You are on page 1of 3

Falsafah pendidikan timur turut menyumbang terhadap perkembangan sistem

pendidikan di Malaysia. Buktikan 3 implikasi Falsafah pendidikan timur terhadap

sistem pendidikan di Malaysia

Falsafah pendidikan digubal bertujuan untuk melahirkan insan yang memberi

sumbangan kepada kemakmuran negara. Istilah Falsafah berasal daripada dua

perkataan Yunani iaitu philos dan sophia. Philo bermaksud mencintai manakala

sophia pula bermaksud kebijaksanaan. Kesimpulannya, falsafah diertikan sebagai

perihal mencintai kebijaksanaan (Mok Soon Sang, 2010). Tujuan falsafah ialah mencari

dan membuktikan kebenaran dan memberi arah tujuan atau pedoman untuk perkara-

perkara yang penting dalam kiehidupan.

Falsafah pendidikan di Malaysia boleh dihayati daripada Falsafah Pendidikan

Kebangsaan yang telah diumumkan secara rasmi pada tahun 1988. Falsafah

Pendidikan Kebangsaan yang dinyatakan berikut akan menentukan arah haluan, asas

dan sumber inspirasi kepada semua usaha dan rancangan dalam bidang pendidikan.

Matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan adalah suatu usaha berterusan ke arah

memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk

mewujudkan insan yang harmonis dan seimbang dari segi intelektual, rohani, emosi dan

jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi

melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia,

bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi

sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.

Falsafah Pendidikan Timur digubal berkonsepkan pencapaian, kebijaksaan,

mengekalkan struktur kekeluargaan, menggubal undang-undang dan juga memenuhi


kehendak-kehendak social dan ekonomi. Tambahan pula, ia juga mempunyai beberapa

prinsip yang menekankan unsur kerohanian. Falsafah Pendidikan timur boleh

digabungkan kepada 3 aliran iaitu konfusianisme, Taoisme dan Hinduisme, Buddhaisme,

Nasionalisme dan Internasionalisme. Terdapat dua Ahli Falsafah yang terkenal iaitu

Kung Fu Tze yang terkenal dengan Confucius (551-479 SM) dan Rabindranath Tagore

(1861- 1941).

Konsep dan matlamat kedua-dua Ahli Falsafah adalah lebih kurang sama iaitu

pendidikan untuk semua tanpa mengambil kira status sosio-ekonomi atau kedudukan

maklumat pendidikan serta menghasilkan individu yang berkebolehan menyara hidup

masing-masing dan bermoral tinggi. Falsafah pendidikan timur ini juga turut

menyumbang terhadap perkembangan sistem pendidikan di Malaysia dari segi

kebudayaan dan pengetahuan, Kurikulum dan pendidik ataupun tenaga pengajar.

kebudayaan dan pengetahuan

Mengikut Seksyen 18 di bawah Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) iaitu suatu Akta untuk

mengadakan peruntukan bagi pendidikan dan pendidikan harus diberikan kepada

semua orang walaupun mereka kurang berupaya. Dengan ini jelas Pendidikan di

Malaysia sememangnya menerapkan fakta-fakta dari Falsafah Pendidikan Timur bagi

mewujudkan satu sistem pendidikan yang mantap dan berterusan. Pendidikan di

Malaysia mementingkan aspek-aspek JERI dimana tatatertib, perlakuan dan pendidikan

moral amat dititikberatkan bagi mewujudkan sebuah masyarakat yang berpengetahuan

tinggi disamping mempunyai perwatakan yang sopan. Pelan Pembangunan Pendidikan

Malaysia (PPPM) 2013-2025 menyarankan KSSR yang telah dilaksanakan pada tahun

2011 disemak semula dengan memberi penekanan kepada penguasaan kemahiran


abad ke-21 seperti pemikiran kritis, kreatif, inovatif, penyelesaian masalah dan

kepimpinan untuk membolehkan murid bersaing di peringkat global. PPPM 2013-2025

turut mencadangkan KSSR (Semakan 2017) menggunakan peruntukan waktu jam

setahun untuk pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran (PdP).

Kurikulum

Perubahan- perubahan pelajaran yang mengutamakan nilai-nilai murni dan penubuhan

sukatan pelajaran yang berorientasi. Matapelajaran yang memfokuskan pendidikan

moral, politik, ekonomi, kebudayaan, muzik, kesusasteraan dan sejarah. Sukatan

pelajaran sentiasa diubah supaya bersesuaian dengan peredaran zaman yang berlaku

secara pesat.

Pendidik ataupun tenaga pengajar

Dalam Falsafah Pendidikan Confucius, guru bergerak sebagai fasilitator dan

menyampaikan ilmu dengan kemahiran yang mereka perolehi. Guru akan sentiasa

komited terhadap tanggungjawab serta mesti mengenali dan memahami setiap

muridnya supaya potensi para murid dapat digilap dan dimanfaatkan sepenuhnya. Selari

dengan pendidikan di Malaysia juga dimana guru bertindak sebagai mentor di dalam

kelas dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah. Guru mestilah membimbing murid

dan menganalisis kebolehan murid.

Kesimpulannya, pendidikan di Malaysia sememangnya merupakan suatu pendidikan

yang berkesan dalam melahirkan banyak insan yang Berjaya. Walaupun,

kebanyakannya berpandukan daripada Falsafah Timur. Implikasi daripada falsafah

tersebut masih kekal dalam sistem pendidikan di Malaysia.

You might also like