You are on page 1of 3

PENYATAAN SEBELUM PBS

Sebelum menjalankan pengalaman berasaskan sekolah (PBS), semua pelajar semester


Tahun 2 Semester 1 Ambilan Jun 2015 telah diberi taklimat untuk berkaitan tugasan yang
diamanahkan oleh Unit Pratikum Institut Pendidikan Guru Kampus Pulau Pinang. Taklimat
tersebut adalah penting kerana ianya memberi gambaran awal kepada pelajar guru tentang
tugasan yang perlu dilaksanakan semasa pergi ke sekolah kelak. Semasa taklimat tersebut
diberikan, pihak unit praktikum turut memberikan edaran berkaitan senarai semak dan bahan-
bahan yang kami perlukan untuk melengkapkan tugasan PBS ini. Saya membaca dengan teliti
dan memahami apa yang dikehendaki dalam tugasan PBS.

Dengan memahami soalan, proses mencari maklumat dan fokus utama yang
dikehendaki dalam soalan akan dapat saya lengkapkan dengan sepenuhnya seperti yang
dikehendaki. Selain itu, saya juga merancang dan mengurus maklumat yang saya perlukan
sepanjang tempoh menjalani PBS ini agar ianya bertepatan dengan kehendak soalan. Saya
berusaha melengkapkan diri dengan pengetahuan berkaitan tugasan. Di samping itu, perkara
penting yang perlu saya titikberatkan ialah saya perlu mengemaskini segala keperluan dan
menyediakan soalan sebelum berjumpa dengan staf-staf di Sekolah Kebangsaan St Peter
Saratok. Soalan-soalan tersebut adalah berkaitan dengan masalah-masalah yang berlaku di
sekolah untuk melengkapkan borang kolaborasi yang diperlukan untuk melengkapkan tugasan
PBS.

Selain daripada soalan-soalan tentang masalah yang berlaku di sekolah untuk


melengkapkan borang kolaborasi, soalan temu bual untuk tugasan dua aktiviti PBS iaitu
berkaitan persekitaran dan suasana bilik darjah turut saya sediakan. Pelbagai soalan telah saya
bina dengan harapan melalui soalan-soalan tersebut saya mampu memperolehi segala
maklumat yang dikehendaki untuk untuk melengkapkan tugasan PBS ini.
PENYATAAN SEMASA PBS

Semasa berada di sekolah, saya telah melaksanakan beberapa perkara yang


bersesuaian dengan objektif pelakasanaan PBS pada kali ini. Semasa sampai ke sekolah, saya
terlebih dahulu berjumpa dengan guru besar untuk melapor diri bagi tujuan Pengalaman
Berasaskan Sekolah (PBS). Setelah melapor diri kepada guru besar, saya memulakan aktiviti
PBS dengan mengadakan temu bual dengan warga sekolah. Saya telah menemu bual
beberapa orang staf sekolah yang terdiri daripada guru besar, penolong kanan hal ehwal murid
dan guru akademik biasa. Selain daripada staf-staf akademik, saya turut menemu bual seorang
murid darjah 2 berkaitan masalah yang sering berlaku dalam bilik darjah semasa aktiviti
pengajaran dan pembelajaran dan pembantu tadbir sekolah. Temu bual yang dilakukan adalah
untuk melengkapkan tugasan kolaborasi bersama warga sekolah.

Selain daripada menemu bual, saya turut mengadakan pemerhatian terhadap sekeliling
sekolah. Pemerhatian tersebut meliputi aktiviti-aktiviti yang dijalankan di dalam sekolah, tingkah
laku murid-murid, cara guru mengawal kelas dan sebagainya. Segala maklumat yang telah
saya perolehi daripada pemerhatian tersebut dianalisis segala kelebihan dan kekurangan yang
dikesan dan dijadikan sebagai pengalaman dan pengajaran kepada diri saya ketika saya
mengajar di sekolah kelak.

Di samping itu, saya turut mengedarkan borang soal selidik kepada pelajar-pelajar di
sekolah. Seramai 5 orang responden yang berumur 8 tahun yang terlibat dalam mengisi borang
soal selidik tersebut. Borang soal selidik tersebut diberi adalah untuk mengenalpasti budaya
guru-guru di sekolah, suasana bilik darjah dan sebagainya. Pada pendapat saya, aspek-aspek
tersebut adalah penting kerana dengan adanya guru yang baik dan prihatin serta suasana bilik
darjah yang kondusif maka ianya mampu melahirkan pelajar yang cemerlang.
PENYATAAN SELEPAS PBS

Selepas menjalani Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) di Sekolah Kebangsaan St


Peter Saratok, beberapa perkara telah saya lakukan dan juga terdapata beberapa pengalaman
yang boleh saya aplikasikan semasa saya mengajar kelak. Perkara yang telah saya lakukan
selepas PBS ialah saya mula mengemaskini fail portfolio PBS. Saya telah mengumpulkan
semua data yang telah diperolehi daripada sekolah dan menyediakan laporan bagi setiap satu
elemen yang dikehendaki dalam kertas tugasan yang telah diberi oleh Unit Praktikum IPGK
Pulau Pinang. Saya memastikan bahawa setiap bahan yang diperlukan ada terdapat dalam fail
PBS tersebut dengan menggunakan senarai semak agar tidak berlaku keciciran bahan.

Selain itu, pengalaman yang telah saya perolehi daripada guru-guru di sekolah ialah
daya kreativiti yang diaplikasikan oleh guru di sekolah. SK St Peter Saratok merupakan sebuah
sekolah yang kurang kemudahan dari segi teknologi maklumat dan komunikasi (TMK). Namun,
keadaan tersebut tidak menjadi batu penghalang kepada sesetengah guru di sekolah untuk
mengaplikasikan TMK ke dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Hal ini demikian kerana,
sesetengah guru di sekolah sanggup membelanjakan wang sendiri demi anak-anak murid di
sekolah untuk membeli pembesar suara, projektor mudah alih dan sebagainya agar murid-
murid di sekolah berpeluang mempelajari sesuatu subjek melalui TMK. Kesungguhan yang
ditunjukkan oleh guru-guru tersebut boleh saya jadikan contoh kerana kita sebagai seorang
pendidik sepatutnya perlu bekorban agar boleh melahirkan insan-insan yang cemerlang suatu
hari nanti.

Selain itu, pengalaman lain yang boleh saya aplikasikan semasa saya mengajar kelak
ialah cara guru mengawal kelas. Kemahiran mengawal kelas bukanlah suatu perkara yang
senang yang boleh dilaksanakan oleh guru. Kawalan kelas yang berkesan boleh memastikan
murid-murid di dalam kelas boleh belajar dengan suasana yang kondusif dan lebih mudah
menerima input daripada guru. Apa yang tertarik bagi saya ialah teknik time out dan Setteler
yang digunakan oleh guru adalah sangat berkesan untuk memastikan disiplin murid-murid di
dalam kelas sentiasa terkawal.

You might also like