You are on page 1of 2

1.

Pengenalan

Bagi mewujudkan persekitaran pembelajaran yang kondusif, pengurusan bilik darjah perlu dilaksanakan dengan berkesan. Dalam membina hubungan yang baik dengan murid, guru perlu memahami tingkah laku, personaliti dan tabiat murid-murid di dalam bilik darjah. Guru juga perlu sentiasa mengawasi perjalanan rutin bilik darjah dan mengetahui cara untuk kenal pasti punca utama kepada masalah disiplin yang berlaku di dalam bilik darjah. Pengurusan bilik darjah yang berkesan mempunyai asas pengurusan disiplin yang kukuh. Disiplin merupakan satu set peraturan yang dikenakan kepada murid-murid untuk mengawal dan mendapatkan tingkah laku yang diingini. (Haliza Hamzah & Joy Nesmalar Samuel, 2008). Kini disiplin merupakan salah satu aspek dalam pengajaran. Hal ini demikian kerana, pengajaran mempengaruhi tingkah laku, manakala tingkah laku mempengaruhi pengajaran. Oleh sebab itu, disiplin bilik darjah dianggap sebahagian daripada pengajaran yang meiputi arahan, komunikasi, struktur dan pengurusan bilik darjah juga termasuk hubungan dengan ibu bapa murid ( Charles, 2008). Dalam model pengurusan tingkah laku terdapat tiga perspektif utama yang ditekankan. Perspektif tersebut adalah pengurusan bilik darjah sebagai satu disiplin, pengurusan bilik darjah sebagai satu sistem dan pengurusan bilik darjah sebagi satu pengajaran. Ketiga-tiga perspektif ini adalah saling berkaitan dan amatlah ditekan dalam modelmodel pengurusan disiplin bilik darjah. Menurut ahli-ahli pendidik, terdapat lima model pengurusan disiplin bilik darjah yang boleh dijadikan rujukan kepada guru-guru sekolah. Modelmodel tersebut ialah modifikasi Tingkah Laku, Model Disiplin Asertif Canter, Model Akibat Logikal Dreikurs, Model Pengurusan Kelompok Kounin dan Terapi Realiti Glasser.

2.0

Perbandingan antara dua Model Pengurusan Disiplin

You might also like