You are on page 1of 4

TUGASAN 1

Dalam era globalisasi ini, seorang individu yang bergelar guru akan menghadapi pelbagai
cabaran yang menguji ketahanan mental serta kesabaran dalam bidang pendidikan ini. Antara
cabaran-cabaran semasa yang sering kali dihadapi oleh guru ialah dalam aspek kepelbagaian
budaya dalam kalangan murid. Menurut Ahmad Ali Seman dan Warti Kimi, (2014) mendefinisikan
tentang konsep budaya meliputi pelbagai aspek kehidupan seperti amalan kepercayaan, cara-
cara perlakuan serta kegiatan manusia dalam kelompok etnik tertentu. Di Malaysia, kepelbagaian
budaya dapat dilihat daripada pelbagai kaum di negara kita seperti kaum Melayu, Cina, India,
Iban, Kadazan dan sebagainya yang mempunyai perbezaan budaya masing-masing. Namun,
daripada kepelbagaian budaya di negara kita, masih terdapat timbulnya pelbagai masalah yang
melibatkan perkauman. Daripada konteks kepelbagaian budaya ini, peranan sistem pendidikan
amat penting dalam mendedahkan mengenai nilai dan norma masyarakat yang pelbagai
terhadap murid di sekolah (Ahmad Fawzi, 1987). Hal ini kerana, murid haruslah dididik sejak
mereka di bangku sekolah lagi agar mendapat pengetahuan dan kesedaran dalam diri mereka
(Hazri Jamil & Zulkifli Dahalan, 2011). Bak kata pepatah, melentur buluh, biarlah dari rebungnya.

Pengaruh budaya barat

Melalui isu semasa berkenaan dengan budaya yang berlaku pada zaman yang serba
moden ini ialah terpengaruh dengan budaya barat. Murid pada zaman sekarang lebih mencontohi
budaya barat berbanding budaya yang sedia ada di Malaysia. Budaya barat seperti memakai baju
ketat, berseluar pendek atau skirt sehingga mendedahkan aurat, mewarnakan rambut dan
memakai subang dan ditindihkan di hidung serta di mulut adalah salah satu budaya yang
bertentangan dengan budaya timur di negara Malaysia. Hal ini kerana, apabila murid berterusan
mengikuti budaya barat tersebut maka akan hilanglah budaya tradisi turun temurun mengikut
kaum masing-masing yang terdapat di negara kita. Melalui daripada itu, peranan guru adalah
sangat penting dalam menerapkan amalan nilai-nilai murni dalam kalangan diri murid agar
mereka mendapat kesedaran daripada amalan budaya barat yang diikuti terhadap diri sendiri,
keluarga, masyarakat dan negara (Mohd Ali Iksan, 2010).

1
Pengaruh media massa

Selain itu, isu semasa berkaitan dengan budaya juga ialah melalui pengaruh daripada
media massa. Tidak dapat dinafikan bahawa media massa banyak memberikan pelbagai
perkembangan maklumat daripada dalam mahupun luar negara (Ahmad Fakrudin, Ahmad Ariffin
Sapar, Mohamed Yusoff & Wan Norina Wan Hamat, 2013). Namun media massa juga dapat
memberikan kesan negatif jika media massa tersebut disalahgunakan oleh masyarakat
terutamanya dalam kalangan murid. Punca berlakunya keruntuhan akhlak dalam kalangan murid
ialah melalui video-video rancangan yang telah dipaparkan di media sosial. Hal ini kerana, melalui
daripada paparan-paparan daripada video tersebut dapat mempengaruhi murid untuk
mencontohi aksi ataupun tingkahlaku yang negative seperti yang ditunjukkan dalam paparan
media massa dan seterusnya diamalkan dalam kehidupan mereka. Kadangkala, murid yang ingin
mencuba sesuatu fesyen, gaya, aksi dan sebagainya daripada video tersebut kemudian
menirunya sebenarnya adalah ingin mengejar populariti di kalangan rakan-rakan kerana tidak
ingin dicop sebagai ketinggalan zaman tanpa memikirkan kesan yang berlaku di kemudian hari
(Zaleha Yaacob, 2010).

Melalui media massa juga, banyak video atau drama yang memaparkan cerita ganas yang
berbentukkan kekerasan serta pergaulan bebas yang dipaparkan tanpa had batasan. Daripada
itu, timbulnya penampilan murid serta ikutan budaya yang bertentangan dengan norma
masyarakat serta amalan ajaran agama yang telah ditetapkan di negara kita. Di samping itu,
menyebabkan meningkatnya kecenderungan mereka untuk mencontohinya berdasarkan
daripada video atau drama yang telah dilihat tersebut. Oleh itu, peranan ibu bapa sangat penting
sebagai orang yang paling terdekat dengan anak-anak mereka dengan sentiasa mengambil berat
tentang kehidupan mereka. Begitu juga pihak sekolah terutamanya guru,dalam menjelaskan
tentang keburukkan serta kelebihan media massa dan kesannya apabila murid
menyalahgunaknnya (Baron & Bryne, 1991).

Isu Islamofobia

Menurut Zulkifli Hassan, (2016) mendefinisikan islamofobia sebagai satu rasa


kebimbangan atau takut terhadap orang Islam. Dalam kepelbagaian budaya juga, isu yang sering
kali timbul ialah tentang isu islamofobia terhadap orang yang beragama islam dalam kalangan
murid-murid Islam di sekolah. Di sekolah, segelintir murid yang bukan beragama Islam takut untuk
bergaul dan berkawan dengan murid yang beragama Islam. Pemikiran negatif yang merangkumi
undang-undang, nilai-nilai dan budaya yang dibawa oleh Islam menjadi salah satu punca

2
ketakutan murid yang bukan beragama Islam. Mereka hanya akan berkawan dengan rakan yang
sama bangsa dan agama sahaja tanpa bercampur dengan murid daripada agama dan bangsa
lain terutamanya Islam. Dalam hal ini, mengapa kah hal sebegini berlaku? Oleh hal yang
demikian, peranan semua ibu bapa dan guru adalah sangat penting dalam menerapkan amalan
nilai-nilai murni serta menghormati agama orang lain serta memperbetulkan perspektif negatif
murid tersebut. Guru juga boleh mengurangkan jurang di antara murid bukan Islam dengan murid
Islam melalui pelbagai aktiviti yang menarik serta mecampurkan semua murid yang mempunyai
perbezaan agama dan bangsa. Hal ini kerana, daripada itu, murid dapat mengenali rakan-rakan
mereka yang pelbagai dan dapat menerima rakan mereka di antara satu sama lain.

Isu Prejudis

Prejudis dapat didefinisikan sebagai suatu anggapan yang negatif terhadap kelompok
etnik yang lain yang tersemat dalam hati seseorang ataupun kelompok etnik tertentu. Hal ini
kerana, prejudis tidak dapat diluahkan secara terbuka tetapi dapat dilihat melalui perbuatan atau
layanan yang tidak baik ditunjukkan terhadap etnik tertentu (Shamsul Amri Baharuddin, 2011).
Bukan itu sahaja, kita juga dapat melihat isu prejudis ini tercetus dalam kalangan murid di sekolah
akibat daripada rasa tidak puas hati dan salah faham antara sekelompok etnik dengan etnik yang
lain sehingga berlakunya pergaduhan (Healey, 2009).

Budaya prejudis dalam kalangan murid di sekolah semakin meningkat serta berterusan
dari semasa ke semasa. Dalam hal ini, murid yang mempunyai sikap prejudis ini akan meletakkan
kebencian yang sangat mendalam terhadap seseorang yang berbeza etnik daripada mereka
hanya kerana tidak menyukai rakan daripada etnik yang lain (Simpson & Yinger, 1985). Oleh hal
yang demikian, ibu bapa dan guru haruslah memberi kefahaman yang lebih mendalam terhadap
anak ataupun murid tentang kepelbagaian budaya di negara kita agar mereka dapat memahami
setiap perbezaan dalam pelbagai budaya etnik di negara kita dan dapat menyingkirkan sikap
prejudis murid dalam aktiviti yang dijalankan di sekolah mahupun di mana sahaja murid tersebut
berada.

Kesimpulannya, ibu bapa guru serta masyarakat adalah sangat penting untuk mengetahui
peranan dan tanggungjawab guru terhadap isu-isu yang timbul daripada kepelbagaian budaya ini
dan tidak mendiskriminasikan murid serta mengelompokkan murid mengikut kaum tertentu
sahaja. Pemupukan amalan nilai-nilai murni dalam diri murid juga dititikberatkan agar murid dapat
dibentuk menjadi modal insan yang sempurna dari segi JERIS seperti yang terkandung dalam
Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2010).

3
4

You might also like