You are on page 1of 4

Tugasan 1

Tuberkulosis dan pencegahan di kalangan kanak-kanak di Malaysia.

Menurut Dr. Robert Koch, Tuberkulosis merupakan penyakit berjangkit yang


disebabkan oleh sejenis bakteria Mycobacterium Tuberculosis. Ia merupakan penyakit
berjangkit tertua di dunia yang disebarkan melalui titisan pernafasan dan dilaporkan pertama
kali dijumpai di dalam serpihan tulang belakang mumia Mesir sekitar tahun 460 sebelum
Masihi. ( Malaysian Association for the Prevention of Tuberkulosis, MAPTB 2012 ) Paru-paru
adalah organ utama yang selalu dijangkiti. Tuberkulosis boleh merebak melalui udara, di
mana bakteria itu tersebar ke udara apabila seseorang yang menghidap penyakit TB batuk,
ketawa, menyanyi, atau bersin. Organ lain juga mungkin boleh dijangkiti termasuk otak,
tulang, kelenjar limfa, buah pinggang dan kulit. ( Dr. Fuad Hashim, 2012 )

Di Malaysia, penyakit TB muncul sebagai pembunuh nombor satu di Malaya di


antara tahun 1945 hingga 1957. Sehingga hari ini, Tuberkulosis kekal menjadi masalah
penyakit umum di Malaysia. Bukan sahaja orang dewasa, Bakhtiar (2016) menyatakan
bahawa tuberkulosis pada anak juga merupakan penyakit dengan tahap morbiditi yang
tinggi. Kanak-kanak yang berusia lima tahun senang terkena penyakit batuk kering kerana
sistem imun mereka lebih lemah. Berbanding orang dewasa, penyakit ini boleh merebak dan
bertambah teruk dengan lebih cepat apabila kanak-kanak yang dijangkiti ( Bakhtiar, 2016).
Tanda-tanda batuk kering kanak-kanak lebih kurang sama seperti orang dewasa tapi
mungkin nampak tidak terlalu jelas pada ibu bapa. Kanak-kanak dengan batuk berterusan,
selama dua minggu, yang menunjukkan penurunan berat badan, dan nampak lemah perlu
dinilai untuk penyakit batuk kering kanak-kanak. Lebih-lebih lagi jika kanak-kanak itu telah
terdedah kepada orang lain yang mengalami jangkitan batuk kering yang aktif.

Berdasarkan keputusan statistik Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO), telah


menganggarkan sejumlah 9 juta kes baru penyakit Tuberkulosis di seluruh dunia dan 1.5
juta kematian disebabkan oleh penyakit ini pada tahun 2014. Pada tahun tersebut juga
dianggarkan kes baru penyakit tuberkulosis di kalangan kanak-kanak adalah 550,000 kes
dan jumlah kematian kanak-kanak adalah 80,000 kes. Di Malaysia, kes Tuberkulosis yang
dilaporkan oleh Kementerian Kesihatan pada tahun 2014 adalah sejumlah 24,711 kes iaitu
peningkatan sebanyak 2.7% berbanding 24,071 kes yang dilaporkan pada tahun
sebelumnya (2013). Selain itu, Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah
(2019) megatakan bahawa, kadar kematian tibi pada tahun 2018 adalah 6.6 setiap 100,000
penduduk dan telah meningkat berbanding 6.5 setiap 100,000 penduduk pada tahun 2017.
Pendek kata, dalam era perubatan dan teknologi yang maju ini, Tuberkulosis masih tidak

1
Tugasan 1

boleh diabaikan terutamanya dalam golongan kanak-kanak yang mempunyai sistem imun
dan rintangan yang lemah.

Jadi, apakah faktor penyebaran Mycobacterium tuberculosis terutamanya terjadi


pada kanak-kanak? Menurut Prof. Dr. Kuswandi (2016), beliau mengemukakan salah satu
faktor penyebaran Mycobacterium tuberculosis. Menurut beliau, daya tahan tubuh
seseorang yang rendah akan menyebabkan penyebaran penyakit TB. Risiko terkena atau
terjangkit TB akan lebih mudah jika daya tahan tubuh seseorang menurun. (Prof. Dr.
Kuswandi , 2016) Di kalangan masyarakat, daya tahan tubuh yang rendah kebanyakan
adalah golongan kanak-kanak dan golongan orang tua. ( Rizki Prihartono, 2019 ) Tambahan
pula, Dr. Thomas Handoyo (2019) juga menentukan bahawa, berat badan yang rendah, usia
kurang dari 5 tahun hingga usia yang lebih dari 65 tahun juga turut memengaruhi tertularnya
penyakit TB. Dr. Thomas menjelaskan, beberapa penyakit yang melemahkan daya tahan
tubuh seseorang itu di antaranya adalah Diabetes Melitus (DM) dan juga HIV/AIDS. Pesakit
yang menderita penyakit ini akan lebih mudah dijangkiti dengan penyakit TB. Tambahan
pula, Dr Pither Sandy (2016) menjelaskan bahawa orang yang mengalami kekurangan
nutrien, kelemahan sistem imun, sekiranya udara yang sentiasa menyedut mengandungi
bakteria TB, mereka akan mudah dijangkit dengan penyakit tuberkulosis atau boleh
menyebabkan bakteria TB tersembunyi dalam badan mereka. Jadi, daya tahan tubuh badan
bagi kanak-kanak adalah amat penting untuk memastikan tidak mudah dijangkit oleh
penyakit TB.

Faktor yang kedua adalah kesedaran masyarakat terhadap penyakit yang rendah,
iaitu keluarga kanak-kanak keutamanya ibu bapa mereka kurang pengetahuan tentang
penyakit tuberkulosis. Menurut Noorsuzana Mohd Shariff (2017), tingkah laku
ketidakpatuhan terhadap rawatan didapati diakibatkan oleh kurangnya pengetahuan
mengenai penyakit tuberkulosis yang dihadapi mereka. Rata-rata keluarga pesakit dan juga
pesakit sendiri kurang faham tentang keseriusan penyakit ini ke atas kesihatan mereka
sekiranya tidak dirawat dengan baik. Pesakit menganggap Tuberkulosis sebagai sesuatu
perkara yang biasa seperti penyakit-penyakit respiratori lazim yang lain. Oleh sebab itu,
mereka tidak merasakan keperluan untuk mendapat rawatan ataupun mengambil ubatan
yang diberikan. Mengikut kajian begitu, kami boleh mengetahui bahawa walaupun
pendidikan kesihatan telah diberikan untuk awal rawatan, namun masih terdapat rakyat
Malaysia yang kurang faham bahawa penyakit tuberkulosis merupakan penyakit berjangkit
yang boleh disembuhkan. ( Noorsuzana Mohd Shariff, 2017) Oleh itu, ibu bapa yang kurang
pengetahuan tentang penyakit mungkin akan menyebabkan kanak-kanak menjadi mangsa
penyakit ini. Jika salah satu ahli keluarga dijangkiti penyakit dan tidak dirawat, maka kanak-
kanak turut akan dijangkit.

2
Tugasan 1

Bak kata pepatah, ‘sudah terantuk baru nak tengadah’, kita mestilah menjaga
kesihatan badan sebelum dijangkit oleh penyakit begitu, terutamanya golongan kanak-
kanak. Naga (2012) telah mencadangkan beberapa tindakan yang dapat dilakukan untuk
mencegah penyakit tuberkulosis. Salah satu adalah dari segi kesihatan dan kebersihan,
untuk mencegah penyakit tersebut daripada kanak-kank, ibu bapa memainkan peranan
yang penting. Naga (2012) mencadang bahawa pencegahan dapat dilakukan dengan
meningkatkan ketahanan terutamanya terhadap bayi, iaitu dengan memberikan vaksin BCG.
Vaksin ini diberi sebagai salah satu Program Immunisasi Malaysia iaitu semasa bayi lahir.
Semasa darjah satu, vaksin ini diberi semula jika tiada parut BCG di lengan anak.

Selain itu, pencegahan penularan juga dapat dicegah dengan melaksanakan


pembasmian bakteria, seperti cuci tangan, menjaga kebersihan rumah, dan memakai
topeng jika ada ahli keluarga yang terjangkit penyakit tuberkulosis supaya penularan
bakteria boleh dielakkan. Francis (2011) juga menyatakan pencegahan penyakit
tuberkulosis dapat dilakukan dengan makan makanan yang bergizi seimbang supaya daya
tahan tubuh meningkat untuk membunuh bakteria penyakit. Tegasnya, tidak semestilah
perlu mengambil makanan ataupun produk kesihatan yang mahal untuk menjamin kesihatan
diri sendiri. Perkumpulan Pemberantasan Tuberkulosis Indonesia (2010) turut menjelaskan
tentang pencegahan penularan tuberkulosis, iaitu mengamalkan gaya hidup yang sihat.
Contohnya, tidur dan istirahat yang cukup, tidak merokok, dan mengelakkan diri daripada
minuman alcohol. Kebiasaan merokok akan meningkatkan risiko untuk terjangkit
tuberkulosis sebanyak 2,2 kali. (Yuniar Widya, 2013)

Sehubungan dengan itu, kesedaran mengenai penyakit TB perlu diberikan perhatian


yang penting oleh masyarakat. Bukan sahaja dalam kalangan keluarga, pihak sekolah juga
perlu memberi perhatian yang serius mengenai kesihatan semua murid-muridnya. ( Mohd
Faiz Mohd Yaakob, 2017) Kerajaan telah mengambil perhatian yang serius mengenai
pendidikan kesihatan. Strategi pendidikan kesihatan secara jelas telah dinyatakan dalam
Rancangan Malaysia Ke-11 (Unit Perancang Ekonomi 2015). Sistem kesihatan terutamanya
perkhidmatan yang disediakan oleh sektor awam adalah meliputi seluruh negara dengan
penjagaan kesihatan yang komprehensif pada kos yang berpatutan kepada rakyat. Namun
begitu, kebanyakan orang dewasa tidak memberi perhatian terhadap keadaan kanak-kanak
dari semasa ke semasa. Berdasarkan Kementerian Kesihatan Malaysia 2016, sekiranya
terdapat murid yang mengalami batuk berterusan selama lebih dari 2 minggu, perlu
diberikan perhatian yang serius. Ahli keluarga atau individu yang rapat dengan murid
berkenaan juga perlu membuat pemeriksaan sekiranya mempunyai tanda-tanda penyakit
TB. Pengudaraan kawasan persekolahan juga perlu dititikberatkan. ( Mohd Faiz Mohd
Yaakob, 2017)

3
Tugasan 1

Amalan pencegahan telah dilakukan di sekolah dan perlu dilaksanakan dengan lebih
baik serta berkesan pada masa akan datang. Mohd Faiz Mohd Yaakob (2017)
mencadangkan bahawa rekod kesihatan murid perlu diwujudkan dan sentiasa dikemas kini.
Hubungan antara Pejabat Kesihatan Daerah (PKD), Perlembagaan Persatuan Ibu Bapa-
Guru (PIBG),dan pihak sekolah juga perlu sentiasa diperkukuhkan agar maklumat terkini
mengenai pendidikan kesihatan dapat disampaikan dengan lebih berkesan. Pemimpin
sekolah perlu prihatin dengan isu kesihatan semasa dan mempunyai hubungan yang akrab
dengan PKD yang berdekatan. Apabila terdapat satu kes disahkan positif dalam sebuah
kelas, tindakan menutup kelas tersebut selama tujuh hari dari tarikh pengesanan boleh
dilaksanakan dengan pandangan daripada pegawai kesihatan daerah. Penutupan sekolah
hendaklah dilaksanakan oleh pengurus sekolah dengan kelulusan daripada Ketua Pengarah
Pelajaran Malaysia (KPPM) menerusi Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan Jabatan
Pendidikan Negeri (JPN). Tempoh penutupan adalah selama 7 hari berturut-turut dari tarikh
kuat kuasa penutupan. (Jamal Nordin Yunus , 2017 )

Pihak sekolah juga boleh menganjurkan beberapa aktiviti promosi seperti taklimat,
kempen yang bertema penyakit dan lain-lain. Oleh itu, kefahaman dan tanggungjawab
bersama dimainkan oleh semua pihak. Selain itu, Program Tunas Doktor Muda merupakan
aktiviti kokurikulum pada peringkat sekolah rendah perlu diperluas kepada peringkat
prasekolah bagi memupuk amalan kesihatan yang baik. Untuk melaksanakan program
tersebut, guru harus dilatih dengan kemahiran khusus bagi membimbing kanak-kanak agar
mengamalkan amalan kesihatan yang baik dalam aspek kebersihan asas, diet sihat,
keselamatan makanan, kesihatan alam sekitar, aktiviti fizikal dan kesihatan mental. ( Jamal
Nordin Yunus , 2017)

Kesimpulannya, tuberkulosis sememangnya bukanlah suatu isu baru dan turut


dikenal pasti sebagai salah satu cabaran yang memberi impak negatif ke atas usaha-usaha
menangani bebanan tuberkulosis dalam komuniti sekolah. Kesedaran mengenai
tuberkulosis ini perlu diberikan perhatian yang penting oleh masyarakat. Oleh itu, banyak
usaha perlu dijalankan oleh semua pihak antaranya seperti ibu bapa perlu memastikan
kebersihan rumah dan menyediakan sumber nutrisi yang seimbang untuk kanak-kanak. Ibu
bapa turut boleh bekerjasama dengan pihak guru untuk menjaga kesihatan kanak-kanak
bersama-sama terutamanya memerhatikan kanak-kanak yang berbatuk berterusan lebih
dari dua minggu. Pemimpin sekolah juga perlu cakna dan memahami langkah-langkah yang
perlu dilakukan sekiranya tuberkulosis ini telah berlaku di sekolah supaya kesihatan kanak-
kanak terjamin. Pendek kata, kesejahteraan perhubungan daripada KPM dan KKM perlu
diselaraskan bersama. Harapan dan tanggungjawab ini perlu difahami bersama agar
kesihatan yang berkualiti dapat dinikmati bersama pada masa akan datang.

You might also like