You are on page 1of 23

2010

BULETIN PERUBAHAN KERJA


BAHAGIAN DASAR DAN KONTRAK, CAWANGAN KONTRAK DAN UKUR BAHAN EDISI JULAI 2010

Bahagian Dasar & Kontrak :Sr. Amran Mohd Majid Marina Musa Noliza Din Asrul Hafiz Houd Nizam Amri Ibrahim Rosmawati Abd Ghafar Nor Hazlinda Baharudin Nurul Aisyah Zamaludin Nor Rafidah Ramli Fadhillah Mohd Noor Hasnah Daud Ruhana Zakaria Mohd Noorkhairul Anuar

JKR | Confidential
Cawangan Kontrak dan Ukur Bahan , Jabatan Kerja Raya Malaysia

ARAHAN PERBENDAHARAAN
BIL 1. TAJUK Arahan Perbendaharaan 202 RUJUKAN & TARIKH BNK CR(8.15)248-16 JD.4(36) bertarikh 31 Julai 2008 JADUAL 1 PERATURAN ARAHAN PERUBAHAN KERJA BAGI JABATAN TEKNIK YANG MELIBATKAN KONTRAK PERSEKUTUAN NILAI PERUBAHAN PIHAK BERKUASA MELULUS
Jawatankuasa Pegawai Penguasa Yang Dinamakan Dalam Kontrak (Pengerusi)

1. Jika harga asal kontrak tidak melebihi RM10 juta dan jumlah perubahan kerja terkumpul yang dicadangkan tidak melebihi 10% daripada nilai kontrak ATAU jika harga asal kontrak melebihi RM10 juta dan jumlah perubahan kerja yang dicadangkan tidak melebihi RM1 juta. 2. Jika harga asal kontrak tidak melebihi RM10 juta dan jumlah perubahan kerja terkumpul yang dicadangkan tidak melebihi 20% ATAU jika harga asal kontrak melebihi RM10 juta dan jumlah perubahan kerja terkumpul yang dicadangkan tidak melebihi RM2 juta. 3. Jika harga asal kontrak tidak melebihi RM20 juta dan jumlah perubahan kerja terkumpul yang dicadangkan tidak melebihi 30% ATAU jika harga asal kontrak melebihi RM20 juta dan jumlah perubahan kerja terkumpul yang dicadangkan tidak melebihi RM6 juta. 4. Dalam semua hal lain.

Jawatankuasa Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Teknik Persekutuan yang berkenaan (Pengerusi) Jawatankuasa Ketua Pengarah Jabatan Teknik Persekutuan yang berkenaan (Pengerusi)

Jawatankuasa Ketua Setiausaha Perbendaharan (Pengerusi)

Hakcipta terpelihara BDK, CKUB

JADUAL III PERATURAN ARAHAN PERUBAHAN KERJA UNTUK KES-KES KHAS BAGI SEMUA AGENSI KATEGORI PERUBAHAN PIHAK BERKUASA MELULUS
Pegawai Penguasa Yang Dinamakan Dalam Kontrak

1. Arahan-arahan Perubahan Kerja/ pengukuran semula kuantiti sementara (provisional quantity) tanpa tambahan atau perubahan kepada skop kerja asal yang menyebabkan pengurangan harga kontrak. 2. Perubahan harga seperti mana yang diluluskan oleh Perbendaharaan.

Pegawai Penguasa Yang Dinamakan Dalam Kontrak Pegawai Penguasa Yang Dinamakan Dalam Kontrak Jawatankuasa Pegawai Penguasa Yang Dinamakan Dalam Kontrak (Pengerusi) Jawatankuasa Ketua Pengarah/ Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Teknik Persekutuan yang berkenaan bagi Jabatan Teknik (Pengerusi) Ketua Setiausaha Perbendaharaan atau Pegawai Kewangan Negeri mengikut mana yang berkenaan.

3. Pengubahsuaian Wang Kos Prima, Wang Peruntukan Sementara dan Pengukuran Semula Kuantiti Sementara mengikut syarat-syarat kontrak. 4. Pengukuran Semula Kuantiti Sementara (provisional quantity) tanpa tambahan atau perubahan kepada skop kerja asal: (i) Nilai harga tambahan bagi pengukuran semula kuantiti dibenarkan sehingga 30% pada nilai kontrak tetapi tidak melebihi RM3 juta, yang mana lebih rendah. (ii) Nilai harga tambahan pengukuran semula kuantiti dibenarkan sehingga 50% pada nilai kontrak tetapi tidak melebihi RM6 juta, yang mana lebih rendah. (iii) Dalam semua hal lain.

Hakcipta terpelihara BDK, CKUB

SURAT PEKELILING KETUA PENGARAH KERJA RAYA


BIL 1. TAJUK Surat Arahan KPKR Bil. 5/2008 Peraturan Mengenai Arahan Perubahan Kerja dan pelarasan Harga Kontrak RUJUKAN & TARIKH (23)dlm.JKR.KPKR.020.050/03 klt. 8 tarikh 24 Oktober 2008

CARTA ALIRAN PELAKSANAAN PERATURAN ARAHAN PERUBAHAN KERJA DAN PELARASAN HARGA
MULA

Kenalpasti perubahan kerja yang menyebabkan tambahan harga kontrak

Dapatkan kelulusan KPK dari JK Perubahan Kerja

Keluarkan APK

Tidak

Adakah nilai APK > nilai asal diluluskan oleh JK Perubahan Kerja ?

Ya

Dapatkan kelulusan ke atas pertambahan nilai APK dari JK Perubahan Kerja yang berkenaan Sediakan PHK berdasarkan kerja sebenar yang dilaksanakan

Hakcipta terpelihara BDK, CKUB

KES 1
Projek : Cadangan Membina Makmal Baru Jabatan Kimia Pulau Pinang

i)

Permohonan Kelulusan Perubahan Kerja No. 20 Perubahan kerja ini melibatkan kerja-kerja pertukaran dinding daripada blockwall kepada brickwall. permintaan daripada tapak . Punca-punca perubahan kerja ini adalah

daripada Ibu Pejabat Kuala Lumpur pada mesyuarat

ii)

Keputusan Jawatankuasa bersetuju untuk meluluskan perubahan kerja secara prinsip. P.P. perlu menjelaskan dan memberikan justifikasi dari segi teknikal kenapakah pertukaran dari blockwall ke brickwall diperlukan. Justifikasi

tersebut perlu dikemukakan kepada pihak urusetia dalam tempoh terdekat. Jawatankuasa mengingatkan P.P., supaya apa-apa arahan perubahan rekabentuk dimasa hadapan yang dikeluarkan oleh HODT di ibupejabat perlu disahkan semula kepada HOPT sebelum kerja-kerja tersebut dilaksanakan sekiranya ianya melibatkan pertambahan kos. Disamping itu P.P. juga

perlulah meneliti samada apa-apa tambahan kerja yang dicadangkan oleh HODT adalah sesuai bagi sesebuah projek tersebut.

iii)

Iktibar Kes 1 Jawatankuasa mendapati terdapat arahan perubahan rekabentuk yang dianggap oleh Jawatankuasa tidak diperlukan seperti mengubah dinding blockwall kepada brickwall. Arahan perubahan ini telah dikeluarkan dan

dilaksanakan tanpa melihat kepada keperluan dari segi teknikal dan kos yang akan terlibat. Oleh itu Jawatankuasa mengingatkan pada masa hadapan,

Hakcipta terpelihara BDK, CKUB

sekiranya

terdapat

arahan

perubahan

rekabentuk

semasa

peringkat P.P.

pembinaan diarahkan oleh Arkitek/Jurutera/Jabatan Pelanggan,

perlulah memastikan ianya amat diperlukan dan disahkan semula oleh HOPT sebelum dilaksanakan. Disamping itu P.P. perlulah memastikan keperluan perubahan kerja tersebut adalah benar-benar diperlukan dari segi teknikal serta keperluan tapak bina. Ini adalah kerana apa-apa arahan perubahan kerja akan menambahkan kos keseluruhan projek. Tambah lagi ia mungkin akan mengganggu kemajuan kerja kontraktor di samping mungkin akan memangjangkan tempoh pembinaan. Kesannya akan menyebabkan satu lanjutan masa boleh diberikan kepada kontraktor akhirnya menyebabkan kontraktor mempunyai hak untuk menuntut kerugian dan perbelanjaan tambahan daripada Kerajan. HODT juga perlulah memastikan apa-apa perubahan kerja yang dicadangkan dilaksanakan di tapak bina, dibincangkan terlebih dahulu dengan P.P.

KES 2
Projek : Merekabentuk, Membina dan Menyiapkan Kompleks Penjara Negeri Perlis

i)

Permohonan Kelulusan Perubahan Kerja No. 2 Perubahan kerja ini melibatkan kerja-kerja di luar sempadan 1500 Diameter Pipe Culvert and Sump Nilai anggaran kos yang terlibat adalah RM 1,039,920.30 atau 0.87% dari jumlah harga kontrak.

Hakcipta terpelihara BDK, CKUB

Perubahan kerja ini adalah disebabkan oleh keperluan teknikal dan diluar skop asal kontrak. P.P. menjelaskan projek ini pada asalnya adalah Projek ini telah

projek PMC dan telah diserahkan kepada pihak JKR.

dirunding oleh pihak PMC pada tahun 2003 dan Kementerian Kewangan meluluskannya pada tahun 2005. Pelaksanaan projek ini bermula pada tahun 2006. Kerja-kerja luar sempadan ini telah diperuntukkan sebagai Wang Peruntukan Sementara dalam kontrak disebabkan tiada skop kerja pada masa tersebut. P.P. memaklumkan ianya telah dicadangkan untuk

ditukarkan kepada Perubahan Kerja dan diberikan kepada Kontraktor Utama kerana projek ini adalah projek Reka & Bina. Rekabentuk pipe culvert & sump diperlukan atas permintaan Pihak Berkuasa Tempatan. ii) Keputusan Jawatankuasa bersetuju untuk meluluskan perubahan kerja ini sehingga had nilai RM1,039,920.30 dari jumlah harga kontrak. iii) Iktibar Kes 2 Jawatankuasa mendapati terdapat Wang Peruntukan Sementara (WPS) untuk Kerja Luar Sempadan yang telah dimasukkan dalam projek Reka dan Bina. Jawatankuasa mengingatkan agar pada masa akan datang, HOPT dan HODT perlulah mengkaji terlebih dahulu akan keperluan WPS dalam projek yang dilaksanakan secara Reka dan Bina dimana sepatutnya pihak Kontraktor telah mengambil semua risiko daripada awal sehingga siap projek. Kerajaan tidak sepatutnya menanggung kos

sekiranya berlaku kenaikan kepada peruntukan WPS secara mendadak tersebut yang mana pada kebiasaannya diperuntukkan dengan jumlah yang kecil sahaja. Oleh itu amalan meletakkan peruntukan WPS ini

Hakcipta terpelihara BDK, CKUB

perlulah dielakkan kerana ianya tidak bertepatan dengan konsep Reka & Bina, lebih-lebih lagi yang mana melibatkan bidang kerja yang mana secara lazimnya di bawah tanggungan Kontraktor. Perbelanjaan WPS yang diperuntukkan di bawah kontrak reka dan bina sekiranya hendak dilaksanakan di bawah kontrak reka dan bina, ia hanya boleh dilaksanakan oleh kontraktor reka dan bina. Ini adalah menurut semangat serta konsep kontrak reka dan bina. Namun demikian P.P. masih mempunyai budi bicara untuk mengeluarkan butiran WPS tersebut daripada kontrak dan melaksanakannya secara berasingan.

KES 3
Projek : Cadangan Kerja Pengalihan Paip Bekalan Air Bagi Projek

Menaiktaraf Laluan B9/FT015 Dari Lapangan Terbang Subang Ke Hospital Sg. Buloh, Selangor.

i)

Permohonan Kelulusan Perubahan Kerja No. 5 Kontrak ini merupakan satu kontrak reka dan bina. Perubahan kerja ini melibatkan kerja-kerja mengekalkan Double Flange Butterfly Valve (VTV) yang merupakan sebahagian daripada kerja-kerja sementara. Punca-

punca perubahan kerja ini atas arahan pihak SYABAS bagi keperluan kerja-kerja penyelenggaraan di masa hadapan. Nilai anggaran kos yang terlibat adalah RM129,200.00 atau 0.41% dari jumlah harga kontrak.

Hakcipta terpelihara BDK, CKUB

ii)

Ulasan Urusetia Kadar harga bagi kerja Hot Tapping di bawah item 3A.20.0 dan 3A.20.2 di dalam Senarai Kuantiti adalah termasuk all necessary equipment, mobilization and demobilisation, and all the temporary pipes, fittings, specials and valves etc. Kerja-kerja pemasangan 4 bilangan injap kupukupu 900mm adalah sebahagian daripada kerja Hot Tapping dimana pemasangan injap tersebut adalah sementara sahaja dan perlu dialihkan selepas kerja-kerja penyambungan paip selesai dilaksanakan. Semasa mengadakan lawatan tapak bersama perunding pada 5 Mac 2007, pihak SYABAS telah meminta supaya injap kupu-kupu 900mm dikekalkan sebagai permanent works untuk tujuan penyenggaraan berdasarkan surat rujukan SYA/HQ/OM/JKR-B9/FT015/07(64) bertarikh 21 Mei 2007 dan SYA/OMD/GOP/08(61) bertarikh 8 Julai 2008.

Permohonan ini telah dibawa ke Jawatankuasa Arahan Perubahan Kerja Peringkat Pengarah Cawangan Jalan bertarikh 2 Januari 2008 tetapi ditolak dengan alasan kerja-kerja tersebut adalah memenuhi keperluan penyelenggaraan pihak SYABAS dan sewajarnya pihak SYABAS menanggung kos tersebut.

Pihak P.P. berpendapat bahawa:1. Pemasangan injap kupu-kupu 900mm untuk kerja Hot Tapping adalah kerja sementara sahaja (temporary works) dan Kontraktor berhak mengambil semula apabila penyambungan paip selesai dilaksanakan. 2. Pihak SYABAS telah mengeluarkan arahan supaya injap tersebut dikekalkan semasa mengadakan lawatan tapak pada 5 Mac 2007 berdasarkan surat rujukan SYA/HQ/OM/JKR-B9/FT015/07(64)

bertarikh 21 Mei 2007 MENGAKIBATKAN Kontraktor menanggung kos tambahan.

Hakcipta terpelihara BDK, CKUB

3. Dengan itu, berdasarkan Fasal 12.3.1 Syarat-Syarat Kontrak, dicadangkan permohonan ini dipertimbangkan. iii) Keputusan Jawatankuasa tidak bersetuju untuk meluluskan perubahan kerja ini. Jawatankuasa mendapati pihak Kontraktor melaksanakan kerja tanpa persetujuan JKR. Tiada bukti yang menunjukkan arahan daripada pihak JKR telah dikeluarkan kepada Kontraktor untuk melaksanakan kerja. Sekiranya pihak Kontraktor tidak berpuas hati dengan keputusan ini, pihak Kontraktor boleh mengemukakan kes ini sebagai kes tuntutan.

iv)

Iktibar Kes 3 Permohonan P.P. dengan menggunakan klausa 12.3.1 syarat-syarat kontrak PWD DB/T Edition 2002, hanya boleh dipertimbangkan sekiranya terdapat pindaan kepada Keperluan Statutori yang menyebabkan satu pindaan kepada Cadangan Reka Bentuk Kontraktor. Keperluan SYABAS untuk mengadakan injap kupu-kupu bukanlah satu pindaan kepada keperluan statutori oleh kerana keperluan SYABAS adalah lebih untuk tujuan penyenggaraan di masa hadapan. Pindaan kepada keperluan statutori akan berlaku sekiranya pindaan tersebut dibuat menurut undang-undang oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). Apa-apa arahan perubahan kerja daripada Pengarah Projek bagi kontrak reka dan bina menurut klausa 27.2 PWD DB/T Edition 2002, adalah berkaitan dengan perubahan kepada Kehendak Kerajaan sahaja. Apa-apa perubahan kerja yang dikeluarkan oleh P.P. terhadap cadangan reka bentuk kontraktor berhubung dengan kefungsian, kesesuaian dan keselamatan sekiranya melibatkan kos tambahan hendaklah ditanggung oleh kontraktor melainkan ia melibatkan kurangan yang mana perlulah

Hakcipta terpelihara BDK, CKUB

dipotong oleh P.P. daripada Harga Kontrak (rujuk klausa 27.3 dan 27.4 syarat-syarat kontrak PWD DB/T Edition 2002). Dalam hal ini P.P.tidak pernah mengeluarkan apa-apa arahan untuk meminda Kehendak Kerajaan. Pindaan yang berlaku kepada cadangan reka bentuk kontraktor disebabkan kepada pematuhan kepada Pihak Berkuasa Tempatan bukanlah satu pindaan kepada Kehendak kerajaan. Maka dengan itu ia bukanlah satu perubahan kerja dalam kontrak reka dan bina.

KES 4
Projek : The Design, Construction, Equipping, Commisioning and Maintenance of Sungai Buloh Hospital (620 Beds) and the College of Allied Health Sciences at Sungai Buloh, Selangor

i)

Permohonan Kelulusan Perubahan Kerja No. 13 Perubahan kerja ini melibatkan penambahan kerja-kerja bagi Penggantian Pelbagai Kepingan Lantai Vynil ke Piawaian yang Pelbagai (Substitution of Various Vynil Sheet Flooring to a Varied Standard) Kontraktor mendakwa cadangan pihaknya di dalam dokumen kontrak dahulu adalah memenuhi spesifikasi, namun semasa mesyuarat interaksi bil 4/2002 (16/5/2002) Kerajaan telah memilih vynil sheet yang lebih tinggi dan Kontraktor menganggap ianya perubahan kerja kerana terdapat perbezaan harga.

10

Hakcipta terpelihara BDK, CKUB

Nilai anggaran kos yang terlibat adalah RM 5,290,233.39 atau 0.53% dari jumlah harga kontrak.

ii)

Pengesyoran Jawatankuasa Pra Jawatankuasa Pra meneliti dan mendengar penjelasan dari wakil P.P./pembentang, Jawatankuasa Pra bersetuju untuk syorkan RM

4,854,373.13 atau 0.49% dari jumlah harga kontrak kepada Kementerian Kewangan untuk dipertimbangkan kerana: 1. Wakil P.P./pembentang menegaskan terdapatnya perubahan kualiti kepada model yang lebih tinggi dari kualiti yang telah dipersetujui di dalam kontrak walaupun tiada arahan bertulis dan hanya terdapat minit mesyuarat yang tidak ditandatangani; 2. Jumlah yang disyorkan berdasarkan kadarharga munasabah dan telah dipersetujui oleh pihak Kontraktor; dan 3. Kerja telah dilaksanakan dan telah diterima oleh klien

iii)

Pengesyoran J/K Peringkat KPKR Jawatankuasa Peringkat KPKR syor untuk dipertimbangkan ke

Kementerian Kewangan dengan jumlah RM 4,854,373.13 atau 0.49% dari jumlah harga kontrak. Pengesyoran ini juga berdasarkan penjelasan dan pengakuan Wakil P.P./pembentang, Jawatankuasa Pra. sebagaimana penjelasan dalam

iv)

Iktibar Kes 4 Dalam kes ini meskipun tiada arahan secara bertulis dikeluarkan, namun pihak P.P. tidak menafikan bahawa arahan telah dikeluarkan kepada kontraktor bagi menukarkan mutu serta piawaian jubin vinyl. Penjelasan yang dikemukakan oleh Wakil P.P. mengapakah arahan bertulis tidak

11

Hakcipta terpelihara BDK, CKUB

dikeluarkan oleh kerana Wakil P.P. berpendapat ia bukanlah satu perubahan kerja. Namun demikian adalah tidak dinafikan bahawa satu

arahan telah dikeluarkan kepada kontraktor oleh JKR meskipun secara tidak bertulis. Maka dengan itu adalah didapati arahan perubahan kerja sebenarnya telah dikeluarkan meskipun ia tidak dikeluarkan secara bertulis Apa yang berlaku dalam kes Wakil P.P. telah menegaskan bahawa cadangan asal kontraktor sebenarnya memenuhi kriteria kefungsian, kesesuaian dan keselamatan dalam kontrak reka dan bina dan cadangan asal tersebut telah pun dipersetujui oleh kedua-dua kontraktor serta Kerajan semasa rundingan harga diadakan. Namun demikian pertukaran bagi vinyl tiles tersebut didapati mutunya adalah lebih tinggi daripada apa yang telah dipersetujui, ia adalah lebih kepada kecenderungan citarasa pihak Kerajaan dan maka dengan itu ia bukanlah berpunca daripada kemungkiran kontraktor dalam pelaksanaan tanggung jawab kontrak reka dan bina. Maka dalam hal ini Jawatankuasa Perubahan Kerja

memutuskan ia adalah satu perubahan kerja dengan itu kos tambahan perlulah dibayar kepada kontraktor.

12

Hakcipta terpelihara BDK, CKUB

KES 5
Projek :Cadangan Membina dan Menyiapkan Klinik Kesihatan 3 Cermai 2 (12CE, 5DCE) dan Kuarters (2D, 8F, 16G) Simpang Lima, Daerah Sabak Bernam, Selangor Darul Ehsan

i)

Permohonan Kelulusan Perubahan Kerja No. 1 Perubahan kerja ini melibatkan kerja-kerja pembaikan tanah (Ground Improvement). Punca-punca perubahan kerja ini adalah untuk keperluan selepas keputusan ujian tanah. Nilai anggaran kos yang terlibat adalah RM 3,636,965.50 atau 14.63% dari jumlah harga kontrak

ii)

Ulasan Urusetia Pejabat ini telah membuat semakan terhadap Laporan Justifikasi Perubahan Kerja serta surat kepada Y.Bhg. DatoSri KPKR ruj (35) dlm.JN.SEL9/1/L/08(QS) bertarikh 28 Julai 2009 dan mendapati PP mengesyorkan agar projek ini diteruskan dengan kontraktor sedia ada setelah mendapat komitmen daripada pihak pelanggan ke atas

pertambahan kos. Pejabat ini juga mendapati perkiraan anggaran kos yang lebih terperinci berkenaan pertambahan kos yang terlibat telah disertakan oleh pihak PP. Pendekatan bagi meneruskan projek ini adalah berdasarkan alasanalasan berikut : i. Pihak pelanggan telahpun memberikan komitmen ke atas

pertambahan kos sebanyak RM4,306,521.50 sepertimana dalam surat bil (2)KKM(S)BPP.UPP.700-2/2/5L jld 2 bertarikh 22 Jun 2009.

13

Hakcipta terpelihara BDK, CKUB

ii.

Peningkatan kos adalah berpunca daripada isu soil improvement yang tidak diambil kira dalam tender dan isu ini berkait rapat pula dengan jenis atau saiz cerucuk yang akan digunapakai.

Berdasarkan semakan semula oleh HODT-HODT yang terlibat, pertambahan kos yang disumbangkan oleh soil improvement dan pindaan cerucuk adalah sekitar RM4,181,670.20.

Pertambahan ini adalah masih dalam lingkungan kos tambahan yang telah disahkan oleh pihak pelanggan. Dalam perbincangan di atas, pihak HODT yang terlibat juga telah menyuarakan keyakinan pindaan kerja yang melibatkan

pertambahan kos untuk lain-lain komponen bangunan dijangkakan adalah minima. iii. Tindakan tender semula akan melewatkan perancangan dan pelaksanaan projek ini, namun peningkatan kos pasti tidak dapat dielakkan walaupun dilihat sebagai pendekatan yang lebih telus dan terbuka. iv. Kontraktor telah memberikan maklumbalas yang positif serta memberi kerjasama penuh dalam usaha Wakil PP untuk

menyelesaikan masalah ini. v. Ini adalah satu pengajaran kepada pihak yang terlibat khasnya HODT bahawa isu andaian terhadap asas bangunan (assumption on the foundation) perlu diberi perhatian serius dan setiap andaian jika pun perlu dibuat mestilah dilengkapkan dengan peruntukan seperti wang peruntukan sementara dalam tender yang akan dipanggil. Setidak-tidaknya tindakan ini akan membebankan pihak pelanggan dengan isu pertambahan kos diperingkat akhir.

14

Hakcipta terpelihara BDK, CKUB

iii)

Pengesyoran Jawatankuasa Pra Jawatankuasa Pra telah bersetuju mengesyorkan RM 3,193,125.50 berdasarkan sebab berikut :1. PP telah menjelaskan bahawa projek ini perlu ditender segera, tanpa siasatan tanah (Soil investigation) siap oleh pihak IKRAM. 2. Pihak klien telah bersetuju untuk menambah peruntukan kewangan untuk perubahan kerja ini melalui surat bil. KKM(S)BPP.UPP.700/2/2/5Jld.2(2).

iv)

Keputusan

Jawatankuasa bersetuju meluluskan perubahan kerja ini secara prinsip serta mengarahkan PP menyediakan Perjanjian Tambahan yang mengandungi terma-terma yang jelas agar tidak ada tuntutan kerugian dan perbelanjaan tambahan dari pihak kontraktor. Jumlah perubahan kerja yang diluluskan adalah sebanyak RM 4,044,310.20 atau 16.27% dari jumlah harga kontrak. v) Iktibar Kes 5 Dalam hal ini pindaan kepada sekop kontrak berlaku oleh kerana kerjakerja pembaikan tanah tidak dimasukkan dan dengan itu menurut sekop kontrak, ia adalah tidak dijangka semasa kontrak diikat di antara kontraktor dengan Kerajaan. Pertukaran ini melibatkan satu pindaan kepada keadah pelaksanaan kerja dan juga peningkatan kos yang tinggi di mana ia adalah di luar jangkaan kedua-dua belah pihak. Sehubungan dengan satu perjanjian tambahan perlulah dilaksanakan di antara keduadua belah pihak oleh kerana ia bukanlah tergulung sebagai satu perubahan kerja menurut peruntukkan kontrak.

15

Hakcipta terpelihara BDK, CKUB

Perlulah diingatkan apa-apa arahan P.P. berhubung dengan perubahan kerja menurut peruntukkan kontrak adalah untuk menganjurkan sekop asal tetapi bukanlah untuk mengubah sekop asal dan dengan itu pindaan kepada terma kontrak jua oleh P.P. Menurut beberapa kes yang diputuskan di mahkamah sekiranya satu perubahan kerja dilaksanakan didapati di luar sekop kerja kontrak ataupun melibatkan tambahan kos yang besar, maka ia bukanlah satu perubahan kerja menurut syarat-syarat kontrak binaan dan maka dengan itu masa bukan menjadi teras kepada kontrak (time is at large). Ini adalah kerana mahkamah akan mentafsirkan bahawa kedua-dua belah pihak didapati secara tingkah laku menulis semula kontrak tersebut dan tempoh masa asal kontrak sudah tidak lagi mengikat dan juga berkaitan. Sehubungan dengan itu adalah wajar satu perjanjian tambahan dilaksanakan bagi memastikan sekop kerja yang baru itu direkodkan terma-termanya disamping memastikan masa terus menjadi kepada kontrak tersebut. Adalah juga wajar satu kelulusan diperolehi daripada Pihak

Perbendaharaan serta Kementerian Pelanggan oleh kerana ia melibatkan pindaan kepada sekop serta terma-terma kontrak dan juga melibatkan peningkatan kos yang tinggi sebelum Perjanjian Tambahan dilaksanakan di antara Kerajaan dengan kontraktor.

16

Hakcipta terpelihara BDK, CKUB

KES 6
Projek : Cadangan Membina Dan Menyiapkan Dua Blok Bangunan 4 Tingkat Di Sekolah Menengah Batu 4 Grik, Hulu Perak

i)

Permohonan Kelulusan Perubahan Kerja No. 6 Perubahan kerja ini melibatkan kerja-kerja tambahan kerja perabut terlerai. Punca-punca perubahan kerja ini adalah disebabkan keperluan teknikal. Nilai anggaran kos yang terlibat adalah RM 375,165.80 atau 10.74% dari jumlah harga kontrak

ii)

Ulasan Urusetia

Ulasan Urusetia berhubung KPK ini adalah seperti berikut :1. Borang permohonan yang dikemukakan adalah didapati teratur. Tarikh siap sebenar untuk 2009. 2. Permohonan adalah untuk kerja perabot terlerai yang tidak dimasukkan di dalam dokumen tender asal kerana pada ketika itu perabot-perabot tersebut akan dibekalkan melalui Kontrak Pusat. Walaubagaimanapun semasa pembinaan didapati jenis perabot yang ditentukan untuk projek ini tiada dalam bekalan Kontrak Pusat. Oleh yang demikian, adalah wajar kerja perabot terlerai tersebut dimasukkan sebagai kerja tambahan kepada kontraktor utama kerana ia merupakan keperluan teknikal untuk projek ini. projek ini adalah pada 10 Februari

17

Hakcipta terpelihara BDK, CKUB

3. Kadar harga yang digunakan adalah kadar harga munasabah berpandukan kepada kadar harga bagi item yang sama untuk projek-projek sekolah lain di negeri Perak. Selain dari itu kadar harga yang digunapakai adalah diperolehi daripada pembekal perabot dan didapati kadar harga tersebut adalah munasabah. 4. Jumlah pormohonan adalah sebanyak RM 375,165.80 iaitu 10.74% atau 20.38% kumulatif.

iii)

Pengesyoran Jawatankuasa Pra Jawatankuasa Pra bersetuju mengesyorkan RM 375,165.80 berdasarkan sebab-sebab berikut :a. Perubahan kerja ini perlu dilaksanakan kerana jenis perabot tiada dalam bekalan Kontrak Pusat Kerajaan. b. Kadar harga yang digunakan adalah munasabah.

iv)

Keputusan Jawatankuasa Induk Perubahan Kerja bersetuju untuk meluluskan perubahan kerja ini sehingga had nilai RM 375,165.80 atau 10.74% dari jumlah harga kontrak.

v)

Iktibar Kes 6 Bagi perubahan kerja perabut terlerai, adalah wajar diperuntukkan sebagai satu Wang Peruntukkan Sementara (WPS) di dalam kontrak ataupun dilaksanakan secara berasingan. Ini adalah kerana menurut syarat-syarat kontrak, WPS ditakrifkan sebagai sejumlah wang yang diperuntukkan bagi kerja atau bekalan barang-barang atau bahan yang sama sekali tidak boleh diramal, ditetapkan atau dihuraikan semasa dokumen tender dikeluarkan.Dalam hal ini, P.P. berpendapat bekalan perabut terlerai tersebut boleh diperolehi daripada kontrak pusat. Tetapi malangnya bekalan perabut pusat tidak menepati keperluan projek. Maka

18

Hakcipta terpelihara BDK, CKUB

dengan itu adalah wajar peruntukkan WPS ke dalam Dokumen Tender oleh kerana ketidaktentuan sekop kerja yang terlibat. Sebagai satu langkah alternatif, adalah wajar juga dipertimbangkan samaada perolehan perabut terlerai ini boleh dilaksanakan secara berasingan daripada kontrak memandangkan ia boleh mengganggu kelancaran serta boleh memanjangkan tempoh penyiapan projek yang boleh melibatkan lanjutan masa diberikan dan kemudiannya

membolehkan kontraktor menuntut kerugian dan perbelanjaan tambahan terhadap Kerajaan.

KES 7
Projek : Pembinaan Pusat Pemprosesan, Pengeluaran Dan Gudang Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia, Bangi, Selangor

i)

Permohonan Kelulusan Perubahan Kerja No. 1 Perubahan kerja ini melibatkan perubahan kerja cerucuk. Punca-punca perubahan kerja ini adalah disebabkan perubahan susun atur (Layout) tapak bangunan dan kegagalan ujian beban pada cerucuk (Bore Piling). Nilai anggaran kos yang terlibat adalah RM 4,810,622.45 atau 8.35% dari jumlah harga kontrak.

ii)

Ulasan Urusetia Urusetia mendapati tiada sebarang surat menyurat atau dokumen sokongan disertakan bagi membuktikan ada kesilapan kerja ukur tanah di tapak yang mengakibatkan perubahan kerja.

19

Hakcipta terpelihara BDK, CKUB

iii)

Pengesyoran Jawatankuasa Pra Jawatankuasa Pra bersetuju mengesyorkan RM 4,810,622.45

berdasarkan sebab-sebab berikut :a. Perubahan berlaku apabila kontraktor membuat pengukuran tanah dan mendapati keluasan tapak adalah tidak sama seperti mana di dalam pelan yang disediakan oleh Juruukur Satria. Maka pihak perunding telah merubah rekabentuk besmen yang melibatkan perubahan pada struktur asas bangunan. Saiz cerucuk ditukar supaya dapat mengurangkan bilangan titik cerucuk dan mempercepatkan kerja. b. Apabila berlaku kegagalan ujian beban cerucuk, kontraktor diarah melakukan kerja tambahan bagi siasatan tanah (seperti surat Arahan tapak oleh JKR daerah bertarikh 13hb Ogos 2009). c. Dengan laporan terkini, Jurutera Peruding telah mencadangkan penggunaan cerucuk jenis cerucuk spun yang dapat

mempercepatkan kerja. iv) Keputusan Jawatankuasa meluluskan perubahan kerja ini sehingga had nilai RM 4,810,622.45 atau 8.35% dari jumlah harga kontrak.

Walaubagaimanapun PP perlu mendapatkan laporan dan justifikasi dari segi teknikal daripada Cawangan Pakar yang berkaitan kenapakah berlakunya pertukaran rekabentuk cerucuk tersebut. Satu salinan laporan perlu dikemukakan kepada urusetia untuk rekod. v) Iktibar Kes 7 Kerajaan perlulah memastikan juruukur tanah yang dilantik menyediakan pelan ukur dengan tepat agar kedudukan bangunan dapat direka bentuk dengan sewajarnya. Dalam hal ini adalah didapati pelan juruukur yang diperolehi daripada Juruukur Tanah berbeza dengan keadaan sebenar di

20

Hakcipta terpelihara BDK, CKUB

tapak bina. Maka adalah wajar sebelum tender dipanggil, HODT/P.P. menentusahkan aras-aras yang tertera di lukisan ukur tanah tersebut adalah tepat dan tidak menyimpang daripada keadaan sebenar. Berkaitan dengan perubahan cerucuk daripada bore pile kepada cerucuk spun, adalah wajar Cawangan Pakar dirujuk oleh P.P. sebelum mengarahkan kontraktor menukar sistem cerucuk tersebut agar

pertimbangan yang sewajarnya dapat dibuat.

KES 8
Projek : Redevelopment Of Kuala Terengganu Airport Project Package II - Terminal Building

i)

Permohonan Kelulusan Perubahan Kerja No. 21 Perubahan kerja ini melibatkan kerja-kerja tambahan untuk sistem penyaman udara, sistem pencegah kebakaran dan sistem aerobridge. Punca punca perubahan kerja ini disebabkan tiada dalam skop asal tetapi diperlukan untuk operasi. Nilai anggaran kos yang terlibat adalah RM 548,644.45 atau 0.45% dari jumlah harga kontrak

ii)

Pengesyoran Jawatankuasa Pra Jawatankuasa Pra tidak mengesyorkan perubahan kerja kerana :a. Sebab dan justifikasi tidak jelas dan kukuh. b. Keadaaan aras bagi sistem aerobridge tidak disemak terlebih dahulu sebelum rekabentuk disiapkan serta tidak dapat dipastikan adakah ianya tanggungjawab kontraktor atau pihak JKR.

21

Hakcipta terpelihara BDK, CKUB

iii)

Keputusan Jawatankuasa Induk Perubahan Kerja bersetuju untuk meluluskan perubahan kerja ini sehingga had nilai RM 548,644.45 atau 0.45% dari jumlah harga kontrak. Ini adalah kerana lukisan rekabentuk telah disediakan oleh Jabatan sendiri, maka dengan itu rekabentuk perlulah ditanggung oleh kerajaan. apa-apa kesilapan

iv)

Iktibar Kes 8 Menurut klausa 4.0 syarat-syarat kontrak JKR 203A (sem.10/83) di bawah tajuk Bidang Kontrak, ia antara lain memperuntukkan tanggung jawab kontraktor adalah untuk membina dan menyiapkan Kerja yang ditunjukkan dalam Pelan-Pelan Kontrak dan diperihalkan dalam Senarai Kuantiti dan/atau Spesifikasi. Ini bermakna, ia bukanlah menjadi tanggung jawab kontraktor untuk menentukan aras struktur yang perlu dibina. Ia terserahlah kepada HODT/P.P. bagi menentukan aras yang perlu dibina di tapak bina. Dalam hal ini kontraktor telah membina sebegaimana yang diarah oleh P.P., namun didapati aras yang dibina tidak tepat dan dengan itu kontraktor didapati perlu membetulkan aras aerobridge tersebut. Memandangkan kontraktor tidak silap dalam menentukan aras aerobridge tersebut, malah perlu mengubahnya menurut aras sebenar, ia merupakan satu perubahan kerja oleh kerana P.P. perlu mengarahkan kontraktor untuk menyiapkan kerja-kerja pembinaan aerobridge tersebut menurut keadaan tapak yang sebenar. Sehubungan dengan itu adalah wajar HODT/P.P. menyemak serta menentukan aras kerja yang sebenar dalam kontrak konvensyional memandangkan reka bentuk adalah tanggung jawab Kerajaan.

22

Hakcipta terpelihara BDK, CKUB

You might also like