You are on page 1of 4

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA

KAMPUS TUANKU BAINUN


14000 BUKIT MERTAJAM, PULAU PINANG

JURNAL REFLEKTIF MINGGUAN


MINGGU 7

DISEDIAKAN OLEH:
PATRICK NARI ANAK BLANSAI

Banyak perkara yang telah berlaku dalam minggu ini. Pada minggu ini, murid didikan
saya telah menunjukkan perubahan sikap yang positif dari minggu lepas yang mana, mereka
telah mendengar arahan daripada saya walaupun tidak semua mereka bertindak positif,
setidak-tidaknya saya berjaya mengawal kelas dengan baik dan mereka memberikan respon
yang diinginkan oleh saya semasa pengajaran di dalam kelas.
Pada minggu ini, sekolah telah menghantar pasukan lelaki dan perempuan bagi
mewakili sekolah dalam pertandingan bola tampar peringkat zon di SK Sri Penanti. Dalam
minggu ini juga, saya dan rakan yang menjalani praktikum Fasa 3 telah dipanggil ke IPG
Kampus Tuanku Bainun bagi menghadiri satu program, iaitu Refleksi Pertengahan Praktikum
yang diadakan pada hari Rabu (2 Mac 2016) di Dewan Kirkby. Di situ banyak input baharu yang

diberikan kepada saya dan rakan saya untuk memperbaiki penulisan RPH dan juga proses
melengkapkan portfolio praktikum. Pada masa yang sama, kami telah diberikan ceramah yang
sangat menarik dan berguna kepada saya dan rakan saya yang lain tentang pengalamapengalaman untuk menjadi pendidik yang baik pada masa depan. Ceramah tersebut
disampaikan oleh kaunselor IPG Kampus Tuanku Bainun, yang lebih senang untuk dikenali
sebagai Cigu Naufal.
Pada minggu ini, saya telah diselia oleh pensyarah pembimbing pada hari Isnin bagi
mata pelajaran major, Sains untuk kelas 4 Bestari. Ini merupakan pengajaran bersama saya
bersama dengan pasangan berpraktikum, Mohd. Mazlan bin Barawi. Saya telah melakukan
yang terbaik berdasarkan rancangan yang telah ditulis dengan baik dalam buku RPH.
Saya sedar akan kelebihan saya semasa saya mengajar. Antara kelebihan yang saya
ada ialah, saya boleh mengeluarkan atau menghasilkan suara yang jelas dan lantang semasa
mengajar di dalam kelas. Saya boleh mengawal kelas dengan baik memandangkan saya boleh
mengeluarkan suara yang jelas dan lantang semasa memberikan arahan untuk membuat
aktiviti di sekolah. Saya bersifat fleksibel dan suka mengikut suasana semasa. Contohnya, jika
murid mengeluarkan sesuatu idea, saya akan meraikan idea murid tersebut dan akan
menyelitkan sedikit info tambahan, atau kurikulum tersirat sesuai dengan topik perbincangan
saya dan murid saya pada masa tersebut. Ini akan meningkatkan lagi impak dan motivasi murid
untuk belajar di dalam kelas. Saya berasa selesa berbincang secara terbuka dengan murid
kerana mereka pun berbincang secara terbuka dengan saya. Dalam pada itu, saya suka untuk
memotivasikan murid dan membangkitkan isu-isu tambahan yang say abaca daripada internet
dan media cetak yang boleh saya kaitkan dengan pengajaran yang ingin saya sampaikan.
Murid-murid suka dengan cerita-cerita ini dan mereka memberikan respon yang sangat positif.
Perkara ini juga baik kerana murid-murid juga terbuka memberikan komen atau pendapat
mereka ke atas topik yang dibincangkan. Hal ini selaras dengan pengajaran alaf baharu yang

lebih bersifat konstruktivisme dan hal ini juga selari dengan kehendak KPM yang mengingikan
murid-murid berfikir secara KBAT.
Memandangkan minggu ini saya tidak mempunyai interaksi yang banyak sangat dengan
murid, kerana pelbagai program di luar sekolah yang harus saya hadiri dan juga cuti peristiwa
sempena hari merentas desa. Walaubagaimana pun, masa yang saya hadapi ialah saya
risauakan prestasi murid yang akan menduduki peperiksaan pada minggu depan. Saya bukan
tidak percaya akan kualiti pengajaran saya sendiri, tetapi saya masih takut dan ragu-ragu
kerana ditakuti nanti murid lupa tentang apa yang telah saya ajarkan kepada mereka berkali-kali
di dalam kelas. Ada dalam kalangan murid saya yang masih tidak mahir membaca dan menulis.
Mereka sebenarnya bukan buta huruf tetapi mereka sangat lambat untuk membaca atau
menulis seuatu perkara. Saya juga takut akan murid saya yang berpura-pura faham semasa
saya ajar dan mereka lupa semasa peperiksaan nanti. Saya harap-harap semua mereka tidak
lupa akan perkara yang saya telah ajarkan kepada mereka.
Sebagai langkah penyelesaian yang saya pilih, saya perlu memberikan aktiviti ulang kaji
untuk murid yang saya ajarkan. Mereka perlu imbas kembali tentang perkara yang telah mereka
pelajari semasa saya mengajar kelas mereka. Ini merupakan pecutan kecemerlangan terakhir
yang mampu saya lakukan sebelum peperikasaan pertengahan semester 1 ini. Peperiksaan ini
akan menilai keberkesanan pengajaran saya dan juga prestasi semasa murid yang mengikuti
kelas saya. Walaupun murid-murid menyatakan mereka faham akan pengajaran saya, saya
takut mereka berpura-pura faham kerana mereka malu atau malas untuk bertanya. Segala
tugasan atau aktiviti yang telah saya laksanakan di dalam kelas sangat menjurus kepada
objektif pembelajaran yang ingin dicapai pada setiap kelas.
Akhir sekali, saya berharap supaya murid-murid saya dapat menjawab soalan
peperiksaan dengan baik dan mereka tidak lupa tentang apa yang telah dipelajari oleh mereka

dalam kelas saya. Saya juga berharap supaya segala perkara yang berjaya saya lakukan
dengan baik dan cemerlang dalam minggu ini dapat saya ulangi untuk minggu-minggu yang
akan datang. Manakala, segala kekurangan yang saya tonjolkan pada minggu ini dapat saya
perbaiki untuk minggu akan datang.

Disemak oleh Guru Pembimbing

Disemak oleh Pensyarah Pembimbing

Nama :

Nama :

Tarikh :

Tarikh :

You might also like