You are on page 1of 14

Hasil Kajian

1.0 Pendahuluan
Semenanjung Arab sebelum kedatangan Islam merupakan sebuah kawasan yang tidak
maju. Kebanyakkan orang Arab mengamalkan penyembahan berhala dan ada
sesetengahnya merupakan pengikut agama Kristian dan Yahudi yang berleluasa pada
ketika itu. Mekah ialah tempat suci bagi bangsa Arab ketika itu kerana di situ tempat
terletaknya kaabah bagi umat Islam.
Berkisar tentang kehidupan Nabi, Nabi Muhammad s.a.w. dilahirkan di Makkah
dalam Tahun Gajah iaitu pada tanggal 12 Rabiulawal bersamaan 20 April (570 atau 571
Masihi). Baginda merupakan seorang anak yatim apabila ayahnya Abdullah bin Abdul
Muttalib meninggal semasa beliau masih dalam kandungan dan ibunya pula Aminah
binti Wahab meninggal dunia semasa beliau baru berusia 7 tahun. Kemudian beliau
dijaga oleh datuknya iaitu Abdul Muthalib. Setelah datuknya meninggal baginda dijaga
pula oleh bapa saudaranya iaitu Abu Talib. Baginda kemudiannya berkahwin
dengan Siti Khadijah semasa beliau berusia 25 tahun dan menjalani kehidupan yang
baik. Baginda pernah menjadi penggembala kambing ketika berusia muda lagi yang
telah banyak memberi pengalaman kepada Nabi terutamnya dalam bidang perniagaan.
Selain itu, baginda merupakan seorang yang sangat amanah semasa terutamanya
apabila diberi tanggungjawab. Nabi bersama-sama Khadijah dalam menjalankan
perniagaan wanita yang terhormat itu sehinggakan Nabi pernah diangkat menjadi
hakim di Mekah melalui nilai-nilai baik yang ditunjukkan oleh Nabi sepanjang hidupnya.
Namun, Nabi tidak menggemari suasana Mekah yang penuhi dengan masyarakat yang
mempunyai masalah sosial yang tinggi. Sebagai contohnya, memperdagangkan
berhala, masyarakat Jahilliah turut menanam bayi-bayi perempuan berlaku berleluasa
di Mekah yang menjadi satu cara hidup dalam kehidupan masyarakat dahulu kerana
mereka mengangap bahawa bayi perempuan merupakan satu perkara yang boleh
menjatuhkan

maruah

keluarga

mereka.

Oleh

yang

demikian,

Nabi

banyak

menghabiskan masa mencari ketenangan di gua Hira'. Sehinggalah ketika Nabi


Muhammad s.a.w. berusia lebih kurang 40 tahun, Nabi telah didatangi oleh Malaikat
Jibril a.s. Selepas beberapa ketika baginda mengajar ajaran Islam secara tertutup
kepada rakan-rakan terdekatnya dan seterusnya secara terbuka kepada seluruh
penduduk Mekah.
1

Nabi Muhammad telah menyebarkan Islam di Mekah selama 13 tahun, tetapi


penduduknya bukan hanya tidak mahu menerimanya malahan mereka dengan
sekeras-kerasnya menentang sehinggalah baginda pernah diugut untuk dibunuh.
Walau bagaimanapun pembunuhan tersebut gagal kerana pada malam mereka
mengepung rumah baginda itu, baginda dengan pertolongan Allah dapat melepaskan
diri dari kepungan dan terus berhijrah ke Madinah.
Oleh yang demikian, pada tahun 622 masihi, baginda dan pengikutnya berhijrah
ke Madinah atas ajakan daripada penduduk di Madinah melalui perjanjian yang telah
dijanjikan. Peristiwa ini dipanggil Hijrah. Semenjak daripada peristiwa itu bermulalah
Kalendar Islam Mekah dan Madinah kemudiannya berperang. Nabi Muhammad s.a.w.
memenangi banyak pertempuran walaupun ada di antaranya tentera Islam tewas.
Lama kelamaan pengaruh orang-orang Islam menjadi kuat dan berjaya menawan an
membuka

Kota Mekah.

Selepas

kewafatan

Nabi

Muhammad

s.a.w.,

seluruh Semenanjung Arab berada di bawah penguasaan orang Islam. Oleh yang
demikian tugasan kali ini akan menyentuh berkaitan dengan peristiwa hijrah dalam
Islam dalam pelbagai aspek yang penting yang menjadi satu peristiwa penting kepada
seluruh umat Islam.
2.0 Konsep Hijrah Dari Sudut Istilah dan Bahasa
Secara umumnya, hijrah dari segi bahasa bererti perpindahan dari satu tempat ke satu
tempat yang lain. Manakala dari segi sejarah peristiwanya pula, hijrah bermaksud
perpindahan Nabi dan umat Islam dari kota Mekah ke Kota Madinah yang berlaku pada
622 Masihi dahulu yang mana peristiwa ini telah menjadi satu titik peralihan dalam
kehidupan Nabi dan juga perkembangan agama Islam itu sendiri di tanah Arab. Hijrah
telah membawa banyak perubahan dan suasana baru kepada perkembangan agama
Islam.
Dari segi istilah, perkataan hijrah berasal daripada perkataan bahasa Arab ha-ja-ra
yang bermaksud berpindah dari satu tempat ke satu tempat lain ataupun berpindah
dari satu keadaan kepada keadaan yang lebih baik. Melihat kepada tahun dalam
agama Islam adalah bermula daripada tahun Hijrah hasil daripada kesan perisitwa yang
cukup berhikmah kepada seluruh umat Islam. Hadis Abdullah bin Habsyi pernah
menyebut bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda bahawa : Orang yang berhijrah
ialah orang yang meninggalkan apa-apa yang dilarang oleh Allah. Hal ini dibuktikan
2

apabila kedatangan Nabi Muhammad ke Madinah adalah merupakan suatu rahmat


yang

paling

besar

kepada

seluruh

penduduk-penduduk

Madinah.

Oleh itu, adalah penting untuk seluruh umat Islam mengingati makna dan kepentingan
hijrah itu sendiri kerana hijrah adalah salah satu peristiwa yang penting dalam sejarah
Islam apabila penhijrahan Nabi Ke Madinah bukan sahaja memberikan mereka seorang
ketua dan pemimpin yang berkebolehan tinggi, akan tetapi ia telah membantu dalam
menyelesaikan pergolakan dalam Madinah itu sendiri. Pernyataan ini disokong Muhd
Bukhari Lubis, 1981 yang mengatakan bahawa hijrah merupakan suatu perjuangan
untuk menegakkan kebenaran dan meninggalkan keburukan dan kejahatan. Hijrah
secara amnya dilambangkan dengan semangat ingin berubah dan perubahan ini boleh
berlaku dalam pelbagai keadaan seperti perubahan dari segi sikap, cara berfikir dan
tingkah laku.
Maka itu, tidak hairanlah jika Khalifah Umar memilih hijrah untuk menjadikannya
sebagai permulaan kalendar atau tahun Islam apabila agama Islam dikatakan
mendapat cahaya baru melalui peristiwa ini. Secara fizikal, hijrah adalah perjalanan dari
satu bandar ke bandar lain demi mengubah sesuatu yang buruk kepada sebuah
kehidupan yang lebih baik. Bagaimanapun, apa yang lebih penting ialah ia
menandakan permulaan satu era, satu tamadun, satu budaya dan satu sejarah baru
bagi umat manusia. Islam berkembang bukan sahaja kerana hijrah secara fizikal, akan
tetapi juga kerana umat Islam memandang serius terhadap semua aspek dan dimensi
peruabahan yang banyak membantu perkembangan agama Islam di seluruh dunia. Hal
ini terbukti apabila Rasulullah s.a.w. berhijrah dari Makkah ke Madinah, baginda tidak
sahaja berpindah tempat tinggal atau bermastautin di sebuah kota baru, malah baginda
juga mengubah segala aspek kehidupan di kota yang didatanginya itu iaitu Madinah.
Oleh yang demikian, adalah penting untuk kita mempelajari dan merenung perubahan
yang terjadi di Madinah sejak berlakunya penghijrahan Rasulullah s.a.w itu kerana
terdapat banyak pengajaran yang boleh kita pelajari dan menjadikannya panduan
dalam hidup kita
Dalam konteks yang lebih luas pula, hijrah difahami sebagai perpindahan dari suatu
keadaan tidak baik kepada keadaan yang lebih baik. Contohnya, meninggalkan ajaran
bertentangan dengan Islam dan kembali kepada ajaran Islam sebenar. Pernyataan ini
juga oleh tokoh Ibn al-Qayyim Rahimahullah yang mengatakan bahawa hijrah kepada
3

Allah ialah dengan meminta, mencintai, menghambakan diri, bertawakal, takut dan
mengharap hanya kepada-Nya untuk kehidupan yang lebih baik mengikut ajaran
Islam.
Namun demikian, hijrah dalam konteks barat pula mengatakan bahawa hijrah
Rasulullah s.a.w itu hanyalah semata-mata untuk memperolehi kesenangan dan
mengelakkan penderitaan. Antara dakwaan mereka ialah hijrah itu berlaku disebabkan
Rasulullah s.a.w tidak lagi diterima dalam kalangan masyarakat Arab Mekah. Maka
sebab itulah Rasulullah s.a.w berhijrah ke Madinah bertujuan untuk mencari tempat
yang baru iaitu untuk kehidupan yang lebih senang. Bukan itu sahaja, orang Barat turut
menganggap bahawa hijrah tersebut merupakan pelarian iaitu pelarian Nabi bagi
melepaskan tanggungjawabnya untuk hidup lebih selesa di Kota Madinah. Akan tetapi,
pernyataan ini disangkal apabila penghijrahan Nabi adalah berdasarkan kepada
jemputan orang Islam Madinah melalui perjanjian Aqabah pertama dan perjanjian
aqabah yang kedua iaitu pemimpin-pemimpin Khazraj dan Aus sentiasa bersedia dalam
memberi bantuan dan sokongan penuh kepada Nabi apabila Nabi berpindah ke
Madinah.
Bagaimanapun dalam konteks hari ini, hijrah yang disambut setiap tahun pula lebih
kepada memperingati peristiwa penghijrahan Rasulullah dan sahabat dari kota Makkah
al-Mukarramah ke kota Madinah al-Munawwarah. Peristiwa hijrah tersebut menyingkap
satu perjuangan yang begitu penting dan bermakna kepada setiap umat Islam.
Keadaan ini bermakna Nabi berhijrah bukan untuk lari atau meninggalkan medan
perjuangan, sebaliknya meneruskan perjuangan yang lebih panjang lagi dalam misi
mengembangkan agama Islam. Malah, hijrah juga memberikan harapan dan
membayangkan keberhasilan perjuangan pada masa hadapan. Justeru, hijrah adalah
tonggak perjuangan yang sangat bermakna. Dalam erti kata lain, hijrah itu berlaku atas
dorongan iman yang kuat dan suci. Tanpa iman, pasti mereka akan berasa berat untuk
meninggalkan keluarga, sanak saudara, kampung halaman dan kota kelahiran. Namun,
demi mempertahankan cita-cita luhur yang lahir daripada iman kepada Allah dan RasulNya, ia menguatkan semangat mereka untuk berhijrah. Mereka juga menyedari bahawa
tanpa pengorbanan dan perjuangan kental, hasrat atau cita-cita murni itu pasti terkubur.
Justeru, mereka bersiap sedia untuk berjihad dengan ikhlas kerana Allah. Mereka
berhijrah demi memenuhi panggilan iman mempertahan dan mencapai cita-cita murni
itu. Mereka menghadapi apa sahaja rintangan, tekanan dan pelbagai kesulitan dalam
4

perjalanan jihad itu dengan penuh sabar, tabah dan keteguhan hati. Pendek kata, hijrah
Nabi dan sahabatnya bukan bererti menjadi orang yang kalah atau tersingkir. Hijrah
yang penuh tentangan dan halangan itu memberi mereka peluang untuk meraih
kemenangan.
3.0 Kesan Peristiwa Penghijrahan Nabi Muhammad dari Makkah ke Madinah
dalam Tamadun Islam
Seperti mana yang kita ketahui, hijrah telah banyak membawa perubahan penting
dalam tamadun Islam yang mana ia telah memberi kesan yang banyak membantu
masyarakat Islam untuk membangun dari pelbagai aspek. Antara kesan yang dapat kita
lihat adalah:
Politik
Penghijrahan Nabi Muhamad telah memberi satu kesan yang cukup bermakna apabila
ia telah membina satu tradisi baru dalam peradaban manusia yang sebelumnya tidak
ada dalam kebudayaan bangsa Arab. Hal ini dibuktikan apabila kelahiran kerajaan
Islam Madinah di Jazirah Arab telah membawa revolusi rohaniah dan pemikiran yang
menyaksikan pembinaan tatacara baru dunia yang diasaskan kepada kekuatan moral
dan agama dalam membentuk etika hubungan baru dalam kalangan masyarakat.
Kesan hijrah Nabi Muhamad telah menyebabkan berlakunya perubahan politik Islam
yang amat drastik sekali apabila ia telah mengubah satu dasar politk Islam daripada
negatif ke satu pentadbiran politik Islam yang meluas yang mana terbuktinya dalam
Piagam Madinah yang menjadi satu panduan kepada seluruh rakyat Madinah pada
ketika itu.1 Hal ini dibuktikan apabila Nabi berada di Mekah pada dahulunya, Nabi
hanya bersabr ketika menerima berbagai tekanan dan kezaliman, akan tetapi sesudah
hijrah Nabi bangun menentang kezalimanan dengan kekerasan. Sekatan dan
gangguan terhadap kabilah perdagangan Qurais yang datang dari Syria akhirnya telah
menyebabkan peperangan seperti peperangan Badar, uhud, Ahzab dab lain-lain telah
membawa kejayaan Islam menawan kota Mekah pada tahun 8H. Namun itu, apa yang
penting adalah dengan penghijrahan Nabi ke Madinah maka sebuah negara Islam telah
terbentuk di Madinah yang lengkap mempunyai rakyat, daerah yang diperintah,
perlembagaan dan pemerintah iaitu negara Islam inilah yang terus diwarisi oleh umat
Islam kemudiannya yang akhirnya telah menjadi sebuah empayar Islam yang tersebar

luas serta berjaya menewaskan kuasa bersar dunia pada ketika itu iaitu Parsi dan Rom
Timur.
Piagam Madinah yang dibentuk oleh Nabi yang merupakan sebuah piagam yang adil
kepada setiap golongan lapisan masyarakat menjadi perlembagaan pertama di dunia
dan ia memberi kesan kepada politik seluruh dunia iaitu menjadi panduan kepada
sesebuah negara apabila dengan adanya piagam Madinah maka sebuah negara Islam
yang berdaulat dapat dilaksanakan dengan adanya undang-undang Islam sepenuhnya.
Keadaan ini dibuktikan apabila undang-undang tersebut mengutarakan konsep sistem
keadilan. Malahan, ia turut menjadi contoh kepada seluruh negara pada ketika itu iaitu
undang-undang Islam merupakan sebuah undang-undang yang adil. Keadaan ini
bermakna bahawa hijrah telah menyebabkan peranan Islam dalam bidang politik
menjadi amat penting kerana ternyata hijrah menjadi satu titik tolak perubahan ataupun
satu era baru dalam mempengaruhi arena politik dunia pada ketika itu. Bukan itu
sahaja, dari sudut Madinah itu sendiri, berbagai keturunan penduduk Madinah juga
dapat disatukan dalam sebuha negara buat kali pertamanya yang melibatkan kaum
Khazraj, Aus, Yahudi, Ansar dan lain-lain lagi dibawah kepimpinan Nabi Muhamad.
Kerangka politik Islam ditakrifkan sebagai Siyasah Ilahiyyah qa Inabah Nabawiyyah
yang menginsafi segala kekuasaan adalah Allah SWT. Ia menzahirkan pandangan
hidup yang penting yang mempertahankan kesetiaan kepada Allah dan para Rasul
pada keadilan dan pemerintahan yang seimbang.
Ketenteraan
Bukan itu sahaja, hijrah juga telah menyebabkan terbentuknya satu pasukan
ketenteraan Islam yang kuat bagi menghadapi musuh dan menjaga keselamatan
negara Madinah. Dari semasa ke semasa, tentera Islam ini sering kali diperkuatkan dan
diperbesarkan hingga akhirnya mereka berjaya menentang mushrikin Mekah di medan
perang Badar pada tahun 2H, perang Uhud ada tahun 3H, perang Ahzab pada tahun
5H dan akhir sekali tentera Islam ini telah berjaya menawan Kota Mekah dari
kekuasaan musyrikin Mekah pada tahun 8H. Tentera Islam itulah juga yang digerakkan
oleh Nabi untuk menentang ancaman Rom di Ghassa yang mana kemudiannya
diteruskan usaha tersebut oleh Khalifah Abu Bakar sesudah wafatnya Nabi. Kesannya,
ia telah membuktikan bahawa tentera Islam turut merupakan salah satu ketenteraan

yang kuat pada masa itu yang telah banyak membuktikan kekuasaan Islam melalui
perang-perang seperti Al-Azhab dan perang khandak.2
Hijrah turut memberi kesan kepada perjuangan ketenteraan Islam mengikut konteks
agama Islam itu sendiri apabila umat Islam hanya berperang apabila negara dan
maruah diri diancam yang dibuktikan dalam ayat al-Quran melalui Surah al-Baqarah
ayat 190. Melalui ayat tersebut maka jelas menunjukkan Allah SWT membenarkan
berperang sekiranya diserang oleh pihak musuh. Walau bagaimanapun, tentera Islam
memegang satu etika perang yang sebelum ini tidak pernah wujud apabila mereka
hanya dibenarkan untuk berperang dengan tujuan mempertahankan diri sahaja apabila
diserang oleh musuh. Selain itu juga, peperangan mengikut Islam juga tidak boleh
memerangi musuh yang tidak memiliki kekuatan dan daya usaha seperti kanak-kanak,
kaum wanita, orang cacat atau paderi atatu pendeta. Bukan itu sahaja, tentera Islam
juga dilarang untuk melakukan sebarang perbuatan yang boleh mengaibkan musuh
seperti tidak boleh mencencang mayat atau musuh yang terbunuh. Di samping
dikehendaki memberi layanan yang baik kepada terhadap tawanan perang dan
bukannya menyeksa. Oleh yang demikian, hijrah Nabi telah memberi suatu konsep
baru yang berkaitan dengan peperangan yang menjadi dicontohi oleh tamadun Islam
selepas ini kerana agama Islam merupakan satu agama yang damai dan cinta akan
keamanan. Pendek kata, Islam tidak menggalakkan peperangan dan melarang
sebarang pencerobohan ke atas wilayah atau negara lain tanpa mempunyai sebab
yang munasabah.
Perkembangan Agama
Hijrah juga telah menyebabkan pengaruh Islam mudah tersebar bukan sahaja di Tanah
Arab, tetapi juga ke negeri-negeri luar Tanah Arab. Setelah Nabi berhijrah ke Madinah,
penduduk-penduduk Madinah turut mengikut Nabi untuk memeluk Islam yang
dibuktikan daripada pengislaman orang-orang Yahudi seperti Abdullah b. Salul dan para
pengikutnya.3 Penduduk-penduduk Mekah yang menentang kuat Islam juga kelihatan
lebih memahami perjuangan Nabi yang sebenarnya. Selain itu juga, Madinah turut
menjadi pusat penyebaran agama islam secara langsung menyebabkan agama Islam
dapat dengan pesat dan meluas ke seluruh nusantara pada ketika itu. Orang-orang
Islam juga boleh beribadat dengan lebih terbuka dan selesa berbanding berada di
Mekkah dahulu. Keadaan ini secara tidak langsung dapat memperkuatkan keimanan
setiap umat Islam di negara ini.
7

Maka sebab itulah mereka dengan mudahnya menarik ramai masyarakat untuk
memeluk Islam secara sukarela ketika kota Mekah ditawan oleh tentera Islam pada
tahun 8H. Setelah hijrah juga, Nabi berkesempatan mendakwahkan Islam ke negaranegara luar iaitu sesudahnya termenterainya perjanjian Hudaibiyah pada tahun 6H.
Nabi telah melantik beberapa orang sahabat untuk menyampaikan surat-surat seruan
Islam kepada ketua-ketua beberapa negara iaitu Ke Rom, Parsi, Bahrain, Yamamah,
Ghassan dan Mesir. Keadaan ini bermakna bahawa Nabi bukan sahaja berkesempatan
memperkenalkan Islam ke luar negeri akan tetapi Nabi turut daptat menjalinkan
hubungan diplomatik dengan negara tersebut. Oleh yang demikian, bermula daripada
hijrah ke Madinah, Islam mula tersebar dengan mudah dan luas ke seluruh Tanah Arab
berbanding semasa Nabi berada di Mekah dahulu. Oleh yang demikian dapatlah kita
simpulkan bahawa hijrah telah menjadi satu faktor penting kejayaan dakwah Islamyang
menjadi titik perubahan dalam hidup Nabi setelah hijrah.
Sosial
Hijrah turut menjadi faktor penting terhadap perubahan dan pembentukan sosial Islam
di Madinah. Sebgaimana yang telah dijelaskan, hijrah berjaya menyatukan seluruh
penduduk Madinah di bawah sebuah panji negara Islam. Keadaan ini bermakna
bahawa satu perubahan politik dan sosial yang besar telah berlaku dalam kalangan
penduduk Madinah itu dan umat Islam sendiri khasnya. Satu masyarakat Islam yang
mencerminkan keunggulan ajaran sosial Islam telah terbentuk. Nilai-nilai sosial dan
akhlak Islam telah dapat dipraktikkan oleh penduduk Islam Madinah. Kaum Khazraj dan
Aus dapat hidup aman dan damai. Mereka bersatu padu dalam semangat ukhwah
Islam dan persaudaraan Islam dengan orang-orang muhajirin. Terbentuklah masyarakat
Islam Madinah yang mengutamakan dan mengamalkan ciri-ciri keadilan, persamaan
taraf, tolong menolong, hormat menghormati dan sebagainya. Suasana keharmonian di
Madinah dapat diwujudkan bukan hanya dalam kalangan masyarakat Islam tetapi juga
dalam

kalangan

semua penduduknya

termasuklah

kaum Yahudi.

Di bawah

Perlembagaan Madinah itu, orang-orang Yahudi diberi hak-hak sosial yang paling baik
dan adil.
Malahan itu, ia turut dapat menanamkan nilai-nilai murni yang berpandukan kepada
ahlak dan aqidah sebagai seorang umat Islam iaitu memegang konsep sebuah ummah
yang kuat melalui amalan hidup bermasyarakat secara harmoni tanpa adanya

penindasan kepada mana-mana bangsa. Segala perubahan sosial yang berlaku adalah
menjadi asas kemajuan dan perkembangan sosial Islam di zaman kemudiannya.
Ekonomi
Hijrah juga menjadi faktor penting terhadap perubahan-perubahan dan kemajuan
ekonomi umat Islam di Madinah itu khasnya dan semua penduduk Madinah amnya.
Dengan terbentuknya sebuah negara Islam Madinah yang diketuai oleh Nabi telah pun
berjaya menyelesaikan masalah-masalah politik, agama, sosial dan tidak tertinggal juga
kepada masalah ekonomi Madinah itu sendiri. Sistem ekonomi Islam diperkenalkan
yang melibatkan aspek jual beli, pengharaman riba dan rasuah dapat dibendung
dengan adanya undang-undang melalui piagam Madinah. 4 Secara tidak langsung,
peniaga-peniaga kecil diberi peluang untuk menjalankan perniagaan tanpa ditindas
oleh pedagang-pedagang yang besar.
Walaupun pada mulanya orang-orang Muhajirin menghadapi kesulitan ekonomi akibat
dari hijrah, namun sesudah terbentuknya negara Islam tersebut masalah ekonomi
mereka dapat diatasi juga akhirnya. Bukan sahaja bantuan-bantuan dari orang-orang
Ansar yang dapat menolong memperbaiki keadaan ekonomi Muhajirin tetapi juga
kerana adanya langkah-langkah yang telah dihalankan oleh kerahaan Islam Madinah
itu sendiri. Nabi yang mempunyai pengalaman dalam bidang perdagangan itu sentiasa
menggalakkan umat Islam untuk berusaha dan benriada di samping bercucuk taman.
Keadilan ekonomi dapat diaturkan sebagaimana yang diajarkan oleh Islam. Akhirnya
ekonomi Madinah yang pada asalnya dimonopoli oleh Yahudi dapat diperbetulkan dan
umat Madinah dapat merasai kebebasan dan kemajuan di bawah naungan negara
Islam. Kedudukan ekonomi Islam menjadi lebih kukuh bukan sahaja di Madinah akan
tetapi turut di serantau Tanah Arab apabila Madinah mempunyai kawasan pertanian
yang sesuai serta kedudukan Maidnah yang strategik untuk perdagangan keran terletak
di tengah-tengah laluan antara Makkah dan Syam. Akhinrya, hijrah telah menyebabkan
kedudukan ekonomi Islam semakin kukuh dan seimbang di Tanah Arab yang
menjadikan masyarakat hidup lebih senang dan makmur serta membawa kestabilan
dan kemajuan kepada Tanah Arab itu sendiri.5

4.0 Kepentingan Hijrah dalam Proses Pembangunan Masyarakat


Seperti yang telah diterangkan pada awalnya hijrah membawa maksud perpindahan
yang mana perpindahan tersebut merupakan suatu rahmat yang besar bukan sahaja
kepada penduduk Madinah, malahan turut kepada seluruh perkembangan tamadun
Islam selepas itu. Oleh yang demikian, hijrah membawa kepada kepentingan yang
sangat besar dalam proses pembangunan masyarakatdan diri terutamanya kepada
masyarakat pada hari ini. Kepentingan hijrah dalam proses pembangunan masyarakat
dalam dilihat dalam beberapa sudut. Antaranya ialah
Pegangan Agama Islam
Era globalisasi pada hari ini banyak memperlihatkan masyarakat negara kita
terutamanya golongan muda yang merupakan bakal pemimpin negara lebih
mengagungkan manusia seperti artis-artis, mengagungkan harta, kedudukan lebih
daripada mengagungkan Allah SWT sebagai pegangan ataupun idol utama mereka.
Hal ini dibuktikan apabila sikap umat Islam yang lebih kepada pengaruh barat dengan
mencontohi kehidupan yang lebih bebas yang tidak berpegang kepada akidah Islam.
Keadaan inilah yang menjadi asas kepada berlakunya kerosakan akhlak masyarakat
kini yang terjerumus dalam pelbagai cara hidup yang negatif dan tidak bermoral. Oleh
itu, setiap umat Islam haruslah merenung kembali hijrah yang dilakukan oleh Nabi
dahulu yang mana hijrah Nabi telah membantu ajaran agama Islam yang berlandaskan
kepada nilai-nilai murni dapat berkembang dengan baik iaitu menjauhi diri dengan
aktiviti yang boleh merosakkan hubungan dengan Allah SWT. Jelas kepentingan hijrah
dalam pembangunan masyarakat adalah penting agar dapat mendidik setiap umat
Islam supaya patuh , menyerah dan menyembah kepada Allah serta taat kepada ajaran
Islam yang didasarkan kepada panduan Al-Quran dan As-Sunnah. Berasaskan
kekuatan aqidah yang ada dalam diri setiap umatnya maka terbinalah sebuah
masyarakat Islam yang kukuh dalam mentaati perintah dan larangan Allah. Oleh itu,
kita dapat melahirkan masyarakat yang mempunyai pegangan agama yang kuat dalam
menjalankan kehidupan harian dengan cara Islam itu sendiri untuk mewujudkan sebuah
masyarakat yang harmoni dan aman.

10

Perubahan Tingkah Laku Manusia


Pada zaman kini, masalah keruntuhan akhlak dalam kalangan masyarakat masa kini
merupakan salah satu isu yang amat meruncingkan kepada negara kita. Cabaran
akhlak yang paling ketara masa kini ialah krisis identiti diri dalam semua peringkat
umur. Di mana kita sering dilaporkan tentang keruntukan akhlak remaja, sumbang
mahram oleh golongan dewasa dalam keluarga, kekeruhan hubungan antara jiran
tetangga, masyarakat atau hubungan diplomatik antara negara . Jelas kekurangan
peratus nilai murni akhlak semakin susut selari dengan perkembangan global dunia
tanpa sempadan dan teknologi tinggi yang boleh disalurkan dari rumah ke rumah
dengan hanya memetik butang dan peristiwa negatif terpampang jelas di depan mata
jika tidak ditangani secara sihat. Oleh itu, perkara ini haruslah dibendung.
Pelbagai pihak dalam masyarakat negara atau dunia harus berganding bahu dan
bersatu untuk membendung kemusnahan akhlak manusia yang semakin merencam
kedamaian sejagat sebagaimana firman Allah dalam surah Ali Imran, ayat 104 yang
kira-kira bermaksud :Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang
menyeru kepada kebaikan, menyuruh kepada yang makruf dan mencegah dari
kemungkaran.
Kekeluargaan
Individu dan masyarakat haruslah mempunyai ketekadan dan komitmen untuk
melakukan perubahan dalam pola pembangunan keluarga. Keluarga disebutkan secara
khusus kerana keluarga merupakan institusi terpenting untuk melakukan perubahanperubahan dalam kehidupan sosial kemasyarakatan. Gagalnya institusi keluarga
merupakan kegagalan dalam institusi kemasyarakatan yang lebih luas. Kalau selama
ini, sebahagian umat Islam terlalu materialistic minded dalam membangun kehidupan
keluarganya, mungkin sudah masanya dilakukan perubahan yang lebih seimbang
antara material dan spritual. Jika umat Islam terlalu termotivasi untuk mendidik anak ke
peringkat tertinggi dalam bidang akademik, kini masanya keseimbangan pendidikan
tertinggi itu diselaraskan dengan pendidikan rohani.

Pengisian hijrah ke arah

kehidupan keluarga Islamik yang sebelumnya dinodai oleh kekaburan dunia akan
merubah konsepsi masyarakat bukan Islam kepada cara hidup Islam yang sebenar
berlandaskan aqidah, ibadah, akhlak dan perundangan.

11

Akal Budi
Akal budi adalah berperanan untuk memurnikan sistem pemikiran dan persepsi
seorang muslim kepada penggunaan akal secara maksimum melalui kemampuan
intelektual dalam membezakan perkara baik dan buruk, halal atau haram dan
sebagainya. Penyalahgunaan akal kepada sesuatu yang tidak boleh dimanfaatkan
akan menghadirkan implikasi yang besar kepada pandangan umum terhadap sesuatu
perkara yang akhirnya diikuti tanpa dirujuk secara waras. Contohnya melihat

cara

hidup barat dalam pergaulan dan berpakaian serta cenderung untuk mengikutinya
tanpa memikirkan kesan disebalik cara tersebut yang boleh meruntuhkan akhlak dan
tanpa disedari terjebak dalam sebuah penjajahan baru yang dipanggil intellectual
colonization penjajahan intelektual yang banyak menagung-agungkan orang luar.
Begitulah antara kepentingan hijrah daripada banyak cabaran lain yang tidak dapat
diungkapkan di sini yang perlu diberi perhatian agar iktibar hijrah baginda Rasul saw
yang lalu dapat digunakan untuk memimpin generasi manusia kini dan akan datang
supaya tidak lari lebih jauh dari ajaran Islam sebenar seimbang dengan kemodenan
cara hidup yang sedia ada iaitu kehidupan yang tidak melanggar perintah Allah.
Sikap Toleransi
Bukan itu sahaja, kepentingan hijrah juga memberi pengajaran kepada kita betapa
pentingnya sikap toleransi kaum dan tolong-menolong boleh melahirkan masyarakat
cemerlang dalam kehidupan kita. Dalam konteks hijrah ke Madinah, orang Madinah
telah memberikan bantuan yang besar kepada orang Islam Makkah yang berhijrah.
Mereka sanggup memberikan tempat tinggal, menyediakan makanan dan keperluan
asas yang lain, serta menerima orang Islam Makkah sebagai saudara dan sebahagian
daripada masyarakat Madinah. Oleh itu, sikap sanggup berkorban, bekerjasama, dan
tolong-menolong untuk membangunkan negara harus tersemat dalam jiwa kita dan
keadaan ini banyak mempengaruhi masyarakat Islam pada hari ini yang mana nilai-nilai
tersebut haruslah ada apa diri setiap umat Islam untuk hidup dalam keadaan yang lebih
harmoni walaupun terdiri daripada pelbagai kaum dan bangsa hasil daripada peristiwa
hijrah hijrah daripada Nabi dahulu.

12

Malahan, peristiwa hijrah ini telah memperlihatkan bahawa wanita juga dapat
memainkan peranan penting dalam kehidupan selain sebagai suri rumah untuk
menggerakkan kemajuan sesebuah negara. Contohnya, puteri Abu Bakar Al-Siddiq,
Asma. Beliau telah berjaya membantu perjuangan Nabi Muhammad S.A.W apabila
beliau dengan beraninya telah menghantar makanan dan menyampaikan berita tentang
gerakan orang Quraisy kepada Nabi Muhammad S.A.W di Gua Thur walaupun
menyedari tindakannya berbahaya serta laluan ke Gua Thur berliku dan berbatu besar.
Keadaan ini juga telah membuktikan kepada seluruh masyarakat bahawa wanita juga
mempunyai hak dalam membuat keputusan dan sebagainya sehinggalah dalam
menjadi seorang pemimpin,
Selain itu, Nabi tidak pernah berputus asa apabila menempuh kegagalan. Sifat positif
ini patut dicontohi dalam setiap lapisan masyarakat kini agar menjadi seorang umat
Islam yang sentiasa ingin memajukan diri.

Dalam pada itu, kita boleh ambil pelajaran melalui peristiwa hijrah bahawa pentingnya
seseorang pejuang dalam mengikhlaskan niat dalam membantu usaha didalam
dakwah. Penghijrahan yang dilakukan oleh para Sahabat bersama Muhammad SAW
adalah ikhlas untuk menegakkan ajaran suci Islam kebebasan, kebenaran, keadilan
tanpa memikir ganjaran kebendaan, kedudukan, nama dan gelaran. Apa yang paling
diharapkan hanyalah keredhaan dan rahmat Allah SWT jua.

13

5.0 Kesimpulan
Kesimpulannya, hijrah telah banyak memberi kepentingan dan panduan kepada proses
pembangunan masyarakat pada zaman dahulu sehinggalah pada hari ini. Ia juga telah
banyak memberi pengajaran penting kepada seluruh umat Islam sehinggalah ke hari
ini. Hal ini demikian kerana jika kita benar-benar mengimani wahyu Allah sudah tentu
kita mempunyai sikap optimis terhadap perubahan kehidupan daripada yang buruk
kepada yang baik dan juga sentiasa menjadi iktibar kepada setiap umat Islam akan
datang supaya lebih terpimpin ke jalan yang benar dan jalan yang diredhai Allah.
Akhirnya pula, perjuangan Nabi Muhamad yang berasaskan kepada hijrah pada
awalnya merupakan salah satu sejarah peristiwa yang penting kepada setiap umat
Islam dalam melahirkan suatu peradaban manusia yang berpegang kepada ajaran
agama Islam serta menyebabkan agama Islam tersebar ke seluruh dunia sehinggalah
hari ini.

14

You might also like