You are on page 1of 2

LATIHAN ULANG KAJI KAJIAN KES 5

Baca kajian kes di bawah dan jawab soalan yang mengikutinya.

Tan Sri Datuk Haji Mustapha Kamal

Tan Sri Datuk Haji Mustapha Kamal adalah seorang bekas penuntut Universiti Malaya
dalam jurusan Sejarah pada tahun 1970. Beliau telah memulakan kerjaya dalam
perkhidmatan Kerajaan di Pejabat Daerah dan Tanah Selangor sebagai Penolong Pegawai
Daerah sehingga dilantik sebagai Timbalan Pesuruhjaya Tanah dan Galian Selangor.
Kemudian beliau beralih ke sektor swasta di mana beliau telah dilantik sebagai Pengarah
Urusan Shah Alam Properties Sdn. Bhd.
Pada peringkat kerjaya inilah beliau mula memperkukuhkan pelbagai kemahiran,
pengetahuan, pengalaman dan kecekapan yang diperlukan dalam pembangunan hartanah
sehingga beliau berjaya menubuh dan memajukan perniagaan sendiri iaitu Kumpulan
Syarikat Emkay yang kini dikenali sebagai MK Land Holdings Berhad pada tahun 1983.
Pengalaman selama kira-kira 21 tahun dalam industri pembangunan hartanah, Tan Sri Datuk
Haji Mustapha Kamal dikenali sebagai seorang Pengerusi Eksekutif yang aktif dan praktikal
serta dihormati dalam kalangan pekerja, rakan dan pesaing perniagaannya. Sepanjang
kariernya menyelia dan menentukan sendiri hala tuju operasi Kumpulan syarikatnya dengan
merangka wawasan serta matlamat yang jelas, pada masa yang sama, beliau mencurahkan
pengetahuan luas yang dimiliki dalam industri kepada kakitangannya.
Asalnya MK Land Holding Berhad dikenali sebagai Perfect Food Industries Sdn Bhd
yang melibatkan diri dalam pembuatan dan penjualan biskut dan bahan makanan melalui
kilang mereka di Melaka. Namun pada 2003, beliau menjual semua sahamnya dalam Perfect
Food Industries dan beberapa anak syarikat lain kerana mahu menumpukan perniagaan
syarikatnya pada pembangunan hartanah dan pelaburan.
Akhirnya beliau berjaya membawa status MKLand selaku syarikat pengurusan hartanah
yang berjaya membangunkan kawasan-kawasan yang dahulunya agak terpencil dan tidak
mendapat perhatian kepada kawasan elit yang lengkap dengan infrastruktur teknologi
maklumat dan komunikasi seperti kawasan Damansara Perdana, Cyberjaya. Kawasan itu
kini muncul sebagai pusat membeli belah, fesyen, makanan dan hiburan dengan pusat beli
belah seperti One Utama, IKEA, Tesco, The Curve dan Cathay Cineleisure. MKLand juga
terlibat dalam industri perhotelan dan tempat peranginan seperti Bukit Merah Laketown
Resort dan Langkawi Lagoon. Beliau berani memulakan sesuatu yang baru dengan
mengetengahkan cara hidup “e-lifestyle township” yang moden dan berteknologi tinggi di
kawasan perumahan di bawah syarikat MKLand.
Tan Sri Datuk Haji Mustapha Kamal juga banyak memberi sumbangan kepada industri
hartanah temapatan dan antarabangsa. Antaranya, beliau adalah Pengarah South-South
Corporation Berhad (MASSCORP), ahli jawatankuasa Eksekutif Persatuan Selatan-Selatan
Malaysia (MASSA) dan Penyelaras Negara bagi Afrika. Atas sumbangan besar ini, beliau
telah diberi beberapa anugerah sebagai penghargaan terhadap sumbangan besar yang
dicurahkan sepanjang kariernya. Antaranya Anugerah Usahawan Cemerlang Selangor pada
1995, FIABCI Property Man of The Year Award 1997 serta Anugerah Personaliti
Cemerlang Industri Pembangunan Tahun 2001. Pada 2002, beliau menerima Anugerah
Fellowship DPMMKL, Anugerah Khas Tokoh Maal Hijrah 2003 dan mendapat
pengiktirafan “Professor Adjung” dari Universiti Utara Malaysia pada 2004.
[http://malaysiantopusahawanproperty.html yang dicapai pada 24 Feb 2017]
Berdasarkan kes di atas,
i. Jelaskan jenis kuasa yang dimiliki oleh Tan Sri Datuk Haji Mustapha Kamal. [12]
ii. Jelaskan bagaimana ciri kepimpinan berwawasan beliau membantu kejayaan [9]
MKLand Holding Berhad.
iii. Terangkan jenis-jenis kemahiran yang dimiliki Tan Sri Datuk Haji Mustapha [9]
Kamal.

You might also like