You are on page 1of 11

MINIT MESYUARAT

MESYUARAT JAWATANKUASA KURIKULUM DAERAH (JKKD)


BIL 1 / 2018
PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH BELURAN

1.0 MAKLUMAT MESYUARAT


1.1 TARIKH : 22 Februari 2018
1.2 TEMPAT : Bilik Mesyuarat PPD Beluran
1.3 MASA : 12.00 tengah hari – 2.00 petang
1.4 ANJURAN : Unit Pengurusan Akademik PPD Beluran
1.5 PUNCA KUASA : PPD(BN)/600-1/14 ( )
1.6 KEHADIRAN : 01 ZAINAL ABIDIN BIN MAHAMAD : Penolong Pegawai Pendidikan Daerah
02 LAIRES CAROLINE ANO : Penolong Pegawai Pendidikan Daerah
03 AMIT BIN UTUNG : Penolong Pegawai Pendidikan Daerah
04 MOHAMAD ROSLAN SH AMEERIL : Penolong Pegawai Pendidikan Daerah
05 MATHEW KIUN @ GEOFFRY : Penolong Pegawai Pendidikan Daerah
06 RAMLI BIN IDTOL : Penolong Pegawai Pendidikan Daerah
07 NOOR ASHIKIN BINTI MAT SHOIB : Penolong Pegawai Pendidikan Daerah
08 DSARJAMAN AMALI ABD AZIP : Penolong Pegawai Pendidikan Daerah
09 AHMAD BIN AMAN : Penolong Pegawai Pendidikan Daerah
10 JONURON ATAJAU @ SALMAN : Penyelia Pendidikan Daerah
ABDULLAH
11 MOHD JUSRIN HJ NUAR : Penyelia Pendidikan Daerah
12 ROSALIND PAUL : Pegawai SISC+ (BI GURU BESAR SK )
13 VERA ARIATI SILALAHI : Pegawai SISC+ (BI SM)
14 RAZUWANDA DARMAN : Pegawai SIPartners+
15 RUSMAWATI BINTI HUSSIN : Pegawai Teknologi Pendidikan
16 HAISAH BT BATJO : Guru Besar SK Balaban Jaya
17 TSAU MAIDIN : Guru Besar SK Basai Baru
18 TALUK @ AZLAN ABSAR : Guru Besar SK Bawang K9
19 KELANA HAJI HAMROS : Guru Besar SK Binsulung
20 MELITON KIMAL : Guru Besar SK Botition
21 ABD SUKOR BARHIM : Guru Besar SK Bukit Besi
22 MOHAMAD ZUKI MAT ISA : Guru Besar SK Golong
23 CECILIA LAWRENCE : Guru Besar SK Holy Cross
24 JUAHARI BIN BIANG : Guru Besar SK Jambongan
25 GARDIF SINGH BALAWAN SINGH : Guru Besar SK Jaya Bakti
26 HASSAN MENTIAK : Guru Besar SK Kabuluh
27 ARMAN HJ AMIR : Guru Besar SK Keniogan
28 ABD RASID MOHAMAD : Guru Besar SK Kolapis
29 JOSHUA AK MELING @ MOHD FIKRI :
Guru Besar SK Ladang Sabapalm
ABDULLAH
30 OMAR ALI MOMIRAN @ MUNIRAN : Guru Besar SK Limau-Limau
31 ABD HAMID ABD RAHMAN : Guru Besar SK Lingkabau
32 DASNI DOOH : Guru Besar SK Lubang Buaya
33 AHMAD SANUSI IBRAHIM : Guru Besar SK Matanggal
34 ROSNAH TITING : Guru Besar SK Moynod
35 KASIMAN HAJI WIRO : Guru Besar SK Nangoh
36 DENIS R. ENTI @ DENNIS R. RAJI : Guru Besar SK Obah
37 MOHAMAD JALIH : Guru Besar SK Pantai Boring
38 SALASIAH BINTI SAID : Guru Besar SK Pekan Beluran
39 FATIMAH BINTI AWANG : Guru Besar SK Perancangan
40 PALUMEN PAJEMIN YADAN : Guru Besar SK Pinangkau
41 AHAMAT HJ TANGAH : Guru Besar SK Seri Pagi
42 MOHD HATTA BIN ABDULLAH : Guru Besar SK Simpangan
43 BAKRI HAJI OMAR : Guru Besar SK Sualok
44 PALMIS SUHI : Guru Besar SK Sungai Nafas

1
45 MOHAMAD BIN MALAN : Guru Besar SK Sungai Nangka
46 MAD SAID ETING : Guru Besar SK Sungai Sapi
47 KAMSIAH SABIN : Guru Besar SK Sungai-Sungai
48 ANING BIN ENONG : Guru Besar SK Tagas-Tagas
49 MESRA OUPUT : Guru Besar SK Tampat
50 MANGGI SANTIRI : Guru Besar SK Tanjung Nipis
51 JAISIM SARONGKAI : Guru Besar SK Terusan Sugut
52 MOHD PARIZAL HAJI ABD RAHMAN : Guru Besar SK Tetabuan
53 MAJIN BIN BULAT : Guru Besar SK Ulu Muanad
54 MYRENE GIDUNG : Pengetua SMK Balaban Jaya
55 MOHD NOR RIDZWAN BIN :
Pengetua SMK Pamol
ABDULLAH
56 SITI NORITA DANI : Pengetua SMK Beluran 2
57 JAAFAR BIN MARLAN : Pengetua SMK Simpangan
58 AJMIL BIN BONEO : Wakil Guru Besar SK Abuan
59 BILBONE SALLEH : Wakil Guru Besar SK Lidong
60 WAN ROSDAN WAN MAHMUD : Wakil Guru Besar SK Simpangan
61 MUHAMMAD DIN BIN SULAIMAN : Wakil Pengetua SMK Beluran
62 MARZAN BIN AYUNOK : Wakil Pengetua SMK Terusan Sugut

2.0 PELAKSANAAN MESYUARAT

2.1 Perutusan Pengerusi


2.1.1 Encik Zainal Abidin sebagai pengerusi memulakan mesyuarat dengan memanjatkan syukur kerana
diberikan kesempatan untuk melaksanakan mesyuarat pada hari ini.
2.1.2 Beliau turut menyampaikan amanah daripada Pengarah Pendidikan Negeri Sabah, Datuk Hajah
Maimunah Haji Suhaibul yang diberikan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum Negeri Bil 1 2018
pada 1 Februari 2018 :
 Fokus dan Gerak Kerja Profesional KPPM Tahun 2018 :
 Mengembalikan kesedaran umum akan matlamat dan objektif pendidikan.
 Peranan utama guru mengangkat dignity murid melalui konsep potentiality dan
educability
 Konsep jiwa pendidik, Moral Purpose
 Pentaksiran Berasaskan Sekolah dan Kemenjadian Murid
 PPSR
 Sekolah Transformasi (TS25) dan Pembelajaran Abad Ke 21
 Penekanan SKPMg2
 Pemansuhan Streaming Kelas
 JPN Sabah No 1 Menerajui Perubahan : Bergerak Sederap Dengan Perubahan
 Startegik Micro Targetting : Peningkatan dan Lonjakan Pendidikan di Sabah dan Sarawak
yang akan meningkatkan pencapaian pendidikan di Malaysia.
 Perancangan Sistematik VS Drilling Saat Akhir
 UPSR : KPI Peratus Murid Menguasai Tahap Minimun adalah 61%
 SPM : KPI Gred Purata Negeri adalah 4.18
 Turun ke lapangan bagi :
 Memastikan PBS berjalan dengan baik dan cemerlang
 Membantu pengetua mengatasi masalah yang timbul -> calon SPM lulus dan lulus
cemerlang
 Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) mencapai sekurang-kurangnya tahap minimum.
 Penekanan serius dalam PBD dan komponennya.
 Perancangan utama SPA dalam memantapkan PBD :
 Memberikan kefahaman kepada semua guru mata pelajaran sekolah rendah dan
menengah rendah.
 Kerjasama luar : YaPEIM, PETRONAS, Yayasan Al Bukhary, Swinburne Universiti of
Technology.

2
2.1.3 Pengetua dan guru besar perlu faham konsep Profesional Learning Community (PLC) dan boleh
menerangkan kepada staf masing –masing dengan jelas.
2.1.4 Pemantauan KBAT dan HEBAT akan dilaksanakan secara berkala di semua sekolah.

Makluman : Semua ahli mesyuarat

2.2 Pengesahan Minit Mesyuarat yang Lalu


2.2.1 Semua ahli mesyuarat telah bersetuju untuk mengesahkan Minit Mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum
Daerah Bil 3 2017 tanpa sebarang pindaan.
Makluman : Semua ahli mesyuarat

2.3 Perkara-perkara berbangkit


2.3.1 Tiada perkara yang dibangkitkan daripada minit mesyuarat yang lepas.

Makluman : Semua ahli mesyuarat

2.4 Laporan / Taklimat / Makluman


2.4.1 Taklimat Pembelajaran Abad Ke 21 (PAK 21) oleh Tuan Haji Razuwanda Darman
 Berfokus kepada pengenalan kepada PAK21
 Definisi Pembelajaran Abad Ke 21 : Proses pembelajaran yang berpusatkan murid
berteraskan elemen komunikasi, kolaboratif, pemikiran kritis, dan kritiviti, serta aplikasi niai
murni dan etika.
 Terdapat 5 standard asas dalam PAK21 iaitu : Komunikasi, Kolaborasi, Pemikiran Kritis,
Kreatif dan Nilai Murni & Etika.

1. Komunikasi : berlaku interaksi antara guru-guru, murid-murid, dan murid-bahan secara


lisan bagi menyampaikan ilmu yang mereka faham dan berkongsi pengetahuan dengan
rakan-rakan.
 Komunikasi yang berkesan tidak terhasil jika guru hanya meminta murid
membentangkan kerja mereka di hadapan kelas, membiarkan murid berinteraksi
antara satu sama lain, dan meminta murid bertanya.
 Sepatutnya :
a. Murid dapat memerhati, mendengar, dan memberi maklum balas dengan
orang lain
b. Murid dapat menyusun pemikiran mereka secara logik dan menyatakan
dengan jelas dan ringkas.
c. Murid dapat memahami cara menyesuaiakn mesej atau kaedah tertentu untuk
menyampaikannya
d. Murid yakin berinteraksi dengan rakan mereka semasa menyampaikan
sebarang topik.

2. Kolaboratif : berlaku kerjasama dan muafakat antara guru-murid dan murid-murid


secara aktif dan menyeluruh yang membolehkan pertukaran idea dan pandangan
antara murid
 Kolaboratif yang berkesan tidak terhasil jika guru hanya meminta murid membuat
tugasan individu dalam kumpulan, membenarkan murid memaksa rakan menerima
pandangan dan membiarkan segelintir murid sahaja yang terlibat secara aktif
dalam kumpulan.
 Sepatutnya :
a. Bekerjasama : Murid dari pelbagai kebolehan bekerjasama untuk
mencapai matlamat yang sama dan saling bergantung untuk berjaya
b. Tanggungjawab Bersama : Murid bertanggungjawab terhadap tugasan
yeng diberikan dalam kumpulan dan menghargai sumbangan dan idea
rakan-rakan yang lain.
c. Pelibatan Seimbang : Murid dilibatkan secara seimbang dalam kumpulan
melalui pembahagian tugasan berdasarkan keupayaan murid.

3
d. Bertolak Ansur : Murid dapat menerima dan menghormati pandangan
orang lain, bersikap fleksibel, dan dapat bertolak ansur untuk mencapai
matlamat yang sama.

3. Pemikiran Kritis : Berlaku penerokaan pemikiran menilai sesuatu idea secara logik dan
raasional untuk menbuat pertimbangan yang wajar dengan menggunakan alasan dan
bukti yang munasabah.
 Pemikiran Kritis yang berkesan tidak terhasil sekiranya guru hanya menggunakan
sumber yang terhad, mengehadkan pandangan dan idea murid serta menerima
pandangan murid tanpa perbincangan.
 Sepatutnya :
a. Bermaklumat : Murid memiliki maklumat mengenai pelbagai perkara / bidang.
b. Sikap ingin tahu : Murid meneroka sesuatu bidang ilmu dengan cara
pembacaan, penyoalan dan melakukan aktiviti secara hands – on untuk
mendapatkan maklumat.
c. Membuat keputusan yang berasas : Murid membuat keputusan berdasarkan
maklumat dan berupaya mempertahankan keputusan mereka dengan bukti.
d. Pemikiran terbuka : Murid berfikiran terbuka, menerima pandangan orang lain
dan merendah diri.

4. Kreativiti : Berlaku proses penjanaan idea yang menghasilkan inovasi baha, aktiviti dan
projek yang baharu, unik, berguna dan berkualiti.
 Kreativiti yang berkesan tidak terhasil jika guru hanya meminta murid
menghasilkan produk, menerima respon yang betul mengikut skema, dan
bersetuju dengan idea murid.
 Sepatutnya :
a. Pemikiran terbuka : Murid melihat situasi sedia ada daripada pelbagai sudut
untuk menjana idea dan melakukan sesuatu dengan cara yang berbeza.
b. Pemikiran membina : Murid menghasilkan dan menggunakan idea-idea baru
dalam konteks tertentu dan menjana hasil yang positif.
c. Berani mengambil risiko : Murid berani mencuba dan memberikan galakan
tanpa merasa bimbang dengan kritikan.
d. Berpandangan jauh : Murid mempunyai hala tuju yang jelas dan berimaginasi
secara asli serta tidak mengikut kelaziman.

5. Nilai Murni dan Etika : Penerapan dan pemupukan niai murni dan etika ke arah
pembentukan jati diri nasional mengikut acuan Malaysia.
 Penerapan Nilai Murni dan Etika yang berkesan tidak terhasil jika guru hanya
menulis elemen nilai murni dalam RPH, meminta murid menyatakan niali murni
semasa sesi PdP dan meminta murid melaksanakan nilai murni.
 Sepatutnya :
a. Penerapan nilai murni yang bersesuaian : Murid dijelaskan dan diterapkan nilai
yang bersesuaian semasa sesi PdP.
b. Penghayatan dan amalan : Murid perlu menzahirkan amalan nilai murni dan
mengamalkannya dalam kehidupan seharian.
c. Penghargaan : Guru memberi penghargaan kepada murid dan memberi
penghargaan sesama rakan.
d. Galakan dan promosi : Guru mengadakan program untuk menggalakkan
penghayatan dan amalan nilai murni.
 Kerangka Konsep PAK21
Makluman : Semua ahli mesyuarat.

Isu dan perbincangan :


 Masih terdapat pentadbir atau guru yang keliru dengan Konsep Pembelajaran Abad Ke 21 ;
bukan sekadar susun atur kelas atau penggunaan TMK dalam PdPc.
 Penekanan kepada lima standard asas yang membentuk PAK 21 serta perkara yang
sepatutnya dilakukan guru untuk mengintegrasikan PAK 21 dalam PdPc.

4
 Kekangan yang dihadapi oleh pihak sekolah untuk melaksanakan PAK 21.
Keputusan mesyuarat :
 Pihak sekolah perlu melaksanakan kursus dalaman khasnya untuk PAK 21 untuk
menjelaskan standard asas PAK21 (4K 1N) dan kerangka konsep PAK 21.
Tindakan : Semua Pengetua dan Guru Besar Daerah Beluran

 Bahan pembentangan PAK 21 akan dikongsikan oleh Encik Ahmad bin Aman.
Tindakan : Encik Ahmad bin Aman.

2.4.2 Taklimat Panduan Pelaksanaan Pentaksiran Sekolah (Pentaksiran Bilik Darjah) oleh
Encik Ahmad bin Aman.

 Pendahuluan :
 Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) mula dilaksanakan pada tahun 2011
berdasarkan Surat Siaran Lembaga Peperiksaan Bil 3/ 2011 bertarikh 29 Julai 2011.
 PBS terdiri daripada empat komponen iaitu Pentaksiran Pusat (PP), Pentaksiran
Sekolah (PS), Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan, dan Kokurikulum (PAJSK) dan
Pentaksiran Psikometrik (PPsi)
 PBS dilaksanakan di sekolah secara terancang, mengikut prosedur yang ditetapkan
oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dan dilaksanakan secara berterusan semasa
proses pengajaran dan pembelajaran.

 Pentaksiran Sekolah (Pentaksiran Bilik Darjah)


 Pentaksiran merupakan dimensi penting dalam memastikan keberkesanan
pelaksanaan kurikulum di sekolah yang dilaksanakan secara formatif dan sumatif
dengan menggunakan pelbagai pendekatan dan kaedah
 Pentaksiran Sekolah (PS) adalah sebahagian daripada pendekatan pentaksiran
yang merupakan satu proses mendapatkan maklumat tentang perkembangan
murid yang dirancang, dilaksana dan dilapor oleh guru yang berkenaan.
 Proses ini berlaku berterusan sama ada secara formal dan tidak foemal supaya
guru dapat menentukan tahap penguasaan sebenar murid.
 PS perlu dilaksanakan secara holistik berdasarkan prinsip inklusif, autentik dan
setempat (localised)
 Maklumat yang diperoleh daripada PS akan digunakan oleh pentadbir, guru, ibu
bapa dan murid dalam merancang tindakan susulan ke arah peningkatan
perkembangan pembelajaran murid.
 Ciri-ciri Pentaksiran Sekolah : Holistik, Inklusif, Autentik, Setempat, Fleksibel,
Berterusan, Standard.

 Kepentingan Pentaksiran Sekolah :


 Pentaksiran Sekolah penting sebagai pentaksiran pembelajaran (Assessment For
Learning), Pentaksiran semasa pembelajaran(Assessment As Learning), dan
Pentaksiran tentang pembelajaran(Assessment Of Learning)

 PS boleh dimanfaatkan oleh siapa?


1. Pentadbir
 Mengetahui perkembangan murid secara keseluruhan
 Mengetahui keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran
 Mengenal pasti potensi dan kekuatan murid dalam pembelajaran
 Memantau pelaksanaan tindakan susulan.
2. Guru
 Mengesan perkembangan murid secara menyeluruh
 Mengenal pasti kekuatan dan kelemahan murid dalam pembelajaran dari masa ke
masa
 Mengetahui keberkesanan pengajarannya
 Merancang dan mengubahsuai pengajarannya
 Menjalankan tindakan susulan yang sewajarnya

5
3. Ibu Bapa
 Mengetahui perkembangan anak secara menyeluruh
 Mengetahui potensi, kekuatan dan kelemahan anak-anak.
 Mengenal pasti pencapaian anak dalam pembelajaran dari masa ke masa.
 Membantu anak-anak dalam pembelajaran maklumat pentaksiran
4. Murid
 Mengetahui kekuatan dan kelemahan dalam pembelajaran.
 Memperbaiki kelemahan dalam pembelajaran
 Mengukuhkan pembelajaran untuk mencapai tahap penguasaan lebih tinggi.

 Pelaksanaan Pentaksiran Sekolah


 PS boleh dilaksanakan oleh guru secara formatif dan sumatif
 Pentaksiran secara formatif dilaksanakan seiring dengan proses PdP.
 Pentaksiran secara sumatif dilaksnakan pada akhir satu unit pembelajaran,
penggal, semester atau tahun.
 Dalam melaksanakan PS, guru perlu merancang, membina item, mentadbir,
memeriksa, merekod dan melapor tahap penguasaan murid dalam pembelajara
diajar berdasarkan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP).

 Langkah Pelaksanaan Pentaksiran Secara Formatif


1. Menentukan Standard Kandungan (SK) yang hendak disampaikan dan Standard
Pembelajaran (SP) yang perlu dicapai oleh murid.
2. Menyediakan instrumen pentaksiran yang sesuai untuk memastikan murid menguasai
SK dan SP yang telah ditentukan
3. Melaksanakan PdP mengikut SK dan SP yang telah ditentukan sebelum membuat
pentaksiran.
4. Merujuk Standard Prestasi (Psi) bagi kelompok SK dan SP yang berkaitan untuk
menentukan Tahap Penguasaan (TP) murid.
5. Merekod TP murid.
6. Membuat analisis TP murid
7. Merancang dan melaksanakan tindakan susulan.
8. Melaporkan tahap penguasaan murid.

 Langkah Pelaksanaan Pentaksiran Secara Sumatif


1. Menentukan SK, SP, dan Spi yang hendak ditaksir dalam DSKP mata pelajaran.
2. Membina item pentaksiran.
3. Mentadbir pentaksiran sumatif pada akhir unit pembelajaran, penggal atau tahun yang
telah ditentukan.
4. Memeriksa respon murid dan merekod pencapaian.
5. Membuat analisis data
6. Melapor prestasi murid.

 Intrumen pentaksiran :
a. Pemerhatian
b. Persembahan
c. Spesifikasi produk
d. Tugasan bertulis / karya penulisan
e. Pensel dan kertas / ujian bertulis
f. Lembaran kerja
g. Soal jawab
h. Kuiz
i. Senarai semak
j. Latihan atau tugsan rumah

 Tahap Penguasaan Murid (TPM)


1. Murid tahu perkara asas, atau boleh melakukan kemahiran asas, atau memberi respon
terhadap perkara asas.

6
2. Murid menunjukkan kefahaman dengan menjelaskan sesuatu perkara yng dipelajari
dalam pelbagai bentuk komunikasi
3. Murid menggunakan pengetahuan untuk melaksanakan sesuatu kemahiran pada suatu
situasi
4. Murid menganalisis maklumat yang diperoleh secara sistematik dan tekal
5. Murid membuat penilaian dalam pelbagai situasi secara sistematik dan tekal.
6. Murid menghasilkan idea / produk / kaedah yang kreatif dan inovatif

 Penentuan Tahap Penguasaan


 Pencapaian murid diukur berdasarkan tahap penguasaan dalam Spi selepas PdP setiap
kelompok Sk dan SP yang dilaksanakan.
 Tahap penguasaan juga merupakan satu bentuk pernyataan pencapaian yang
menunjukkan perkembangan pembelajaran murid yang disusun secara hierarki untuk
tujuan pelaporan.
 Penentuan tahap penguasaan memerlukan pertimbangan profesional guru dengan
mengambil kira perkara berikut :
 Pencapaian tahap penguasaan bagi setiap kelompok SK dan SP dengan
merujuk Spi.
 Menggunakan kaedah pentaksiran pelbagai.
 Perkembangan holistik dari segi perubahan tingkah laku, pengetahuan,
kemahiran dan nilai.
 Pengalaman PdP dalam bilik darjah membantu guru menentukan TP murid
dan perbincangan dalam kalangan guru juga boleh digunakan dalam
penentuan pertimbangan profesional.

 Panduan Perekodan dan Analisis


 Perekodan ialah proses merekod perkembangan pembelajaran murid setelah guru
melaksanakan pentaksiran dalam PdP
 TP ditentukan selepas guru melaksanakan PdP sesuatu kelompok SK / SP seperti yang
diperjelaskan dalam Spi.
 Guru merekodkan TP murid menggunakan templat perekodan mengikut mata pelajaran
iaitu menggunakan perisian Microsoft Excel (Pelaporan PS) yang disediakan.
 Langkah-langkah merekod :
1. Memasukkan maklumat asas seperti nama muird, sekolah, kelas, nama guru dan
murid mengikut kelas yang diajar dalam templat Pelaporan PS mengikut mata
pelajaran.
2. Merkodkan tahap penguasaan yang dikuasai oleh setiap murid berdasarkan SK dan
SP.
3. Fail MS Excel hendakah disimpan dalam keadaan yang baik dan selamat. Salinan
dalam bentuk digital dan / atau bercetak hendaklah dilakukan secara berkala,
mengikut kesesuaian dan keupayaan pihak sekolah.
4. Fail data murid juga boleh diselaraskan oleh pihak sekolah melalui penyimpanan
berpusat untuk kegunaaan pemantauan panitia dan pentadbir sekolah.
5. Pentadbir sekolah perlu memastikan keselamatan dan kepenggunaan data
tersebut. Semakan data hendaklah dibuat untuk mengelakkan kesilapan berlaku.
6. Apabila seseorang murid berpindah kelas atau sekolah, pihak sekolah yang
berkenaan hendaklah menyerahkan data murid tersebut kepada pentadbir sekolah
baharu untuk diserahkan kepada guru mata pelajaran yang berkenaan.
7. Pelaporan tahap penguasaan keseluruhan boleh dikeluarkan oleh pihak sekolah.

 Pelaporan Pelaksanaan Pentaksiran Sekolah


 Pengurusan Data Perekodan :
 Pelaporan dijana melalui pelaporan individu murid dalam templat MS Excel
yang disediakan, setelah guru menetapkan Tahap Penguasaan Murid dalam
Rekod Prestasi Kelas.
 Pelaporan murid boleh dicetak untuk tujuan simpanan dan rujukan pihak yang
berkepentingan dan juga tindakan susulan guru dalam pengajaran dan

7
pembelajaran.
 Pelaporan perlu dilakukan dari semasa ke semasa mengikut keperluan untuk
membolehkan murid, pihak sekolah dan ibu bapa mengambil tindakan susulan
yang sewajarnya.
 Pelaporan ini membantu guru untuk mengenal pasti aspek-aspek kekuatan
dan kelemahan murid serta membolehkan guru meningkatkan kualiti.
 Murid dapat mengetahui akan prestasi dan perkembangan akademik semasa
serta mengambil kebertanggungjawaban dalam pembelajarannya.
 Ibu bapa akan dirujuk mengenai perkembangan pembelajaran anak-anak
mereka dalam sesi perjumpaan khas akademik dengan pihak sekolah.
 Setiap perekodan tahap penguasaan murid perlulah disimpan secara teratur
dan sistematik mengikut kesesuaian dan keupayaan sekolah.
 Pelaporan yang dilakukan perlu dikemukakan kepada pihak yang
berkepentingan dari semasa ke semasa terutamanya ibu bapa.

 Panduan Penggunaan Templat Pelaporan Pentaksiran Sekolah Bagi Tahun 6


 Templat pelaporan Pentaksiran Sekolah Tahun 6 yang disediakan adalah mengikut
format dan keperluan setiap mata pelajaran. Ia merangkumi mata pelajaran untuk
aliran Arus Perdana dan Pendidikan Khas.
 Bagi format templat pelaporan Pentaksiran Sekolah untuk Tahun 6, terhadap sedikit
perbezaan di mana terdapat ruangan Tahap Penguasaan Keseluruhan disediakan.
 Guru Kelas perlu melengkapkan pelaporan bagi kelas yang berkenaan untuk tujuan
pelaporan PS bersama-sama dengan keputusan peperiksaan terutama semasa
keputusan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dikeluarkan.

 Hal-hal Lain
 CEFR – Penataran Curiculum Induction Year 3 (September 2018)
 Highly Immersive Programme (HIP) – Peruntukan One Off RM 500
 Ucapan tahniah kepada wakil NILAM Daerah.
Makluman : Semua ahli mesyuarat.

Isu dan perbincangan :


 Pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) masih memerlukan penambahbaikan berterusan
yang menuntut komitmen semua pihak.
 Guru memerlukan bimbingan dari segi penentuan kaedah pentaksiran yang boleh digunakan
di dalam bilik darjah.

Keputusan mesyuarat :
 Pihak sekolah perlu melaksanakan kursus dalaman mengenai Pentaksiran Bilik Darjah (PBD)
untuk memberi penerangan yang lebih jelas kepada guru-guru di sekolah masing-masing.

Tindakan : Semua Pengetua dan Guru Besar Daerah Beluran

 Pegawai di PPD perlu melaksanakan lawatan dan bimbingan untuk Pentaksiran Bilik Darjah
kepada sekolah-sekolah di bawah kawalan masing-masing.

Tindakan : Semua pegawai di PPD Beluran

2.4.3 Laporan dari Unit Sains dan Matematik oleh Cik Noor Ashikin binti Mat Shoib

 Pembudayaan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dalam Pembelajaran Abad


Ke 21
 Terletak di bawah inisiatif #20 PPPM
 Melibatkan beberapa program iaitu :
 Penggunaan Bahan Sumber Hayati Eksplorasi Berfikir Aras Tinggi (HEBAT)
 Set Latihan Pembudayaan KBAT
 PKLSMB III

8
 Daerah Beluran hanya terlibat dengan Penggunaan Bahan Sumber Hayati Eksplorasi
Berfikir Aras Tinggi (HEBAT) kerana tiada sekolah yang tersenarai sebagai sampel bagi
PISA (Programme for International Student Assessment)

 Penggunaan Bahan Sumber Hayati Eksplorasi Berfikir Aras Tinggi (HEBAT)


 Berterusan sepanjang tahun
 Melibatkan semua sekolah menengah dan semua tingkatan
 30 modul Sains, 32 modul Matematik, 20 modul Bahasa Melayu dan 20 modul Bahasa
Inggeris
 Bahan boleh dimuat turun dari
 Sains : bit.ly/HEBATSCbm , bit.ly/HEBATSCbi , bit.ly/HEBATSCbmbi
 Matematik : bit.ly/HEBATMTbm , bit.ly/HEBATMTbi
 Bacaan : bit.ly/HEBATBacaanBM , bit.ly/HEBATBahasaInggeris
 Pemantauan Penggunaan Bahan Sumber Hayati Eksplorasi Befikir Aras Tinggi (HEBAT):
 Menggunakan dua intrumen yang telah diberikan sebelum ini : Intrumen
HEBAT Pentadbir dan Instrumen HEBAT Guru.
 Dilaksanakan dalam tempoh 1 Februari 2018 hingga 30 November 2018.
 Mohon kerjasama sekolah untuk bersedia untuk pemantauan ini.

 Pelaksanaan Penarafan Sekolah Membudayakan KBAT


 Melibatkan tiga instrumen :
 Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan
 Kokurikulum
 Pengajaran dan Pembelajaran (PdP)
 Setakat 30 Januari 2018, 100 % sekolah di Beluran (46 sekolah rendah, dan 6 sekolah
menengah) telah melaksanakan penarafan.
 Kesemua skor telah dikemaskini dalam pautan JPN Sabah pada 29 Januari 2018.
 Sekolah perlu bersedia untuk VERIFIKASI dari JNJK. Semua dokumen berkaitan perlu
disediakan untuk tujuan verifikasi.

 Kursus i-Think Luar Talian (KiLT)


 Masih dilaksanakan dan untuk Daerah Beluran, respon yang diterima daripada
pentadbir sekolah dan guru-guru sangat baik.
 Guru baharu perlu didaftarkan supaya boleh mengikuti kursus i-Think Luar Talian
(KiLT).
 Setakat 22 Februari 2018, seramai 69 orang guru telah lulus kursus KiDT dan KiLT.

Isu dan perbincangan :


 Penglibatan semua sekolah menengah dalam Penggunaan Bahan Sumber HEBAT.
 Pemantauan penggunaan bahan sumber HEBAT.
 Persediaan penarafan sekolah membudayakan KBAT untuk verifikasi dari JNJK.
 Pelaksanaan Kursus i-Think Luar Talian (KiLT) di peringkat sekolah.

Keputusan mesyuarat :
 Pihak sekolah perlu bersedia untuk Pemantauan Penggunaan Bahan Sumber HEBAT yang
akan dilaksanakan pada 1 Februari 2018 hingga 30 November 2018. Antara perkara yang
perlu disediakan ialah :
 Memastikan semua bahan telah dimuat turun dari pautan yang disediakan.
 Bahan HEBAT dan instrumen berkaitan telah diedarkan kepada semua guru yang
terlibat.
Tindakan : Semua Pengetua Daerah Beluran

 Pihak sekolah perlu membuat persediaan untuk verifikasi Penarafan Sekolah Membudayakan
KBAT dari JNJK. Proses verifikasi melibatkan penggunaan instrumen penilaian kendiri KBAT
dan evidens yang berkenaan.
Tindakan : Semua Pengetua dan Guru Besar Daerah Beluran

9
 Pihak sekolah perlu mendaftar guru baharu untuk mengikuti Kursus i-Think Luar Talian
(KiLT). Pendaftaran boleh dibuat dengan menghantar butiran guru baharu kepada Cik Noor
Ashikin.
Tindakan : Semua Pengetua dan Guru Besar Daerah Beluran

2.4.4 Laporan dari Ketua Unit Pengurusan Akademik, Encik Ramli Idtol

 Pelaksanaan Kursus Orientasi Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR


Semakan 2017) Tahun 3, Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) bagi
Tahun 2018.
 Surat dari Sektor Pengurusan Akademik JPN Sabah JPN.SBH.SPA.600-2/1/3(7) bertarikh
20 Februari 2018 adalah dirujuk.
 KSSR akan dilaksanakan pada 5 dan 6 Mac 2018 manakala KSSM pada 7 – 8 Mac 2018
bertempat di Bilik LDP, Blok E, Aras 1, IPG Kampus Gaya Kota Kinabalu.

 Profesional Learning Community (PLC)


 PLC (Lesson Study) akan dilaksanakan dalam 2 kitaran.
 Surat Arahan Pelaksanaan dan Jadual Pelaksanaan PLC (Lesson Study) akan diberikan
kemudian.

 Pelaksanaan Modul Pengajaran dan Pembelajaran Pengurusan Sisa Pepejal dan


Amalan Reduce, Reuse, Recycle (3R) Merentas Kurikulum Prasekolah

 Penggunaan e-RPH secara Offline Bagi Kelas Pra Sekolah Jabatan Pendidikan
Negeri Sabah Tahun 2018
 Surat dari Pejabat Pengarah, JPN Sabah JPNSBH.SPA.600-3/5/2 (12) bertarikh 21
Februari 2018 adalah dirujuk.
 Bengkel Penggunaan e-RPH secara Offline akan dilaksanakan di peringkat daerah pada
tarikh yang akan dimaklumkan kemudian.

 Pemohonan Cadangan Kelas Peluasan Prasekolah Kementerian Pendidikan


Malaysia (KPM) Bagi Tahun 2019
 Surat dari Sektor Pengurusan Sekolah, JPN Sabah JP(SB)/700/02/31( ) bertarikh 9
Februari 2018 adalah dirujuk.
 Sekolah yang memerlukan perlu mengemukakan cadangan peluasan prasekolah tanpa
kos. Cadangan tersebut perlu dimajukan ke JPN Sabah selewat-lewatnya 22 Februari
2018.

 Taklimat Pelaksanaan Program Vokasional Menengah Atas dan Pendidikan Asas


Vokasional.
 Surat dari Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional, Kementerian Pendidikan
Malaysia KPM.600-13/14/16 Jld. 12(18) bertarikh 21 Februari 2018 adalah dirujuk.

Makluman : Semua ahli mesyuarat

Isu dan perbincangan :


 Pelaksanaan Profesional Learning Community (PLC) di peringkat sekolah.
 Penggunaan e-RPH secara Offline untuk Prasekolah.
 Cadangan peluasan prasekolah tanpa kos

Keputusan mesyuarat :
 PLC perlu dilaksanakan dalam dua kitaran selepas surat dan jadual pelaksanaan dikeluarkan
oleh Unit Pengurusan Akademik PPD Beluran.

Tindakan : Semua Pengetua dan Guru Besar Daerah Beluran

10
 Bengkel Penggunaan e-RPH secara Offline untuk Prasekolah akan dilaksanakan pada satu
tarikh yang akan ditetapkan kemudian.
Tindakan : Encik Ramli Idtol

 Sekolah yang memerlukan peluasan prasekolah tanpa kos boleh memohon kepada JPN
Sabah selewatnya 22 Februari 2018.
Tindakan : Semua Guru Besar Daerah Beluran

2.5 Hal – hal Lain


2.5.1 Encik Amit memaklumkan kepada semua sekolah mengenai pembelian Buku Jejak-jejak Pendidik V :
 Setiap sekolah menengah dicadangkan mengambil 3 naskhah, manakala sekolah rendah
sebanyak 2 naskhah.
 Pembelian boleh dibuat kepada Encik Amit di PPD Beluran.
 Harga senaskhah Buku Jejak-jejak Pendidik ialah RM30.00.

Tindakan : Semua Pengetua dan Guru Besar Daerah Beluran

2.5.2 Encik Amit memberi makluman mengenai Lawatan Kerja Guru Besar bersama PPD ke Semporna
(Road To Semporna)
 Etika berpakaian sepanjang lawatan
 Masa berkumpul dan bertolak ke Semporna.
 Lokasi lawatan sepanjang berada di Semporna.
 Semua peserta yang terlibat diminta untuk berkumpul seketika selepas mesyuarat untuk taklimat
penuh.
Tindakan: Peserta Lawatan Kerja ‘Road To Semporna’

2.5.3 Encik Kasiman, Guru Besar SK Nangoh selaku Yang Dipertua Majlis Guru Besar Daerah Beluran
membentangkan perkara berikut :
 Exco baharu Majlis Guru Besar Daerah Beluran.
 Pengisian data secara online akan diperkasakan.
 Tuntutan perjalanan guru besar dibayar
 Permuafakatan antara sekolah yang lebih erat.
 Memperkasakan pencapaian LINUS daerah.
 Kewangan Majlis Guru Besar.
Makluman : Semua ahli mesyuarat

2.5.4 Pejabat Pendidikan Daerah Beluran mengalu-alukan kehadiran pengetua dan guru besar baharu ke
Daerah Beluran :
 Guru Besar SK Moynod : Puan Rosnah Titing
 Pengetua SMK Simpangan : Encik Jaafar bin Marlan
Makluman : Semua ahli mesyuarat

2.5.5 Penggunaan istilah Ketua Pegawai Pendidikan Daerah (KPPD), tidak boleh digunakan untuk semua
urusan rasmi jabatan. Istilah KPPD hanya terpakai untuk urusan berkaitan Program Transformasi
Daerah, seperti yang tercatat dalam Buku Pengurusan DTP 3.0.
Makluman : Semua ahli mesyuarat

2.6 Penutup
2.6.1 Encik Zainal Abidin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua ahli mesyuarat yang hadir pada
hari ini dan menyatakan harapan agar semua perkara yang telah diputuskan dalam mesyuarat ini
akan diambil maklum dan tindakan yang sewajarnya oleh semua pihak yang terlibat.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 2.00 petang.

Disediakan oleh,
Urusetia Mesyuarat,
Unit Pengurusan Akademik
6 Mac 2017
11

You might also like