You are on page 1of 21

UBM 1032 WACANA AKEDEMIK BAHASA MELAYU

TAJUK ESEI:

SUMBANG MAHRAM

NAMA PELAJAR NO. MATRIK SEMESTER KUMPULAN NAMA PENSYARAH

: SYAZWANI BINTI RAZALI : D20091035352 : 1(2009/2010) : BJ : PUAN SHAMSINAH BT SALLEH

1.0 PENGENALAN
Negara sekali lagi dilanda dengan isu sumbang mahram yang amat memilukan dan memalukan. Kisah-kisah seperti ini bukan sekadar berlaku pada masa kini tetapi tetap berlaku sepanjang masa dan di mana sahaja. Masalah seperti ini berada pada tahap yang amat membimbangkan kerana kanak-kanak seawal tujuh tahun telah terdedah dangan permainan video yang berunsurkan seksual. Namun oleh kerana mungkin terdapat isu-isu lain yang dirasakan lebih penting menyebabkan isu ini kurang mendapat tempat di media massa tempatan. Walaubagaimanapun kita tidak boleh memandang ringan terhadap isu ini kerana ianya akan membawa kepada keruntuhan sesebuah institusi kekeluargaan dan pencemaran terhadap kemuliaan keturunan dan kerosakan kepada tamadun keinsanan itu sendiri. Anak yang lahir daripada perbuatan sumbang mahram ini akan teraniaya dan menderita dalam kehidupannya. Oleh sebab itu,kes sumbang mahram ini telah meningkat dari hari ke hari. Mengikut statistik Polis Bukit Aman, negeri Selangor dan Johor mencatatkan kes sumbang mahram yang tertinggi di Negara ini sepanjang tahun 2000 hingga Jun tahun lalu iaitu masing-masing sebanyak 308 kes daripada keseluruhan 2158 kes yang dilaporkan kepada pihak polis. Sabah pula mencatatkan jumlah kedua tertinggi sepanjang tempoh tersebut iaitu sebanyak 258 kes diikuti Perak 197 kes, Kedah 195, Pahang 164 dan Sarawak 136 kes. Negeri Terengganu pula mencatatkan sebanyak 109 kes, Kelantan 107, Negeri Sembilan 102, Melaka 101, Kuala Lumpur 96, Pulau Pinang 59 dan Perlis sebanyak 18 kes. Dapatan statistik yang diperolehi adalah hasil kes sumbang mahram yang telah dilaporkan, namun terdapat juga mangsa yang tidak melaporkan kes seumpama itu kerana ia membabitkan kaum keluarga yang menjadi penjenayah.

Besar kemungkinan mangsa yang cuba melaporkan tentang kes itu akan dibunuh kerana penjenayah takut ditangkap kerana ada saksi. Mengikut tahap umur pula, penjenayah utama bagi jenayah ini ialah bapa kandung (48.8%) dan di ikuti oleh bapa tiri (24.4%). Lelaki-lelaki lain yang terlibat dalam kes sumbang mahram ini ialah bapa saudara, abang ipar dan juga datuk. Ini adalah kajian yang telah dibuat oleh Dr Abdul Hadi Zakaria pada tahun 1996 dan laporannya telah diterbitkan pada Januari 1998 dengan tajuk Haruan Makan Anak: inses di semenanjung Malaysia. Kajian tersebut menunjukkan bahawa dari tahun 1992-1994, mendapati bahawa 30% dari kes rogol yang dilaporkan adalah melibatkan inses atau sumbang mahram.

1.1 DEFINISI SUMBANG MAHRAM


Sumbang mahram juga dikenali sebagai sumbang muhrim. Sumbang mahram atau inses ialah kegiatan seks antara ahli-ahli keluarga yang rapat. Ia merupakan suatu pantang larang dalam kebanyakan kebudayaan, baik pada masa lampau mahupun pada masa kini. Sebagai contoh, masyarakat Marquesas Polinesia Perancis sebelum dipengaruhi oleh dunia barat membenarkan perbuatan seks dalam kalangan kanak-kanak dan pengujikajian, tetapi tidak membenarkan sumbang mahram. Pengertian yang tepat tentang istilah ini amat berbeza kerana kebudayaan-kebudayaan yang berbeza mempunyai tanggapan-tanggapan yang berbeza tentang apa yang di maksudkan dengan kegiatan seks serta ahli keluarga yang rapat. Sesetengah kebudayaan hanya

mengambil kira mereka yang mempunyai hubungan melalui kelahiran sahaja, sedangkan yang lain termasuk mereka yang mempunyai pertalian melalui perkahwinan serta pengambilan anak angkat juga berkait. Ada juga kebudayaan yang melarang sebarang hubungan seks antara

mereka yang dibesarkan dalam rumah tangga yang sama, manakalaada yang melarang hubungan seks antara orang-orang yang dibesarkan dalam rumah tangga yang berkait. Sumbang mahram boleh berlaku antara saudara yang sama jantina mahupun yang berlainan jantina. Ia juga boleh berlaku antara saudara kandung, ibu bapa dengan anak-anak, serta antara saudara-saudara dewasa. Sumbang mahram antara saudara yang rapat merupakan satu jenayah dalam kebanyakan bidang kuasa wilayah, termasuk kes-kes yang mendapat persetujuan, walaupun selagi apa yang dimaksudkan dengan istilah rapat berbeza-beza. Bagaimanapun, oleh sebab sumbang mahram merupakan suatu perbuatan seseorang individu yang dilakukan secara sulit, undang-undang sumbang muhrim merupakan sebuah

undang-undang yang susah dan rumit untuk dikuatkuasakan. Terdapat banyak perbezaan antara negara-negara tentang keseriusan jenayah sumbang mahram, dengan sebilangan Negara seperti Australia menganggap sumbang mahram sebagai satu kesalahan berat yang boleh didakwa, manakala Negara-negara lain menganggapnya sebagai suatu jenayah kecil dan menghukum pesalah dengan hukuman yang jauh lebih ringan tidak seperti di Negara kita iaitu Malaysia. Di samping itu, sumbang mahram juga mempunyai pelbagai maksud dari berbagai perspektif iaitu dari segi biologi. Ini bermaksud hubungan sumbang muhrim diketahui berpotensi tinggi untuk menghasilkan keturunan yang lemah, baik dari segi fizikal dan mental (cacat), anak yang lahir dari perbuatan sumbang mahram juga berkemungkinan tidak akan hidup lebih lama. Fenomena ini juga umum dikenali dalam dunia haiwan dan tumbuhan sebagai pembiakbakaan dalam. Ini boleh terjadi akibat pengumpulan homozigot atau gen-gen pembawa sifat lemah dari kedua-dua induk yang terlibat pada satu individu (anak).

2.0 FAKTOR-FAKTOR YANG MENYEBABKAN SUMBANG MAHRAM


2.1 FAKTOR INDIVIDU Pelbagai faktor yang telah dikenalpasti menjadi penyebab berlakunya gejala sumbang mahram. Salah satu daripadanya ialah faktor individu itu sendiri. Menurut kajian Saodah Elias (2007) kaum Melayu yang beragama islam merupakan kaum yang mencatatkan kes yang tertinggi dalam masyarakat yang menyumbang kepada kes-kes sumbang mahram ini. menurutnya lagi satu kajian telah dibuat dimana dasar kebajikan dan social kerajaan yang kurang member penekanan kepada pembelaan nasib kanak-kanak dari keluarga miskin atau keluarga yang porak peranda dan masyarakat yang terlalu mengongkong juga menyumbang kepada masalah ini. mengapa jenayah sumbang mahram ini banyak berlaku dalam kalangan kaum Melayu? Jenayah sumbang mahram ini berlaku disebabkan oleh pelbagai faktor. Antara punca yang utama ialah pegangan agama yang rapuh dan tidak mampu mengawal nafsu. Lantaran itu,akibat pegangan agama yang lemah, seseorang individu itu akan terdorong melakukan perkara yang tidak elok apatah lagi jika mangsa berada di depan mata akibat kekurangan ruang dalam sesebuah rumah. Ketundukan terhadap hawa nafsu berpunca daripada kelemahan akidah dan keimanan akibat kejahilan terhadap ayat-ayat Allah SWT, kejahilan terhadap hukuman Allah dan kejahilan terhadap tanggungjawab dan amanah terhadap Allah. Ketundukan terhadap hawa nafsu menyebabkan manusia lupa siapakah yang menjadi mangsa samada anak sendiri, cucu sendiri atau siapa sahaja. Secara umumnya, kebanyakan pelaku sumbang mahram melibatkan kelemahan iman, ketandusan ilmu dan kurangnya penghayatan agama mendorong seseorang itu dikuasai nafsu daripada menggunakan akal fikiran yang waras. Pendek kata, apabila nafsu menguasai, manusia akan lupa semua larangan dan suruhan yangbtelah ditetapkan oleh Allah

SWT kepada hambanya. Akibat kelemahan pegangan agama ini juga, seseorang ayah tergamak merogol anak kandung yang sepatutnya dibela. Disebabkan itu juga, seorang abang sanggup merosakkan adik perempuannya. Antara faktor lain ialah individu yang terlibat tidak mengamalkan kehidupan yang

ditetapkan oleh agama islam. Kurangnya didikan agama menyebabkan sesetengah keluarga langsung tidak mengamalkan kehidupan yang dianjurkan oleh Islam dimana mereka lebih cenderung dengan cara hidup kebaratan yang dianggap lebih maju. Kebiasaannya fenomena ini berlaku dalam kalngan individu yang mempunyai taraf hidup yang tinggi. Jelasnya, sudah menjadi kebiasaan apabila manusia sudah mempunyai pangkat yang tinggi, khususnyalebih cenderung untuk bersikap tinggi diri dan takbur. Golongan seperti ini akan mula lupa pada hukum Allah, dan dengan mudahnya akan terjebak dalam gejala inses ini. Di samping itu, mereka tidak mempraktikkan nilai-nilai hidup gaya hidup Islam. Dalam Islam contohnya, tidak menggalakkan anak lelaki dan anak perempuan yang telah dewasa untuk tidur di dalam satu bilik yang sama. Namun, mereka tidak mengamalkan nilai-nilai keislaman ini, maka ia akan menjadi pendorong kepada puncanya berlaku jenayah sumbang mahram ini. Batas pergaulan antara bapa dan anak perempuan dewasa juga perlu dijaga dimana sesetengah keluarga yang mempunyai cirri-ciri hidup yang moden yang menganggap ciuman dan pelukan anak perempuan dewasa kepada bapanya merupakan sesuatu perkara yang biasa. Namun jika tidak ada batasan yang berlandaskan agama Islam maka dengan mudahnya kejadian ayah merogol anak, datuk merogol cucu, abang merogol adik dan seumpamanya akan berlaku. Sekiranya jenayah inses terus berlaku, maka makin meningkatlah kes jenayah sumbang mahram di Negara ini.

2.2 FAKTOR KERUNTUHAN INSTITUSI KELUARGA Dewasa ini, banyak kes penceraian telah berlaku di dalam Negara kita. Faktor keluarga terutamanya keruntuhan institusi perkahwinan seperti penceraian juga turut mendorong berlakunya jenayah sumbang mahram ini. Dengan peningkatan kadar penceraian, lebih ramai kanak-kanak terdedah kepada risiko yang lebih tinggi bagi mengalami sumbang mahram. Contohnya, jka seseorang ibu yang telah bercerai berkahwin semula, anak perempuan yang tinggal serumah dengan mereka akan terdedah kepada risiko yang lebih tinggi untuk penganiayaan seksual oleh bapa tirinya berbanding bapanya sendiri. Kebanyakan kes inses ini dilakukan oleh bapa tiri. Tambahan pula, bagi kes sumbang mahram yang melibatkan adik beradik pula, keluarga yang bercerai berai akan menyumbang kepada faktor ini. Sebagai contoh, si ibu akan akan keluar rumah untuk menyara keluarga memandangkan individu yang sepatutnya menyara keluarga telah tiada. Akibat kesibukan di luar rumah, anak-anak akan terbiar, anak-anak terpaksa menjalani kehidupannya sendiri semasa ketiadaan orang tua mereka. Keadaaan bertambah buruk lagi apabila batas pergaulan tidak dijaga serta cara cara berpakaian yang menjolok mata, besar kemungkinan kejadian inses ini berlaku memandangkan mereka bebas melakukan apa sahaja tanpa dipantau oleh orang yang lebih dewasa. Ini kerana pada usia remaja, tenaga libido semakin membuak-buak dan mereka akan mengambil peluang untuk mencubanya. Keruntuhan institusi kekeluargaan ini mungkin berpunca daripada kegagalan isteri untuk memenuhi keperluan suaminya samaada secara sengaja atau tidak sengaja. Kegagalan isteri untuk memberikan keperluan dari segi zahir dan batin menjadi punca berlakunya jenayah inses ini. Sebagai contoh, suami bekerja pada waktu siang manakala isteri terpaksa bekerja pada waktu malam. Fenomena ini akan mendorong si suami menjadikan anak mereka sebagai tempat untuk memuaskan nafsu.

Sebilangan isteri sudah mengetahui bahawa perlakuan sumbang mahram itu adalah salah, tetapi disebabkan rasa malu atau takut kehilangan suami mendorong mereka untuk membiarkan suami mereka melakukan perkara tersebut daripada membenarkan suami mereka mencari kepuasan di luar agar kelemahan dan kegagalan mereka dalam kekeluargaan tidak diketahui umum. 2.3 FAKTOR EKONOMI Masalah sumbang mahram sudah lama berlaku dan terus berlaku sehingga kini. Apakah faktorfaktor yang mempengaruhi pelaku-pelaku jenayah itu sedangkan mangsa adalah dari darah daging mereka sendiri? Banyak faktor yang mendorong kepada berlakunya fenomena ini dan semuana saling berkait. Timbalan Dekan Akademik dan Pelajar, Fakulti Pengurusan Awam dan Undang-undang, Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof. Madya Dr Mansor Mohd Noor yang telah menjalankan kajian mengenai masalah itu berkata, majority kes sumbang mahram yang dilaporkan membabitkan masyarakat Melayu. Sebahagian besar daripada kes inses tersebut membabitkan keluarga yang di kategorikan sangat miskin atau daif. Ini bermaksud keluarga ini tidak berupaya untuk membela dam membesarkan anak-anak mereka dengan sempurna. Keluarga yang berpendapatan rendah kadangkala tidak dapat menyediakan ruang yang mencukupi untuk anak-anak yang terdiri daripada lelaki dan perempuan terutama apabila anakanak sudah remaja. Dalam keadaan kekurangan ruang ini, anak perempuan di arah tidur di dalam bilik dan tidak sewenang-wenangnya tidur di merata tempat seperti di ruang tamu supaya gejala inses ini tidak berlaku. Sistem ekonomi yang tidak seimbang ini tidak menjamin kecukupan keperluan asasi menyebabkan kehendak syarak sering gagal dipenuhi. Contohnya sistem rumahkos rendah pada masa lalu yang tidak dilengkapi sekurang-kurangnya tiga buah bilik untuk memisahkan antara ibubapa, anak lelaki dan anak perempuan. Ini menyebabkan percampuran yang mulanya dianggap biasa menyebabkan berlakunya perkara yang tidak disangka-sangka.

2.4 FAKTOR PERSEKITARAN Persekitaran mempengaruhi akhlak individu dalam masyarakat dalam erti kata ia menggalakkan perkembangan aspek yang tertentu dan menghindarkan perkembangan aspek lain. Disini persekitaran berunsur negatif dibahagikan kepada beberapa kedaan iaitu perkembangan pusatpusat pelancongan ala barat. Kelonggaran kewujudan pusat-pusat peranginan untuk menarik pelancong-pelancong asing tidak mengikut atau berlawanan dengan budaya melayu atau berlawanan dengan budaya melayu dan Keislaman. Percampuran bebas, bercumbuan dan pendedahan aurat yang keterlaluan ditempat-tempat rekreasi peranginan dan perkelahan oleh pelancong-pelancong asing mudah mempengaruhi remaja mencontohi dan beraksi. Selain itu, budaya hiburan sering menghantui remaja kita. Persekitaran dibandar-bandar pada waktu malam hidup hingga kelarut malam dengan beroperasinya pusat-pusat hiburan yang berlesen dan tanpa lesen. Sebagai contoh disekitar Petaling Jaya, Damansara Utama, seksyen 21 mempunyai banyak pusat hiburan. Kajian mendapati terdapat 68 pusat video game berlesen, 34 snuker, 104 buah pub dan karaoke dan 4 buah disko di Petaling Jaya. Tambahan pula, statistik percambahan pusat hiburan ini terlalu tinggi dan mereka banyak menerima rungutan daripada masyarakat sekeliling. Selain itu, konsert-konsert rock dan heavy-metal juga mempengaruhi remaja untuk terjerumus dalam jenayah inses ini. Pemujaan kepada artis-artis Barat dan ratu-ratu rock Malaysia telah sampai ketahap yang membimbangkan, Konsert-konsert rock bergerak berbentuk heavy-metal, dangdut dan seumpamanya seolah-olah telah menjadi lumrah bagi muda-mudi mencari ketenangan jiwa. Sebagai contoh pada 11 september 1996 malam, satu konsert heavymetal besar-besaran telah diadakan distadium Merdeka yang memaparkan kehebatan penyanyi-

penyayi import seperti Scorpion dan konsert scorpions dianggarkan 35,000 orang penonton membanjiri konsert tersebut dengan pelbagai gelagat yang memalukan. Dan yang lebih memalukan majoriti penonton yang hadir adalah terdiri daripada belia melayu.

Malahan ada dikalangan penganjur melunakkan konsep konsert dengan berselindung disebalik konsert amal, konsert membantu penghidap AIDS, mengisi tabung bantuan Bosnia, malam anak-anak yatim atau cacat dan seumpamanya. Kononnya disamping meraih keuntungan besar, mereka dapat beramal dengan mendermakan sebahagian hasil kepada tabung amal. Tambahan pula, dengan adanya kemudahan untuk mendapatkan arak dan alat pencegahan kehamilan itu juga mendorong remaja untuk bersikap lebih agresif. Selain lesen perjudian dan lesen pusat hiburan. Lesen arak juga diberikan begitu mudah kepada pengusaha-pengusaha. Contohnya, dari pengamatan penulis dan temubual secara tidak fomal di 2 buah kedai conveinient Store (dibuka 24 jam) yang terletak di kawasan perumahan majoritinya melayu, terdapat tidak kurang dari 12 jenis arak yang dijual disini dalam tin-tin sejajar dengan minuman lain. Selain itu khidmat penjualan kondom juga diadakan. Temu bual yang dibuat secara informal dengan jurujual dikedai tersebut mendapati lebih kurang tujuh pelanggan remaja yang membeli arak setiap hari .Oleh itu tidak hairanlah masyarakat pada hari ini mudah telibat dalam kacah maksiat dan sumbang mahram. Masyarakat kini boleh dikatakan ketandusan role model yang boleh di jadikan contoh ikutan yang baik sama ada peringkat individu mahupun diperingkat pemimpin. Kita tidak dapat menafikan ramai yang pandai bercakap mengenai kelebihan dan kebaikan cara hidup Islam tetapi berapa ramaikah yang benar-benar beramal dengan dengannya? Anak-anak mudah terkeliru dan tercari-cari manakah role model yang perlu mereka ikuti?

Contoh yang mudah dan sentiasa ditemui ialah artis-artis dalam dan luar negara kerana kejayaan kerier mereka mendapat liputan meluas dalam media-media massa. Oleh itu tidak hairanlah kita apabila artis-artis mendapat tempat dalam masyarakat manakala peranan orang yang beragama atau ulama dipingirkan dan dipandang serong. Memang tidak dinafikan bahawa peranan media massa banyak memberikan perkembangan atau banyak maklumat kepada masyarakat terutamanya berkaitan dengan hal ehwal semasa, berita dalam negeri hinggalah kepada berita-berita luar negara.Tetapi kalau kita lihat pada hari ini banyak media massa pada hari ini telah disalahgunakan hingga menyebabkan berlakunya banyak perakara-perkara yang tidak baik didalam masyarakat seperti Internet, televisyen, dan majalah-majalah hiburan.

2.5 FAKTOR UNDANG-UNDANG

Undang-undang juga memainkan peranan yang amat penting dalam membanteras gejala sumbang mahram ini. Akan tetapi,undang-undang yang dikuatkuasakan dalam Negara kita tidak setimpal dengan apa yang dilakukan oleh pelaku jenayah sekarang. Dalam memperkatakan tentang punca-punca keutuhan moral dan akhlak masyarakat, kita tidak boleh lari dari membicarakan saham yang diberikan oleh undang-undang kerana ia merupakan unsur yang penting dalam membendung sebarang kemungkaran dalam masyarakat. Contohnya, baru-baru ini seorang penyanyi telah didedahkan dalam surat khabar dan televisyen ,mengaku bersalah melakukan persetubuhan haram tetapi hukuman yang dikenakan hanyalah denda RM1000 dan dikenakan penjara 6 bulan. Bagaimana pula dengan kesalahan-kesalahan lain seperti bagi orang Islam meminum minuman keras, berjudi, berkhalwat dan lain-lain?

Apa yang jelas, pembalasan yang tidak setimpal dengan kerosakan dan jenayah yang dilakukan tidak memberi apa-apa kesan kepada si pelakunya malahan meggalakkan lagi

pengulangan kes serta tidak menimbulkan rasa gerun kepada individu lain dalam masyarakat daripada melakukannya.

3.0 KESAN-KESAN SUMBANG MAHRAM


3.1 KESAN KEPADA INDIVIDU
Banyak kes sumbang mahram ini tidak dilaporkan oleh mangsa. Apakah puncanya? Punca utama ialah bagi mengelakkan keluarga mereka ini daripada mendapat malu. Nilai ketimuran kita masih lagi kuat dan cerita-cerita sumbang mahram ini tentunya boleh memalukan keluarga dan fenomena ini adalah

fenomena normal dalam kalangan mangsa. Ini menyebabkan sebilangan besar mangsa akan mengalami kesan negatif yang serius sehingga memerlukan terapi apabila mereka meningkat dewasa. Pelbagai kesankesan negatif yang akan timbul terhadap mangsa jenayah inses ini. Antaranya ialah kepercayaan mangsa terhadap orang lain akan hilang. Contohnya, mangsa akan merasakan orang yang berada di sekelilingnya tidak boleh dipercayai walaupun terhadap ibubapa mereka sendiri. Mangsa tidak akan percaya kepada orang lain. Oleh itu, anak yang diperkosa oleh keluarga terdekat tentu ia mempunyai kesan psikologi yang tinggi.Perasaan benci akan tumbuh di hatinya manakala perasaan hormatnya akan hilang terhadap kaum kerabat yang melakukan perbuatan tersebut.Malah mungkin mengalami gangguan psikologi atau tekanan jiwa. Kepercayaan terhadap keluarga tertentu terutama ahli keluarga yang melakukan perbuatan aniaya akan musnah. Dia pasti akan merasa rendah diri dan merasa tiada harga diri lagi di sisi masyarakat. Malah anaknya yang baru belasan tahun bila usia remaja akan mudah terjerumus dirinya kepada gejala yang tidak sihat kerana terasa maruah diri sudah tiada lagi. Akhirnya mereka takut untuk berhadapan dengan masyarakat, takut untuk menghadapi masa serta tidak yakin pada diri sendiri. Ramai mangsa

sumbang mahram tidak melaporkan perbuatan ini atau tidak memberitahu ibu kerana khuatir

ayah atau saudara mereka mendapat kesusahan, contohnya dipenjarakan. Kadangkala terdapat juga ibu-ibu yang tidak menyokong anak mereka jika pesalah adalah orang yang menyara keluarga. Mangsa sumbang mahram ini akan mula menjadi pendiam dan mereka mula menunjukkan sifat benci kepada orang yang melakukan perkara yang tidak berperikemanusiaan tersebut. Mereka tidak lagi menghormati ahli-ahli keluarganya. Apabila mereka berkahwin, kejadian itu mungkin akan menyebabkan mangsa berasa bimbang untuk berdepan dengan suaminya atau mereka ini untuk melakukan hubungan intim. Ada juga mangsa gejala inses ini akan terlibat dengan masalah perlakuan bebas, terutamanya golongan remaja. Selain itu, ada juga remaja yang dikesan terlibat dengan penyalahgunaan dadah, lumba haram dan kutu rayau. Sesetengah mangsa akan cuba untuk membunuh diri kerana bagi mereka, tiada siapa yang boleh dipercayai lagi walaupun dengan ahli keluarga mereka sendiri dam mereka berpendapat dengan membunuh diri, semua masalah akan selesai sedangkan tingkah laku tersebut boleh merosakkan diri sendiri. 3.2 KESAN KEPADA KELUARGA Gejala sumbang mahram ini juga akan memberi kesan dalam sesebuah institusi kekeluargaan itu sendiri. Hubungan kekeluargaan akan retak dan boleh menimbulkan kepincangan di dalam rumahtangga. Apabila berlaku keretakan di dalam rumahtangga atau hubungan kekeluargaan sudah tentu tidak dapat dieratkan lagi. Anak-anak yang menjadi mangsa akan memusuhi ahli keluarga mereka sendiri terutama mereka yang terlibat di dalam gejala inses ini.

3.3 KESAN KEPADA MASYARAKAT Kesannya kepada masyarakat sangat terasa. Bagaimanakah masyarakat penyanyang akan dapat dilahirkan dengan kejadian begini? Lebih-lebih lagi anak-anak ini akan menyimpan perasaan dendam terhadap orang yang melakukan perbuatan terkutuk terhadap dirinya.Mereka akan susah untuk mendidik dan diberi teguran malah bila ini dilakukan oleh ahli keluarga terdekat perasaan sayang dan harapan kepada keluarga sebagai tempat pergantungan terus hilang. Anak-anak sepatutnya mendapat pembelaan yang sewajarnya dari ahli keluarga terdekat saperti ayah kandung, Ayah tiri, Bapa saudara, emak, emak saudara.Tetapi ia tidak berlaku demikian, orang yang diharapkan pula menganiayainya, bak kata pepatah Harapkan pagar, pagar makan padi. Mereka pasti mempunyai kenangan hidup yang sangat pahit untuk disimpan. Kesan-kesan negatif biasanya berlaku jika mangsa tidak cuba untuk meminta bantuan dan sokongan dari pihak-pihak yang tertentu. Womans Aid Organisation dan Womens Centre for Change, (WCC) Penang merupakan salah satu kumpulan sokongan yang terlibat dalam membantu mangsamangsa gejala inses ini.

4.0

LANGKAH-LANGKAH

MENGATASI

MASALAH

SUMBANG

MAHRAM
4.1 PERANAN INDIVIDU Setiap sesuatu masalah pasti ada jalan atau langkah untuk mengatasinya. Antara langkah untuk mengatasi masalah sumbang mahram ini ialah seseorang individu hendaklah mendekatkan diri kepada pencipta-Nya. Individu memainkan peranan yang penting bagi mengelakkan perkara ini

daripada berlaku. Dengan demikian, gejala sumbang mahram yang berlaku di dalam negara kita akan berkurangan. Sebagai contoh, seseorang yang kuat pegangan agamanya tidak akan mudah ditundukkan nafsu, sekaligus mengelakkan dirinya daripada melakukan perkara yang tidak bermoral seperti sumbang mahram. Walaupun pelbagai langkah diambil, namun jika individu tersebut tidak mendekatkan diri kepada Tuhan, adalah mustahil masalah yang semakin kronik ini akan dapat diatasi, bak kata pepatah, seperti hujan jatuh ke pasir. Kita patut menyemai asas agama yang kuat dalam diri kita. Ini kerana dengan asas agama yang kuat, isu sumbang mahram tidak akan timbul. Dengan pegangan agama yang kuat, seseorang individu itu tahu yang mana haram dan yang mana halal. Maksiat akan dapat dijauhi sekiranya kita tahu batas-batas kita sebagai muslim dan muslimah. Selain itu, mangsa perlu melaporkan kejadian inses atau sumbang mahram ini. Ini kerana jika ia tidak dilaporkan, ia tidak akan diketahui, tindakan tidak dapat diambil ke atas penceroboh dan ia mungkin mengulangi perbuatan itu. Namun, ramai mangsa tidak melaporkan kerana diancam oleh penceroboh, rasa malu kerana masyarakat memandang hina terhadaphubungan jantina di luar nikah walaupun dirogol dan mereka tidak tahu bagaimana dan kepada siapa pula mereka harus melaporkan kejadian itu. Tingkah laku sumbang mahram ini juga dapat ditangani jika adanya pengawalan dan pencegahan dibuat secara berterusan. Antaranya mengurangkan kecenderungan seseorang dengan memberi kesedaran bahawa sumbang mahram dilarang agama dan ia juga merupakan penganiayaan terhadap orang yang dibawah tanggungjawab kita. Pencegahan juga harus dibuat dengan memberi kesedaran pentingnya kejadian ini dilapor seterusnya peruntukan hukuman yang lebih berat agar penceroboh akan menyedari akibat dan kesan perbuatan mereka tersebut. Seterusnya mereka akan lebih takut untuk mendekatinya serta mengulangi perbuatan tersebut. Pencegahan juga

dapat dilaksanakan dengan menggalakkan mangsa melapor dengan mempercayai laporan supaya mangsa tidak dipersalahkan dan dilindungi dari penceroboh. Pengawalan dapat dibuat dengan cara memberi pendidikan kesedaran kepada semua, terutama kanak-kanak.

4.2 PERANAN INSTITUSI KEKELURGAAN Hala tuju masa depan remaja terletak pada keluarga. Sebagai unit asas di dalam masyarakat, keluarga adalah tenaga yang sentiasa bergetar melingkari masyarakat dan negara. Semakin kuat getaran, semakin bertenaga masyarakat dan negara. Kekuatan getaran akan pudar jika terdapat gangguan yang menghalang fungsi dan peranan getaran tersebut. Keluarga, diakui sangat penting dalam membentuk peribadi dan watak seorang remaja, memberi kesegaran dan ruang untuknya melihat kehidupan. Keluarga adalah unit asas dalam institusi sosial. Maju dan mundurnya sesebuah negara adalah berpunca daripada institusi keluarga. Keluarga akan maju dengan pendidikan, keluarga akan musnah dengan kejahilan. Untuk mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku, ibu bapa disarankan agar mengajar ahli keluarga agar menjaga batas-batas aurat di dalam rumah di kalangan ahli keluarga yang berlainan jantina. Walaupun ahli keluarga boleh membuka aurat(kecuali antara pusat dan lutut) dikalangan ahli keluarga yang berlainan jantina, namun ada batas-batas kesopanan dan tatasusila yang perlu diikut. Pakaian tidak boleh didedahkan bahagian-bahagian yang menaikkan nafsu syahwat dan tidak boleh nipis,ketat dan seksi. Walaupun di rumah, tidak wajar anak gadis hanya berkemban sahaja. Oleh itu aurat ini perlu dijaga sama ada ahli keluarga itu lelaki atau perempuan. Ahli-ahli keluarga juga perlu didedahkan tentang beratnya berbuat dosa besar dan melanggar hukum Tuhan jika perzinaan dilakukan dikalangan ahli keluarga. Anak-anak yang terdidik dengan didikan agama yang sempurna akan dapat menutup jalan-jalan kearah gejala

sosial yang kian teruk ini, kerana mereka mempunyai ilmu agama yang cukup untuk membimbing mereka ke jalan yang benar mengikut landasan agama. Selain itu, pengasingan bilik tidur antara anak lelaki dan anak perempuan juga adalah cara terbaik untuk mencegah perbuatan sumbang mahram ini.Hal ini berlaku demikian kerana jika tiada pengasingan bilik tidur antara anak lelaki dan anak perempuan boleh mendorong perasaan yang berlainan apabila sudah terbiasa tidur sebilik dan seterusnya boleh mendorong kepada sumbang mahram. Sehubungan dengan ini, perbuatan terkutuk ini dapat dicegah sebelum berlaku.Sebagai contoh, bilik anak perempuan mestilah diletakkan berjauhan daripada bilik anak lelaki. Selagi tiada langkah yang diambil bagi membendung perlakuan sumbang mahram ini, selagi itulah masalah ini akan terus melanda dalam sesebuah institusi kekeluargaan.

4.3 PERANAN MEDIA MASSA Media massa juga memainkan peranan yang penting bagi mengelakkan sumbang mahram daripada berlaku dalam Negara ini. Media harus memainkan peranan agar mangsa akan mengetahui cara-cara yang terbaik atau tempat-tempat yang sepatutnya mangsa mendapat pembelaan. Perlu didedahkan bahawa kejadian tersebut bukan kesalahan mangsa dan mereka harus bertanggungjawab untuk melaporkan kejadian tersebut. Mangsa harus tahu bahawa ia tidak pernah menjadi satu perkara yang terlewat untuk didedahkan walaupun ia adalah perkara yang telah lama berlaku,mangsa masih boleh mendapatkan pertolongan. Adalah penting bagi mangsa sumbang mahram mendapat sokongan dan perlindungan. Untuk mengelakkan sumbang mahram ini daripada berlaku, pihak-pihak yang tertentu hendaklah menyekat bahan-bahan dan tontonan yang tidak berfaedah. Bahan bacaan dan tontonan dari media cetak dan elektronik perlu dikawal. Beri kepada anak-anak buku, majalah

atau suratkhabar yang tidak merangsang kepada berlakunya sumbang mahram. Elakkan dari bahan-bahan lucah dan gambar yang mengghairahkan dan tidak menutup aurat. Media elektronik seperti komputer, televisyen dan radio hendaklah dikawal supaya anak-anak tidak melihat, menonton dan mendengar rancangan dan bahan yang tidak elok dan lucah. Ini kerana, kanakkanak khususnya akan mudah terikut dengan apa yang dilihat tanpa mengetahui tentang baik buruk sesuatu perkara.

4.4 PERANAN MASYARAKAT Seterusnya, antara alternatif lain untuk mengatasi masalah ini adalah dengan menganjurkan ceramah mengenai sumbang mahram oleh pihak sekolah. Hal ini berlaku demikian kerana golongan pelajar di bangku sekolahlah yang ramai terlibat dengan gejala ini. Dengan ini, para pelajar akan menyedari kesan buruk yang akan mereka tanggung sekiranya mereka terjebak dengan gejala ini. Sebagai contoh, pihak sekolah boleh mengundang pegawai-pegawai daripada Jabatan Agama Islam dan juga pihak yang berwajib untuk menyampaikan ceramah yang berkaitan dengan gejala ini. Sekiranya pihak sekolah tidak bekerjasama dalam menangani isu ini, sudah tentu gejala ini akan terus berpanjangan khususnya dalam kalangan pelajar. Sebagai anggota masyarakat yang prihatin, kita hendaklah mencegah kegiatan sumbang mahram ini sekiranya berlaku di hadapan mata kita. Jikalau semua pihak menjalankan kewajipan masing-masing, sudah tentu masalah ini akan dapat dikurangkan. Jelaslah bahawa semua pihak memainkan peranan yang penting dalam mengatasi masalah sumbang mahram daripada berlaku.

4.5 PERANAN PIHAK BERKUASA DAN UNDANG-UNDANG Undang-undang merupakan antara langkah terakhir yang sering dilihat sebagai jalan terakhir bagi menghapuskan sesuatu maksiat dan jenayah. Sebenarnya Allah meletakkan undang-undang dan hukum Allah sebagai asas utama pembasmian jenayah. Manusia hanya mampu berusaha menghilangkan faktor-faktor penggalak tetapi hanya Alllah yang mampu menghalangnya. Allah hanya akan menghentikan segala maksiat dan jenayah jika segala syarat dan usaha dilakukan oleh manusia. Di antara syarat yang mesti dilaksanakan adalah penguatkuasaan hukuman Allah. Hari ini kita mendengar cadangan bagi melaksanakan hukuman rotan atau sebat di khalayak ramai oleh berbagai pihak walaupun perkara tersebut pernah dianggap zalim dan tidak berperikemanusiaan. Ini menunjukkan bahawa manusia tidak akan mampu selamanya membohongi diri dalam kembali kepada fitrah. Mungkin suatu hari kita akan melihat bukan sahaja orang Islam yang mahu kembali kepada hokum Allah malah orang bukan Islam akan menyokong dan mengharapkan perlaksanaan hukuman Allah.

5.0 KESIMPULAN
Semua pihak perlu bertindak bagi membenteras sumbang mahram daripada terus berleluasa. Setiap individu wajib memastikan dirinya, keluarganya, jirannya dan masyarakatnya mengutamakan kehidupan beragama. Pembentukan institusi kekeluargaan perlu diperkemaskan dan dipermudahkan termasuk meringankan maskahwin dan hantaran, prosedur perkahwinan dipermudahkan dan ibu mesti sentiasa mengawasi kemasukan bahan-bahan lucah ke dalam rumah mereka dan bersikap tegas terhadap anak-anak mereka terutama dalam soal berpakaian. Pihak berkuasa juga wajib memastikan agar setiap rumah mampu mengasingkan anak lelaki dan

perempuan serta memastikan penguatkuasaan dan pembasmian bahan-bahan lucah benar-benar dilaksanakan dengan berkesan dan tidak hanya melepaskan batuk di tangga dan berasaskan sensiviti semasa.

Penguatkuasaan wajib dilaksanakan bersungguh-sungguh secara berterusan tanpa mengikut musim dan hanya dibuat setelah ianya banyak diperkatakan. Perlaksanaan undangundang dan hukuman hendaklah dipertingkatkan dan semestinya di sesuaikan dengan hukum Allah. Peraturan berpakaian di tempat awam wajib diperkatakan dengan mengharamkan segala pakaian seksi yang keterlaluan yang mampu merangsang nafsu lelaki. Tidak ada maknanya kita hanya sekadar mengambarkan kebimbangan dan kesedihan kita terhadap jenayah tersebut. Apa yang paling penting kita mesti melibatkan diri dalam dalam usaha memerangi jenayah tersebut. Kita wajib melakukan sesuatu yang kita mampu melakukannya. Marilah kita mengambil pengajaran daripada situasi ini bagi meletakkan hukum Allah sebagai penyelesai masalah. Kita hanya merancang sedang Allah menentukan.

You might also like