You are on page 1of 5

Mesyuarat PIBG kali ke-2

Tarikh: 4 Disember 2022

Tempat: Bilik ICT

Masa: 2.00 petang

Agenda

1.0 Kata Aluan Pengerusi


2.0 Ucapan Guru Besar
3.0 Ucapan Pengerusi LPS
4.0 Ucapan Pengerusi PIBG
5.0 Hal-hal lain

6.0 Penutup

1.0 Kata Aluan Pengerusi

1.1 Puan P.Kannama (PKHEM) mengalu-alukan kedatangan ahli-ahli PIBG dan LPS ke
mesyuarat PIBG kali ke-2.

2.0 Ucapan Guru Besar

2.1 Guru besar menerangkan secara ringkas tentang profil dirinya sebelum memulakan
ucapannya.

2.1 Guru besar meminta pihak PIBG dan LPS memberi kerjasama bagi mewujudkan suasana
persekitaran sekolah yang konduksif dari segi kemudahan infrastruktur selaras dengan hasrat
yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025.

2.1.1 Beliau meminta pihak PIBG dan LPS memotong pokok-pokok yang besar di hadapan
sekolah serta menghapuskan sarang lebah agar tidak membahayakan murid.

2.1.2 Sistem longkang di hadapan bilik darjah 5 Vivegam dan 5 Saathanai perlu ditutup dengan
besi agar murid tidak terjatuh.
2.1.3 Sistem pendawaian perlu diperbaiki agar burung merpati tidak memasuki ke kawasan
sekolah. Tambahan pula najis burung merpati akan menjejaskan kesihatan murid.

2.1.4 Tapak bersebelahan kelas 6 Vivegam dan bilik guru perlu diletakkan simen bagi
memudahkan guru-guru dan murid-murid berjalan.

2.1.5 Pintu bilik darjah yang rosak perlu digantikan dengan pintu baharu.

2.1.6 Siling bilik darjah 5 Saathanai dan 6 Saathanai perlu diperbaiki kerana bocor.

2.1.7 Blok pembahagi dalam kelas yang tersedia ada kini di bangunan perlu diganti dengan
pengatup agar mudah dibuka untuk dijadikan dewan bagi tujuan mengadakan program sekolah.

2.1.8 Lantai simen yang berlubang di bilik darjah 6 Vivegam dan 6 Saathanai perlu diturap
simen.

2.2 Pada hari Khamis bertarikh 8 November 2022 merupakan Hari Kanak-kanak. Guru besar
meminta peruntukan daripada pihak PIBG dan LPS untuk menyambut hari kanak-kanak. Guru
besar meminta peruntukan untuk makanan. Jumlah yang diperlukan ialah sebanyak RM800.00.

2.2.1 Guru besar menegaskan baik pulih pagar, sistem perparitan, simen tapak perhimpunan dan
infrakstruktur yang lain perlu diperbaiki oleh pihak LPS. Bumbung dan simen perlu
menggunakan sebut harga yang sama manakala bekalan elektrik pula menggunakan sebut harga
yang berbeza.

2.2.2 Pembinaan bangunan atau penambaikan bangunan harus mengikut syarat JKR. Sebut harga
untuk membina bangunan perlu dihantar sebelum 15 Disember 2022 kepada pihak atasan supaya
waran peruntukan kecil oleh kerajaan berjumlah RM265000.00 dapat digunakan untuk
memulakan projek senggara, ubahsuai dan naik taraf bagi tahun 2022.

2.2.3 Pelupusan bahan elektrik di bilik ICT akan dibuat bagi mengosongkan ruang agar dapat
dijadikan sebagai bilik pemulihan.

2.2.4 Ketiga-tiga pegawai pentadbir dicadang untuk berpindah ke bilik yang baharu.(bilik pusat
sumber yang lama yang terletak di antara bilik darjah 5 Vivegam dan 5 Saathanai)

2.2.5 Perlu ada bilik mesyuarat guru yang khusus bagi mengadakan mesyuarat.
2.2.5 Guru besar juga meminta pihak LPS memilih ahli LPS yang baharu yang mungkin
merupakan bekas pelajar sekolah ini. Guru besar akan melantik wakil guru untuk bersama-sama
menghadiri ke mesyuarat LPS nanti. Seterusnya, pengerusi LPS harus mengadakan mesyuarat
sebelum 15 Disember 2022 untuk berbincang tentang peruntukan RM265000.00.

2.2.6 Guru besar berazam dan bertekad untuk mewujudkan sekolah TS25 dari segi infrakstruktur
dan akademi ke arah meningkatkan kemenjadian murid dan sekolah yang berkualiti tinggi agar
selaras dengan keperluan semasa pendidikan negara kita.

3.0 Pengerusi LPS

3.1 Pengerusi menyatakan peruntukan yang diberikan oleh kerajaan digunakan untuk membina
bangunan dan penambahbaikan kemudahan bangunan sekolah dan bilik guru.

3.2 Tandas dan parkir sekolah sudah diperbaiki. Baki wang peruntukan akan digunakan untuk
membuat kemudahan sekolah yang lain.

3.3 Pihak LPS juga akan sedaya upaya berusaha untuk memperbaiki infrakstruktur sekolah.
Beliau juga berharap pihak sekolah tidak bergantung pihak LPS sepenuhnya sebaliknya semua
pihak termasuk pihak PIBG dan guru memberikan kerjasama bagi mengatasin masalah sekolah.

3.4 Banyak masalah kerosakan bekalan elektrik bangunan bilik guru yang baharu perlu
diperbaiki. Biro teknikal LPS diketuai oleh Encik Subramaniam perlu memberitahu kemudahan
yang akan disediakan kepada LPS dan sekolah sebelum mengambil sebarang tindakan.

4.0 Pengerusi PIBG

4.1. Pengerusi menjelaskan bahawa wang peruntukan daripada Syarikat Intel perlu dibelanjakan
secara berintegriti sebelum wang tersebut digunakan dalam program sekolah.

4.2 Beliau juga menerangkan yang pihak PIBG hanya menggunakan sumbangan daripada pihak
luar untuk membuat hari perpisahan bekas guru besar.

4.3 Wang dalam akaun PIBG tidak mencukupi. Sebarang perbelanjaan perlu direkodkan sebelum
menggunakan wang PIBG. Pihak PIBG bukan sahaja menetapkan yuran PIBG RM30 bagi setiap
keluarga bagi melaksanakan program sekolah malah beliau juga berusaha untuk mendapatkan
sumbangan daripada pihak luar.

4.4 Masalah-masalah kecil hanya boleh diselesaikan terlebih dahulu manakala masalah yang
besar memerlukan masa dan peruntukan.

5.0 Hal-hal yang lain

5.1 Encik Subramaniam menerangkan tentang peruntukan bangunan bilik guru dibina
berhampiran dengan bangunan sekolah yang lain mengikut pelan sekolah. Beliau juga
memberitahu tentang pembinaan kemudahan dan perbelanjaan bekalan elektrik bangunan bilik
guru yang baharu. Kemudahan yang perlu disediakan terdiri daripada almari, penyaman udara
serta kerusi dan meja yang memerlukan kos RM50000.00. Sebanyak 5 buah penyaman udara
yang diperlukan. Peruntukan yang sedia ada ialah RM29000.00. Wang ini tidak mencukupi
untuk membina bumbung kajang sekolah.

5.2 Encik Moorti memberitahu bahawa tidak perlu mengungkitkan kesilapan yang berlalu
malahan belajar daripada kesilapan tersebut. Semua pihak perlu bergerak secara berpasukan bagi
mengelakkan sebarang kesilapan pada masa kelak.

5.3 Encik Stalin tidak setuju dengan cadangan guru besar bagi memotong pokok-pokok di
hadapan sekolah sebaliknya hanya mencantas dahan-dahan pokok. Beliau meminta guru agar
menggunakan bilik IQ board dan juga menggunakan teknologi terkini dalam PdPr.

5.4 Encik Sivam menerangkan bilik IQ board digunakan sebagai bilik pemulihan buat sementara
waktu sementara bilik ICT di sebelah kantin dibersihkan dan akan digunakan sebagai bilik
pemulihan nanti.

6.0 Penutup
Mesyuarat ditangguhkan pada jam 4.00 petang.

Disediakan oleh:

Urusetia,

Mesyuarat PIBG

You might also like