You are on page 1of 3

Skrip

Tajuk: Kes Pembuangan Bayi (Forum Meja Petak)

Lakonan: Nur Dayana (Pengacara Forum Meja Petak)

Taufiq (Pu Taufiq)

Thangkamalar (Netizen)

Nurul Nabilah (Wartawan)

Iklan tentang pembuangan bayi.

Lagu dimainkan.

Forum bermula.

Pengacara : Assalamualaikum, salam sejahtera. Bersama saya Nur Dayana di Meja Petak yang
membincangkan tentang topik-topik yang hangat pada masa kini. Apa khabar anda
semua? Sihat? Alhamdulillah. Saya pun sihat juga. Pada minggu ini, kita akan
membincangkan topik yang hangat iaitu kes pembuangan bayi. Sedia kita makum
bahawa kes pembuangan bayi itu adalah topik yang paling hangat untuk pada masa
kini. Jadi, untuk minggu ini kita akan bersama dengan seorang PU. Nak tahu siapa PU
itu? Kembali selepas ini.

Iklan.

Lagu dimainkan.

Forum meja petak bermula.

Pengacara: Bersama saya di meja petak. Mesti anda tak sabarkan nak tahu siapa PU jemputan
kita? Mari kita persilakan, PU Taufiq.

PU Taufiq masuk dan duduk.

Pengacara: PU Taufiq apa khabar?

PU Taufiq: Khabar baik.

Pengacara: Apakah perkembangan PU Taufiq buat masa sekarang ini?

PU Taufiq: Alhamdulillah, sekarang ini saya sedang mengikuti program kemanusiaan di Gaza.
Dan saya baru balik daripada Gaza pada minggu lepas.

Pengacara: Oh, jadi semuanya baik-baik sahaja?

PU Taufiq: Ye.

Pengacara: Hari ini kita akan membincangkan tentang topik kes pembuangan bayi. Jadi, topik ini
kita akan bersama dengan PU Taufiq.

Bertanya soalan kepada PU Taufiq.

Pengacara: PU Taufiq, saya nak tanya apakah punca yang berlaku kes pembuangan bayi ini?
PU Taufiq: Baiklah. Dia puncanya pada pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan.
Kemudian, lelaki dan perempuan itu suka sama suka sampai melampaui tahap
batasan agama. Dan akhirnya, mereka menuju ke lembah penzinaan. Kemudiannya,
mereka telah berzina dan pihak perempuan ini ingin menutup keaiban yang telah dia
lakukan dan terpaksa membuang bayi kandungannya itu dan biarkan bayi itu mati
begitu sahaja bagi menutup keaiban yang telah dilakukan.

Pengacara: Saya nak tahu sikitlah ustaz ye, apakah hukum membuang bayi dalam Islam?

PU Taufiq: Hukumnya sama seperti membunuh manusia lain. Dan ia dikira melakukan jenayah
kerana membunuh manusia.

Pengacara: Tadi ustaz memberitahu saya yang hukum membuang bayi dalam Islam. Jadi, saya
nak tahu, apakah hukum yang sesuai diberikan kepada mereka yang membuang
bayi?

PU Taufiq: Baiklah, seperti yang kita ketahui zina merupakan jenayah yang berat. Jadi, sebagai
hukuman yang selayaknya kepada remaja lelaki dan perempuan berkenaan adalah
mereka ini perlu dihukum selama 10 tahun bagi memberi kesedaran dan keinsafan
terhadap perbuatan yang mereka lakukan pada masa lampau

Pengacara: Oh begitu ye PU Taufiq. Baiklah. Jadi sekarang ini ada netizen yang memberi saya
soalan. Mereka ingin tahu lebih mendalam lagi tentang kes pembuangan bayi ini.
Jadi antara soalan yang mereka berikan kepada saya, mereka ingin tahu adakah
mereka yang membuat perbuatan itu dianggapkan sebagai pembunuh?

PU Taufiq: Benar. Memang mereka dianggap sebagai pembunuh. Bayi yang dilahirkan oleh
remaja perempuan itu dibunuh secara sengaja. Memang itu dikira membunuh.

Pengacara: Lagi satu ustaz. Mereka juga ingin tahu, siapa yang perlu dipersalahkan dalam hal
ini? Adakah keluarga mereka? Ataupun pihak yang lain? Ataupun pihak yang ketiga?

PU Taufiq: Secara kasarnya, memang remaja perempuan dan keluarganya juga. Kalau
keluarganya memberi perhatian yang secukupnya maka remaja perempuan takkan
membuang masa yang terluang pada rakan-rakan lelaki yang lain. Jadi remaja
perempuan itu perlu berdisiplin juga, mesti jaga batasan pergaulan bagi pihak
perempuan.

Pengacara: Baiklah. Jadi untuk soalan yang seterusnya kita akan kembali selepas ini.

Iklan.

Lagu dimainkan.

Mula forum meja petak kembali.

Pengacara: Sekali lagi bersama saya di slot yang terakhir ini. Baiklah, untuk di slot yang terakhir
ini, saya akan bertanya pendapat kepada PU Taufiq tentang kes pembuangan bayi
ini. Pada pendapat PU Taufiq sendiri, apakah tindakan yang perlu dilakukan untuk
mengurangkan kes pembuangan bayi ini?
PU Taufiq: Baiklah. Bagi mengurangkan penzinaan di Malaysia ini, dia bermula daripada awal
iaitu pihak atasan perlu mengadakan ceramah kesedaran kepada remaja secara
kerap bagi mengurangkan kadar pergaulan bebas yang semakin berleluasa di Negara
Malaysia ini.

Pengacara: Oh begitu. Baiklah untuk soalan terakhir ini saya ingin tahu pendapat PU Taufiq.
Apakah kesan terhadap keluarga dan masyarakat tentang kes pembuangan bayi ini?

PU Taufiq: Kesannya adalah banyak. Antaranya ialah kepada keluarga, keluarga sendiri akan
mendapat malu hasil daripada perbuantan zina anak mereka. Kemudian, masyarakat
pula akan memandang serong terhadap keluarga itu. Dari segi masyarakat, akan ada
kesinambungan kekeluargaan yang agak cacat.

Pengacara: Terima kasih PU Taufiq. Baiklah saya akhiri rancangan Meja Petak ini dengan satu VT
berkenaan dengan pendapat netizen tentang kes pembuangan bayi. Sekian terima
kasih.

Iklan.

Lagu dimainkan.

Video mengenai pendapat netizen.

Wartawan: Hai, saya Nabilah. Saya daripada rancangan Meja Petak. Baiklah sepertimana yang
sudah kita tahu, isu pembuangan bayi sangat-sangat berleluasa pada masa kini. Jadi,
saya ingin bertanya pendapat seorang netizen tentang pembuangan bayi. Baiklah
cik, apakah pendapat cik tentang isu-isu pembuangan bayi yang semakin berleluasa
pada masa kini?

Netizen: Pada pendapat saya adalah, semakin teruk. Sebab setiap hari saya ada tengok
laporan kes pembuangan bayi di papan media massa.

Wartawan: Oh begitu ye cik. Jadi pada pendapat cik, perkara-perkara sebegini wajar tak berlaku
dalam masyarakat kita?

Netizen: Tidak wajar.

Netizen: Baiklah cik, terima kasih untuk kerjasama. Seterusnya kita akan bersama-sama di
rancangan meja petak pada minggu hadapan dengan tajuk dan topik yang lebih
sensasi.

Tamat.

You might also like