You are on page 1of 5

Nama, No.

I/C Kelas

: :

Guru Matapelajaran: Tajuk : Peningkatan Gejala Sosial Dalam Kalangan Remaja

Pengerusi: Selamat dating saya ucapkan kepada para hadirin sekalian kerana sudi menghadiri kepada perbincangan forum mengenai peningkatan gejala sosial dalam kalangan remaja di studio RTM ini bersama saya, _________. Sebelum saya memulakan perbincangan forum pada hari ini, saya akan mengenalkan ketiga-tiga ahli panel ini terlebih dahulu. Sebelah saya ialah Puan A, ahli panel yang pertama yang merupakan seorang pengetua sekolah dari negeri Perak. Apa khabar Puan pengetua? A: Khabar baik.

Pengerusi: Ahli panel yang kedua ialah Cik B yang merupakan seorang pakar psikologi yang terkenal di negara Malaysia. Apa khabar Cik B ? B: Khabar baik dan terima kasih kerana sudi mengundang saya menghadiri perbincangan forum pada hari ini. Pengerusi: Ahli panel yang terakhir ialah Cik C yang merupakan penerbit buku Gejala Sosial Dalam Kalangan Remaja yang telah diterbitkan pada minggu lalu. Buku ini boleh didapati di dalam kedai-kedai buku negara Malaysia. Apa khabar Cik C? C: Khabar baik. Pengerusi: Baiklah. Marilah kita meneruskan perbincangan forum ini. Puan A, pada pendapat anda, apakah kesan buruk gejala social dalam kalangan remaja. A: Terima kasih kepada puan pengerusi. Pertamanya, saya ingin menyampaikan bahawa gejala social akan memberi kesan terhadap seseorang individu. Seseorang insane yang dilahirkan di dunia ini ibarat sesuci kain putih yang tiada kotorannya, ianya terpulang pada seseorang individu itu bagaimana dia hendak mencorakkan kehidupannya. Individu yang mencorakkan dirinya dengan akhlak yang baik akan dipandang mulia dan tinggi, berbanding individu yang mencorakkan dirinya dengan perkara-perkara negative akan dipandang serong dan dicemuh oleh masyarakat sekeliling. Tidak dapat dinafikan juga kesan gejala sosial ini akan memberikan kesan yang mendalam pada diri seseorang remaja itu. Pengerusi: Memanglah gejala sosial akan memberikan kesan yang mendalam kepada seseorang individu. A: Selain itu, gejala sosial dalam kalangan remaja juga akan memberi kesan terhadap keluarga. Keluarga memainkan peranan yang sangat penting kerana dari institusi kekeluargaanlah kebahagian dan keharmonian sesuatu masyarakat itu terbentuk. Keruntuhan

sesebuah institusi kekeluargaan akan menyebabkan hilangnya kebahagian dan keharmonian yang dialami sesuatu masyarakat. Akhlak seseorang individu remaja yang baik dan mulia datangnya daripada sesebuah institusi kekeluargaan yang harmoni dan bahagia. Oleh sebab itu, keruntuhan akhlak dalam institusi kekeluargaan akan memberikan kesan yang besar ke atas kebahagian dan keharmonian sesuatu institusi kekeluargaan itu. Akibat daripada wujudnya ketidak harmonian dalam kekeluargaan, sesebuah kekeluargaan pastinya akan berlakunya penceraian. Ini akan menjadikan masa depan anak-anak akan terbiar dan tidak terpelihara, seterusnya hilang tempat bergantung dan bermanja. Kesannya berlakunya masalah-masalah sosial yang lain seperti budaya lepak, ketagihan dadah, pelacuran, perjudian, hubungan sesama jenis dan masalah-masalah yang lain. Pengerusi: Terima kasih Puan A. Sesungguhnya gejala sosial dalam kalangan remaja akan member kesan yang besar terhadap sesorang individu dan keluarga. Bagaimanakah dengan pendapat Cik B terhadap kesan gejala sosial dalam kalangan remaja? B: Terima kasih puan pengerusi. Juka kita lihat, gejala-gejala sosial bukan sahaja memberi impak yang buruk kepada seseorang individu dan keluarga, tetapi juga kepada masyarakat dan negara. Seseorang individu pasti akan kehilangan tempat bergantung dan bermanja kerana sisingkirkan oleh keluarga sendiri. Di samping itu, masyarakat di negara ini pula akan berpecah-belah dan tidak bersatu-padu. Akibatnya, perasaan buruk dan prasangka akan wujud dalam masyarakat. Sifat saling curiga-mencurigai akan bertahta di hati masyarakat. B: Selain itu, negara akan kehilangan pelapis generasi kepimpinan pada masa hadapan. Kadar jenayah dalam negara juga akan meningkat sejajar dengan peningkatan gejala sosial, sekaligus meningkatkan kos perbelanjaan kerajaan untuk mengurangkan kadar jenayah. Kesan yang utama sekali adalah pandangan negara-negara yang lain terhadap tanah air tentulah serong dan buruk.

Pengerusi: Terima kasih atas pendapat Cik B. Bagaimanakah dengan pendapat Cik C atas punca gejala sosial dalam kalangan remaja? C: Terima kasih puan pengerusi. Pertamanya, gejala kurang sihat ini berlaku kerana para remaja kurang diberi perhatian oleh ibu bapa mereka, khususnya yang bekerja di kawasan bandar. Ibu bapa sibuk bekerja sehingga mengabaikan tanggungjawab mereka. Akibat keletihan, mereka langsung tidak mahu mengambil tahu tentang pelajaran anak-anak, apatah lagi untuk mendengar masalah mereka. Hal ini pasti menimbulkan rasa bosan, sekali gus menyebabkan anak-anak mencari jalan keluar untuk menghiburkan hati. Pengerusi: Saya bersetuju dengan pendapay Cik C. Dalam masyarakat ini, ibu bapa haruslah sibuk bekerja supaya dapat menampung keluarga tetapi mereka telah mengabaikan anak mereka. Dhanya: Selain itu, segolongan remaja pula mengambil jalan mudah dengan melakukan perbuatan yang tidak baik kerana hendak melarikan diri daripada masalah yang menimpa keluarga mereka, contohnya penceraian antara ibu bapa mereka. Pengaruh rakan sebaya juga merupakan antara punca berlakunya gejala sosial di negara kita. Para remaja yang buntu dengan masalah yang dihadapi keluar dari rumah dan mencari kebebasan dengan bergaul dengan kumpulan yang tidak senonoh.dengan masalah yang dihadapi keluar dari rumah dan mencari kebebasan dengan bergaul dengan kumpulan yang tidak senonoh. Pengerusi: Ya, sebenarnya melarikan diri daripada masalah tidak akan membantu dan menyelesaikan masalah. Mereka seharusnya menghadapi masalah tersebut dengan tabah dan bersemangat. Pengerusi: Bagaimanakah pendapat Cik B terhadap peningkatan gejala sosial dalam kalangan remaja?

Lavinya: Pada pendapat saya, berbagai krisis akhlak dan moral kini terus menular, merebak dan mewabak dalam masyarakat kita khasnya di kalangan remaja. Sebagai individu dan masyarakat yang prihatin, kita haruslah menadah tangan untuk menyelesaikan masalah ini. Pengerusi: Ya, kita haruslah bekerjasama untuk menyelesaikan masalah ini. Bagaimanakah dengan pendapat Puan A? Kheshini: Saya berpendapat bahawa pihak-pihak berkuasa seperti JAKIM dan pihak polis haruslah mengadakan rondaan yang kerap bagi membendung penularan masalah ini. Ibubapa haruslah turut memberi kerjasama kerana mereka memainkan peranan yang utama dalam kehidupan seseorang individu terutamanya remaja. Pengerusi: Baiklah. Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada ketiga-tiga ahli panel kerana sudi datang ke perbincangan forum ini. Saya juga bersyukur kerana perbincangan forum pada hari ini dalam studio RTM berjalan dengan lancar. Sekian, terima kasih.

You might also like