You are on page 1of 6

INDAH SUNGGUH CIPTAAN TUHAN,

MENTARI MERAH DIWAKTU SENJA,

SALAM SEJAHTERA SAYA UCAPKAN,

SEBAGAI TANDA PEMBUKA BICARA.

Bersyukur kita pada pagi ini kerana dapat kita bersua kali ini di dalam satu forum ilmiah, bagi
membincangkan berkenaan salah satu isu yang berlaku di dalam bidang sosiologi pada masa kini.
Semoga kita semua akan memperoleh manfaat yang berguna daripada forum ini.

Tajuk forum kita pada hari ini berkisar mengenai realiti kehidupan yang berfokuskan kepada kesan
positif and negatif Perkahwinan Campur di Malaysia.

Perkahwinan campur merupakan perkahwinan yang melibatkan penyatuan antara dua


belah pihak yang berlainan latar belakang sama ada dari segi agama, bangsa, kewarganegaraan,
kebudayaan dan lain-lain. Menurut Anuar Puteh, Razaleigh Muhamat serta Abdul Ghafar Haji
Don, perkahwinan campur adalah perkahwinan yang terhasil daripada komunikasi dan interaksi
antara manusia yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan budaya.

Perkahwinan campur atau (inter-marriage) asalnya digunakan oleh pihak gereja Katholik
untuk menyatakan sebuah perkahwinan antara seorang Kristian dan seorang bukan Kristian.
Namun, pada hari ini, perkataan kahwin campur bermaksud sebuah perkahwinan yang melibatkan
dua orang yang mempunyai agama, kewarganegaraan dan bangsa yang berlainan. Oleh itu, kahwin
campur boleh dikelaskan kepada tiga kategori iaitu kahwin campur antara kaum, kahwin campur
antara negara dan kahwin campur antara agama. Kahwin campur antara kaum melibatkan dua
individu yang berlainan kaum. Sebagai contoh, seorang lelaki melayu berkahwin dengan seorang
perempuan Cina. Perkahwinan campur antara agama melibatkan dua individu yang menganut
agama yang berbeza, sebagai contoh, seseorang yang beragama Islam berkahwin dengan individu
beragama Buddha.
Perkahwinan campur dalam kalangan masyarakat di Malaysia meninggalkan impak bukan
sahaja terhadap pihak-pihak yang terlibat secara langsung tetapi juga terhadap masyarakat
sekeliling dan keadaan sosiologi sesebuah negara. Impak tersebut dapat dilihat daripada dua sudut
iaitu sudut positif dan sudut negatif.

Baiklah siding hadirin, sebelum tirai forum dibuka bagi menelusuri lebih mendalam topik
perbincangan , molek kiranya kita berkenalan dengan kedua-dua ahli panel kita pada hari ini.

Ahli panel pertama dalam forum kita pada pagi ini ialah Christine Fung dari kelas 122. Selamat
datang saudari. Apa khabar?

Panel 1 : Jawab

Baiklah, Seterusnya, saya perkenalkan ahli panel kedua iaitu Reshma Veeran dari kelas
122.Selamat datang saudari. Apa khabar?

Panel 2 : Jawab

Usai salam perkenalan daripada semua ahli panel, kembali kita kepada topik forum kita tentang
kesan positif dan negatif perkahwinan campur di Malaysia. Sebelum kita melangkah dengan lebih
jauh lagi, eloklah kiranya kita menelusuri apakah faktor yang menyebabkan perkahwinan campur
di Malaysia ? Bagi menjawab persoalan ini, izinkan saya mengajukan soalan pertama kepada
ahli panel pertama. Saudari Christine, mohon saudari merungkaikan persoalan ini kepada semua.

Panel 1 : Jawab

Sidang hadirin, demikian tadi penjelasan tentang salah satu faktor yang menyebabkan
perkahwinan campur yang pada pandangan saya merupakan penjelasan terperinci dan menarik
daripada saudari ahli panel pertama. Seterusnya, saya mohon penjelasan daripada ahli panel
kedua,saudari Reshma tentang faktor lain yang boleh menyebabkan perkahwinan campur berlaku
di Malaysia?

Panel 2 : Jawab

Terima kasih atas penjelasan yang panjang lebar tentang faktor-faktor lain yang menyebabkan
perkahwinan campur berlaku.

Sahabat-sahabat ahli panel dan sidang hadirin yang dihormati.

Apakah kesan positif perkahwinan campur di kalangan masyarakt dari segi faktor kebudayaan ?

Silakan saudari Christine.

Panel 1 : Jawab

Terima kasih kepada saudari Christine atas perkongsian beliau sebentar tadi berkenaan kesan
positif perkahwinan campur. Saya tertarik dengan pandangan beliau bahawa perkahwinan campur
dapat memupuk sikap perpaduan dan keharmonian di antara kaum-kaum di negara ini. Bukan itu
sahaja, anak hasil perkahwinan campur lebih berfikiran terbuka dan berpengetahuan luas terutama
dalam soal budaya, adat dan makanan

Baiklah. Sekarang kita beralih pula kepada ahli panel kita yang kedua. Menurut pandangan
saudari, apakah kesan positif perkahwinan campur dari segi faktor hubungan diplomatik?

Panel 2 : Jawab
Terima kasih kepada panel kedua kita, sekarang sudah terang lagi bersuluh bahawa hubungan
diplomatik yang terjalin diperkukuhkan lagi melalui ikatan perkahwinan yang berlaku antara dua
buah negara.Lebih- lebih lagi, kesan yang paling menarik ialah masyarakat baharu juga terhasil
ekoran daripada perkahwinan campur.

Soalan saya kepada ahli panel pertama, apakah kesan negatif dari segi faktor kebudayaan?

Panel 1 : Jawab

Terima kasih atas pendapat panel kita yang pertama mengenai kesan negatif perkahwinan campur
dari segi factor kebudayaan.Kita sendiri dapat lihat konflik kadang-kadang terjadi sekiranya
pasangan tidak dapat mengadaptasi perbezaan budaya.

Sekarang kita beralih pula kepada ahli panel kita yang kedua. Sebentar tadi ada menyatakan
tentang kesan positif dari segi faktor hubungan diplomatik. Bolehkah saudari Reshma menyatakan
satu kesan negatif perkahwinan campur di kalangan masyarakat ?

Panel 2 : Jawab

Terima kasih ahli panel yang kedua. Sekarang sudah terang lagi bersuluh bahawa perkahwinan
campur bukan sahaja membawa kebaikan malah ia juga mempunyai kesan negatif..

Terima kasih saya ucapkan kepada kedua-dua ahli panel kita kerana sudi hadir dan sudi menyuakan
pendapat masing-masing pada hari ini. Moga apa yang kita dapat hari ini tidak sekadar ” masuk
telinga kanan, keluar telinga kiri”. Kesimpulannya, Dalam memupuk keharmonian antara semua
kaum di Malaysia, harus wujud sikap memahami dan bertolak ansur dalam diri masing-masing.
Kegagalan sesebuah perkahwinan campur tidak seharusnya dijadikan faktor prejudis dan
stereotaip terhadap sesuatu kaum.

Terimalah salam, salam bersantun,


Salam yang minta maaf, salam yang minta ampun

Saya mewakili semua ahli panel mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada semua hadirin
yang sudi hadir menyaksikan pertandingan forum remaja ini.

Lantaran keterbatasan waktu, saya mohon mengakhiri bicara ini. Mohon mengundur diri.

Sekian terima kasih, salam 1 Malaysia.

Use this if you want


Bunga dedap di atas para,
Anak dusun pasang pelita;
Kalau tersilap tutur bicara,
Jemari disusun maaf dipinta.
Sidang hadirin yang dihormati,
Masyarakat pluralisme yang merujuk kepada masyarakat majmuk yang terdiri daripada
kepelbagaian bangsa atau kaum yang mendiami sesuatu wilayah atau negara
mengamalkan kepelbagaian budaya dan tradisi telah membuka peluang untuk
masyarakat mengadakan perkahwinan campur dalam kalangan mereka. Perkahwinan
campur sememangrnya boleh mendatangkan kesan positif terhadap hubungan etnik
pada masa mula-mula terjadinya perkahwinan jenis ini. Persoalannya, apakah
implikasi positif perkahwinan campur?

Bagi menjawab persoalan ini, izinkan saya mengajukan soalan pertama kepada ahli
kepada ahli panel pertama,saudari Christine Fung,mohon saudari memberikan
penjelasan tentang implikasi positif perkahwinan campur.Silakan saudari.

Sidang hadirin, demikian tadi penjelasan tentang implikasi positif terhadap


perkahwinan campur di negara kita yang merupakan penjelasan terperinci dan
menarik daripada saudari ahli panel pertama kita.

Seterusnya,saya mohon penjelasan daripada ahli panel kedua,saudari Reshma tentang


implikasi positif perkahwinan campur di Malaysia.

Sidang hadirin yang dihormati.

Kalau berjalan dah sampai ke batas


kalau berkayuh dan sampai ke pulau
Kalau mendaki dah sampai ke puncak
Kita telah sampai kepada penghujung bicara.

Terima kasih saya ucapkan kepada kedua-dua ahli panel kita pada hari ini kerana sudi
menyuarakan pendapat masing-masing. Moga apa yang kita dapat hari ini memberikan
sedikit pencerahan dan input yang bermanfaat kepada kita.

You might also like