You are on page 1of 11

CIVIL ENGINEERING DEPARTMENT

POLITEKNIK SULTAN HAJI AHMAD SHAH

JUN 2020

ASSIGNMENT NO QUIZ/TEST NO LABORATORY REPORT NO 1

CODE & MODULE DCG 6212 & UTILITY MAPPING

TITLE REPORT BUTIRAN & UTILITY

GROUP KUMPULAN 1

CLASS SECTION DGU 5D

LECTURER EN. WAN MOHD NOOR SHAHRIL

DATE 19/1/2021

Bi NAME & MATRIX NO Data Field Work Attitude Team Report Total
l (10marks) (10marks) (5marks) Work (5marks) (35marks)
(5marks)
1 NOOR SYAZANA BINTI
MOHD RIZHUAN
02DGU18F1016
2. FARAH NADIRA BINTI
SALMAN
02DGU18F1064
3. NURUL ATIQA BINTI
JAMIAN
02DGU18F1056
4. FARAH ADIBA BINTI MOHD
ROFFUL
02DGU18F1028
5. PUTRI SHAKILA NATASHA
BINTI AZLAN
02DGU18F1020

ISI KANDUNGAN
BIL. PERKARA M/S
1. PENGENALAN 1
2. OBJEKTIF 2
3. PERALATAN 3-4
4. PROSEDUR 5-7
5. DATA 8
6. KESIMPULAN 9
PENGENALAN

Pelan butiran ialah pelan yang dihasilkan oleh juruukur tanah bagi hasil kerja-kerja butiran
yang telah dilaksanakan. Pelan ini merupakan dokumen saintifik bagi menggambarkan data
atau maklumat yang terdapat di atas permukaan bumi yang telah direkodkan atau diukur
semasa menggunakan alat total station sama ada semula jadi atau buatan kemudian
dipersembahkan secara lukisan grafik berskala menerusi media cetak (kertas) atau elektronik
(digital) mengikut keperluan pengguna. Kerja ukur yang dijalankan untuk mendapatkan
kedudukan (koordinat) dan aras laras titik butiran bagi menghasilkan satu pelan topografi
kawasan kerja.

PENGENALAN UTILITY

Tinjauan utiliti bawah tanah (utility mapping) adalah jenis tinjauan yang digunakan untuk
menentukan jenis dan lokasi infrastruktur utiliti bawah permukaan untuk membuat peta
komprehensif untuk pelanggan. Melakukannya sangat penting untuk memastikan batasan
projek sejak awal. Pemetaan menggunakan data yang dikumpulkan dari tinjauan utiliti bawah
tanah akan mengurangkan masa perancangan projek, dan juga meminimumkan risiko
penyesuaian mahal terhadap reka bentuk atau kesilapan lebih jauh. Kontraktor yang
menggunakan peta tinjauan utiliti yang teliti, terperinci, dan tepat dapat bekerja dengan yakin
sebelum dan semasa penggalian, serta memberikan perlindungan yang tepat untuk pekerja
mereka seperti yang berlaku dalam peraturan kesihatan dan keselamatan.

Terdapat dua jenis kaedah tinjauan utiliti bawah tanah utama - RFL dan GPR. Sebilangan
besar tinjauan seperti ini memerlukan gabungan kedua-duanya untuk memastikan peta yang
dihasilkan adalah tepat dan komprehensif.
OBJEKTIF

1. Perolehan data-data spatial bumi untuk kegunaan rekabentuk kerja-kerja kejuruteraan


awam.

2. “Setting out” struktur binaan kejuruteraan awam kepada parameter-parameter yang


ditetapkan.

3. Menghasilkan pelan lengkap bagi tujuan kerja-kerja kejuruteraan.

OBJEKTIF UTILIY

a) Untuk mencari dan mengenal pasti semua perkhidmatan bawah tanah yang berada di
lapangan kerja.
b) Untuk menentukan jenis dan lokasi infrastruktur utiliti bawah permukaan untuk
membuat peta komprehensif untuk pelanggan.
c) Umtuk menggunakan data yang dikumpulkan dari tinjauan utiliti bawah tanah akan
mengurangkan masa perancangan projek.
d) Untuk meminimumkan risiko penyesuaian mahal terhadap reka bentuk atau kesilapan
lebih jauh.
PERALATAN

BIL. PERKARA ALAT


1. Total Station

2. Prism

3. Tripod

4. Hammer

5. Paku
6. Pole

7. Pita pengukur

PERALATAN UTILITY

Bil. Alat
 Rd7100 (transmitter)

 Rd7100 (receiver)

 Clamping Ring

 Battery
PROSEDUR BUTIRAN

1. Dirisiap alat Total Station di stesen 2 dan prism di stesen 1 dan stesen 3.

2. Klik ‘Job Selection’ untuk create Job baru dan letak nama kumpulan. Setelah diri siap alat,
tekan butang ‘topo’ dan tekan ‘occupy’.

3. Ambil bacaan tinggi prism di stesen 1 dan di stesen 3 dan tinggi pole.

4. Tembak alat Total Station ke stesen 1 untuk “backsight” dan stesen 3 untuk “foresight”.

5. Klik “distance” dan masukkan tinggi pole.

6. Seterusnya ambil butiran bagi kawasan tersebut dengan menggunakan pole.

7. Setelah mengambil butiran, pindahkan alat Total Station ke stesen 3 dan prism di stesen 2
dan stesen 4.

8. Ambil bacaan “backsight” di stesen 2 dan “foresight” di stesen 4. Ambil bacaan tinggi
bagi setiap prism dan ambil butiran bagi kawasan tersebut dengan masukkan ‘kod’ bagi setiap
butiran.

9. Pindahkan Total Station di stesen 4 manakala prism ke stesen 3 dan stesen 5. Ambil tinggi
alat dan tinggi prism. Seterusnya ambil bacaan “backsight” di stesen 3 dan “foresight” di
stesen 5.

10. Seterusnya, pindahkan alat Total Station ke stesen 5 dan dirisiap prism di stesen 4 dan
point 1.

11. Point 1 diwujudkan bagi memudahkan lagi kerja kerana terdapat halangan antara stesen 5
untuk ke stesen 3.

12. Ambil bacaan “backsight” di stesen 4 dan “foresight” di point 1. Kemudian ambil
butiran di kawasan tersebut.

13. Dirisiap alat Total Station di point 1 manakala prism di stesen 5 dan stesen 3. Ambil
bacaan “backsight” pada stesen 5 dan “foresight” pada stesen 3.

14. Pindahkan alat Total Station ke stesen 3 manakala prism pada poInt 1 dan pada point
GPS.
15. Ambil bacaan “backsight” pada point 1 dan “foresight” pada point GPS untuk dapatkan
nilai bagi aras laras.

16. Setelah selesai melakukan pengukuran di lapangan, masukkan data yang terdapat dalam
total station ke dalam pendrive untuk melakukan proses data di dalam CDS.

17. Akhir sekali, exportkan data yang telah diproses ke dalam autocad untuk plotkan data dan
menyiapkan pelan.

PROSEDUR UTILITY

Kumpulan kami memulakan kerja utility bermula dengan P1 sehingga P6 untuk mengesan
paip bawah tanah atau ‘water’ jadi kaedah Induction digunakan :

Prosedur Induction

1. Alat RD7100 digunakan dalam kaedah ini.


2. Menghidupkan alat transmitter dan receiver serentak untuk mengesan arus elektrik di
sepanjang laluan cable bawahb tanah.
3. Alat receiver dan transmitter hendaklah diletakkan selari antara satu sama lain pada
jarak yang ditetapkan.
4. Jarak antara receiver dengan transmitter 10-15 meter.
5. Alat transmitter dan receiver perlulah bergerak selari mengikut cable bawah tanah
untuk mengesan gelombang arus elektrik.
6. Memerlukan gelombang arus elektrik untuk mengesan paip dan cable sekiranya tidak
mempunyai arus,paip dan cable tidak dapat dikesan.
7. PCL hanya akan mengesan cable dan paip besi sahaja dan tidak dapat mengesan paip
atau cable PVC dan sebagainya.
8. Mempuyai 2 mode untuk dikesan iaitu “powermode” dan “radiomode”.

Kemudian kami mencari utility di tepi bangunan ME hanya terdapat arus ‘power’
disepanjang laluan ini jadi kami menggunakan kaedah Clamping:

Prosedur Clamping

1. Alat clamping disambungkan ke transmitter menggunakan cable.


2. Kemudian, alat clamping tersebut di’clamp’ pada paip atau cable.
3. Gelombang elektrik dapat dikesan dari transmitter melalui clamping diatas garisan
cerapan.
4. Receiver perlulah ditetapkan frekuensinya sama dengan transmitter seperti kaedah
“direct connection”.
5. Cable atau paip bawah dapat dikesan di atas garisan cerapan dan dapat ditanda.
DATA
KESIMPULAN

Kesimpulannya, kerja pengukuran ini telah dilakukan dengan jayanya. Objektif kerja ini juga
telah dicapai seperti yang dikehendaki. Data dan maklumat mengenai kedudukan utility
sangat perlu dan bukan sahaja untuk tujuan penyelenggaraan. Kemudahan awam adalah
untuk mencegah dari berlakunya gangguan dan bencana semasa kerja-kerja pengorekan.
Kerja pengukuran ini adalah asas pengukuran untuk merekodkan butiran semasa pengukuran
dijalankan. Maklumat yang diambil sebagai maklumat gambaran yang ada di permukaan
bumi. Setiap butiran yang diambil akan dipaparkan di dalam pelan. Hal ini adalah untuk
memudahkan juruukur atau pembaca peta untuk membaca atau merujuk peta. Antara butiran
yang direkodkan seperti longkang, bangunan, jalan dan sebagainya.

KESIMPULAN UTILITY

Kesimpulannya ialah untuk mendapatkan maklumat yang tepat mengenai pengukuran utility,
kita mestilah mengukur menggunakan alat yang sesuai. Jika kurang pengetahuan tentang
pengukuran utility boleh mengakibatkan kematian atau kerosakan utility bawah tanah yang
ada dan gangguan perkhidmatan utility. Pemetaan utility bawah tanah menggabungkan
penggunaan teknologi pengesanan dan penentududukan memerlukan jurukur tanah
memperoleh pengalaman dan teknik yang baru.

You might also like