE dan Pengkhususan CE19 (Sistem Pembentungan)
atau;
iii) Unit Pendaftaran Kontraktor dan Juruperunding Sarawak (UPKJ) dalam Kelas A, Kepala IV-Drainage & Irrigation Works dan Sub-Kepala 3 –
Sewerage Works, atau;
iv) Pusat Pendaftaran Kontraktor-kontraktor Kerja, Bekalan dan Perkhidmatan Negeri Sabah (PUKONSA) dalam Kelas A di bawah Tajuk I-
Kerja-Kerja Kejuruteraan Awam dan Tajuk Kecil 5 – Sistem Pembentungan

c) Bertaraf Bumiputera berdaftar dengan Bahagian Pembangunan Kontraktor dan Usahawan (BPKU)/ Pusat Khidmat Kontraktor(PKK).

d) Kontraktor berdaftar yang telah digantung oleh CIDB/ PUKONSA/ UPKJ/ BPKU TIDAK LAYAK untuk menyertai Pra Kelayakan ini.

e) Setiap pendaftaran seperti di perenggan (i), (ii), (iii), (iv) DAN (v) dan di atas hendaklah masih berkuat kuasa sekurang-kurangnya melebihi 3 bulan dari tarikh
tutup Pra Kelayakan.
ii) Keupayaan Kontraktor
(a) Keupayaan Kewangan
Mempunyai Nett Worth melebihi RM1,193,340.00 atau Modal Pusingan (Working Capital) melebihi RM596,670.00 atau Modal Mudah Cair melebihi
RM268,500.00.

(b) Keupayaan Teknikal


- Nilai Tahunan Keseluruhan Kerja *Serupa yang telah dilaksanakan dengan jayanya dalam tempoh 5 tahun lepas/kebelakang hendaklah melebihi
dari RM1,790,010.00 (30% X NTBK).
- Kontraktor hendaklah mempunyai pengalaman yang mencukupi iaitu serupa atau sebanding dengan skop kerja di dalam tempoh lima (5)_tahun
lalu serta berpengalaman sebagai Kontraktor Utama dan melaksana dan menyiapkan projek kerajaan.
- Kontraktor tidak mempunyai kerja semasa yang ‘sakit’ serta bebas daripada rekod prestasi yang tidak memuaskan dari segi tempoh penyiapan
projek serta kualiti kerja yang dilaksanakan oleh kontraktor dalam tempoh lima (5) tahun lalu adalah memuaskan.
- Pemohon Pra-Kelayakan yang mempunyai pengalaman dalam melaksanakan kerja-kerja naik taraf di Hospital / Fasiliti Kesihatan adalah
diberi keutamaan.
*Serupa – Kerja yang diliputi oleh kategori yang sama seperti kerja yang ditender (kepala/sub kepala yang sama)
iii) Perunding Kontraktor
Kontraktor dikehendaki melantik perunding-perunding yang bertauliah dan merupakan perunding bebas (independent and not in-house consultants) seperti
berikut :-
(a) Berdaftar dengan Lembaga Profesional yang berkenaan
(b) Berdaftar dengan Kementerian Kewangan
(c) Berpengalaman dalam merekabentuk sistem kumbahan/pembentungan di Hospital/Fasiliti Kesihata adalah diberi keutamaan.
(f) Perkhidmatan dan prestasi perunding yang baik.

4. Dokumen Pra Kelayakan boleh diperolehi di pejabat Kaunter Tender dan Sebut Harga, Bahagian Perolehan dan Penswastaan, Kementerian Kesihatan
Malaysia, Aras 7, Blok E7, Kompleks E, Presint 1, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62590 Putrajaya atau di pejabat Unit Kewangan & Perolehan,
Jabatan Kesihatan Negeri Johor, Aras 4, Blok B, Wisma Persekutuan, Jalan Ayer Molek, 80590 Johor Bahru, Johor dari 17 Januari 2022 hingga 7 Februari
2022 semasa waktu pejabat.
Dokumen Pra Kelayakan akan hanya dikeluarkan kepada wakil atau ejen kontraktor yang diberi kuasa sahaja. Wakil atau ejen dikehendaki mengemukakan bukti
pendaftaran seperti di perenggan 3 (i) (b) dengan menunjukkan sijil/perakuan pendaftaran ASAL.
5. Harga dokumen ialah RM50.00 (Ringgit Malaysia: Lima Puluh Sahaja) senaskah dan hendaklah di buat dalam bentuk Kiriman Wang atau Draf Bank di atas
Nama:-

i) Ketua Setiausaha, Kementerian Kesihatan Malaysia bagi Kaunter Tender dan Sebutharga, Bahagian Perolehan dan Penswastaan, Kementerian
Kesihatan Malaysia, Aras 7, Blok E7, Kompleks E, Presint 1, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62590 Putrajaya; dan
ii) Pengarah Kesihatan Negeri Johor bagi Unit Kewangan Perolehan,, Aras 4, Blok B, Wisma Persekutuan, Jalan Ayer Molek, 80590 Johor Bahru, Johor
dan dipalang `Akaun Pembayar Sahaja'. Yuran dokumentasi ini tidak akan dikembalikan.
6. Permohonan hendaklah dikemukakan dalam sampul surat berlakri dengan dinyatakan nama projek dan dimasukkan ke dalam Peti Tender di pejabat berikut:-
Kaunter Tender dan Sebut Harga, Bahagian Perolehan dan Penswastaan, Kementerian Kesihatan Malaysia, Aras 7, Blok E7, Kompleks E, Presint 1,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62590 Putrajaya tidak lewat dari jam 12.00 tengahari pada 07 Februari 2022.

You might also like