You are on page 1of 2

Lampiran C

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah: SMK PEKULA JAYA Kod Sekolah: KEE3056

1. Nama Guru
NOR HAYATUN BINTI MOHD ZAIN

2. Judul SINERGI DALAM PENGURUSAN 3. Bidang:PERKHIDMATAN


SEKOLAH
4. Tarikh Pembentangan 5. Masa:

6. Tempat Pembentangan
7. Sinopsis

Buku ini mengandungi 144 mukasurat dan dikarang oleh Hamedah Wok Awang dan Normah Teh.

Buku ini diterbitkan oleh PTS Publishing House.Buku ini mengandungi panduan praktis dalam
mewujudkan pasukan pengurus sekolah cemerlang. Buku ini juga menceritakan tentang peranan
sekolah sebagai institusi social yang penting pada Negara. Ia menyediakan modal insan dari segi
tenaga kerja berkemahiran, separa mahir dan staf biasa. Bukan itu sahaja, kandungan buku ini
juga banyak membincangkan peranan pengetua, pentadbiran, guru-guru, pelajar, kakitangan
sokongan, dan ibu bapa sebagai satu pasukan dalam mewujudkan sekolah cemerlang. Buku
yang bertajuk sinergi dalam pengurusansekolah ini juga menyentuh dengan lebih mendalam
mengenai tajuk-tajuk utama seperti pengetua sebagai peneraju kecemerlangan, pasukan
mengurus kecemerlangan,guru pendukung kecemerlangan, pelajar sebagai penunjuk aras
kecemerlangan, dan ibu bapa sebagai rakan kongsi

8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran

Nilai pengetahuan yang saya perolehi melalui buku ini ialah mengenai peranan seorang guru
dalam mewujudkan sekolah yang cemerlang. Namun nilai yang paling saya sukai dalam buku ini
ialah nilai kerja secara berpasukan dalam sekolah bagi membentuk satu pasukan yang efisien
dalam melaksanakan tugas dan peranan masing-masing. Selain itu,buku yang bertajuk sinergi
dalam pengurusan sekolah ini juga banyak memberikan pengetahuan baharu dalam pengurusan
sekolah sama ada sebagai pengetua,pentadbiran,guru-guru,kakitangan sokongan, ibu bapa dan
pelajar
9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

Dapat menambahkan pengetahuan sedia ada tentang skop peranan guru yang sangat penting
dalam organisasi

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

........................................................ ........................................................
( Nor Hayatun binti Mohd Zain ) ( )

You might also like