You are on page 1of 4

Konsep mengajar sebagai satu profesion berdasarkan definisi daripada seorang

tokoh pendidik

Menurut Kamus Dewan (1970), ‘guru’ bererti pendidik, pengajar dan pengasuh. Jika
dihuraikan dengan lebih mendalam lagi, pendidik bermaksud orang yang memelihara dan
melatih. Pengajar ialah seorang yang menjadi petunjuk kepada orang lain, manakala
pengasuh memberi makna orang yang memelihara, menjaga dan mendidik. Manakala
keguruan ialah sesuatu yang mempunyai perkaitan dengan bidang menuntut ilmu atau
tempat mendapatkan ilmu seperti sekolah, tempat belajar, pengajaran dan pembelajaran
dan sebarang perkara yang mempunyai perkaitan dengan guru.

Dari segi konsep, profesionalisme didefinisikan sebagai kepakaran tinggi dalam


pekerjaan seseorang. Profesionalisme meliputi beberapa nilai kerja seperti keberkesanan,
produktiviti, kecekapan dan bertanggungjawab. Menurut Liberman iaitu seorang tokoh
pendidikan Amerika Syarikat, sesuatu kerjaya yang digolongkan sebagai profesion haruslah
mengandungi cirri-ciri berikut:

 Pekerjaan itu merupakan perkhidmatan yang unik dan penting dengan matlamat
yang jelas untuk masyarakat dan Negara
 Pekerja menggunakan banyak keupayaan dan kebolehan intelek semasa memberi
perkhidmatan
 Orang professional yang pernah mendapat latihan khusu dalam sesuatu bidang
kemahiran ikhtisas mengikut tempoh masa tertentu
 Ahli sesuatu professional adalah pakar dalam bidang pekerjaan tertentu dan
mempunyai kuasa autonomi semasa menjalankan tugasnya
 Mementingkan mutu perkhidmatan serta dedikasi terhadap pekerjaannya dan tidak
mementingkan pendapatan atau ganjaran kewangan semasa member perkhidmatan
 Pekerja terdiri daripada ahli-ahli satu organisasi yang berkuasa menentukan nilaitar-
nilaitara untuk kemasukan, mengawal mutu perkhidmata dan penyingkiran ahli
 Setiap ahli mematuhi sesuatu kod etika yang ditentukan oleh organisasi profesion itu
 Setiap ahli akan bertanggungjawab terhadap semua tindakan dan keputusan yang
dibuat olehnya

Oleh itu, jawatan guru boleh dianggap professional kerana corak perkhidmatan guru
mempunyai ciri-ciri diatas serta beberapa alasan yang lain seperti berdepan dan mengawal
bilangan pelajar yang ramai, melaksanakan cita-cita murni matlamat Negara selaras dengan
falsafah pendidikan serta tanggungjawab yang besar diharapkan oleh seluruh lapisan
masyarakat.

Terdapat beberapa kriteria yang menggolongkan profesion keguruan sebagai


professional, antaranya ialah:

i. Keperluan bagi satu bentuk latihan perguruan yang setara dan mutu latihan
ditentukan oleh satu badan penilai yang berautoriti dan berpengalaman dalam
profesion. Sesuatu profesion itu memerlukan latihan kepakaran bagi sesuatu
bidang. Sebagai seorang guru yang dipandang tinggi oleh masyarakat, mereka
perlulah memperlengkapkan ilmu, kemahiran serta sahsiah mulia dan seterusnya
berupaya menjadi role model atau contoh teladan kepada semua anak didiknya
(Ea Ah Meng 2003). Dalam konteks perguruan di Malaysia, seseorang itu
perlulah menjalani latihan ikhtisas perguruan dalam tempoh masa yang
ditetapkan sebelum keluar menjadi seorang guru (Noriati Abdullah, 20080.

ii. Guru yang terlatih mampu menjalankan tanggungjawabnya sebagai pendidik


yang cekap dan menggunakan sumber yang ada sebaik mungkin. Profesion ini
berfungsi untuk memenuhi matlamat yang digariskan oleh kerajaan dan
memenuhi kehendak manusia. Menurut Syed Ismail 2013, matlamat guru bukan
sahaja setakat mengajar atau memberikan ilmu pengetahuan, tetapi juga
mendidik iaitu membentuk sikap, nilai dan jugak akhlak manusia.

iii. Latihan perguruan memerlukan suatu kurikulum latihan berstruktur yang digubal
secara kolektif oleh pakar dalam pendidikan guru. Menurut Zulkifli A Manaf
(1999), sesetengah kandunagn program pendidikan guru dan kurikulum
hendaklah berubah seiring dengan keadaan semasa. Ibrahim Saad (1992) pula
menyatakan bahawa guru harus dilatih mengikut jangkaan masyarakat dan
dilatih untuk mengajar dalam satu bentuk masyarakat yang belum wujud yang
dijangkakan akan wujud dan harus selaras dengan perubahan-perubahan yang
dijangkakan itu.

iv. Guru perlu mempunyai pengetahuan atau kemahiran yang diperolehi melalui
pembelajaran teori dan amali dalam sesuatu tempoh yang panjang. Semasa
dalam tempoh latihan perguruan, bakal guru telah didedahkan dengan teori
perguruan seperti falsafah pendidikan, teori pembelajaran, psikologi pendidikan,
sosiologi pendidikan, pedagogi, teknologi pendidikan dan pengajian dalam
kursus-kursus asas atau kaedah. Perkhidmatan guru atau pensyarah diasaskan
oleh satu kod etika yang menggariskan tatasusila dan tingkah laku guru dalam
perkhidmatan dengan bermatlamatkan aspirasi dan kehendak negara. Guru yang
profesional bekerja di dalam bidang pendidikan di dorong oleh misi dan visi
dalam membantu murid belajar dan berkembang (Robiah 1999). Guru bergerak
bersama warga sekolah dan komuniti bagi merealisasikan misi tersebut dengan
tekun dan gigih seperti yang digariskan dalam Kod Etika Keguruan. Antara misi
yang ingin dicapai ialah semua murid berpotensi lulus dalam peperiksaan, target
pencapaian 100%, peningkatan prestasi peperiksaan setiap tahun, kekuatan
kerja berpasukan, kehebatan karisma dan sebagainya. Ini mencetuskan situasi
mencabar dalam kalangan warga guru yang gigih, tabah, berusaha kuat,
dedikasi, sanggup berkorban masa, wang dan tenaga demi kejayaan sekolah.

v. Guru merupakan ahli profesional mempunyai badan atau persatuan yang


mengawal tindak tanduk ahlinya. Di malaysia, guru dilantik oleh suruhanjaya
bebas iaitu Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran yang bertindak mengawal
kemasukan dalam profesion keguruan. Manakala pengiktirafan profesion ini
dilakukan oleh Bahagian Guru di Kementerian Pendidikan.

vi. Guru mempunyai autoriti terhadap pelajar-pelajarnya, kandungan pembelajaran,


kaedah pengajaran dan penilaian yang digunakan, mempunyai autonomi dalam
menentukan cara dan gaya mengubahsuai kurikulum sekolah dan dalam
menjalankan aktiviti sekolah sengguhpun ada garis panduan yang dikemukakan
oleh pihak atasan.

vii. Bidang keguruan dianggap sebagai satu profesion yang tetap tanpa
mengutamakan gaji. Guru-guru bertanggungjawab sebagai ejen perubahan
generasi akan datang dalam segala aspek kehidupan yang berfaedah kepada
diri, keluarga dan negara.

You might also like