You are on page 1of 3

Minit mesyuarat Bidang TVET kali ke 3 Tahun 2021

Tarikh : 20 Januari 2022 (Khamis)


Masa : 2.00- 3.30 pm
Tempat : Bilik Galaksi

Kehadiran
1. En Mohd Asrul Zainol (Ketua bidang)
2. Pn Norlindah Abd Ghani
3. Pn Norazlina
4. Cik Normaine Ramlan
5. En Iswandy Mohd Talib
6. Pn Kasmiaty Zainudin
7. Pn Masliana Musli
8. En Nexjek Sakim

Agenda :
1.0 Ucapan Pengerusi
1.1 En Asrul memanjatkan kesyukuran atas kesempatan untuk mesyuarat kali ketiga untuk
bidang TVET dimana jumlah mesyuarat mencapai sasaran walaupun dalam keadaan Kes
Covid yang tidak menentu. Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada setiausaha
yang lepas yang telah menggantikan Pn Kasmiaty yang cuti bersalin
1.2 Beliau mengucapkan selamat kembali bertugas sebagai setiausaha bidang kepada Pn
Kasmiaty
1.3 Beliau berharap pada akhir mesyuarat, banyak perkara yang ingin beliau sampaikan
tercapai

2.0 Pengesahan Minit Mesyuarat


2.1 Minit mesyuarat yang lepas telah dicadangkan oleh Pn Norlindah untuk disahkan
manakala Cik Normaine menyokong tidakan tersebut

3.0 Perbelanjaa PCG


3.1 En Asrul mengucapkan tahniah kepada Panitia RBT dan Ekonomi kerana berjaya
menghabiskan perbelanjaan PCG masing-masing dan memohon agar panitia yang lain
untuk menghabiskan perbelanjaan PCG masing-masing sebelum 2021 menutup tirainya.
4.0 Kertas Kerja SRT dan SP
4.1 En Asrul mengingatkan kepada Pn Kasmiaty yang akan mengajar subjek SRT pada tahun
hadapan (2022) dan En Nexjek Sakim yang akan mengajar subjek SP juga pada tahun
hadapan utuk menyiapkan kertas kerja dan bentangkan kepada Pengetua. Kertas kerja
ini akan disampaikan kepada PPD untuk persediaan pembukaan subjek ini nanti.
4.2 Beliau menggesa kepada keduanya untuk mempercepatkan kertas kerja tersebut supaya
peralatan dan bahan mengajar dapat disediakan secukupnya.

5.0 PBL
5.1 Cik Normaine (Ketua Panitia RBT) menyatakan bahawa senarai nama guru yang telah
menyertai PBL telah dihantar kepada Cikgu Mariani untuk direkodkan agar nama-nama
guru RBT tidak lagi tercicir seperti tahun lepas.
5.2 Tahun 2021 , Cg Kasmiaty dan Pn Norazlina telah terpilih sebagai antara peserta PBL
sekolah.
5.3 En Asrul mengingatkan cikgu yang terpilih untuk bekerjasama dan boleh bertanya
kepada beliau terus berkenaan PBL dan cara melaksanakan PBL.

6.0 Kursus/Bengkel
6.1 En Asrul mengingatkan kepada semua guru untuk memastikan jumlah bilangan hari
berkursus adalah memenuhi syarat minima 5 hari dan sekiranya tidak memenuhi syarat
tersebut, beliau menggalakkan guru-guru untuk membuat reviu buku dan mengemaskini
e-splg masing-masing.
6.2 Beliau juga mengharapkan agar guru dalam bidang TVET tidak memandang remeh akan
perkara ini kerana menghadiri kursus dan menambah pengetahuan adalah sebahagian
tugas hakiki seorang guru.
6.3 Beliau juga meminta guru-guru untuk mengemaskini dan apungkan dalam group TVET
senarai kursus yang telah dihadiri sehingga hari ini.

7.0 Rakaman Video PBD


7.1 En Asrul menyatakan bahawa pada mesyuarat TVET yang lepas, ahli mesyuarat sebulat
suara memilih Cg Kasmiaty untuk merakam pengajaran beliau semasa di dalam kelas
sebagai salah projek PBD bidang TVET dibawah subjek RBT
7.2 Pn Kasmiaty meminta idea yang sesuai untuk dibawakan dalam rakaman tersebut

8.0 Laporan Panitia


8.1 Panitia RBT :
8.1.1 Cik Normaine menyatakan bahawa perbelanjaan PCG telah berjaya
dibelanjakan bagi tahun 2021.
8.1.2 Beliau juga mengingatkan guru-guru supaya berhati-hati apabila
menggunakan bengkel kerana terda[at rekahan yang besar di dinding dan
siling bengkel tingkat 1 dan bawah.
8.1.3 Panitia RBT sedang menjalankan program Motivasi PDPR dengan
menawarkan ganjaran hadiah dan wang tunai kepada pelajar yang rajin
menghantar tugasan PDPR serta pelajar Tingkatan 3 yang berjaya
menyiapkan projek Akhir Tingkatan 3 KSSM.
8.1.4 Beliau juga meluahkan rasa kesal kerana bengkel Elekronik telah disumbat
dengan meja dan almari yang sangat berat setelah Bilik Pendidikan Khas siap
dibina. Keadaan ini menyukarkan pemindahan meja dan almari yang
memerlukan tenaga yang ramai untuk menaikkannya ke tingkat atas.
8.1.5 Beliau juga mengharapkan agar bengkel kediaman boleh digunakan
sepenuhnya untuk kegunaan RBT
8.2 Panitia Ekonomi :
8.2.1 Pn Norlindah menyatakan beliau sedang menyediakan kelas-kelas online
SPM untuk subjek Ekonomi seperti Bengkel Menjawap SPM Ekonomi dengan
guru-guru penggubal soalan dan kelas tambahan akan dibuat pada tahun
depan
8.2.2 Beliau juga menyatakan perbelanjaan PCG telah digunakan untuk membeli
buku rujukan Ekonomi kepada calon SPM Ekonomi
8.2.3 Beliau mengharapkan jumlah pelajar Ekonomi pada tahun 2021 (Tingkatan
4) dapat dikurangkan kerana beliau rasa kurang berkemampuan untuk
mengajar 37 orang seorang diri

8.3 Panitia Perniagaan :


8.3.1 Pn Masliana menyatakan beliau sedang berusaha membantu calon SPM
Perniagaan untuk menyiapkan Folio Perniagaan sebelum 2021 berakhir
8.3.2 En Asrul menyatakan hasrat membantu Pn Masliana untuk mengejar calon-
calon yang hilang dari radar dalam PDPR. Pelajar-pelajar ini akan
dikumpulkan untuk menyiapkan folio mereka dalam masa sehari dua.
8.3.3 Pn Masliana juga menyatakan beliau ada berkongsi dengan calon SPM
bengkel online tetapi sambutan yang diterima tidak menggalakkan. Beliau
akan mencari jalan yang terbaik untuk membantu calon-calon ini.

8.4 Panitia Prinsip Akaun :


8.4.1 Pn Norazlina menyatakan bahawa batch 2021 merupakan batch terakhir
yang akan menduduki Subjek Prinsip Akaun dalam SPM
8.4.2 Perkara ini berlaku atas cadangan daripada PPD untuk memansuhkan
matapelajaran yang boleh menyumbang kepada kejatuhan GPS sekolah
dalam SPM
8.4.3 Sementara itu beliau juga merancang untuk membuat seminar menjawap
soalan bagi subjek ini secara online kepada semua calon SPM.

9.0 Hal-hal Lain


9.1 Cik Normaine menyatakan supaya bengkel diberi nafas baru dan di’upgrade’ menjadi
bengkel yang berguna untuk guru dan pelajar
9.2 En Asrul menyatakan beliau akan membuat laporan kepada pihak pentadbir mengenai
keadaan bengkel
9.3 En Asrul juga meminta cadangan tarikh untuk membuat gotong royong bagi
membersihkan bengkel kerana baru- baru ini bengkel kita telah mendapat teguran dari
Pengetua.
9.4 Ahli mesyuarat bersetuju untuk membersihkan bengkel pada 28 Oktober 2021 pada jam
8.00 am hingga selesai

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 4.00 pm

Disediakan oleh Disahkan oleh

________________ ______________
Kasmiaty Zainudin Mohd Asrul Zainol
Setiausaha Bidang TVET Ketua Bidang TVET

You might also like