You are on page 1of 17

EDU 3013 MURID DAN ALAM BELAJAR

Kepentingan teori-teori pembelajaran behaviorisme,kognitif,sosial,humanis dan konstruktivisme dalam membantu guru mempertingkatkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran. Teori pembelajaran merujuk kepada penjelasan tentang proses, prinsip dan hukum pembelajaran yang di hasilkan melalui kajian saintifik. Teori pembelajaran amat penting kerana untuk menjelaskan bagaimana pembelajaran berlaku dan merupakan asas kepada pembentukan strategi pembelajaran. Teori-teori pembelajaran terbahagi kepada: I. II. III. IV. V. Behaviorisma Kognitif Sosiallis Humanis Konstraktivisma

Teori behaviorisma Pembelajaran adalah perubahan tingkah laku yang dapat diperhatikan sebagai hasil daripada pengalaman manusia. Tumpuan teori ini ialah kepada bagaimana perlakuan baru diperolehi, bukannya kepada bagaimana pengetahuan baru di pelajari. Pelopor teori I. II. III. IV. V. Ivan Pavlov,(1849-1936) E.L Thorndike( 1874-1949) J.B Watson(1878-1958) E.R Guthrie(1886-1959) John B. Watson.

EDU 3013 MURID DAN ALAM BELAJAR

Ivan Pavlov Ahli psikologi berbangsa Russia ini menemui salah satu pembelajaran telah menemui salah satu jenis pembelajaran major, iaitu perlaziman klasik secara tidak sengaja semasa menjalani eksperimen terhadap penghadaman pada awal tahun 90-an. Sejak itu, beliau terus berusaha untuk menemui prinsip-prinsip teras perlaziman klasik sepanjang hayat beliau.

John B Watson Ahli psikologi bangsa Amerika John B. Watson percaya bahawa ahli-ahli psikologi perlu mengkaji tingkahlaku overt daripada membuat spekulasi tentang pemikiran dan perasaan seseorang. Pendekatan Watson, yang digelarnya behavorisme pada tahun 1910-an, mendominasi bidang psikologi separuh pertama abad ke-20.

EDU 3013 MURID DAN ALAM BELAJAR

B. F. Skinner

Ahli psikologi berbangsa Amerika ini menjadi terkenal kerana kajian rintis beliau terhadap pembelajaran dan tingkah laku. Dalam 60 tahun kerjayanya, Skinner telah menemui prinsip-prinsip penting pelaziman operan, sejenis pembelajaran yang melibatkan peneguhan dan hukuman. Sebagai behavioris tulen, Skinner percaya bahaawa pelaziman operan boleh menjelaskan tingkah laku manusia yang lebih kompleks.

Edward L. Thorndike

Pada akhir abad ke-19, ahli psikologi berbangsa Amerika, Edward L. Thorndike melakukan beberapa eksperimen terhadap pembelajaran haiwan. Thorndike membentuk Hukum Kesan, yang menyatakan bahawa tingkahlaku yang diikuti dengan akibat yang menyenangkan lebih berkemungkinan diulangi pada masa depan. Jenis Pembelajaran mengikut behaviorisma

CONTIGUITY PELAZIMAN KLASIK PELAZIMAN OPERAN

EDU 3013 MURID DAN ALAM BELAJAR


CONTIGUITY: Perubahan tingkah laku yang terhasil melalui hubungan rangsangan gerak balas yang mudah. Pembelajaran ini berlaku apabila pasangan dan gerak-balas itu diulang-ulang melalui aktiviti latih tubi. PELAZIMAN KLASIK: Pembelajaran merupakan tindak balas manusia secara psikologi dan emosi tehadap persekitarannya. Tindak balas dibentuk melalui proses pelaziman suatu rangsangan tidak terlazim dengan tindak balas tak terlazim menjadi rangsangan dan tindak balas terlazim. Teori ini juga digunakan untuk menjelaskan pembelajaran emosi (Watson). PELAZIMAN OPERAN: Mengikut Thorndike pembelajaran berlaku melalui proses cuba jaya dalam membuat perkaitan antara rangsangan dan tindak balas Menjelaskan pembelajaran sebagai perubahan tingkah laku yang terhasil daripada kesan tingkah laku. Memperkenalkan tiga hukum pembelajaran: i. Hukum kesediaan: Pelajar perlu mempunyai persiapan dalam dirinya untuk membolehkan pembelajaran berlaku dengan berkesan. ii. Hukum latihan: Ikatan rangsangan gerak berulang-ulang. iii. Hukum kesan: Kesan yang memuaskan menjadi motivasi untuk pelajar meneruskan tingkah laku yang dikehendaki dan mengukuhkannya. balas menjadi kukuh melalui latihan yang

EDU 3013 MURID DAN ALAM BELAJAR

PELAZIMAN OPERAN: Mengikut Skinner, pembelajaran berlaku secara pelaziman operan melalui penggunaan peneguhan.
Sesuatu perlakuan atau kemahiran yang hendak dipelajari perlu dibentuk

secara berperingkat-peringkat menggunakan unsur peneguhan. IMPLIKASI TEORI KE ATAS AMALAN PEDAGOGI Pedagogi yang biasa diamalkan ialah kaedah pemusatan guru dan pelajar menerima maklumat secara pasif. Hasil pembelajaran yang dikehendaki mesti dinyatakan secara eksplisit. Pelajar perlu mempunyai kesediaan pembelajaran. Bagi memantapkan maklumat yang diterima pelajar perlu diberi latihan yang berulang dan menyediakan kesan pengalaman pembelajaran yang menyenangkan. Peneguhan (reinforcemen) sama ada bersifat positif atau negatif digunakan bagi mengekalkan tingkah laku yang diingini atau menghapuskan tingkah laku yang tidak diperlukan. Pilih penggunaan peneguhan yang sesuai untuk mencapai hasrat yang dijangkakan. Pelajar perlu digalakkan membuat perbandingan bagi membolehkan pelajar membuat generalisasi dan diskriminasi. Perlunya guru memberikan maklum balas yang jelas dan informatif mengenai hasil kerja pelajar. Guru perlu membentuk tingkah laku pelajar yang dikehendaki. Guru perlu memberi cues kepada tingkah laku yang dikehendaki.

EDU 3013 MURID DAN ALAM BELAJAR

TEORI PEMBELAJARAN KOGNITIF Setiap manusia mempunyai kebolehan kognitif iaitu mengelola, menyimpan dan mengeluarkan semula segala pengalamannya. Aktiviti pembelajaran mestilah melibatkan aktiviti pemerolehan dan pengelolaan pengetahuan atau pengalaman yang diperolehi. Pembelajaran adalah perubahan struktur mental seseorang yang membolehkannya menunjukkan perubahan dalam tingkah lakunya. Fokus teori ini mengenai pembelajaran adalah kepada perubahan dalaman proses mental yang digunakan oleh individu untuk memaknakan dunianya. Penjelasan tentang peranan mental dalam proses pembelajaran dibuat secara inferen. TEORI GESTALT(Koffka & Kohler) Gestalt bererti bentuk atau konfigurasi. Terdapat dua prinsip asas teori ini dalam menjelaskan mengenai pembelajaran: Melihat sesuatu secara keseluruhan lebih daripada melihat bahagianbahagiannya. Dalam persepsinya manusia akan mengasingkan figure apa yang kita fokus- daripada latarnya. Mengikut teori Gestalt pembelajaran berlaku secara celik akal (insights). (Insights : The sudden perception of the relationships among elements in a problem situation.) Teori ini menjelaskan kebolehan seseorang mengamati atau memahami sesuatu masalah secara spontan setelah dapat membuat perkaitan unsur-unsur dalam struktur persepsinya. Implikasi Terhadap Pengajaran
Uruskan pembelajaran secara bentuk (patterns), bukan bahagian-bahagian

(parts).
Berikan satu overview kursus dan hubungan antara tajuk-tajuk berkenaan.

EDU 3013 MURID DAN ALAM BELAJAR


Masalah yang mempunyai ciri, unsur dan struktur yang sama diselesaikan dengan kaedah yang sama. Tidak berminat dengan pengajaran secara langkah demi langkah, latih tubi, atau penerangan arbitrari oleh guru. Cara guru membantu pelajar memperolehi celik akal. Melatih pelajar melihat secara keseluruhan sebelum memahami secara terperinci. Menegaskan pembelajaran integratif. Melatih pelajar mengamati sesuatu secara jelas dan objektif. Merangsang pemikiran pelajar dalam proses pembelajaran. Menekankan hipotesis dalam pembelajaran membantu pelajar menyelesaikan masalah mengikut tatacara yang betul. Menjelaskan pembelajaran yang hendak dicapai. TEORI SKEMATA ( John Piaget) Mengikut Piaget, pembelajaran adalah pembinaan skema (struktur kognitif) dalam usaha individu memahami persekitarannya. Skema ditakrifkan sebagai satu struktur komplek pengetahuan yang menjelaskan kefahaman seseorang terhadap sesuatu peristiwa atau perkara. Skema adalah gabungan proposisi, imej dan susunan linear cara berkesan menyusun maklumat untuk membina kefahaman. PENJELASAN DECLARATIVE KNOWLEDGE DALAM INGATAN Propositional networks: Satu set item declarative knowledge yang saling berkaitan. Linear ordering: Susunan item-item declarative knowledge kepada suatu dimensi. Image: Gambaran mental Schemas: Gabungan antara hubungan proposisi, susunan linear dan imej. Piaget menggunakan konsep asimilasi, akomodasi dan keseimbangan dalam menjelaskan perkembangan skema.
7

EDU 3013 MURID DAN ALAM BELAJAR


Asimilasi: Proses menggunakan struktur yang sedia ada untuk menyerapkan

pengalaman atau pembelajaran baru.


Adaptasi dan keseimbangan: Mengubahsuai skema selaras dengan

pengalaman atau pembelajaran baru. Akomodasi: Mengubah skema untuk memenuhi keperluan pembelajaran baru. Implikasi Ke atas Pengajaran Pembelajaran.
Perlunya mengaitkan pengetahuan sedia pelajar dalam pembelajaran baru. Menggunakan pengetahuan sedia pelajar untuk menghasilkan generative

knowledge pengetahuan yang digunakan secara aktif untuk menginterpretasi situasi baru. Menggunakan skemata untuk mengajar kemahiran berfikir aras tinggi. Membina ciri-ciri objek menguasai pemikiran logik,dan memahami konstruk global. TEORI PEMBELAJARAN SOSIAL Merupakan gabungan teori peneguhan behaviorisma dengan psikologi kognitif dalam pembelajaran yang sistematik.Ia menekan kepada pelajar supaya menggunakan pemikiran dalaman dan tidak hanya bergantung kepada pelaziman operan. Antara pelopor teori ini ialah: 1. Albert Bandura Teori ini menyarankan pembelajaran sebagai perolehan dan tingkah laku sebagai pretasiyang diperhatikan. Ia juga menyatakan bahawa teori behavioris kurang lengkap dalam menerangkan tingkah laku manusia. Di dalam teori ini, ia menekankan kepada kepentingan pengalaman orang lain, simbol dan pengawalan diri sendiri dalam proses pembelajaran. Albert Bandura menyatakan bahawa manusia dan haiwan dapat belajar sekiranya manusia itu memerhatikan manusia lain dan haiwan pula memerhati haiwan lain. Pemerhatian model adalah sangat penting dalam pembelajaran. Peneguhan juga harus di serapkan dalam pengajaran kerana

EDU 3013 MURID DAN ALAM BELAJAR


ia boleh mendorong pembelajaran. Teori ini juga menekankan kepada penggunaan pemodelan untuk mencapai tiga kesan iaitu: i. ii.
iii.

Mengajar tingkah laku yang baru Menggalakkan pengukuhan tingkah laku yang lama Mengukuhkan atau melemahkan sesuatu halangan untuk tujuan membantu murid mengatasi masalah takut atau malu.

TEORI KONSTRUKTIVISMA Tujuan utama pembelajaran pelajar adalah untuk menguasai tubuh ilmu bagi sesuatu mata pelajaran. Sistem pemerosesan maklumat manusia adalah satu set idea (struktur kognitif) yang menjadi tunjang kepada pembelajaran maklumat baru. Pembelajaran maklumat baru bergantung kepada sejauh mana ianya berkaitan dengan struktur kognitif ini.
TEORI KONSTRUKTIVISME (Social Constructivism) Teori ini menjelaskan ilmu terbina dalam konteks sosial. Melalui interaksi sosial, pelajar memurnikan ideanya dan membantu membentuk idea orang lain.

Ciri constructivist learning environment.


Menyediakan pembelajaran yang menggambarkan kerena ancaman dunia

sebenar. Menekankan pembinaan pengetahuan.


Menekankan tugasan yang semulajadi dalam konteks yang bermakna.

Menekankan pembelajaran yang berasaskan kes dan bukannya kepada bentuk pengajaran yang telah ditetapkan. Menyediakan pelbagai bentuk realiti. Menggalakkan pemikiran reflektif berdasarkan pengalaman. Menyediakan peluang pembinaan pengetahuan baru berdasarkan konteks dan kandungan pelajaran.
Menyokong pembinaan pengetahuan secara kolabotarif.
CIRI TEORI KONSTRUKTIVISME

EDU 3013 MURID DAN ALAM BELAJAR


Pelajar membina ilmu pengetahuan melalui tindakan aktif dan pemikirannya untuk memberi makna terhadap pengalamannya. Pembelajaran baru bergantung kepada kefahaman semasa. Pembelajaran pelajar terbimbing melalui interaksi sosial. Pembelajaran bermakna terbina melalui task pembelajaran yang semulajadi.
IMPLIKASI TEORI KONSTRUKTIVISM KE ATAS AMALAN PEDAGOGI Pedagogi yang digunakan ialah pemusatan pelajar dengan guru menyediakan peluang-peluang untuk pelajar dapat membina pengetahuan dan membentuk kemahiran, yang mana mereka dapat menghubungkaitkan pengalaman lampau (old knowledge) mereka dengan kegunaan masa depan. Menggunakan pemprosesan atas-bawah, iaitu pelajar bermula dengan masalah atau tugasan yang kompleks dan menemui ilmu pengetahuan dan kemahiran asas yang diperlukan untuk menyelesaikan masalah itu atau untuk menyempurnakan tugasan berkenaan. Pemprosesan Atas-Bawah

Mula dengan tugasan yang kompleks dan kemudian cari kemahiran asas yang diperlukan untuk menyelesaikannya Contoh: Tulis karangan dahulu sebelum belajar ejaan, tata bahasa dan tanda baca. Tradisional (bawah-atas) kemahiran asas secara beransur-ansur diterapkan menjadi kemahiran kompleks. Pembelajaran Koperatif: Berasaskan pendapat bahawa pelajar lebih mudah mempelajari dan memahami konsep yang sukar sekiranya mereka diberi peluang untuk membincangkannya dengan orang lain. Generative Learning Mengajar pelajar strategi-strategi yang spesifik cara-cara memproses secara mental maklumat-maklumat baru. Pembelajaran Discovery: Pelajar sangat digalakkan untuk belajar sendiri dengan melibatkan diri secara aktif dengan prinsip dan konsep. Guru pula menggalakkan pelajar untuk mengalami sendiri dan menjalankan eksperimen yang akan membolehkan mereka menemui prinsip. Pembelajaran Discovery

10

EDU 3013 MURID DAN ALAM BELAJAR


Pembelajaran perlu bersifat fleksible dan eksploratori. Faktor sikap pelajar di ambil kira terhadap pembelajaran. Bruner menyatakan bahawa perlu tingkatkan rasa ingin tahu pelajar dan kurangkan kadar kegagalan, kerelevanan dengan diri pelajar. Galakkan informed guessing melalui jenis soalan bimbingan serta menggunakan pelbagai bahan dan permainan dan akhir sekali berilah kelonggaran kepada pelajar untuk memuaskan rasa ingin tahu mereka walaupun idea yang dicari itu tidak ada kaitan langsung dengan apa yang dipelajari. Guru perlu menggunakan contoh-contoh yang bertentangan dengan isi kandungan untuk menghubungkaitkan tajuk. Implikasiimplikasi yang lain ialah guru yang bertindak sebagai fasalitator haruslah dapat menyediakan aktiviti-aktiviti berasaskan hands-on dan minds-on bagi (mewujudkan pengalaman aktif). Guru perlu berusaha mewujudkan interaksi antara guru-murid dan murid-murid untuk proses negotiation (termasuk refleksi) bagi proses pembinaan dan pengubahsuaian konsep (abstraks). Guru perlu menyediakan aktiviti-aktiviti yang meransang fikiran, sama ada soal-jawab atau proses penyelesaian masalah. Guru juga berperanan sebagai pelajar atau penyelidik supaya guru lebih memahami bagaimana murid membina konsep atau pengetahuan. Penilaian dalam proses Pengajaran & Pembelajaran pula merangkumi cara menyelesaikan masalah dengan munasabah dan pegetahuan. Pendekatan konstruktivis juga menekankan pembelajaran janaan, penyoalan atau strategistrategi inkuiri dan kemahiran metakognitif yang lain. Kaedah Pembelajaran Discovery dan Scaffolding merupakan kaedah pengajaran konstruktivis yang berasaskan teori pembelajaran kognitif. Teori PD Bruner menekankan aspek pembelajaran kendiri secara aktif, perasaan ingin tahu, dan penyelesaian masalah secara kreatif pelajar manakala Scaffolding yang berasaskan pandangan Vygotsky, menyeru guru membantu pelajar pada saat-saat kritikal dalam proses pembelajaran mereka. TEORI HUMANIS Teori Humanis menegaskan kepentingan cara pengajaran dan pembelajaran yang dapat mematuhi kehendak individu mengikut perkembangan emosinya. Carls Rogers dengan saranan pertamanya iaitu terapi tumpuan orang (terapi berpusatkan klien) iaitu peranan guru dalam membantu klien mengenalpasti masalahnya dan bertindak membantu menyelesaikan masalah itu. Teori ini juga menumpukan kepada apa yang
11

EDU 3013 MURID DAN ALAM BELAJAR


berlaku dalam diri seseorang individu seperti perasaan dan emosinya. Teori ini juga menekankan cara pemikiran, pengamatan serta interpretasi seseorang individu tentang sesuatu peristiwa atau kejadian.

Prinsip-prinsip teori Humanis. Teori ini membolehkan pelajar belajar apa yang ingin mereka ketahui. Ia juga menekankan kepada keinginan untuk belajar dan mengetahui cara belajar lebih penting daripada pemorolehan fakta- fakta. Hasil penilian yang dibuat oleh pelajar sendiri akan menjadi lebih bermakna kepada pelajar tersebut. Antara pelopor-pelopor teori ini ialah: BUGENTAL(1967) Beliau menerangkan bahawa pengalaman dan psikologi manusia adalah berlainan dengan haiwan. Kajian utama teori Humanis akur dengan kehidupan manusia yang bermakna. Kajian tingkah laku manusia merangkumi proses dalaman yang subjektif serta tingkah laku yang di tonjolkan. Beliau juga mengatakan bahawa pertimbangan asas adalah perbezaan individu. CARLS ROGERS Mengutamakan Learner-Centered Education. Freedom to learn iaitu pembelajaran bagi memenuhi pengetahuan ingin tahu. Pembelajaran berlaku apabila jika bahan pembelajaran adalah bermaknadan seiring dengan pengalaman murid. Membentuk iklim bilik darjah yang kondusif dan tanpa ancaman. Memastikan keperluan asas murid dipenuhi. Bersifat penyayang dan memupuk nilai kendiri positif di kalangan pelajar. Mengamalkan prinsip kebebasan dan demokrasi. Mengutamakan pembelajaran diri sendiri. Mengamalkan konsep pembelajaran terbuka.

12

EDU 3013 MURID DAN ALAM BELAJAR


Keberkesanan pembelajaran hanya dapat di hasilkan apabila pelajar mengambil inisiatif sendiri dan melibatkan diri sepenuhnya dalam pembelajaran. Membimbing pelajar supaya menilai hasil pembelajaran diri demi mempertingkatkan kemahiran reflektif dan kemahiran kreatifnya. Aktiviti pengajaran dan pembelajaran hendaklah dikaitkan dengan kehidupan nyata demi memupuk kemahiran hidup pelajar.

MASLOW Menerangkan tentang motivasi intrinsik iaitu mendorong manusia mengejar pencapaian cemerlang yang biasanya berlaku secara spontan atau tanpa kawalan. B. Huraikan dengan jelas besertakan dengan contoh contoh yang relevan bagaimana anda mengaplikasikan sekurang-kurangnya tiga daripada teori pembelajaran tersebut dalam pengajaran dan pembelajaran. Sebagai seorang guru sudah manjadi kewajipan menggunakan teori-teori pembelajaran di dalam pengajaran dan pembelajaran saya. Antara lima teori pembelajaran yang dibincangkan, kekerapan tiga teori yang sering saya gunakan adalah:
Teori Behavioris Teori Konstruktivisme Teori Kognitif

Melalui teori behaviorisma dapatlah digunakan oleh para pendidik dalam pengajaran dan pembelajaran. Antara implikasi teori tersebut dalam P&P ialah gerak balas positif (perhatian dan penglibatan murid- murid dalam P&P) dapat dipupuk melalui pelaziman klasik. Selain daripada itu juga, ia perlu berkaitan dengan pengetahuan sedia ada murid- murid untuk memudahkan proses P&P. Contohnya, jika saya ingin mengajarkan perkataan bola kepada murid, saya akan pastikan murid mampu menyebut perkataan tersebut terlebih dahulu apabila ditunjukkan sebiji bola ke arahnya. Kemudian, ditunjukkan kad perkataan bola disertakan dengan sebiji bola
13

EDU 3013 MURID DAN ALAM BELAJAR


untuk mendapat gerak balas murid tersebut. Aktiviti tersebut diulang beberapa kali sehinggalah murid mampu menyebut perkataan buku apabila ditunjukkan kad perkataan kepadanya. Malah, saya akan membimbing murid- murid menggunakan kemahiran generalisasi dengan tepat, dengan memberikan pelbagai contoh yang berkaitan. Selain daripada itu juga, saya perlu memberikan latihan yang cukup untuk mengukuhkan ransangan terlazim dengan gerak balas terlazim. Contohnya, memberikan penyelesaian masalah pengiraan dengan kerap kali. Seterusnya, gunakan peneguhan sekunder untuk mengekalkan gerak balas terlazim yang menunjukkan fenomena proses penghapusan iaitu gunakan ransangan baru bagi memotivasikan murid semasa aktiviti pembelajaran. Sebagai contoh, jika sebelum ini saya hanya memberikan gula- gula, pada hari yang berlainan, saya memberikan pensel sebagai peneguhan. Malah, saya membantu murid memulihkan ingatan dengan memberikan masa rehat yang cukup sehingga segala gangguan pembelajaran yang sedia ada dihilangkan. Selain itu, saya juga sering menggunakan peneguhan dalam bentuk benda ataupun pujian. Di dalam teori pelaziman, aspek peneguhan dititik beratkan agar pemberian peneguhan akan memberi peluang kepada pelajar menikmati ganjaran dalam pembelajaran mereka. Teori Konstruktivisme Teori kedua yang sering saya gunakan dalam pengajaran dan pembelajaran saya adalah teori konstruktivisma. Ini kerana saya mengajar di kelas yang pelbagai kecerdasan. Saya perlu menyediakan pembelajaran yang berlainan supaya setiap pelajar saya dapat mencapai objektif yang disampaikan. Saya juga akan bertindak sebagai pembimbing, pemudah cara dan perancang manakala murid-murid saya akan melaksanakan dengan memainkan peranan utama dalam aktiviti pembelajaran. Faktor yang paling penting adalah pengalaman dan kesediaan pelajar yang akan mempengaruhi proses pembentukan ilmu baru. Teori kognitif Teori yang ketiga yang saya gunakan dalam pengajaran dan pembelajaran saya adalah teori kognitif. Jean Piaget merupakan individu bertanggungjawab yang telah mempelopori teori ini. Menurut beliau, perkembangan kognitif kanak-kanak adalah berbeza dan berubah melalui empat peringkat; peringkat deria motor (0-2 tahun), pra
14

EDU 3013 MURID DAN ALAM BELAJAR


operasi (2-7 tahun), operasi konkrit (7-12 tahun) dan operasi formal (selepas 12 tahun). Teori ini juga menekankan lima konsep asas iaitu skema, adaptasi, keseimbangan, asimilasi dan akomodasi. Teori Kognitif ini memberikan beberapa implikasi dalam proses Pengajaran &Pembelajaran saya. Menurut teori tersebut, isi kandungan hendaklah disusun mengikut perkembangan kognitif kanak-kanak dan yang paling relevan adalah daripada konkrit kepada abstrak, dekat kepada jauh, pengalaman sedia ada kepada pengetahuan baru dan daripada kasar kepada halus. Contohnya, untuk mengajarkan tentang buah-buahan tempatan, saya akan mulakan dengan memberi contoh yang diketahui oleh murid- murid terlebih dahulu. Selain daripada itu, saya akan berperanan sebagai fasilitator dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang bertugas sebagai penyusun maklumat yang hendak disampaikan bagi memudahkan murid mengaitkan pelajaran baru dengan pelajaran lepas. Seterusnya, sebagai guru,saya harus sedar bahawa ada murid yang berada dalam mod pembelajaran yang berbeza dan saya perlu bijak memainkan peranan dalam menguasai proses pengajaran dan pembelajaran. Sebagai contoh, jika terdapat murid yang tidak dapat menumpukan perhatian dalam proses pembelajaran yang berlangsung, saya akan memikirkan cara yang efisyen bagi menarik minat mereka. C. Bincangkan pelbagai masalah yang pernah anda hadapi semasa mengaplikasikan teori-teori pembelajaran tersebut. Kemukakan pelbagai cadangan yang berkesan untuk mengatasi pelbagai masalah tersebut. Ketika saya menjalankan teori-teori ini di dalam pengajaran dan pembelajaran saya,terdapat beberapa masalah yang di hadapi. Antaranya adalah masalah pengetahuan murid yang pelbagai. Apabila saya mengajar di kelas yang pelbagai kecerdasan menjadi masalah apabila murid-murid yang berada di kelas agak ke belakang tidak mempunyai pengalaman sedia ada tersendiri. Saya terpaksa menggunakan pelbagai cara untuk menarik minat mereka supaya rajin menambah pengetahuan mereka sendiri. Saya mencadangkan agar murid-murid yang berada di kelas ke belakang ini di beri peneguhan dalam bentuk benda sebagai peneguhan. Slain daripada peneguhan kata-kata pujian seperti bagus, baik dan sebagainya. Dengan cara ini, murid-murid ini akan lama ke lamaan akan minat untuk menambah pengetahuan sedia ada mereka.
15

EDU 3013 MURID DAN ALAM BELAJAR


Murid-murid yang berada di kelas yang agak keberlakang ini juga sering kurang memberi penumpuan di dalam kelas. Ini merupakan masalah yang berata kerana sekiranya mereka tidak memberi tumpuan yang serius, mereka akan ketinggalan. Cadangan saya supaya mereka ini tidak ketinggalan adalah dengan mengadakan pelbagai alatan bahan bantu mengajar yang menarik seperti video, radio yang mana dapat menarik perhatian murid-murid ini. Ini dapat membantu memudahkan mereka mengingat fakta-fakta dan isi pelajaran yang di sampaikan dan seterusnya menarik minat mereka untuk belajar. Di dalam teori kontruktivisma, guru adalah sebagai fasilitator yang akan bertindak sebagai pemudah cara kepada murid. Walau bagaimanapun, ketika saya melakukan eksperimen, menjadi sedikit masalah kerana murid-murid yang berada di sekolah rendah tidak mempunyai kepandaian dalam menjalankan eksperimen sekiranya guru hanya bertindak sebagai fasilitator. Jadi untuk membantu menjayakan eksperimen yang dijalankan, saya mencadangkan agar guru menjalankan demontrasi terlebih dahulu di hadapan murid-murid agar murid dapat dengan mudah memahami langkah yang patut mereka lakukan. Masalah keempat yang sering saya hadapi dalam melaksanakan teori dalam pengaran saya adalah masalah mod pelajar yang berlainan. Sebagai contoh saya mengajar murid yang berada di kelas pertengahan, murid-murid ini bolehlah digolongkan kepada dua golongan iaitu golongan yang yang minat belajar dan yang kurang berminat belajar. Apabila berlaku sedemikian, objektif pengajaran dan pembelajaran yang saya sampaikan akan gagal memandangkan terdapat beberapa murid yang kurang minat dan memberi perhatian. Sebagai cadangan untuk mengatasi masalah ini, saya sering menyediakan ganjaran dalam bentuk benda seperti gula-gula yang mana akan diberi sekiranya ada terdapat murid yang mampu menjawab soalan yang saya ajukan ketika pengajaran saya. Dengan cara ini secara tidak langsung membuatkan murid-murid yang berada di golongan yang kurang minat tadi memberi perhatian yang secukupnya kerana ingin mendapatkan ganjaran. Lama kelamaan murid-murid ini akan terbiasa dan secara tidak langsung mereka akan memberi tumpuan yang penuh dalam pembelajaran.

16

EDU 3013 MURID DAN ALAM BELAJAR

17

You might also like