You are on page 1of 7

PENGENALAN(JENAYAH JUVANA)

Jenayah juvana merupakan tindakan jenayah yang telah dilakukan oleh kanak-kanak yang
bertindak menyalahi undang-undang seperti gangsterisme,membunuh,vandalisme,kongsi
gelap dan sebagainya.. Mereka tidak cukup tua untuk dibicarakan bagi kes jenayah.Kanakkanak adalah seseorang yang berumur di bawah 18 tahun dan hanya di sesetengah tempat
seperti di Malaysia dan bukan di Amerika Syarikat. Mereka yang terlibat dalam jenayah
juvana akan dibicarakan di Mahkamah juvana. Di Malaysia sahaja mengikut statistik,pada
tahun lalu terdapat 7,816 kes jenayah juvana, sudah semestinya jumlah tersebut amat
merisaukan dan membimbangkan. Di Amerika pula, umur telah ditentukan sama ada kanakkanak itu akan dibicarakan sebagai orang dewasa atau hanya perlu berada di mahkamah
juvana sahaja.Sebagai contoh di Wyoming,Amerika , makhamah juvana adalah untuk
seseorang yang berumur di bawah 19 tahun, di New York , Connecticut dan Utara Carolina
makhamah juvana adalah untuk seseorang di bawah 16 tahun.
Di Malaysia, juvana telah diwujudkan di bawah Akta Mahkamah Juvana 1947 ( Akta 90) dan
berkuatkuasa di Semenanjung Malaysia pada tahun 1949 , di Sabah pada tahun 1972 dan di
Sarawak pada tahun 1986 Akta Mahkamah Juvana adalah akta untuk mengadakan
peruntukan mengenai jagaan dan perlindungan kanak-kanak dan orang muda dan
perlaksanaan Mahkamah Juvana. .Juvana adalah seseorang yang telah mencapai umur bagi
tanggungjawab jenayah yang telah ditetapkan di bawah Seksyen 28 Kanun Keseksaan dan di
bawah umur 18.Mahkamah ini membicarakan kes-kes melibatkan kanak-kanak berumur 10
18 tahun, kanak-kanak merujuk kepada mereka yang berumur di bawah 14 tahun dan
orang muda kepada mereka yang berumur 14 sehinga 18 tahun, kecuali kes-kes yang
melibatkan hukuman mati. Di dalam mahkamah juvana ,perkataan sabitan dan hukuman
tidak digunakan tidak seperti di mahkamah biasa. Ianya bertempat di Mahkamah Majistret
dan maklumat peribadi seperti nama,gambar,tempat tinggal kanak-kanak dilarang disiarkan
dan didedahkan oleh media. Antara tindakan yang diambil oleh mahkamah juvana adalah
kanak-kanak diberi amaran dan dilarang melakukan kesalahan,dibebaskan dengan ikat
jamin,diletakkan di bawah jagaan saudara mara dan dihantar ke Pusat Pemulihan Akhlak atau
Sekolah Henry-Gurney sehinggan kanak-kanak mencapai umur 21 tahun. Mahkamah ini
tidak terbuka kepada orang ramai bagi melindungi pesalah daripada publisiti. Mahkamah
tidak dibenarkan menjatuhkan hukuman mati ke atas kanak-kanak di bawah Akta Kanakkanak 2002, Seksyen 97. Rayuan terhadap keputusan Mahkamah Kanak-kanak boleh dibuat
di Mahkamah Tinggi.
Di Amerika pula, undang-undang juvana sebahagian besarnya adalah perkara undang-undang
di setiap negeri di Amerika. Pada peringkat persekutuan, Kongres Amerika telah
mengekalkan dalam Kod AS iaitu 18U.SCA 5031 et seq. Undang-undang juvana
persekutuan Amerika adalah sama dengan undang-undang juvana negeri di
Amerika.Prosiding jenayah adalah bersifat peribadi dan identiti dan rekod prosiding juga
adalah dirahsiakan.Mahkamah juvana telah diwujudkan di setiap negeri di Amerika.

KOLEJ PERKEMBANGAN AWAL KANAK-KANAK

Page 1

FAKTOR-FAKTOR
Antara faktor yang berlakunya juvana dalam kalangan kanak-kanak yang berlaku di
setiap negara termasuk Malaysia dan Amerika Syarikat adalah kegagalan di sekolah.
Faktor ini berlaku dalam umur kanak-kanak yang masih muda.Contoh kegagalan di
sekolah adalah mendapat keputusan akademik yang tidak baik, ponteng sekolah, dan
tidak ingin pergi ke sekolah lagi.Ini akan menyebabkan jenayah juvana yang akan
mendatang.Meninggalkan alam persekolahan terlalu awal akan menyebabkan kanakkanak yang melakukan jenayah juvana mengurangkan perkembangan sosial yang
sepatutnya mereka dapat atau belajar ketika di sekolah seperti mendengar arahan,langkah
untuk menyelesaikan masalah secara berhemah dan sebagainya .
Seterusnya masalah keluarga atau peranan ibu bapa. Ada juga dalam kalangan ibu
bapa yang tidak ambil berat tentang pendidikan agama.Jadi, bermulalah kehidupan anak
tersebut tanpa didikan agama dan seterusnya mereka mudah terjebak dalam kes-kes
jenayah juvana seperti ini. Ibu bapa ialah individu paling dekat dan paling penting dalam
pembentukan peribadi dan sahsiah dalam kalangan anak-anak. Pada zaman teknologi
maklumat dan globalisasi sekarang, mereka sentiasa sibuk bekerja dalam mengisi
tuntutan kebendaan sehingga mereka lupa akan tanggungjawab mereka iaitu mendidik
dan mengajar anak-anak menjadi insan yang sempurna. Ada juga sebahagian ibu bapa
yang mengabaikan anak yang menyebabkan anak berasa kurang disayangi dan akan
memberontak lalu melakukan jenayah juvana ini.
Selain itu, di Amerika ,senjata api sangat mudah untuk didapati Oleh sebab itu,kanakkanak yang mempunyai senjata api akan dianggap jenayah juvana kerana ini akan
membahayakan nyawa kanak-kanak dan orang yang berada di persekitaran kanak-kanak.
Pengaruh rakan sebaya juga merupakan punca berleluasanya kegiatan jenayah dalam
kalangan pelajar-pelajar.Ini kerana apabila kanak-kanak bergaul dengan rakan sebaya
boleh mencorak personaliti individu. Oleh itu, hubungan mereka menjadi rapat dengan
rakan-rakan sebaya mereka. Pelajar-pelajar lebih banyak menghabiskan masa mereka di
sekolah dan selepas pulang dari sekolah pula, mereka akan melepak di tempat tertentu
seperti pasar raya sebelum pulang ke rumah. Mereka lebih suka mencari rakan sebaya
untuk menemani mereka. Meraka berasa bangga semasa diterima oleh rakan sebaya
mereka.Oleh itu,mereka sanggup melakukan apa sahaja yang disuruh oleh rakan sebaya
mereka.
Akhir sekali,Media massa juga turut menjadi punca kegiatan jenayah juvana dalam
kalangan jenayah juvana di kalangan kanak-kanak.Kemudahan seperti internet,emel,televisyen dan radio memudahkan untuk berkomunikasi,mendapatkan maklumat,dan
berhibur.Akan tetapi banyak juga keburukannya seperti kanak-kanak akan
menyalahgunakan internet untuk memalsukan data-data penting ,menonton gambargambar lucah dan sebagainya yang akan mendorong kanak-kanak melakukan jenayah
seperti rogol,bunuh,pengedaran pil pil khayal ,dan dadah.

KOLEJ PERKEMBANGAN AWAL KANAK-KANAK

Page 2

KESAN-KESAN
Kesan jenayah juvana kepada masyarakat ialah negara kita akan kehilangan modal insan yang
berkaliber kerana kanak-kanak boleh dididik untuk menjadi seorang insan yang berguna
kepada negara.Apabila kanak-kanak terlibat dengan jenayah juvana ,mereka tidak akan
memperdulikan keselamatan negara sekaligus ini akan mengugatkan keselamatan negara
kerana pada zaman ini semakin banyak anasir daripada luar yang boleh masuk ke sesuatu
negara.Cuba bayangkan akibat sekiranyakanak-kanak kini yang ada sekarang rosak
akhlaknya pada masa sekarang dan implikasi pada masa depan Kanak kanak juga akan
mendapat masalah kesihatan seperti HIV atau AIDS sekiranya kanak-kanak mengambil
dadah. Seterusnya ,kanak-kanak yang terlibat dalam jenayah juvana akan disisihkan oleh
masyarakat .
Kesan jenayah juvana kepada masyarakat adalah banyak, antaranya adalah kerugian harta
benda. Hal ini kerana apabila kaak-kanak melakukan vandalisme di kemudahan awam seperti
telefon awam,perhentian bas dan sebagainya.Pihak kerajaan perlu mengeluarkan duit untuk
membaiki kemudahan awam. Tambahan pula,akan terputusnya hubungan silaturahim,
kehilangan nyawa dan juga kerugian masa. Masyarakat juga terpaksa membiayai
perbelanjaan kanak-kanak yang menjadi pelaku jenayah juvana dalam bentuk seperti bayaran
cukai untuk melancarkan program-program mencegah jenayah. Ini bermakna masyarakat
akan mengalami kerugian dari segi wang ringgit.

KOLEJ PERKEMBANGAN AWAL KANAK-KANAK

Page 3

PENGENALAN(PERKAHWINAN BAWAH UMUR)


Kanak-kanak sepatutnya mengalami zaman kanak-kanak dengan penuh kegembiraan kerana
hidup ini hanya singkat .Namun ada juga kanak-kanak yang bernasib malang apabila dipaksa
untuk berkahwin. Mengikut definisi, perkahwinan adalah hubungan sah di sisi undangundang yang disempurnakan melalui upacara sivil atau keagamaan antara dua individu yang
ingin tinggal bersama sebagai pasangan seksual dan serumah. Perkahwinan juga adalah asas
kehidupan berkeluarga dan bermasyarakat. Bagaimana pula definisi perkahwinan bawah
umur? Pusat Kajian Wanita Antarabangsa (ICRW) memberikan definisi pernikahan bawah
umur sebagai pernikahan atau penyatuan antara dua orang, iaitu salah seorang ataupun keduaduanya berusia kurang daripada 18 tahun. Tabung Kanak-kanak Pertubuhan Bangsa-bangsa
Bersatu (UNICEF) memberi statistik mengejutkan iaitu dalam setiap tiga saat, ada seorang
kanak-kanak perempuan berusia bawah 18 tahun dilaporkan dipaksa berkahwin. Setiap tahun,
dilaporkan kira-kira 10 juta kanak-kanak dipaksa berkahwin, dengan usia pengantin semuda
lima tahun. Di Malaysia ,video perkahwinan antara pasangan muda iaitu Syafiq dan Yana
dari Johor telah menjadi viral di facebook atau youtube sehingga ramai pihak komen
berbentuk positif dan negatif. Di India pula, kanak-kanak perempuan dipaksa untuk
berkahwin, yang bermula nasib tragis pengantin kanak-kanak. Pada bulan Mei setiap tahun
musim perkahwinan di India, di mana beratus-ratus kanak-kanak yang diadakan besarbesaran perkahwinan besar-besaran.
Di Malaysia terdapat undang-undang bagi perkahwinan di bawah umur iaitu Seksyen 8, Akta
Undang-Undang Keluarga Islam Wilayah Persekutuan 1984 yang menyatakan bahawa tiada
sesuatu perkahwinan boleh diakadnikahkan atau didaftarkan di bawah Akta ini jika lelaki itu
berumur kurang daripada lapan belas tahun atau perempuan itu berumur kurang daripada
enam belas tahun kecuali jika Hakim Syariah telah memberi kebenarannya secara bertulis
dalam hal keadaan tertentu.Menurut Seksyen tersebut perkahwinan kanak-kanak di bawah
umur hendaklah terlebih dahulu mendapat kelulusan dari Mahkamah Syariah. Hal ini
bukanlah berlawanan dengan pendapat Mazhab Empat kerana hakikatnya kebenaran dari
Mahkamah adalah bertujuan memberi peluang kepada Mahkamah untuk menyelidiki gadis
tersebut dari segi latar belakang, keadaan fizikal, kemampuan untuk berumah tangga demi
menjaga kepentingan kanak-kanak tersebut. . Oleh itu, sekalipun wujud undang-undang yang
seolah-oleh tidak membenarkan kanak-kanak di bawah 18 tahun berkahwin, namun, ianya
masih lagi longgar kerana permohonan di Mahkamah boleh dibuat oleh pihak yang ingin
berkahwin.Di India pula,kerajaan di India telah memperkenalkan akta larangan kanak-kanak
perkahwinan 2006(Prohibition of Child Marriage Act, 2006). : Umur yang dibenarkan untuk
berkahwin adalah 21 tahun ke atas bagi lelaki dan 18 tahun ke atas bagi wanita. Sekiranya
sebarang pasangan terbabit dalam perkahwinan usia lebih rendah, dia boleh memohon
perkahwinan tersebut diistiharkan sebagai batal,bubar,tak sah.Hal. Oleh sebab itu,secara
automatik India telah mengistiharkan perkahwinan di bawah 16 tahun sebagai
batal .Walaupun kerajaan India dalam undang-undang yang mengawal umur berkahwin,
tetapi tidak ada langkah-langkah penguatkuasaan sama terhadap pesalah hukuman maksimum
hanya 15 hari tahanan dan denda sebanyak 1,000 rupee menyebabkan perkahwinan bawah
umur di India semakin berleluasa.
KOLEJ PERKEMBANGAN AWAL KANAK-KANAK

Page 4

FAKTOR-FAKTOR
Terdapat banyak faktor yang telah menyebabkan permohonan kahwin di bawah umur ini
meningkat yang terjadi di Malaysia antaranya adalah kerana gejala seks bebas yang semakin
berleluasa yang menyebabkan ramai kanak-kanak di bawah umur memilih untuk berkahwin
setelah terlanjur bersama pasangan mereka. Antara faktor lain adalah trend atau budaya masa
kini yang menunjukkan anjakan golongan muda yang ingin berkahwin di awal usia sebelum
menamatkan pelajaran mereka. Yang lebih merisaukan adalah kerana ramai juga pelajar yang
masih di sekolah menengah memilih untuk berkahwin. Dewasa ini, ada juga ibu bapa yang
memilih untuk mengahwinkan anak mereka atas alasan tertentu . Kesemua perkara ini adalah
antara penyumbang kepada meningkatnya jumlah permohonan perkahwinan bagi mereka
yang di bawah had umur.
Perkahwinan kanak-kanak India(perkahwinan kanak-kanak di India) adalah kerana adat
perkahwinan India. Sesetengah orang berfikir bahawa bermula pada tempoh Vedic. Ibu bapa
di India percaya jika anak berkahwin pada awal usia,keturuan mereka akan berterusan
mengikut kepercayaan hindu lama.Selain itu, faktor kemiskinan. Seperti yang semua tahu,di
India ,kebanyakkan kawasannya adalah mundur dan rakyatnya miskin tegar.Bagi ibu bapa
yang mempunyai bilangan anak yang ramai,mereka menyelesaikan masalah dengan
menikakhkan anak perempuan mereka kerana ia membolehkan ibu bapa mengurangkan
perbelanjaan keluarga.
Dalam masyarakat sekarang ini di mana wujud urus niaga ekonomi dalam proses
perkahwinan atau harga pengantin perempuan ditentukan melalui pemberian mas kahwin
maka mereka sering menjadi mangsa untuk dikahwinkan pada usia muda.
Tradisi juga menyebabkan kanak-kanak perempuan ini dikahwinkan pada usia muda Mereka
yang enggan melaksanakan amalan (perkahwinan usia awal) itu akan disisihkan
masyarakat. Kanak-kanak seharusnya diberikan pilihan bukannya dipaksa mengikut
kehendak ibu bapa.

Selain itu,amalan tradisi juga menyaksikan perkahwinan kanak-kanak ini boleh digunakan
untuk menyatukan hubungan keluarga atau menyelesaikan pertelingkahan. Keluarga juga
mengahwinkan anak-anak perempuan mereka bagi menyekat risiko kehilangan kehormatan
diri atau dara sebelum perkahwinan.
Seterusnya,kanak-kanak perempuan juga berkahwin tanpa rela kerana berlakunya peranan
gender iaitu perkahwinan kanak-kanak dilihat sebagai upacara utama untuk seorang gadis
memenuhi peranannya dalam kehidupan. Ketidaksamaan gender juga menyebabkan wanita
dan kanak-kanak perempuan dilihat sebagai golongan kelas kedua, dan mereka dinafikan
kuasa untuk membuat keputusan mereka sendiri mengenai masa depan masingmasing.Kebiasaannya ,ini merupakan pemikiran yang sempit bagi ibu bapa yang memaksa
Ahir sekali faktor perkahwinan kanak-kanak perempuan di awal usia adalah faktor
keselamatan yang mana di kawasan konflik di seseengah tempat.anak gadis dijadikan
pengantin untuk ketua pemberontak. Gadis dijadikan taruhan oleh keluarga untuk

KOLEJ PERKEMBANGAN AWAL KANAK-KANAK

Page 5

perlindungan daripada keganasan atau kematian.Di India ,selalu berlaku perperangan atau
perebutan kuasa,di mana anak gadis yang menjadi mangsa keadaan.

KESAN-KESAN
Perkahwinan bawah umur mempunyai banyak kesan kerana ia melibatkan kanakkanak.Kebiasaannya,kanak-kanak perempuan yang akan lebih merasai kesannya kerana
kanak-kanak perempuan yang mengalami kesakitan ketika hamil dan melahirkan anak.
Antaranya adalah berlaku banyak komplikasi serta mempunyai pelbagai masalah kesihatan
sepanjang kehamilan kanak-kanak tersebut kerana kanak-kanak berkahwin pada usia yang
muda. Oleh sebab itu,kehamilan adalah sangat berbahaya untuk kalangan kanakkanak.Sekiranya kanak-kanak hamil ,risiko kadar kematian ibu dan bayi juga meningkat
bukan kerana masalah komplikasi tetapi kerana persekitaran juga menyukarkan mereka
mendapatkan kemudahan dan penjagaan kesihatan yang secukupnya.Kanak-kanak yang
hamil berkemungkinan akan mengalami kelahiran bayi pra-matang,keguguran ,kematian nayi
dan ibu atau kehamilan yang terlalu kerap.Ini kerana faktor usia yang terlalu muda dan masih
belum matang secukupnya.
Kematian seorang gadis yang baru berusia 8 tahun di Yaman telah meninggal dunia kerana
mengalami kecederaan dalaman akibat daripada malam pertama perkahwinan juga
merupakan salah satu contoh kesan daripada perkahwinan bawah umur. Kematian ini
menunjukkan kesan fizikal yang dialami oleh kanak-kanak bawah umur apabila berkahwin
yang akhirnya menyebabkan kematian.
Selain daripada memberi kesan terhadap emosi, kesihatan fizikal, dan masalah kehamilan,
perkahwinan di bawah umur juga menyebabkan kerencatan terhadap pendidikan dan
perkembangan minda seseorang kanak-kanak.
Pensyarah Jabatan Psikologi Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Prof Madya Dr Hariyati
Shahrima Abdul Majid berkata, Sehingga kini 16,000 remaja perempuan di bawah umur 15
tahun di negara ini mendirikan rumah tangga dan kajian menunjukkan remaja yang
berkahwin sebelum umur 18 tahun kehilangan empat tahun persekolahan berbanding orang
yang berkahwin lebih lewat.Sepatutnya kanak-kanak di Malaysia hendaklah melanjutkan
pelajaran sehingga ke menara gading.
Kajian otak yang telah dijalankan oleh Institut Kesihatan Mental Kebangsaan pada 2000,
mendapati bahagian otak yang terbabit dalam kewarasan alasan, pemikiran logikal,
penyelesaian masalah, membuat keputusan dan kawalan emosi akan berkembang sepenuhnya
apabila mereka berumur 20 tahun. Sebelum umur 20, perkembangan otak tidak akan berlaku
sepenuhnya dan menyebabkan ramai kanak-kanak berfikir di luar jangkaan dan tidak tahu
jalan penyelesaian yang betul terhadap masalah yang timbul.
Perkembangan otak mereka akan terganggu kerana pada usia yang terlalu muda mereka
terpaksa memikirkan rumah tangga, keluarga dan tanggungjawab sebagai ibu. Ada antara

KOLEJ PERKEMBANGAN AWAL KANAK-KANAK

Page 6

mereka yang disisihkan keluarga akibat telah terlanjur sebelum berkahwin, akibatnya mereka
hilang tempat bergantung dan tidak menyambung pelajaran. Setelah tamat SPM, rata-ratanya
memilih untuk tinggal di rumah menjaga anak-anak.
Akhir sekali,kanak-kanak perempuan yang berkahwin dengan suami yang lebih tua berisiko
untuk menghadapi penyakit AIDS dan HIV.Hal ini kerana,peningkatan AIDS dan HIV di
india amatlah tinggi

KOLEJ PERKEMBANGAN AWAL KANAK-KANAK

Page 7

You might also like