You are on page 1of 12

TEMA : SEJARAH TOKOH

TAJUK : SUMBANGAN DAN PERANAN TAN SRI ALI RUSTAM


DALAM SEKTOR PELANCONGAN DI NEGERI MELAKA (1999-2013)
NAMA : FARISHA NASUHA BINTI FAZILAN
KELAS : SEMESTER 2 SASTERA 2
1.0 PENGENALAN
◦ Kajian ini telah difokuskan kepada sejarah penglibatan Tan Sri Haji Mohd Ali Bin Mohd
Rustam dalam bidang pelancongan dengan melihat kepada kepentingan beliau dari sudut
peranan dan sumbangannya dalam dunia pelancongan dan pembangunan di negeri Melaka dari
tahun 1999 hingga tahun 2013 iaitu sewaktu beliau memegang jawatan Ketua Menteri Melaka.
Penglibatan awal dan peranan beliau sebagai ahli politik juga turut dikaji. Sumbangan dan
pencapaian beliau yang baik sepanjang tempoh masa tersebut telah menjadikan beliau begitu
dikenali dan disegani ramai pihak.
◦ Kajian juga berkisar tentang keupayaan beliau sebagai Ketua Menteri Melaka yang
menggunakan peluang untuk terlibat dalam pembangunan negeri. Pengkaji juga telah
meninjau dengan sendiri ke kawasan yang dibangunkan di negeri Melaka hasil daripada idea
beliau.
OBJEKTIF KAJIAN
◦ Menghurai latar belakang tokoh iaitu seorang ahli politik yang terkenal di
Negeri Melaka.
◦ Menilai peranan dan sumbangan yang telah diberikan oleh tokoh sepanjang
penglibatan dalam pentadbiran bidang pelancongan negeri Melaka.
◦ Mengenalpasti cabaran yang dihadapi oleh Tan Sri Ali Rustam dalam
mempergiatkan pembangunan sektor pelancongan negeri sepanjang beliau
menjadi Ketua Menteri Melaka.
2.0 LATAR BELAKANG TOKOH
◦ Tan Sri Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam lahir pada 24 Ogos 1949 di Kampung Bukit Katil, Melaka.
◦ Sekolah pertama beliau ialah Sekolah Rendah Kebangsaan Bukit Katil yang terletak di kawasan tempat tinggal beliau pada
ketika itu. Kemudian menjelang sekitar tahun 1962, beliau telah melanjutkan pelajaran ke sekolah menengah iaitu Sekolah
Tinggi Melaka.
◦ Pada tahun 1984, beliau telah menerima Ijazah Kepujian Sarjana Muda Kemasyarakatan (Ekonomi Pembangunan) dari
Universiti Sains Malaysia(USM).
◦ beliau mendirikan rumahtangga bersama Datin Sri Hajah Asmah pada 1985 dan dikurniakan 3 orang cahaya mata.
◦ Jawatan yang pernah disandang:
1. Pegawai Kerani di Tenaga Nasional (TNB)
2. Penolong Pengarah KEMAS negeri Kedah
3. Pengarah KEMAS negeri Perlis, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Melaka
4. Setiausaha Khas kepada Y.A.B Ketua Menteri Melaka (1986)
5. Timbalan Menteri Pengangkutan dari (1995–1999)
6. Timbalan Menteri Kesihatan (1999)
7. Ketua Menteri Melaka (1999-2013)
3.0 PERANAN TOKOH
◦ 3.1 Ketua Menteri Melaka
Dibawah kepimpinan Tan Sri Ali Rustam, juga telah menggariskan dan menghimpunkan
pencapaian Melaka dalam satu dokumen yang dikenali sebagai “Rekod Cemerlang Melaka” atau
“Melaka First”. Terdapat lebih dari 140 kejayaan telah dicipta oleh Melaka. Ketiga-tiga pihak
berkuasa tempatan(PBT) di negeri ini telah berjaya dinaiktaraf serta beliau menambah pihak
berkuasa tempatan baharu iaitu MPHTJ pada 2010.
◦ 3.2 Pengerusi Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka
Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka(PKNM) merupakan antara badan peneraju utama bagi
sektor pelancongan di Melaka pada waktu itu. . PKNM merupakan antara agensi yang
bertanggungjawab dalam bidang ini dengan merancang dan menyediakan kemudahan serta
prasarana bagi menarik lebih ramai pelancong domestic dan luar negara serta membantu kerajaan
negeri dalam menggalakkan dan memeperkenalkan Negeri Melaka di pasaran domestic dan
antarabangsa. Beliau sebagai pengerusi PKNM merancang beberapa projek kawasan-kawasan
pelancongan.
◦ 3.3 Pemangkin Pelan Induk Pelancongan Negeri Melaka
Pada Mei 2001, satu pelan induk pelancongan negeri Melaka telah disediakan bagi mengawal
projek pembangunan yang akan dilaksanakan di sekitar kawasan pelancongan negeri Melaka.
Tan Sri Ali Rustam yang merupakan Ketua Menteri pada ketika itu dan juga peneraju pelan ini
berpendapat bahawa pelan induk ini adalah perlu bagi meyakinkan pelabur asing yang berminat
menceburi bidang pelancongan di negeri ini.
4.0 SUMBANGAN TOKOH
◦ 4.1 Sumbangan Peringkat Negeri
◦ 4.1.1 Melaka Negeriku Sayang, Negeri Bandar Teknologi Hijau
Negeri telah mencapai status Negeri maju pada tahun 2010 menerusi kerangka 32 indikator OECD yang
meliputi 5 sektor utama iaitu ekonomi, social, alam sekitar, infrastruktur dan pentadbiran. Misi kerajaan
Negeri Melaka seterusnya ialah untuk mendukung misi dan visi negara menerusi acuan Melaka Maju,
Negeri Bandar Teknologi Hijau.
◦ 4.1.2 Mengilhamkan idea Melaka River Cruise
. Penubuhan Melaka River Cruise merupakan ilham dan idea daripada Mantan Ketua Menteri Melaka yang
ke-sembilan, Tan Sri  Hj. Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Untuk melihat Sungai Melaka maju setanding
dengan Sungai St Antonio di Texas dan setaraf dengan Sungai Venice di Itali.
◦ 4.1.3 Mengilhamkan Menara Taming Sari
◦ Menelan perbelanjaan 24 juta termasuk bangunan sokongan – Melaka house, menara dengan ketinggian
110 meter telah dibuka pada 18 April 2008. Tan Sri Ali Rustam menggunakan kepakaran dari Switzeland
untuk menyiapkan menara ini.
◦ 4.2 Sumbangan Peringkat Kebangsaan
◦ 4.2.1 Melaka Maju 2010
Tan Sri Ali Rustam merupakan Ketua Menteri Melaka pertama yang mensasarkan visi Melaka Maju 2010. Sasaran ini
dibentuk untuk melihat pencapaian dan kejayaan dari segi pembangunan dan ekonomi negeri Melaka terus berkembang
menjadi sebuah negeri maju
◦ 4.2.3 Melawat Melaka Bersejarah Bererti Melawat Malaysia
Slogan “Melawat Melaka Bersejaerah Bererti Melawat Malaysia” yang diilhamkan oleh Tan Sri Haji Mohd Ali bin Mohd
Rustam adalah untuk mempopularkan Melaka sebagai destinasi pelancongan utama di negara ini. Slogan ini secara
ringkasnya dapat memberi gambaran kepada pelancong bahawa Melaka adalah destinasi yang perlu dilwatai untuk mengenali
Malaysia.

◦ 4.3 Sumbangan Peringkat Antarabangsa


◦ 4.3.1 Melaka UNESCO
Pada tahun 2008, bandar bersejarah Melaka telah disenaraikan sebagai tapak warisan dunia UNESCO. Perisytiharan itu
mengiktiraf  500 tahun perdagangan dan pertukaran budaya antara Timur dan Barat di Selat Melaka. Bandar ini menyajikan
pemandangan menarik sebagai tambahan warisan Malaysia yang unik. UNESCO mengisytiharkan Melaka sebagai Tapak
Warisan Dunia berdasarkan contoh luarbiasa kepelbagaian budaya di bandar ini dan hakikat ia merupakan testimoni sebenar
kepelbagaian warisan budaya.
5.0 CABARAN TOKOH
◦ 5.1 Krisis pembahagian tanah
◦ Tan Sri Ali Rustam sedar betapa tanah adalah satu-satunya alat pelaburan dan juga modal yang penting bagi
sesuatu entiti menjana pendapatan. Pada tahun tersebut penduduk di Melaka hanyalah 602 ribu orang penduduk.
Hal ini demikian membuatkan sumber kewangan bagi negeri Melaka tidak dapat dijana sebaik mungkin.
◦ Pada tahun 2002, beliau sendiri sebagai Penerusi Tanah meneliti setiap permohonan tanah sama ada dari individu
ataupun dari pihak swasta dan pertubuhan. Tanah hanya diberikan kepada mereka yang betul-betul memerlukan
sahaja. Oleh itu Tan Sri Ali Rustam mengambil inisiatif ini memberi kelulusan tanah untuk membuka lebih
banyak kawasan pelancongan di Melaka
◦ 5.2 Masalah sungai Melaka
◦ Struktur air di sungai Melaka yang keruh dan dalam keadaan tidak bersih membuatkan projek pembinaan Melaka
River Cruise tertangguh sementara. Hal ini demikian kerana, sungai Melaka merupakan sumber air utama bagi
penduduk di sekitar sungai. Oleh itu, kualiti air dan bau sungai Melaka ditahap merunsingkan.
◦ Tan Sri Ali Rustam sewaktu itu telah mengambil inisiatif dalam membangunkan Sungai Melaka dan menjadi
pusat tarikan pelancongan moden di negeri ini. Inisiatif ini dilakukan melalui projek pengindahan dan pemulihan
sungai Melaka yang dibahagikan kepada tiga fasa.
6.0 KESIMPULAN
◦ Setelah menjalankan kajian ini, pengkaji boleh membuat satu kesimpulan bahawa
kajian ini mampu menjadi suatu medium yang wajar digunakan bagi
memperkenalkan tokoh sejarah iaitu Tan Sri Mohd Ali Bin Mohd Rustam dengan
mengkaji dan mengenal pasti peranan, sejarah penglibatan awal, sumbangan serta
kejayaan yang dikecapi beliau sepanjang tempoh yang telah ditetapkan. Selain itu,
melalui kajian ini juga penulis dapat mengetahui sejarah hidup tokoh dan
menjadikannya sebagai suatu inspirasi bagi pengkaji serta pembaca untuk
mencapai kejayaan sendiri pada masa hadapan. Pengkaji juga ingin mengemukakan
cadangan iaitu kajian sebegini harus dijalankan dengan lebih kemas dan mantap
pada masa akan datang oleh pengkaji-pengkaji lain bagi mendapatkan keputusan
yang lebih baik dan jitu.

You might also like