You are on page 1of 8

PERMASALAHAN

BERKAITAN
JABATAN KEJURUTERAAN PERMOHONAN DAN
MAJLIS BANDARAYA SEBERANG PERAI
PEMASANGAN LAMPU
JALAN AWAM MBSP
GARIS PANDUAN PERMOHONAN DAN
PEMASANGAN LAMPU JALAN AWAM MBSP
MAJLIS BANDARAYA SEBERANG PERAI

TUJUAN

Garis panduan ini bertujuan untuk memberi panduan kepada semua pemohon berhubung Garis Panduan Permohonan dan
Pemasangan Lampu Jalan Awam MBSP. Garis panduan ini merangkumi proses berikut:
a) Carta aliran kerja proses permohonan pemasangan lampu jalan awam MBSP
b) Borang permohonan pemasangan lampu jalan awam MBSP

GARIS PANDUAN PERMOHONAN ULASAN PEMASANGAN LAMPU JALAN AWAM MBSP


A) Lampu jalan awam yang dipasang berdasarkan jenis tiang konkrit TNB berdasarkan jalan dan kedudukan tiang
seperti berikut:-
BIL JENIS JALAN SYARAT PEMASANGAN
1) Boleh dipertimbangkan dengan syarat-syarat berikut:
1 Jalan Taman Perumahan a) Lampu dipasang dengan syarat jarak tiang sediada
diantara 30-35 meter.
2 Jalan Kampung/ Minitar b) Mengikut kesesuaian di tapak.

Jalan yang diserah kepada Kerajaan Negeri:- a) Permohonan lampu jalan awam akan
a) Jalan senggaraan MBSP dipertimbangkan seperti kaedah di para 1 dan 2.
3
b) Selain jalan senggaraan b) Permohonan akan di panjangkan kepada pihak
MBSP berkuasa jalan berkenaan.

Persimpangan jalan, selekoh merbahaya,


bonggol jalan, tepi pondok bas, kawasan alat
Pemasangan akan dipertimbangkan oleh MBSP atas faktor
4 permainan bawah senggaraan MBSP dan lain-
keselamatan.
lain lokasi berisiko berlaku kemalangan dan
kegiatan jenayah pada waktu malam.
B) Kawasan yang tidak diberi perkhidmatan lampu jalan awam MBSP adalah seperti berikut:-
•Dalam kawasan berpagar ( contoh sekolah, klinik, rumah ibadat dan lain-lain berkaitan )

•Dalam kawasan rumah pangsa/flat di bawah tanggungjawab Join Management Body (JMB ) /
Management Body (MB)

•Jalan / lorong belakang taman perumahan.

•Kawasan rumah sesebuah ( tanah lot ) kampung.

•Kawasan persendirian.

C) Permohonan lampu jalan di tiang-tiang sedia ada WAJIB melalui:-


•Ahli Parlimen / Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)

•Ahli Majlis

•Jawatankuasa Kemajuan Dan Keselamatan Kampung (JKKK) / Majlis Pengurusan Komuniti


Kampung (MPKK)

•Persatuan Penduduk / Rukun Tetangga

Setiap permohonan hendaklah menggunakan Borang Permohonan Lampu Jalan Awam MBSP yang
boleh diperolehi melalui laman sesawang MBSP ( www.mbsp.gov.my ) atau di tingkat 3 Jabatan
Kejuruteraan, Menara Bandaraya bangunan MBSP Bandar Perda. Borang permohonan perlu
dilengkapkan bersama maklumat pemohon dan pelan cadangan pemasangan yang jelas
semasa mengemukakan permohonan.
D) Caj Pemasangan dan Pembiayaan Lampu Jalan Awam dikatogerikan seperti berikut:-

KATEGORI CAJ SESALUR PEMASANGAN ( CSP


BIL PIHAK PEMBIAYA
)

Tambahan tiang dan caj sesalur


1 Ahli Parlimen / ADUN / Ahli Majlis / JKKK/
MPKK / Pemohon atau mana-mana pihak bagi
Caj sesalur di tiang sedia ada tujuan CSR.
2

•Bil elektrik bagi pemasangan lampu jalan akan dibiayai oleh MBSP yang mana ianya termasuk kos
penyelenggaraan, manakala kos pemasangan yang melibatkan 2 kategori di atas perlu dibiayai oleh Ahli Parlimen /
ADUN / Ahli Majlis / JKKK/ MPKK / Pemohon atau mana-mana pihak bagi tujuan CSR.

E) Pihak pembiaya perlu menjelaskan caj sesalur pemasangan yang dikenakan oleh pihak TNB dalam tempoh tarikh
sah laku caj sambungan pengguna ( CSP ) yang dikeluarkan oleh TNB. Sekiranya bayaran GAGAL dijelaskan
dalam tempoh tersebut, Permohonan Lampu Jalan Awam tersebut terbatal dengan sendirinya. Sekiranya pihak
pemohon masih berminat, pemohon perlulah mengemukakan semula borang Permohonan lampu jalan Awam
kepada MBSP untuk diproses.

F) Proses kerja / carta aliran kerja dan cadangan borang baru Permohonan Pemasangan Lampu Jalan Awam
MBSP adalah seperti di Lampiran.
CARTA ALIRAN KERJA PROSES PERMOHONAN
DAN PEMASANGAN LAMPU JALAN AWAM
MBSP
MAJLIS BANDARAYA SEBERANG PERAI

MULA

1 1. Terima Permohonan

2 2. Rekod Permohonan

3. Lawatan Tapak
Ikut dasar 3
( Bayaran caj pemasangan ) Bidang Tugas
( Makluman dalam Mesyuarat MBSP
J/K Lalulintas ) Tidak ikut dasar Peringkat
Lawatan dan
Semakan dasar Kelulusan
(14 hari )
4. Surat 4
Ikut dasar
makluman kepada
6 6. Cas ( pemasangan percuma )
pemohon
Sambungan ( Makluman dalam
Mesyuarat J/K Lalulintas)

5 5. Surat &
7 7. Surat mohon
pelan kepada TNB
Anggaran kepada TNB
untuk tindakan
pemasangan
8. Proses Anggaran kos Bidang Tugas TNB
8 pemasangan oleh TNB Peringkat Anggaran
(14 hari)

9. Surat anggaran kos kepada Ahli Bidang Tugas MBSP


Parlimen / ADUN / Ahli Majlis /
9 Peringkat Makluman kepada
JKKK/ MPKK / Pemohon atau mana- pemohon
mana pihak bagi tujuan CSR. ( 2 hari )
penaja
Bidang Tugas P.Daerah /
MBSP
10. Proses Kelulusan dan
Peringkat Kelulusan pihak
Bayaran ( Pejabat Daerah / MBSP
10 pembiaya
/ Pihak Pembiaya ) kepada TNB P.Daerah – (14 hari )
dan makluman kepada MBSP MBSP – (14 hari)
selepas bayaran dijelaskan.
Bidang Tugas TNB
11 .Kerja Peringkat Pemasangan dan
11 Pemasangan oleh makluman kepada MBSP
TNB •7 hari (2 tiang ke bawah)
•14 hari (3 tiang dan ke atas)

Bidang Tugas MBSP


Peringkat Makluman Kos
12 . Makluman 12 Kepada pihak pembiaya
kepada pemohon ( 2 hari )

TAMAT
ISU DAN MASALAH YANG DIHADAPI BAGI
PERMOHONAN PEMASANGAN LAMPU JALAN
AWAM MBSP
MAJLIS BANDARAYA SEBERANG PERAI

A) ISU DAN MASALAH DIPERINGKAT PEMOHON / PENYOKONG


 Borang permohonan dan pelan lokasi yang dikemukakan tidak lengkap dan tidak jelas.
 Permohonan tidak mematuhi garis panduan MBSP.
 Peruntukan yang terhad dipihak penyokong ( Ahli Parlimen / ADUN / Ahli Majlis / JKKK/
MPKK / Pemohon atau mana-mana pihak bagi tujuan CSR. )

B) ISU DAN MASALAH DIPERINGKAT MBSP


 MBSP sukar untuk menentukan kebolehpasangan lampu jalan pada tiang sedia ada kerana
dikawal oleh pihak TNB.
 Pihak TNB lewat mengemukakan anggaran kos pemasangan (CSP).
 Tempoh sah laku anggaran kos pemasangan (CSP) TNB adalah 6 bulan sahaja.
 Pihak TNB lewat melakukan pemasangan ditapak dan tidak memaklumkan kepada MBSP
setelah pemasangan telah siap dilakukan ditapak.

C) ISU DAN MASALAH DIPERINGKAT TNB


 Kekerapan pertukaran atau perubahan kakitangan / PIC dalaman TNB.
 Sesetengah pemasangan akan dijalankan oleh kontraktor yang dilantik pihak TNB yang
meyebabkan kelewatan.
 Terdapat pertindihan permohonan yang melibatkan meter lampu jalan yang sama dan
bayaran masih dijelaskan oleh pihak pemohon terdahulu.
BORANG PERMOHONAN PEMASANGAN LAMPU
JALAN AWAM MBSP
MAJLIS BANDARAYA SEBERANG PERAI

You might also like