You are on page 1of 11

5

Bab II

KAJIAN LITERATUR

2.1 Pengenalan

Arus pembangunan yang pesat di kawasan bandar-bandar besar telah memberi


banyak impak kepada struktur sistem perancangan jalan raya. Oleh itu sistem
perancangan yang teliti dalam menaik-taraf jalan raya samada di kawasan bandaraya
atau lebuhraya telah menjadi isu yang hangat diperbincangkan.

Dengan kepadatan penduduk serta taraf ekonomi yang semakin stabil telah
membolehkan mereka kenderaan sendiri. Justeru itu kesesakan lalulintas di kawasan
bandar-bandar perlu dikaji dengan lebih teliti sebelum kerja-kerja pembinaan menaik-
taraf jalan dilakukan bagi mengelakkan kesesakan lalulintas yang teruk semasa kerja
pembinaan jalan raya.

2.2 Bebendul Jalan

Bebendul jalan adalah merupakan satu binaan kekal yang dibuat semasa kerja-
kerja pembinaan jalan. Bebendul jalan boleh terdiri daripada sekatan bahu jalan, blok
batu atau konkrit.
6

Fungsi utama bebendul jalan adalah seperti berikut :-

i. Menandakan atau sebagai satu pembahagi dan penghalang kepada tengah


jalan raya.

ii. Bertindak sebagai halangan di antara jalan lalulintas dan laluan pejalan kaki.

iii. Bertindak sebagai longkang untuk air larian permukaan jalan raya lalu ia
disalurkan ke longkang melalui scupper drain.

iv. Memastikan kenderaan tidak naik atau melalui di atas bahu jalan raya untuk
laluan pejalan kaki.

2.3 Bahan-bahan Bebendul Jalan

Bahan yang digunakan bagi pembinaan bebendul jalan kebiasaannya terdiri


daripada campuran bancuhan konkrit iaitu simen portland biasa, pasir, batu baur ¾”
kandungan air. Bahan-bahan ini mestilah bebas daripada campuran asing, contohnya
campuran tanah liat ke dalam pasir atau sebagainya. Jika terdapat perkara tersebut
campuran yang dihasilkan tidak berkualiti dan kemungkinan ianya mudah patah dan
pecah semasa kerja-kerja penghantaran dan pembinaan bebendul jalan dilakukan.

Pada kebiasaannya, bahan-bahan ini akan dicampurkan menggunakan batching


plant mengikut nisbah kandungan setiap bahan iaitu simen, pasir dan batu baur, dimana
pengujian dan penyelidikan telah dibuat untuk memastikan produk bebendul konkrit
pratuang tersebut mencapai gred 20 atau mengikut arahan spesifikasi yang telah
ditetapkan.
7

2.4 Jenis-Jenis Bebendul Jalan.

Terdapat beberapa jenis bebendul jalan yang sering digunakan dalam pembinaan
jalan raya. Pada kebiasaannya, penggunaan jenis bebendul jalan lebih bergantung
kepada kesesuaian bentuk, curam, kelebaran serta faktor hidrologi persekitaran jalan
raya tersebut. Jika terdapat air larian permukaan, bebendul jalan jenis V-Drain akan
digunakan dimana ia bertindak sebagai laluan pengaliran air tersebut ke longkang tepi
jalan. Secara umum bebendul jalan diketogerikan kepada dua jenis iaitu bebendul
sawar dan bebendul boleh naik.

2.4.1 Bebendul sawar. ( Barrier kerbs )

Bebendul jalan jenis ini mempunyai rekabentuk yang tinggi sedikit daripada
biasa iaitu bersaiz lebih kurang 300 mm x 150 mm.mempunyai dinding tegak dan
dicerunkan sedikit. Kebanyakkan bebendul jalan jenis ini mempunyai nama-nama
tertentu mengikut arahan teknik Jabatan Kerja Raya, contohnya kerb type I, Kerb type
II, type III dan kerb type IV. Bebendul sawar mempunyai tujuan tertentu seperti
berikut :-

1. Bertindak untuk menghalang kenderaan perlahan terkeluar dari lorong


lalulintas biasa. Juga digunakan khusus untuk lorong jalan keluar
masuk..

2. Kebiasaannya digunakan bagi jalan keluar masuk di lebuh raya termasuk


dikawasan perhentian dan rehat.

3. Mempunyai ciri-ciri bentuk yang agak besar daripada bebendul yang


lain.
8

2.4.2 Bebendul Boleh Naik. ( Semi Mountable Kerb )

Bebendul jalan jenis ini mempunyai rekabentuk yang rendah dimana permukaan
dindingnya hampir-hampir datar dengan permukaan jalan raya. Pada kebiasaanya
bebendul boleh naik direkabentuk bagi tujuan untuk memisahkan sisi turapan dengan
bahu jalan ataupun pulau lalulintas. Bebendul jenis ini dibina di sepanjang jalan
kawasan–kawasan taman perumahan, ini adalah untuk memudahkan kenderaan naik ke
atas bahu jalan bagi meletakkan kenderaan mereka. Selain dari itu ia digunakan bagi
jalan keluar masuk ke rumah didalam taman perumahan. Bebendul boleh naik juga
dikenali sebagai jenis S kerb , kerbs type VIII dan “kerb type V”.

2.4.3 Bebendul Jalan Untuk Tempat Meletak Kenderaan.

Bebendul jalan jenis ini direkabentuk khusus untuk tujuan pembahagian laluan
kenderaan di dalam kawasan tempat letak kereta. Dengan terdapatnya bebendul jalan di
kawasan tersebut ia akan lebih tersusun dengan kenderaan diletakkan mengikut lorong
yang telah ditetapkan. Bebendul jalan jenis ini adalah mempunyai saiz yang kecil
daripada bebendul jalan yang lain.

2.5 Kaedah Pemasangan Bebendul Jalan

Didalam negara kita, kaedah pemasangan bebendul jalan pada masa dahulu
dijalankan secara konvensional iaitu menggunakan tenaga buruh. Bahan-bahan yang
digunakan terdiri daripada blok-blok konkrit pra-tuang.
9

Dengan arus perkembangan teknologi yang kian pesat membangun terdapat beberapa
kaedah yang digunakan iaitu :-

i kaedah secara konvensional bebendul pra-tuang.


ii. kaedah menggunakan mesin kerbmaker bebendul tuang di-situ.

2.5.1 Kaedah Konvensional Bebendul Konkrit Pra-tuang.

Pada kebiasaannya kaedah ini adalah cara yang digunakan untuk pemasangan
bebendul jalan konkrit pratuang. Kaedah ini menggunakan tenaga buruh yang ramai
dan separuh mahir. Penggunaannya mengambil masa yang agak lambat kerana blok-
blok konkrit bebendul pratuang perlu dibuat tempahan di kilang terlebih dahulu
kuantitinya. Kaedah ini telah diguna pakai sejak dahulu lagi kerana ia senang
dikendalikan tetapi mengambil masa lama untuk disiapkan. Kaedah ini akan dijelaskan
dengan lebih lanjut pada bab seterusnya.

2.5.2 Kaedah Menggunakan Mesin Kerbmaker Konkrit Tuang Disitu.

Kaedah ini adalah cara yang baru diperkenalkan di dalam negara kita, teknologi
ini dibawa dari negara Australia dan Eropah. Penggunaannya melibatkan pemasangan
bebendul jalan yang dibuat terus di tapak pembinaan. Bancuhan konkrit yang telah
siap akan dituangkan kedalam mesin kerbmaker mengikut acuan yang dikehendaki.
Mesin Kerbmaker mempunyai beberapa model dan kapasiti mengikut saiz
pembuatannya seperti gambar 2.1 hingga 2.3. Penggunaan kaedah ini akan diterangkan
didalam bab selanjutnya.
10

Gambar 2.1 – Model mesin kerbmaker yang digunakan untuk


pemasangan bebendul tuang di-situ

Gambar 2.2 – Model mesin QIC Kerber kerbmaker yang


digunakan untuk pemasangan bebendul tuang
di-situ
11

Gambar 2.3 – Kerja-kerja pemasangan bebendul jalan


menggunakan bancuhan konkrit siap (ready mixer)
12

2.6 Permasalahan Pemasangan Bebendul Jalan.

Melihat kepada jaringan pembinaan jalan-jalan baru yang pesat dijalankan


mengikut perancangan pelan pembangunan di kawasan bandar kesesakan lalulintas
jalan raya menjadi masalah utama kepada pengguna-pengguna jalan raya. Sehubungan
dengan itu untuk mengenalpasti punca-punca kesesakan lalulintas supaya ia dapat
dikurangkan semasa pembinaan jalanraya, permasalahan yang mungkin timbul adalah
seperti berikut :-

i. Rizab bahu jalan yang sempit.


ii. Jangkamasa kesiapan pembinaan bebendul jalan.
iii. Sikap pengguna jalan raya.
iv. Terlalu banyak perabut jalan.
v. Lain – lain masalah.

2.6.1 Rizab Bahu Jalan Yang Sempit.

Ruang rizab bahu jalan sempit dan terhad juga menyumbang kepada
permasalahan ini kerana penggunaan ruang kerja bagi meletakkan blok-blok konkrit
bebendul dan peralatan kerja pembinaan akan menyebabkan gangguan kesesakan
lalulintas jalan raya. Dengan ketiadaan ruang kerja untuk penyimpanan peralatan dan
bahan-bahan pembinaan seperti bebendul konkrit dan lain-lain peralatan maka ia
terpaksa diletak pada kedudukan yang agak jauh daripada tapak pembinaan. Secara tak
langsung ia melambatkan masa kesiapan pembinaan jalan raya kerana faktor
pengangkutan bahan-bahan tersebut ke tapak pembinaan.
13

2.6.2 Jangkamasa Kesiapan Pemasangan Bebendul Jalan

Kaedah yang dipraktik sekarang adalah menggunakan cara konvensional, yang


mana tenaga buruh digunakan untuk kerja-kerja pemasangan bebendul jalan. Kaedah
ini mengambil masa yang agak lama untuk disiapkan kerana blok–blok konkrit yang
berat terpaksa diangkat menggunakan jentera dan tenaga buruh yang ramai. Masalah
ketiadaan stok dan tempahan blok konkrit pra-tuang yang lambat juga menyumbang
kepada kesesakan lalulintas. Faktor jangkamasa merupakan satu perkara penting
kepada mana-mana agensi atau pihak kontraktor supaya jalan raya tersebut dapat
disiapkan dengan secepat mungkin untuk mengelakkan kesesakan lalulintas.

2.6.3 Sikap Pengguna Jalanraya .

Apabila berlaku kesesakan lalulintas sering kali kita lihat pengguna atau
pemandu akan cuba memotong barisan tanpa memperdulikan samada terdapat kerja-
kerja pembinaan jalan sedang dijalankan ataupun tidak. Sikap tidak sabar ini
mungkin menyebabkan kemalangan dan ini akan menyebabkan kesesakan lalulintas
yang teruk dan secara tak langsung menyebabkan kelewatan pembinaan jalan tersebut.

2.6.4 Terlalu Banyak Perabot Jalan.

Penggunaan terlalu banyak perabot jalan seperti tiang-tiang lampu, pondok bas
dan papan iklan juga akan menyukarkan kerja-kerja pembinaan jalan kerana ia
melibatkan kerja-kerja pengalihan dan pembaikkan semula. Ini juga menyebabkan
berlakunya kesesakan lalulintas.
14

2.6.5 Masalah-Masalah Lain.

Permasalahan lain yang juga menjadi punca adalah faktor jalan raya di pusat
bandar yang mempunyai kelebaran jalan terhad iaitu 20 meter lebar kerana faktor
perancangan terdahulu yang tidak sekata. Keadaan ini akan mengakibat pembesaran
jalan dan saiz rizab laluan pejalan kaki akan dikecilkan. Oleh itu penggunaan jenis
bebendul jalan yang sesuai akan dipasang untuk mengelakkan kenderaan diletakkan
diatas laluan pejalan kaki yang mengakibatkan kesesakan lalulintas.
15

You might also like