You are on page 1of 7

SJK(T) LADANG BUKIT MERTAJAM

PETI SURAT 4, 09700 KULIM,


KEDAH DARUL AMAN.
Kod Sekolah : KBD5051 Telefon : 04-4037636

KERTAS KERJA
PROGRAM
MBMMBI
2023

ANJURAN PANITIA BAHASA MELAYU


1. NAMA PROGRAM
PELANCARAN PROGRAM MBMMBI 2023

2. ANJURAN BERSAMA
Panitia Bahasa Melayu SJKT Ladang Bukit Mertajam

3. PENGENALAN
Dalam menuju era globalisasi, penguasaan Bahasa Inggeris amat penting di kalangan
masyarakat negara kita terutama sekali bagi warga sekolah khususnya murid-murid.
Selaras dengan dasar NKRA salah satu daripada teras utamanya adalah untuk
memartabatkan Bahasa Melayu dan memperkukuhkan Bahasa Inggeris di sekolah.
Pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memandang serius dalam
meningkatkan kemahiran berbahasa Melayu dikalangan guru dan murid-murid serta
komuniti dengan mewujudkan Program Memartabatkan Bahasa Melayu dan
Memperkukuhkan Bahasa Inggeris (MBMMBI). Untuk membudayakan Bahasa
Melayu di peringkat sekolah, pendedahan terhadap Bahasa Melayu ini amat penting
dan harus dilaksanakan secara konsisten bermula daripada sekolah rendah lagi. Dalam
usaha mewujudkan suasana berbahasa Melayu, pembelajaran bukan sahaja boleh
dilaksanakan secara formal di dalam kelas tetapi merangkumi aktiviti-aktiviti yang
seronok dan menarik.

4. MATLAMAT
Mewujudkan budaya yang ingin belajar dan berkomunikasi menggunakan Bahasa
Melayu secara aktif dan berterusan sama ada ketika sesi pembelajaran, di luar kelas,
atas talian dan juga semasa aktiviti-aktiviti luar bersama komuniti. Ia adalah selaras
dengan matlamat Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Kulim Bandar Baharu dalam
meningkatkan prestasi murid dalam Bahasa Melayu.

5. OBJEKTIF
5.1 Menanamkan minat di kalangan murid, guru dan komuniti terhadap
Bahasa Melayu dalam pembelajaran Bahasa Melayu di luar
kelas formal.
5.3 Melaksanakan arahan KPM iaitu membudayakan Bahasa Melayu di
kalangan murid, guru serta komuniti sekolah.

6. KUMPULAN SASARAN
Semua murid dan guru khususnya serta ibu bapa dan komuniti secara
amnya.
7. BUTIRAN PELAKSANAAN PROGRAM
- JANGKA MASA
14 Mei 2023 – 14 Jun 2023
- TEMPAT
SJKT LADANG BUKIT MERTAJAM
- TENTATIF PROGRAM
7.1 Pelancaran Program MBMMBI.
Berlangsung pada waktu perhimpunan pagi hari Ahad pagi. Guru Besar memberi
ucapan perasmian seterusnya merasmikan Minggu MBMMBI. Ia disertakan dengan
persembahan murid daripada Hikayat Hang Tuah.

7.2 Pelaksanaan Minggu MBMMBI mengikut tahun.


Ketua Penyelaras program telah mengadakan mesyuarat bersama guru dan telah
mengagihkan tugas kepada AJK program. Pertandingan diadakan untuk Pra-sekolah
hingga Tahun 6. Poster bersama syarat pertandingan telah disediakan untuk semua
pertandingan.
Tempoh pelaksanaan adalah selama sebulan iaitu bermula dari 14 Mei hingga 14 Jun
2023. Sebanyak enam pertandingan telah diagihkan kepada ahli Panitia BM dan
diberi tanggungjawab untuk memastikan ia berjalan secara aktif dan lancar. Butiran
adalah seperti berikut.

Tarikh
Bil Pertandingan Guru bertugas
berlangsung

21/5 -
1 Pertandingan bina ayat mudah Pn.Puvaneswari (Tahun 1 )
23/5/2023

Pn.Eswary &
2 Pertandingan melafaz pantun 18/5/2023
Pn. Puvaneswari (Tahun 2)

Pn.Eswary & Pn.Bavaani


3 Pertandingan cerita pendek 23/5/2023
(Tahun 3)

21/5 - Pn,Kalarani&Pn.Bavaani
4 Buletin BMR
24/5/2023 (Tahun 4)

5 Pertandingan bercerita 21/5/2023 Pn.Kaliyama (Tahun 5)

Pn.Kalarani dan Pn.Bavaani


6 Pertandingan mendeklamasi sajak 21/5/2023
(Tahun 6)

7 Menyusun huruf menjadi perkataan 18/5/2023 Pemulihan tahun 2


8 Membaca ayat yang mudah 19/5/2023 Pemulihan tahun 3

10. AHLI JAWATANKUASA KERJA


Penasihat
Pn.Aruna Thannimalay
(Guru Besar)

Pengerusi
Pn.Murugammal
(Guru Penolong Kanan Ko-Kurikulum)

Naib Pengerusi
(1) Pn. Santhi (Guru Penolong Kanan Pentadbiran)
(2) Pn. Kannamal (Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid)

Ketua Penyelaras Program


Puan Kaliyama Conabayan
(Ketua Panitia Bahasa Melayu)

Penolong Penyelaras Program


Pn.Puvaneswari

Setiausaha Program
(1) Puan Bavaani
(2) Puan Kalarani

Ahli Jawatankuasa Program


Panel Bahasa Inggeris

9. IMPLIKASI KEWANGAN
9.1 Sumber Kewangan
– Jumlah Peruntukan PCG matapelajaran Bahasa Melayu RM450.00

11. ANGGARAN BELANJAWAN

 Pertandingan bina ayat mudah ( Year 1V & 1S )


 Tempat Pertama (RM12.00 x 2) RM 24.00
 Tempat Kedua(RM 5.00 x 2) RM 10.00
 Tempat Ketiga(RM 3.00 x 2) RM 6.00
 Pertandingan melafaz pantun ( Year 2V & 2S )
 Tempat Pertama (RM12.00 x 2) RM 24.00
 Tempat Kedua(RM 5.00 x 2) RM 10.00
 Tempat Ketiga(RM 3.00 x 2) RM 6.00
 Pertandingan cerita pendek ( Year 3V & 3S )
 Tempat Pertama (RM12.00 x 2) RM 24.00
 Tempat Kedua(RM 5.00 x 2) RM 10.00
 Tempat Ketiga(RM 3.00 x 2) RM 6.00
 Buletin BMR ( Year 4V & 4S )
 Tempat Pertama (RM12.00 x 2) RM 24.00
 Tempat Kedua(RM 5.00 x 2) RM 10.00
 Tempat Ketiga(RM 3.00 x 2) RM 6.00
 Pertandingan mendeklamasi sajak ( Year 5V & 5S )
 Tempat Pertama (RM12.00 x 2) RM 24.00
 Tempat Kedua(RM 5.00 x 2) RM 10.00
 Tempat Ketiga(RM 3.00 x 2) RM 6.00

 Menyusun huruf menjadi perkataan ( Year 6V & 6S )


 Tempat Pertama (RM12.00 x 2) RM 24.00
 Tempat Kedua(RM 5.00 x 2) RM 10.00
 Tempat Ketiga(RM 3.00 x 2) RM 6.00

 Menyusun huruf menjadi perkataan (Pemulihan tahun 2)


 Membaca ayat yang mudah (Pemulihan tahun 3)
 Tempat pertama (RM12.00 x 2) RM 24.00
 Tempat kedua (RM 5.00 x 2) RM 10.00
 Tempat ketiga (RM 3.00 x 2) RM 6.00
JUMLAH RM 280.00

Penutup:
Semua AJK program mengharapkan aktiviti yang dirancang berjalan dengan sempurna dan
mencapai matlamatnya. Disamping itu, program ini juga dapat merealisasikan hajat PPD di
dalam peningkatan prestasi murid SJKT Ldg BMR dalam matapelajaran Bahasa Melayu.
Disediakan oleh: Disahkan Oleh:

....................................... …………….……………..
Pn.Kaliyama a/p Conabayan
Ketua Panitia Bahasa Melayu

KERTAS CADANGAN
PELANCARAN PROGRAM MBMMBI 2023

KEPUTUSAN PENGURUS SEKOLAH


Meluluskan Kertas Cadangan [Pelancaran Program MBMMBI]

Atau

Tidak meluluskan Kertas Cadangan [Pelancaran Program MBMMBI]

Ulasan
…………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………

(NAMA PENGURUS SEKOLAH)


Jawatan :
Nama Sekolah :
Tarikh :

You might also like