You are on page 1of 5

Berdasarkan taklimat yang telah diberikan oleh Unit Praktikum Institut Pendidikan

Guru Kampus Ipoh, kami sebagai pelatih internship perlu menjalankan 3 projek iaitu
s1 projek utama yang diljalankan bersama rakan seperjuangan dan 2 lagi projek
yang perlu dibuat secara individu. Dalam pada itu, kami perlu menyediakan kertas
kerja untuk setiap projek atau program yang telah dirancang serta cara untuk
menguruskan sesuatu program dengan lancar dan berkesan. saya bersama dua
orang rakan saya telah merancang projek yang akan dilaksanakan di sekolah kelak
berdasarkan pemerhatian yang telah dilakukan sepanjang menjalani internship di
Sekolah Kebangsaan Methodist Sungai Siput (U).
Pada minggu pertama juga, kami telah berbincang dengan guru pembimbing
kami berkaitan projek -projek yang perlu dilaksanakan untuk memenuhi kursus
Internship. Beliau telah memberikan beberapa cadangan projek yang sesuai untuk
dilaksanakan dalam jangka masa saya berada di SK Methodist Sungai Siput. Walau
bagaimanapun, beliau menyarankan agar saya dan rakan rakan saya berbincang
dengan Guru Besar memandangkan keputusan muktamad berada di tangan Guru
Besar. Rentetan daripada itu, saya telah berjumpa Guru Besar untuk berbincang dan
meminta kebenaran untuk menjalankan ketiga tiga projek di Sk Methodist Sungai
Siput dalam tempoh sebulan.

Hasil perbincangan bersama Guru Besar, saya telah dicadangkan untuk


melaksanakan projek Pendidikan Pencegahan dadah sebagai projek utama dan
Minggu sejarah (pertandingan mewarnakan poster) sebagai projek invidu pertama
manakala Pertandingan balutan kain anduk di bawah Tunas Kadet Remaja sebagai
projek individu kedua. Pada masa yang sama kami juga berbincang kos
perbelanjaan projek projek tersebut.

Program Pendidikan Pencegahan dadah merupakan projek pertama yang telah


kami laksanakan. Program mo ini dilaksanakan dibawah anjuran Unit Bimbingan
dan Kaunseling.

Sebelum program ini dijalankan, kami telah bekerjasama dalam membuat kertas
kerja dan membuat beberapa kali pertemuan dengan guru besar SK Methodist En.
Mahfudz Jeffery Bin Abu Hassan untuk mendapatkan tunjuk ajar dan berkongsi
pengalaman dalam membuat kertas kerja bagi program Pendidikan Pencegahan
dadah.

Untuk melaksanakan program ini kami telah berhubung dengan Pegawai Unit
Pendidikan Pencegahan Dadah Jabatan Pendidikan Negeri Perak. Iaitu En. Sayuti Bin
Ibrahim untuk memberi ceramah berkaitan program anti dadah. Kami telah
membuat sebuah surat panggilan untuk menjemput penceramah ke sekolah kami.
Kami telah berhubung dengan beliau dan mendapatkan persetujuan.

Kami telah mengadakan perjumpaan dan perbincangan dengan guru pembimbing


kami Pn. Jamiah Bt Mohamed Isa untuk memberikan pandangan mengenai kos
bayaran penceramah. Kami juga telah berjumpa dengan Guru Besar Sk Methodist
untuk mendapatkan kelulusan kertas kerja dan surat permohonan jemputan
penceramah serta kos bayaran kepada penceramah. Buku program juga telah
disediakan untuk menyampaikan maklumat kepada warga sekolah berkenaan
program motivasi menjana potensi diri dan kepimpinan yang dijalankan ini. kami
juga telah mengadakan satu mesyuarat ringkas kepada warga sekolah bagi
memberi maklumat mengenai program ini.

Sambutan Minggu Anti Dadah diadakan setiap tahun di sekolah selaras arahan
Kementerian Pelajaran Malaysia melalui Unit Pendidikan Pencegahan Dadah untuk
menyokong Sambutan Hari Anti Dadah Peringkat Kebangsaan. Aspek pendidikan
dan pencegahan dadah amat penting memandangkan generasi pelapis negara
khususnya, kini berdepan dengan ancaman gejala dadah yang sangat serius. Oleh
yang demikian kesedaran tentang bahaya bahana dadah di peringkat lebih awal
perlu diterapkan dalam lapisan lapisan komuniti masyarakat. Selain itu, menerusi
aktiviti-aktiviti yang diatur, murid-murid diharap dapat memanfaatkan peluang ini
sebaik-baiknya untuk memberi impak terhadap penglibatan murid-murid secara
menyeluruh demi melahirkan modal insan yang berkualiti yang mampu menjadi
pemimpin dan menyumbang kepada pembangunan sosial negara sekaligus
memberikan kesejahteraan kepada komuniti dan masyarakat. Program ini juga di
buat selaras dengan Dasar dan Matlamat Pendidikan Pencegahan Dadah,
Kementerian Pendidikan Malaysia ke arah merealisasikan Sekolah Bebas Dadah
menjelang tahun 2020. Program Pendidikan Pencegahan dadah juga
bermatlamatkan supaya murid-murid sedar bahawa dadah akan memudaratkan
nyawa dan kesihatan serta membahayakan keselamatan masyarakat. Untuk
memastikan muridmurid mempunyai pengetahuan dan kemahiran mengenai gaya
hidup sihat dan mengamalkannya

Berikut adalah objektif Program Pendidikan Pencegahan Dadah :


i) Menyemai sahsiah terpuji dengan menjauhi amalan berunsur jenayah.
ii)Mengenalpasti jenis-jenis jenayah , individu dan persekitaran yang terlibat.
iii)Mengenalpasti perkara yang berlaku semasa kegiatan jenayah serta
pencegahannya.
iv) Penyediaan diri untuk membenteras dan mengelakkan amalan jenayah.
v)Mendedahkan bahaya dan risiko amalan penyalahgunaan yang merosakkan
gaya hidup.
vi)Memberi input jenis-jenis dadah dan kesan-kesannya kepada tubuh badan.

Sehari sebelum Program Pencegahan Pendidikan Dadah.ini berlangsung, kami telah


memastikan kesemuanya berada dalam keadaan yang sedia. Kami memastikan
tempat program ini iaitu Dewan Sk Methodist dijalankan dalam keadaan yang baik
dan selesa untuk murid-murid dan guru-guru berada dalam dewan sepanjang
program berlangsung. Peralatan - peralatan yang hendak digunakan dipasang dan
disediakan seperti mikrofon, lcd dan komputer riba. Kami juga memastikan semua
peralatan yang hendak digunakan oleh penceramah dapat berfungsi dengan baik
bagi kelangsungan program tanpa ada masalah teknikal yang berlaku.
Pada hari tersebut. Perasmian program Pendidikan Pencegahan Dadah diadakan
pada pukul 8.00 pagi di tapak program. Selepas selesai perasmian murid murid
diberi aktiviti menghasilkan penanda buku berdasarkan logo Dadah Musuh
Negara. Seperti mana yang telah diatur penceramah sampai pada pukul 11.00
pagi.
Murid-murid tahun 4 hingga 6 diminta untuk bergerak masuk ke dalam Dewan Sk
Methodist untuk mendengar ceramah.
Selesai ceramah pencegahan dadah yang disampaikan oleh En. Sayuthi Bin Ibrahim,
sesi penyampaian cenderahati kepada penceramah diadakan sebagai penghargaan
dan tanda kenang-kenangan daripada pihak sekolah kerana sudi untuk berkongsi
ilmu pengetahuan dan memberikan suntikan semangat kepada murid-murid.
Cenderahati tersebut telah disampaikan oleh Guru Besar Sekolah Kebangsaan
Methodist Sungai Siput. Murid-murid bersurai apabila selesai sesi penyampaian
ucapan terima kasih.
Selepas program ceramah ini telah berjaya kami laksanakan, kami mengemas
semula peralatan yang telah digunakan sepanjang program dijalankan dan
memastikan dewan dalam keadaan bersih dan teratur. Sepanjang program ini
berlangsung, murid-murid telah didedahkan dengan bahaya pengambilan dadah.
kepentingan disiplin dan kepimpinan yang sesuai dengan persekitaran seiring arus
pemodenan. Murid-murid juga disuntik semangat untuk lebih minat belajar dan
cinta akan ilmu pengetahuan. Murid-murid kelihatan begitu bersemangat semasa
sesi ceramah dijalankan. Diharapkan semangat dan kesedaran yang telah disuntik
dari program ini akan berkekalan dan menjadikan mereka murid-murid yang akan
mencapai kejayaan yang cemerlang dan memastikan dirinya bebas daripada najis
dadah. Sepanjang menjalankan projek ini kami telah menimba banyak
pengalaman. Namun memperolehi banyak kebaikan melaui program ini, namun
terdapat beberapa kelemahan yang tidak dapat dielakkan.
Melaui Program Pendidikan Pencegahan dadah, murid - murid telah berpeluang
untuk mengetahui bahaya dadah secara keseluruhanya. Sepanjang minggu
tersebut, pertandingan yang telah dirancang telah berjalan dengan lancar. Aktiviti
yang telah dirancang mendapat sambutan yang baik daripada murid.
Projek minggu anti dadah ini banyak memberi pengalaman yang berharga kepada
kami sebagai guru pelatih yang bakal menjejakkan kaki ke dunia pendidikan. Kami
telah mempelajari banyak ilmu yang baru seperti membuat kertas kerja projek,
berurusan dengan agensi yang terlibat mengatur aktiviti dan pelbagai lagi. Oleh itu
ilmu ini tidak akan kami sia-siakan dan akan dimanfaatkan untuk kegunaan masa
akan datang.
Walaupun terdapat, banyak kebaikan namun terdapat beberapa kelemahan yang
tidak dapat dielakkan. Sepanjang menjalankan program ini, kami menghadapi
masalah dalam kawalan murid. Sesi penceramahan telah diadakan selepas waktu
rehat murid tahab dua. Selepas rehat murid kelihatan seronok dan berlari dan
bermain. Ia mengambil masa yang agak lama untuk kami mengatur murid mengikut
kelas.

Projek kedua iaitu projek individu saya adalah berkaitan Minggu Sejarah. Pada
minggu pertama juga, saya telah berbincang dengan guru pembimbing kami
berkaitan projek individu yang perlu dilaksanakan untuk memenuhi kursus
Internship. Beliau telah memberikan beberapa cadangan projek yang sesuai untuk
dilaksanakan dalam jangka masa saya berada di SK Methodist Sungai Siput. Walau
bagaimanapun, beliau menyarankan agar saya berbincang dengan Guru Besar
memandangkan keputusan muktamad berada di tangan Guru Besar. Rentetan
daripada itu, saya telah berjumpa Guru Besar untuk berbincang tentang projek
kedua yang akan dijalankan.
Hasil perbincangan bersama Guru Besar, saya telah dicadangkan untuk
melaksanakan projek Minggu Sejarah. Hal ini adalah kerana murid murid
memerlukan pengetahuan dalam subjek sejarah selain daripada mereka belajar
dalam bilik darjah. Selain itu, minggu sejarah ini dijalankan dengan tujuan
menyemai perpaduan dalam kalangan murid dari pelbagai kaum. saya bercadang
untuk mengadakan pertandingan mewarnakan poster bertemakan Satu Malaysia.
Saya memilih peserta dari tahun 4,5 dan 6.

You might also like