You are on page 1of 3

Pembicara Skrip

Pengerusi
Pengerusi
Ahli Panel 1 Terima kasih saudara pengerusi atas pujian sebentar tadi. Saudara
pengerusi juga kelihatan tampan sekali hari ini. Alhamdullilah,saya baik-
baik sahaja.

Pengerusi
Ahli Panel 2
Pengerusi
Panel 3
Pengerusi
Panel 4
Pengerusi
Ahli Panel 1 Awal Bismillah pembuka bicara,
Terima kasih saudara pengerusi

Assalammualaikum dan salam sejahtera kepada sidang hadirin yang


dihormati,

Seksyen 2 Akta Kanak-Kanak 2001 mentakrifkan kanak-kanak sebagai


seseorang yang berumur bawah 18 tahun. Takrifan ini selari dengan
definisi yang dinyatakan dalam Konvensyen Hak Kanak-Kanak,artikel satu
yang mengatakan bahawa kanak-kanak adalah golongan di bawah umur
18 tahun,melainkan undang-undang di sesebuah negara meletakkan usia
rasmi untuk permulaan usia dewasa. Golongan ini mewakili satu pertiga
atau 29.4% daripada populasi negara(Jabatan Perangkaan
Malaysia,2017)
Takrifan mengenai penderaan seksual terhadap kanak-kanak ini hanya
boleh diterima pakai secara umum ialah definisi yang diberikan oleh
United Nations International Children’s Emergency Fund(UNICEF) dan
World Health Organization(WHO)

Kajian menunjukkan satu daripada empat kanak-kanak perempuan dan


satu daripada enam kanak-kanak lelaki telah menjadi mangsa penderaan
seks sebelum mereka berumur 18 tahun(Perede N. et al,2009). Menurut
UNICEF (2010) dan WHO1(1999)ini menunjukkan bahawa setiap kanak-
kanak terdedah kepada risiko untuk menjadi mangsa kepada penderaan
seksual. Penderaan seksual terhadap kanak-kanak ialah perkara yang
menglibatkan kanak-kanak dalam kegiatan seksual yang tidak difahminya
dengan baik. Malah,penderaan seksual juga merangkumi perbuatan
meraba-raba kemaluan,memperkosa,merogol dan menaikkan syahwat
kanak-kanak dengan meminta secara tidak berpatutan,mendedahkan
bahagian tubuh yang sulit atau menunjukkan bahan-bahan lucah kepada
mereka. Bagi kelakuan yang tidak menglibatkan sentuhan seperti
mengintai,mendedahkan bahagian sulit dan kata-kata lucah yang
diucapkan kepada kanak-kanak. Pengeksploitasikan kanak-kanak untuk
tujuan pornografi melalui internet dan menggunakan bahan tersebut
sebagai bahan yang boleh digunakan oleh seseorang untuk dijadikan
sebagai asbab kepada kanak-kanak tersebut sebagai seorang pelacur
juga merupakan suatu bentuk penganiyaan seksual.

Oleh itu, ibu bapa tidak seharusnya memandang rendah terhadap kes
jenayah seksual ini. Selain lahirnya cahaya mata sebagai rezeki kurniaan
Yang Maha Esa,anak-anak ini juga amanah yang diberikan untuk dijaga.
Maka,sebaik-baik ibu bapa ialah ibu bapa yang berusaha sehabis baik
untuk menjaga dan mendidik anak-anak mereka tentang ilmu duniawi dan
akhwari.

Pengerusi
Ahli Panel 2
Pengerusi
Ahli Panel 3
Pengerusi
Ahli Panel 4
Pengerusi
Ahli Panel 1 Akhir sekali , bagi mengelakkan jenayah seperti ini berlaku , semua pihak
perlu berganding bahu dalam memainkan peranan mereka dalam
memantau anak ii mereka . Hal ini kerana , jika kita memainkan peranan
kita dengan sempurna , maka punca ii dalam gejala buli dan gangguan
seksual pasti dapat dielakkan serta menjadikan negara kita negara yang
kondusif dan harmoni . Dengan berkat daya usaha gigih, insyaallah , kita
dapat melahirkan generai muda yang dapat menjulang nama negara dan
mengangkat martabat bangsa di persada dunia .
Pengerusi

You might also like