You are on page 1of 4

Untuk Siaran Segera

PPA1M MERCU JALIL OLEH LBS


UNTUK KAKITANGAN PERKHIDMATAN AWAM

Kakitangan Perkhidmatan Awam Digalakkan Mengambil Peluang Untuk Memohon


Projek Perumahan Awam 1Malaysia (PPA1M) Mercu Jalil

Petaling Jaya, Selangor, 30 Januari 2018 – Ramai penjawat awam kini bakal menjadi pemilik
rumah di bawah pelaksanaan Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M). Permohonan
untuk pangsapuri PPA1M Mercu Jalil yang terletak di Bukit Jalil telah dibuka, sebuah projek
daripada pemaju perbandaran yang memenangi anugerah, LBS Bina Group Berhad (LBS).
Sambutan untuk PPA1M Mercu Jalil sangat positif dalam kalangan penjawat awam . Disusuli
dengan proses pengundian, kumpulan pertama yang layak menjadi pemilik rumah telah
menandatangani perjanjian jual beli dan penyerahan unit di Galeri Jualan LBS di M3 Mall di
Gombak baru-baru ini.

"Kami faham bahawa memiliki sebuah rumah adalah satu cabaran besar bagi sesetengah
pihak. Inilah sebabnya mengapa selama ini LBS menyokong kuat inisiatif kerajaan yang
membantu menjadikan rumah lebih dapat dimiliki dan dalam jangkauan untuk kategori rumah
mampu milik. Sebagai pemaju yang berpengalaman dalam segmen harga berpatutan dan
sederhana, kami sangat gembira melihat lebih ramai kakitangan perkhidmatan awam
mempunyai kediaman di PPA1M Mercu Jalil. Kami masih menerima permohonan dan mengalu-
alukan kakitangan perkhidmatan awam untuk merebut peluang ini sebagai langkah pertama ke
arah memiliki rumah sendiri, "jelas Pengarah Urusan Kumpulan LBS, Tan Sri Lim Hock San.

Page 1 of 4
PPA1M Mercu Jalil terdiri daripada dua blok pangsapuri 47 tingkat (1,360 unit), termasuk
kemudahan tempat letak kereta 9 tingkat. Dengan harga yang berpatutan dari RM 245,000,
setiap unit mempunyai luas binaan daripada 1,000 kaki persegi hingga 1,200 kaki persegi,
mempunyai tiga bilik tidur dan dua bilik mandi yang tersusun atur yang selesa.

Bakal pemilik rumah PPA1M Mercu Jalil. LBS telah menjemput kumpulan pertama pemilik rumah
PPA1M Mercu Jalil untuk menandatangani perjanjian jual beli dan menetapkan unit di Galeri Jualan
LBS di M3 Mall, Gombak. LBS menyeru penjawat awam agar memohon PPA1M sementara
permohonan masih dibuka.

Dengan nilai pembangunan kasar (GDV) sebanyak RM354 juta, PPA1M Mercu Jalil direka
dengan kemudahan seperti dewan serbaguna, taman permainan kanak-kanak, taska, laluan
joging, bilik solat dan kawasan hijau untuk aktiviti komuniti dan rekreasi. PPA1M Mercu Jalil
dijangka siap 4 tahun selepas menandatangani SPA.

Terletak di kawasan seluas 5.43 hektar di tengah Bukit Jalil, PPA1M Mercu Jalil dikelilingi oleh
pelbagai kemudahan dan dapat diakses melalui Lebuhraya Damansara Puchong (LDP),
Lebuhraya Bukit Jalil, Lebuhraya Shah Alam (KESAS), Maju Expressway (MEX) dan Lebuhraya
Kuala Lumpur - Seremban. Demi melengkapkan keperluan keluarga muda, penduduk PPA1M
Mercu Jalil juga akan memperoleh manfaat daripada Tzu Chi International School yang
dijangka siap pada tahun 2020 dan institusi pengajian tinggi lain seperti International Medical
University (IMU) dan Asia Pacific University (APU) yang terletak hanya 7 km dari pembangunan
tersebut.

Page 2 of 4
LBS adalah penyumbang aktif kepada inisiatif kerajaan persekutuan dan negeri yang
mempromosikan pembangunan rumah mampu milik termasuk PPA1M dan Rumah SelangorKu.
PPA1M adalah skim perumahan yang berpatutan yang bertujuan membantu penjawat awam,
terutamanya mereka yang berpendapatan rendah dan sederhana, untuk memiliki rumah yang
berkualiti di lokasi strategik dengan harga yang berpatutan. Program ini telah dilancarkan pada
awal 2013 berikutan daripada keputusan oleh Kabinet Malaysia pada 30 Januari 2013 da n 27
Mac 2013.

Penjawat perkhidmatan awam yang berminat untuk memohon atau mengetahui lebih lanjut
mengenai PPA1M boleh menghubungi 1700-81-7978 / 03-88805118 atau layari
https://www.ppa1m.gov.my/.

Page 3 of 4
Tentang LBS Bina Group Berhad

LBS mempunyai susur galur tersendiri yang bermula semenjak tahun 1980an apabila Dat o’ Seri Lim
Bock Seng - seorang pemuda agresif yang penuh dengan wawasan - menubuhkan syarikat pembinaan
yang asal di Petaling Jaya. Selepas satu dekad mengalami perkembangan pesat, LBS mula meletakkan
visinya ke tahap yang lebih tinggi dan memasuki sektor pembangunan hart anah pada 1992 bila LBS
memulak an projeknya yang pertama iaitu Taman Perindustrian Jelapang Maju Light di Ipoh, Perak.
Selepas mengambil alih teraju syarikat daripada bapanya, Tan Sri Lim Hock San telah mengembangkan
dan memajukan LBS sehingga menjadi s alah sat u pemain utama dalam pembangunan hartanah di
Malaysia. LBS Bina Group Berhad (5789) telah tersenarai di Papan Utama Burs a Malaysi a Securities
Berhad pada 2002 dengan mengembangkan perniagaannya ke Zhuhai, China.

Di bawah kepimpinan Pengarah Urusannya iaitu Tan Sri Lim Hock San, Kumpulan tersebut menyusun
semula strategi model perniagaanny a dan melancarkan satu imej, identititi dan arah tuju serba baharu
sebagai sebahagian daripada objektif jangka panjangnya untuk menjadi pemaju yang diiktiraf di peringkat
antarabangsa, membina dan mewujudkan ruang-ruang gaya hidup yang meningkatkan lagi kehidupan
bermasyarak at. Bagi menandakan arah tuju baharu ini, Kumpulan telah mengembangkan port folio
rumah-rumah kediaman berkualiti kepada pasaran mewah dan telah memulakan satu perjalanan
progresif ke arah perubahan yang melibatkan bahagian produk, pengalaman pelanggan, perkhidmatan
selepas jualan, kelestarian, teknologi hijau dan rekabentuk.

Bagi mengiktiraf semangat keusahawanan beliau, Tan Sri Lim telah dianugerahi Anugerah Usahawan
Asia Pasifik Terbaik 2012 oleh Ent erprise Asia. Pada bulan Julai 2012, sebagai mengiktiraf penglibatan
aktif beliau dalam pembangunan B andar Zhuhai di China, Tan Sri Lim Hock San telah dilantik sebagai
ahli jawatankuasa Persidangan Perundingan Politik Rakyat Perbandaran Zhuhai (Zhuhai CPPCC).

Di bawah kepimpinan Tan Sri Lim, Kumpulan telah mendapat anugerah 'Syarikat Terbaik bagi
Kepimpinan Pembangunan Hartanah' di Anugerah Semak an Pelaburan Alternatif Antarabangsa 2014
(IAIR).

Satu lagi cont oh kejayaan Tan Sri Lim ialah penganugerahan Dewan Kemasyhuran Brand Laureate -
Anugerah Kepimpinan Ikon Jenama Brand Laureate bagi Pencapaian Sepanjang Hayat 2015. Anugerah
ini telah diberikan kepada Tan S ri Lim bagi menghargai ketabahan dan kecekalan beliau selama
bertahun-tahun berdepan dengan pelbagai ujian, corak kepimpinan beliau yang tegas, pengetahuan luas
beliau dalam industri dan nilai-nilai integriti dan kebertanggungjawaban beliau menerusi LBS.

Sebagai menghargai sumbangan beliau kepada hubungan utuh antara Malaysia dan China, Tan Sri Lim
telah dianugerahi A nugerah Pencapaian S epanjang Hayat 2015 semasa Persidangan Eko nomi Cina
Dunia 2015 (WCES). Persidangan Ekonomi Dunia menghargai usahawan -usahawan atas dedikasi,
khidmat tanpa mementingkan diri dan kepimpinan inovatif mereka.

LBS telah mencatat satu kejay aan baru pada 2016 apabila syarikat dianugerahi Anugerah Pembang unan
Pemasaran Malaysia Terbaik 5 Bintang untuk projek pembangunan berk onsep gaya hidup BSP21 dan
Anugerah Rekaan Dalaman Rumah Contoh Malaysia 5 Bintang untuk projek kediaman berkembar
Corallia di majlis anugerah terkemuka iaitu Anugerah Hartanah Asia Pas ifik (APPA) 2016.

LBS juga berjaya merangkul Anugerah Jenama Paling Bernilai BrandLaureate bagi Industri Hartanah
2016 sebagai mengiktiraf reput asi syarikat sebagai pemaju hartanah yang dipercayai di A nugerah
Jenama Terbaik BrandLaureate 2015 – 2016.

~Tamat~

Page 4 of 4

You might also like