You are on page 1of 4

AKTIVITI 8.

8 (Ms 113) Johnson & Morrow (1981) membahagikan amalan disiplin bilik darjah kepada jenis-jenis berikut: A) Disiplin arahan guru B) Disiplin arahan kerja C) Disiplin arahan kumpulan D) Disiplin arahan diri Beri penjelasan mengenai jenis-jenis disiplin di atas. HURAIAN Disiplin bermaksud sebagai peraturan-peraturan yang telah dipersetujui oleh ahli-ahlinya untuk mewujudkan tingkah laku yang sesuai demi menjamin kesempurnaan kehidupan mereka dalam masyarakat itu (Mok Soon Sang, 2003). Manakala menurut Foucault (1977), menyatakan disiplin merupakan satu bentuk pengawasan dan membiasakan amalan yang dikehendaki. Mengikut Laporan Jawantankuasa Kabinet, rakyat yang berdisiplin adalah untuk mewujudkan sebuah masyarakat yang bertatasusila, bersatupadu, demokratik, adil, liberal dan progresif. Antara tujuan diwujudkan disiplin ialah untuk mengembangkan potensi individu dari segi intelek, jasmani, rohani dan sosial supaya menjadi insan yang berilmu pengetahuan serta berakhlak mulia. Selain itu, adalah untuk mengawal tingkah laku pelajar melalui hukuman atau pun ganjaran seterusnya dapat melahirkan pelajar yang mengamalkan tingkah laku mulia, berfikiran rasional serta berkeyakinan. (Ang Jit Eng 2007) menegaskan dua objektif utama kewujudan disiplin di sekolah iaitu memastikan keselamatan staff dan murid dan yang kedua ialah mewujudkan suasana yang kondusif untuk pembelajaran. Disiplin bilik darjah yang baik akan membawa implikasi-implikasi pengajaran pembelajaran seperti berikut:

i) Guru dapat melaksanakan rancangan pengajarannya mengikut masa yang ditetapkan tanpa sebarang gangguan. ii) Objektif pelajaran dapat dicapai. iii) Pengajaran & pembelajaran dapat dijalankan dengan lancer serta sistematik. Mengikut Johnson & Morrow (1981), disiplin bilik darjah boleh dibahagikan kepada empat jenis iaitu disiplin arahan guru, disiplin arahan kerja, disiplin arahan kumpulan dan disiplin A) Disiplin arahan guru Disiplin arahan guru adalah cara dan tugas guru menentukan arahan serta peraturan dan memastikan pelajar mematuhinya. Tindakan akan diambil kepada pelajar yang melanggar peraturan yang telah ditetapkan. Mengawal disiplin murid-murid merupakan tanggungjawab utama guru. Antara jenis disiplin arahan guru adalah seperti guru menentukan peraturan-peraturan, mengawal murid-murid supaya mematuhi disiplin dalam kelas serta menghukum pelajar yang melanggar disiplin. Disiplin arahan guru ini mempunyai kuasa autokratik, iaitu guru mempunyai kuasa yang mutlak ke atas kawalan, arahan, pengurusan dan hukuman berlandaskan peraturanperaturan yang telah ditetapkan. Oleh kerana guru mempunyai kuasa mendenda pelajar yang bermasalah disiplin, jenis disiplin ini juga mempunyai ciri menghukum. Pelajar diwajibkan mematuhi segala peraturan yang ditetapkan. Sekiranya terdapat murid yang melanggar disiplin, dia akan dihukum mengikut peraturan atau cara yang difikirkan sesuai. Jadi guru perlu membuat pertimbangan sebaik mungkin dalam hal berkaitan disiplin supaya ia tidak menjejaskan hubungan antara guru dan pelajar dan menyebabkan pelajar bertindak memberontak. B) Disiplin arahan kerja

Disiplin arahan kerja wujud apabila sesuatu tugasan yang diberikan oleh guru perlu diselesaikan oleh murid dalam tempoh masa yang ditetapkan. Disiplin ini dibentuk berdasarkan kesedaran keperluan dan tanggungjawab serta mempunyai kebaikan kepada pelajar-pelajar yang mematuhi peraturan serta dapat menyiapkan tugasan yang diberikan dalam tempoh masa yang telah ditetapkan. Disiplin arahan kerja ini mempunyai ciri motivasi yang positif di mana ia dapat menggalakan pelajar menyelesaikan tugasan untuk kebaikan dan kepentingan sendiri. Pada dasarnya, disiplin arahan kerja ini dapat diwujudkan apabila tugasan yang diberikan adalah menarik, bermakna, boleh disempurnakan mengikut tempoh masa yang ditetapkan serta sesuai dengan keupayaan murid. C) Disiplin arahan kumpulan Disiplin arahan kumpulan merujuk kepada disiplin yang dihasilkan daripada kawalan rakan-rakan dalam kumpulan yang sedia ada atau kumpulan yang dibentuk untuk menjalankan aktiviti pembelajaran. Pembentukan biasanya berasaskan kepada nilai, kepercayaan dan norma yang sama antara ahli kumpulan. Mana-mana ahli kumpulan yang tidak dapat mematuhi nilai kumpulan akan disngkirkan. Di dalam aktiviti-aktiviti kumpulan, tugas kawalan disiplin murid biasanya diserahkan kepada ketua kumpulan supaya pelajar dapat melaksanakan aktiviti kumpulan secara sistematik dan teratur. D) Disiplin arahan diri Disiplin arahan diri berlaku apabila pelajar dapat mematuhi peraturan sekolah secara sukarela. Sharifah Alwiah Alsagoff (1984) mendefinisikan disiplin arahan diri sebagai keadaan yang membuat murid-murid mematuhi peraturan-peraturan yang sudah ditetapkan tanpa dikenakan denda atau diberi ganjaran. Disiplin ini diwujudkan atas kesedaran bahawa mematuhi peraturan-peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah adalah untuk kebaikan murid-murid. Disiplin arahan diri biasanya boleh diwujudkan secara tidak sedar apabila murid-murid telah mencapai tahap kematangan iaitu boleh

berfikir secara rasional. Selain itu, nilai disiplin ini dapat dibentuk oleh guru melalui latihan dan bimbingan seperti menerangkan kebaikan mematuhi peraturan yang ditetapkan, menerapkan nilai-nilai murni seperti hormat menghormati, adil dan tolenrasi dalam setiap aktiviti sama ada kurikulum ataupun kokurikulum.

You might also like