You are on page 1of 61

SukuKe

tigaTa
hun2013

Tel:03-88723388/3390 Faks:03-88883857
Fb:Sk
imLat
ihan1Mal
ays
ia(
SL1M) E-
mel:sl
1m@epu.
gov
.my LamanWeb:www.
epu.
gov
.my/
sl1m
Pelaksanaan & Pencapaian
Skim Latihan 1Malaysia
(SL1M)
Suku ke-3 tahun 2013
Mozek Gambar SL1M

SIDEBAR TITLE
Isi Kandungan

Bil. Perkara Muka surat

1 Senarai Jadual i

2 Senarai Rajah i

3 Sekapur Sirih 1

4 Pengenalan Program Skim Latihan 1Malaysia (SL1M) 3

Input Teks Ucapan YAB Perdana Menteri – Majlis Malam Kecemerlangan


5 5
Jabatan Perdana Menteri

6 Statistik Terkini SL1M 2013 7

7 Sorotan Aktiviti SL1M 13

7.1 Video Promosi SL1M : Light, Camera, Action! 14

7.2 Program Outreach SL1M Suku Ke-3 Tahun 2013 22

7.3 SL1M : Connect the Dots! 30

7.4 SL1M On-Air 46

8 Terima Kasih Daun Keladi 49


Senarai Jadual

Jadual 1 : Jumlah Pendaftaran Peserta SL1M

Jadual 2 : Jumlah Peserta SL1M Mengikut Status

Jadual 3 : Jumlah Syarikat-syarikat SL1M

Jadual 4: Syarikat GLCs dan swasta yang menyertai Program SL1M Mengikut
SektorJumlah Syarikat-syarikat SL1M

Senarai Rajah

Rajah 1 : Jumlah Peserta SL1M Mengikut Status

Rajah 2 : Jumlah Peserta SL1M Mengikut Negeri

Rajah 3 : Bidang Kelulusan Graduan yang Menyertai Program SL1M

Rajah 4 : Bilangan Peserta yang Menyertai Program SL1M Mengikut Jantina

Rajah 5 : Peratusan Peserta SL1M Mengikut Institut Pengajian Tinggi Awam/


Swasta

Rajah 6 : Syarikat GLCs dan swasta yang menyertai Program SL1M

i
SEKAPUR SIRIH

1
A ssalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, Salam Sejahtera dan
Salam 1Malaysia. Aktiviti Program Skim Latihan 1Malaysia (SL1M) pada suku ke-3 tahun 2013
telah berjalan dengan jayanya. Sehingga hujung September 2013, seramai 13,000 graduan
telah berjaya dibantu melalui program SL1M dengan menjalani latihan di Syarikat—syarikat
Berkaitan Kerajaan (GLCs) dan syarikat swasta yang lain bagi meningkatkan tahap
kebolehpasaran graduan.
Di kesempatan ini, pihak SL1M ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada
syarikat – syarikat swasta yang baru mendaftar untuk menyertai SL1M. Diharapkan dengan
kerjasama dan sokongan pihak industri ini dapat membantu lebih ramai graduan dalam
melahirkan modal insan yang berkualiti, berdaya saing secara global dan berketerampilan tinggi
selain berjaya meningkatkan pembangunan sahsiah graduan bagi memudahkan mereka
mendapatkan pekerjaan di pasaran tenaga kerja negara. Justeru, penglibatan dan komitmen
daripada semua syarikat swasta dan GLCs amatlah dialu-alukan dalam menjayakan lagi program
ini secara amal jariah atau Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR).
Pihak Sekretariat SL1M juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak
media yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam mempromosikan program SL1M
kepada syarikat dan graduan khususnya. Setinggi-tinggi penghargaan dizahirkan kepada pihak
Million Frames Sdn. Bhd. yang telah bertungkus lumus menghasilkan Video Promosi SL1M serta
pihak Bernama Radio 24 Astro Awani, Radio Nasional RTM, NST Group dan Media Prima yang
turut membantu mempromosikan program SL1M.
Kami juga ingin merakamkan jutaan tahniah kepada pihak Northern Corridor
Implementation Authority (NCIA) kerana telah berjaya melatih seramai 39 orang graduan dalam
pengambilan pertama peserta NCIA – SL1M. Semoga usaha ini akan menjadi contoh kepada
Koridor Ekonomi lain untuk mengambil bahagian dalam program SL1M.
Diharapkan dengan segala usaha dan komitmen yang diberikan akan dapat memberi impak
positif dalam melahirkan graduan yang lebih kompetitif seterusnya membantu menjana
kemajuan negara selaras dengan hasrat YAB Perdana Menteri untuk menjadikan Malaysia
sebuah negara maju berpendapatan tinggi menjelang tahun 2018.

2
PENGENALAN SKIM
LATIHAN 1MALAYSIA
(SL1M)

3
P rogram Skim Latihan 1Malaysia (SL1M) merupakan cetusan idea YAB Perdana Menteri yang
diilhamkan dari kejayaan Graduates Programme Bank Negara Malaysia bagi menangani isu graduan yang
sukar mendapatkan pekerjaan selepas tamat tempoh pengajian terutama kepada mereka yang datang
dari keluarga berpendapatan rendah serta tinggal di kawasan pedalaman. Objektif pelaksanaan program
ini untuk membantu graduan yang tidak bekerja meningkatkan tahap kebolehpasaran (employability)
atau keupayaan graduan mendapatkan pekerjaan yang baik dalam pasaran tenaga kerja berkemahiran
dan berkualiti seterusnya meningkatkan taraf hidup keluarga. Program ini diselia oleh Seksyen
Pembangunan Modal Insan (PMI), Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri (UPE, JPM).
Program SL1M dijayakan melalui kerjasama dan komitmen daripada Syarikat-syarikat Berkaitan
Kerajaan (GLCs) dan syarikat swasta seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak yang dilaksanakan
secara amal jariah serta Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR). Peserta yang menyertai program ini akan
menjalani Soft-Skills-Training dan On-Job-Training dengan pihak syarikat yang mengambil bahagian bagi
meningkatkan keyakinan diri dan kebolehpasaran untuk mendapat pekerjaan di syarikat yang
menyediakan latihan, tertakluk kepada kekosongan jawatan dan prestasi setiap peserta. Selain itu,
graduan juga diberi pendedahan serta pengalaman kerja yang sebenar di syarikat-syarikat yang terdiri
daripada pelbagai sektor di seluruh Malaysia.
Dalam menggiatkan usaha untuk menarik lebih banyak penyertaan syarikat-syarikat swasta dalam
program SL1M, Kerajaan telah mengumumkan pemberian Insentif Potongan Cukai Berganda kepada
syarikat yang mengambil bahagian dalam program ini. Pemberian insentif ini adalah sebagai tanda
penghargaan Kerajaan kepada syarikat-syarikat yang komited dan bersungguh-sungguh menjalankan
program SL1M.
Program SL1M telah mendapat sambutan dan penyertaan yang menggalakkan dari GLCs dan
syarikat swasta serta para graduan semenjak dilancarkan pada 1 Jun 2011. Statistik setakat Oktober 2013
telah menunjukkan Sekretariat SL1M telah menerima sebanyak 37,954 pemohonan graduan yang telah
berdaftar dengan SL1M dan JobsMalaysia. Sebanyak 118 GLCs dan syarikat swasta telah menyatakan
minat menyertai program SL1M secara CSR dan memberikan komitmen yang tinggi dalam menjayakan
program ini. Sehingga kini, seramai 13,672 graduan telah diterima masuk dan mendapat tempat di dalam
Program SL1M. Daripada jumlah itu, seramai 10,069 (27%) graduan telah berjaya memperolehi pekerjaan
manakala seramai 3,603 (9%) graduan lagi sedang dibantu dan masih menjalani latihan di syarikat-
syarikat yang terlibat di bawah Program SL1M. Sementara itu, graduan yang telah berjaya mendapat
pekerjaan dengan usaha sendiri pula adalah seramai 24,282 (64%) graduan.
Sekretariat SL1M kini sedang aktif melaksanakan Outreach Programme di seluruh Malaysia bagi
mempromosikan SL1M kepada graduan dan mengadakan taklimat insentif potongan cukai berganda
kepada syarikat-syarikat swasta yang berminat untuk menyertai SL1M. Sokongan dan kerjasama jitu dari
pihak kementerian, agensi-agensi kerajaan, kerajaan negeri dan NGO telah membantu memantapkan lagi
program SL1M ini dari semasa ke semasa.

4
TEKS UCAPAN

5
INPUT PENYEDIAAN TEKS UCAPAN YAB PERDANA MENTERI BAGI
MAJLIS MALAM KECEMERLANGAN JABATAN PERDANA MENTERI 2013
pada 1 Oktober 2013 (Selasa) bertempat di Hotel Marriott, Putrajaya

Pencapaian dan Kejayaan Program Skim Latihan 1Malaysia (SL1M)

Berdasarkan tracer study oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), 75% graduan berjaya
mendapat pekerjaan atau menyambung pelajaran dalam tempoh 3 hingga 6 bulan selepas tamat
belajar. Sungguhpun ini merupakan pencapaian yang besar, Kerajaan tetap prihatin dengan nasib
25% mereka yang sukar mendapat pekerjaan. Oleh itu, program Skim Latihan 1Malaysia (SL1M)
telah diperkenalkan sebagai satu langkah inovatif Kerajaan dalam menangani isu graduan
menganggur. Graduan yang sukar mendapat pekerjaan adalah sebahagian besarnya datang dari
keluarga luar bandar dan pedalaman serta berasal daripada keluarga berpendapatan rendah.

Program ini dilaksanakan berasaskan konsep keberkesanan kos, kepantasan pelaksanaan dan
pencapaian outcome yang besar sejajar dengan konsep Blue Ocean Strategy. Graduan yang
menyertai program ini akan menerima latihan industri yang kosnya ditanggung sepenuhnya oleh
industri yang mengambil bahagian. Peserta terus diserap sebagai pekerja di syarikat yang
mengambil bahagian atau dibantu untuk mendapatkan pekerjaan di syarikat lain.

Semenjak dilancarkan pada tahun 2011 oleh saya (YAB Perdana Menteri), sejumlah hampir
13,000 graduan menganggur telah dibantu mendapat pekerjaan di 118 syarikat. Kejayaan ini
bukan sahaja membantu graduan mendapat pekerjaan, malah turut meningkatkan taraf ekonomi
keluarga bagi setiap graduan yang terlibat. Inilah smart partnership antara pihak Kerajaan dan
swasta melalui penglibatan pihak swasta secara Tanggungjawab Sosial Korporat atau CSR dalam
membantu agenda ekonomi Negara.

Sebagai tanda penghargaan atas sokongan yang diberikan terhadap program SL1M, Kerajaan
telah meluluskan Insentif Potongan Cukai Berganda kepada syarikat yang menyertai program
SL1M demi memastikan kesinambungan pelaksanaan program amal jariah ini secara berterusan
oleh pihak industri.
STATISTIK TERKINI
SL1M

7
Statistik Skim Latihan 1Malaysia (SL1M)
Penggal Ke-3, 2013

Pendaftaran Peserta Jumlah


Melalui Pos/ Borang Online di Portal EPU 12,026
Borang Online di Portal JobsMalaysia 25,928
Jumlah 37,954
Jadual 1 : Jumlah Pendaftaran Peserta SL1M

Peratus
Status Peserta SL1M Jumlah
(%)
Peserta yang berjaya mendapat pekerjaan dengan usaha
24,282 64
sendiri
Peserta yang berjaya mendapat
13,672 graduan 10,069 27
pekerjaan selepas menyertai SL1M
dibantu oleh
Peserta yang masih di dalam program SL1M 3,603 9

Jumlah 37,954 100

Jadual 2 : Jumlah Peserta SL1M Mengikut Status

Jumlah Peserta SL1M Mengikut Status

64%
Peserta yang berjaya mendapat
pekerjaan dengan usaha sendiri

9% Peserta yang berjaya mendapat


pekerjaan selepas menyertai SL1M

Peserta yang masih di dalam program

27%

Rajah 1 : Jumlah Peserta SL1M Mengikut Status

8
Statistik Skim Latihan 1Malaysia (SL1M)
Penggal Ke-3, 2013

Jumlah Peserta SL1M Mengikut Negeri


2000

1818
1800

1600
1517

1395 1415
1400

1211 1230 1226


1200

1000

833
800 735
660

600
522

420
400 346

192
200 133

19
0

Rajah 2 : Jumlah Peserta Sl1M Mengikut Negeri

9
Statistik Skim Latihan 1Malaysia (SL1M)
Penggal Ke-3, 2013

Bidang Kelulusan Graduan yang Menyertai Program SL1M

Sains Sosial Sains Teknologi Maklumat Kejuruteraan

2,997
(22%)

258
(2%)

1,310
(9%) 9,107
(67%)

Rajah 3 : Bidang Kelulusan Graduan yang Menyertai Program SL1M

Bilangan Peserta yang Menyertai Program SL1M Mengikut Jantina

Lelaki
4,648 (66%)

Perempuan
9,024 (34%)

Rajah 4 : Bilangan Peserta yang Menyertai Program SL1M Mengikut Jantina

10
Statistik Skim Latihan 1Malaysia (SL1M)
Penggal Ke-3, 2013

Peratusan Peserta SL1M Mengikut Institut Pengajian Tinggi


Awam/ Swasta

Universiti Teknologi MARA (UiTM) 27.8

Universiti Utara Malaysia (UUM) 10.9

Universiti Malaysia Sabah (UMS) 8.7

Lain-lain IPTA/ IPTS Dalam dan Luar Negara 7.6

Universiti Putra Malaysia (UPM) 4.4

Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) 4.4

Universiti Sains Malaysia (USM) 4.2

Universiti Malaysia Terengganu (UMT) 4.2

Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) 3.8

International Islamic University Malaysia (IIUM) 3.6

Universiti Malaya (UM) 3.6

Universiti Teknologi Malaysia (UTM) 3.3

Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) 2

Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) 1.8

Universiti Malaysia Pahang (UMP) 1.7

UNITAR INTERNATIONAL UNIVERSITY (UNITAR) 1.6

Universiti Selangor (UNISEL) 1.5

Universiti Kuala Lumpur (UniKL) 1.4

Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) 1.3

UNIVERSITI TENAGA NASIONAL (UNITEN) 1.1

Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) 1.1

0 10 20 30
Peratus

Rajah 5 : Peratusan Peserta SL1M Mengikut Institut Pengajian Tinggi


Awam/ Swasta

11
Statistik Skim Latihan 1Malaysia (SL1M)
Penggal Ke-3, 2013

Syarikat Jumlah
Government Link Companies (GLCs) 50
Swasta & SMEs 68
Jumlah 118
Jadual 3 : Jumlah Syarikat-syarikat SL1M

No. Sektor Jumlah


1 Kewangan dan Pelaburan 16
2 Maklumat dan Komunikasi 4
3 Minyak dan Gas 6
4 Pembinaan dan Hartanah 15
5 Pembuatan 11
6 Pengangkutan dan Logistik 11
7 Perkhidmatan 46
8 Pertanian dan Perladangan 6
9 Utiliti 3
Jumlah 118
Jadual 4: Syarikat GLCs dan swasta yang menyertai Program SL1M
Mengikut Sektor

Syarikat GLCs dan swasta yang menyertai


Program SL1M Mengikut Sektor
Utiliti Kewangan dan
Pertanian dan 3% Pelaburan
Perladangan 14% Maklumat dan
5% Komunikasi
3%
Minyak dan Gas
5%
Perkhidmatan
39%
Pembinaan dan
Hartanah
13%

Pembuatan
Pengangkutan 9%
dan Logistik
9%

Rajah 6 : Syarikat GLCs dan swasta yang menyertai Program SL1M

12
SOROTAN AKTIVITI
SL1M

13
VIDEO PROMOSI SL1M :
Light, Camera, Action!

14
PENGGAMBARAN SL1M
KULIM (MALAYSIA) BERHAD

Tarikh : 1 Julai 2013

Lokasi : Pejabat dan Ladang KULIM (Malaysia) Berhad


Lot 2135 KM 37, Jalan Kota Tinggi – Johor Bahru
Kota Tinggi, Johor.

Wakil Syarikat : Encik Sivabalan A/L Subramaniam


Manager of Human Resource & Administration Department

Pelatih SL1M yang berjaya : Encik Nor Halis Abu Zar, Bekas Pelatih Program SL1M-KMB SEEDS

Encik Nor Halis Abu Zar, telah berjaya menamatkan program latihan SL1M bersama Kulim (Malaysia) Berhad
selama 8 bulan bermula dari 3 Disember 2012. Encik Sivabalan, Manager of Human Resources & Administration Department
menyatakan bahawa Encik Nor Halis telah menunjukkan prestasi yang memberangsangkan sepanjang kursus dan pihak
syarikat telah bersetuju untuk mengambil beliau sebagai pegawai tetap dalam bidang perladangan. Skop kerja beliau ialah
mengurus, membuat semakan dan pemantauan di kawasan ladang.

Gambar kiri: Encik Nor Halis sedang membentangkan laporan akhir tugasan yang diberi sepanjang latihan.
Gambar tengah dan kanan: Encik Nor Halis sedang memantau proses penuaian buah sawit di Kuala Kabong Estet.

Encik Sivabalan A/L Subramaniam, Manager of Human Resource & Administration Department membuat
pengawasan ketika sesi penggambaran video korporat SL1M-KMB SEEDS 1 Julai yang lalu.

15
PENGGAMBARAN SL1M
TELEKOM MALAYSIA BERHAD

Tarikh : 1 Julai 2013


Lokasi : Multimedia University (MMU), Melaka

Sesi penggambaran video korporat SL1M di Universiti Multimedia (MMU), Ayer Keroh, Melaka telah
diadakan pada 1 Julai 2013 (Isnin). Semasa penggambaran diadakan, kelas Soft-skills Training untuk para peserta program
SL1M TM : GEOP 3.0 sedang berlangsung di Multimedia Universiti. Program ini telah bermula pada 15 Jun 2013 dan disertai
oleh 98 orang graduan. Rakaman telah dijalankan semasa berlangsungnya sesi latihan dalam kelas bagi modul Grooming and
Etiquette mengenai cara dan gaya penampilan seorang eksekutif serta solekan muka yang sesuai di tempat kerja yang
mengasingkan kelas bagi lelaki dan perempuan. Penggambaran turut diadakan di sekitar kawasan pusat latihan TM dan
asrama peserta program serta bangunan pejabat.

Proses Pendaftaran peserta program SL1M TM : GEOP 3.0 diadakan di Multimedia Universiti, Melaka pada 15 Jun 2013. Majlis
ini telah dirasmikan oleh YBrs. Dr. Zainal Abu Zarim, Vice President Human Capital TM.

Kelas Grooming untuk para peserta SL1M TM : GEOP 3.0; kelas ini telah diadakan pada 1 Julai 2013 yang lalu bagi memberi
pendedahan kepada para peserta berkenaan cara solekan, susunan atur warna yang sesuai, dan juga penggayaan aksesori
seperti tali leher, cermin mata, tudung dan juga beg tangan.

16
PENGGAMBARAN SL1M
TELEKOM MALAYSIA BERHAD

Tarikh : 2 Julai 2013


Lokasi : Menara TM, Jalan Pantai Baru, Kuala Lumpur
Wakil Syarikat : YBhg. Dato’ Mohd Khalis Bin Abdul Rahim, Chief Human Capital Officer of TM

Kesinambungan dari sesi penggambaran video korporat di Multimedia Universiti pada 1 Julai,
penggambaran video korporat SL1M telah dilakukan di Menara TM, Jalan Pantai Baru, Kuala Lumpur pada 2 Julai yang lalu
melibatkan YBhg. Dato’ Mohd Khalis bin Abdul Rahim, Chief Human Capital Officer Telekom Malaysia Berhad. YBhg. Dato’ turut
menyatakan pendapat tentang perlunya syarikat-syarikat gergasi membantu Kerajaan dalam meningkatkan tahap
kebolehpasaran graduan Malaysia agar mencapai tahap kompetitif yang diperlukan dalam industri.

YBhg. Dato’ Mohd Khalis Abdul Rahim serta pasukannya memberikan kerjasama yang jitu dalam menjayakan program SL1M
dan ketika sesi penggambaran video korporat SL1M.

Ketua Sekretariat SL1M, Puan Hjh Norashikin memberikan


penjelasan kepada YBhg. Dato’ Khalis sebelum sesi
penggambaran dimulakan.

Gambar kiri: YBhg Dato’ Khalis sedang ditemuramah oleh pihak


krew produksi.

17
PENGGAMBARAN SL1M
INSTITUT TERJEMAHAN BUKU MALAYSIA (ITBM)

Tarikh : 2 Julai 2013

Lokasi : Pejabat Institut Terjemahan Buku Malaysia (ITBM)

Wisma ITBM, Syeksen 10, Wangsa Maju

Kuala Lumpur

Wakil Syarikat : Cik Siti Rohaizat Binti Hamzah, Ketua Pengurusan dan Sumber Manusia, ITBM

Peserta SL1M yang berjaya : Cik Aini Izzuani Binti Mohd Kassim, Pegawai Penterjemah ITBM.

Cik Ani Izzuani Mohd Kassim merupakan graduan yang mempunyai masalah jantung kronik sehinggakan beliau
perlu membawa tong oksigen seberat 10 kilogram ke tempat kerja setiap hari. Beliau adalah seorang pekerja yang sentiasa
berusaha keras dan gigih dalam meningkatkan mutu kerja serta memajukan diri dalam kerjaya di ceburi. Beliau tidak terganggu
dengan masalah kesihatan yang dialaminya malah menjadikan ia sebagai satu pemangkin semangat untuk terus berjaya.

Kegigihan dan kecekalan yang ditunjukkan oleh Cik Ani Izzuani di dalam
menyelesaikan tugas-tugasnya turut diakui sendiri oleh Cik Siti Rohaizat selaku
Ketua Pengurusan dan Sumber Manusia

Cik Ani Izzuani sedang berehat sebentar


mengambil nafas sebelum meneruskan
penggambaran.

Cik Ani Izzuani tidak menjadikan alasan status “OKU” untuk meraih simpati malahan menjadikan ia satu cabaran untuk terus
gigih dan cemerlang dalam kerjaya beliau.

18
PENGGAMBARAN SL1M
PETRONAS

Tarikh : 4 Julai 2013

Lokasi : 18 KM, Tanjung Kidurong

Bintulu, Sarawak

Wakil Syarikat : i) Puan Aishah Sirat

Manager of Corporate Communications & Property Management

Asean Bintulu Fertilizer Sdn. Bhd.

ii) Cik Alia Azida M Musa

Executive (Student Development) Petroliam Nasional Berhad

Peserta SL1M yang berjaya :

i) Encik Tito Lamat Anak Jayan, Executive, Sourcing Operational (Anak Sarawak)

ii) Encik Mohd Zulkarnatin Maitin, Executive, Sourcing Operational (Anak Sabah)

iii) Cik Brenda Baton, Executive, Sourcing TA & Plant Change (Anak Sabah)

Ketiga-tiga bekas peserta SL1M yang telah diserap di Petronas Bintulu sedang melakukan perbincangan sebelum memulakan
tugas yang telah dipertanggungjawabkan ke atas mereka.

Puan Hjh Norashikin Hj Datuk Ismail, Ketua Sekretariat SL1M, sedang memberikan penerangan mengenai SL1M kepada
Officers-in-charge serta penggambaran video SL1M bersama pihak Petronas yang diadakan di Petronas Bintulu .

19
PENGGAMBARAN SL1M
GAMUDA BERHAD

Tarikh : 9 Julai 2013

Lokasi : Projek Landasan Berkembar Elektrik (ED TP) Ipoh—Padang Besar

Padang Rengas, Perak

Wakil Syarikat : Encik Ting Choon Kiong, Senior Manager Group Public Affairs

Peserta SL1M yang berjaya : Cik Nurul Ain Ahmad Sabri, Quantity Surveyor, Gamuda Berhad

Pihak Gamuda Berhad telah berjaya melatih seramai 132 graduan sejak bermulanya Program SL1M pada
1 Jun 2011. Daripada jumlah yang disebut, 25 graduan baru sahaja memulakan kursus SL1M Gamuda pada bulan Mac 2013
yang lalu. Sehingga September 2013, pihak Gamuda Bhd telah menyerap 29 graduan SL1M menjadi pegawai tetap
di dalam syarikat.

Persiapan untuk memulakan sesi rakaman video promosi sedang dijalankan dan melibatkan beberapa pekerja dari Gamuda
Bhd. Gambar Kanan: Pasukan SL1M, krew produksi dan peserta terlibat mendengar taklimat daripada pegawai bertugas
sebelum memulakan penggambaran.

Cik Nurul Ain sedang ditemuramah


untuk video korporat SL1M.

Electrified Double Track Project yang dibina oleh Gamuda Bhd merupakan terowong landasan kereta api berkembar
terpanjang di Asia Tenggara dengan jarak 3.3 kilometer.

20
PENGGAMBARAN SL1M
TENAGA NASIONAL BERHAD

Tarikh : 20 Jun 2013

Lokasi : Stesen Janakuasa Sultan Azlan Shah Manjung, Seri Manjung, Perak

Tarikh : 10 Julai 2013

Lokasi : Tingkat 8, Ibu Pejabat Tenaga Nasional Berhad

Jalan Bangsar, Kuala Lumpur

Wakil Syarikat : YBhg. Dato’ Muhammad Razif Abd Rahman, Naib Presiden Sumber Manusia TNB

Peserta SL1M yang berjaya : En Yeoh Ceh Hsing, Engineer (Regulatory & Plant Life Assessment) Stesen Janamanjung.

Tenaga Nasional Berhad (TNB) merupakan syarikat utiliti bekalan elektrik terbesar di Malaysia yang turut
serta dan menunjukkan komitmen yang tinggi dalam menjayakan Program SL1M. Sehingga hari ini, pihak TNB telah berjaya
melatih ramai graduan dari pelbagai bidang seperti graduan dari bidang Kejuruteraan Elektrik, Kejuruteraan Awam,
Sains Komputer dan Teknologi Maklumat.

Encik Yeoh Ceh Hsing adalah salah seorang jurutera di Stesen Janakuasa Manjung, sejak tahun 2012 yang
lalu. Beliau telah menunjukkan prestasi yang memberangsangkan ketika menjalani kursus SL1M, ini membuatkan pihak TNB
tidak teragak-agak untuk menyerapnya sebagai pegawai tetap.

YBhg. Dato’ serta warga TNB telah memberikan kerjasama dalam menjayakan program SL1M termasuk ketika sesi
pengambaran video korporat SL1M di pejabatnya.

Gambar kiri: Encik Yeoh sedang diberi tunjuk ajar oleh salah seorang Jurutera di Stesen TNB Janamanjung, Perak .
Gambar tengah dan kanan: Stesen TNB Janamanjung, Perak tempat di mana Encik Yeoh ditugaskan.

21
PROGRAM OUTREACH
SL1M SUKU KE-3
TAHUN 2013

22
PROGRAM OUTREACH
KARNIVAL PEKERJAAN AZAM KERJA 1MALAYSIA DI MARAN, PAHANG

Tarikh : 14 September 2013

Lokasi : Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah, Maran, Pahang

Perasmian oleh : YB Datuk Ismail Abdul Muttalib, Timbalan Menteri, Kementerian Sumber Manusia

Pihak JobsMalaysia Pahang telah mengadakan Karnival Pekerjaan Azam Kerja Peringkat Negeri Pahang
yang telah dirasmikan oleh YB Datuk Ismail Abdul Muttalib, Timbalan Menteri Kementerian Sumber Manusia. Program ini
berlangsung selama sehari. Selain Karnival Pekerjaan Azam Kerja, YB Datuk Ismail turut merasmikan Pelancaran Pertubuhan
Kumpulan Veteran Tentera Tidak Berpencen Negeri Pahang. Pertubuhan ini dilancarkan bagi menghargai jasa dan bakti yang
telah dicurahkan oleh tentera-tentera veteran dalam menjaga keamanan negara.

Keseluruhan seramai 6000 pengunjung telah hadir bagi menjayakan Karnival Pekerjaan Azam Kerja
1Malaysia peringkat Negeri Pahang ini. Antara syarikat-syarikat lain yang turut terlibat dalam membuat pameran ketika
karnival ini ialah Parkson Megamall Kuantan, Pizza Hut Restaurant Sdn Bhd, Wasco Coating Malaysia dan Agrobest (M) Sdn
Bhd. Jawatan kosong yang ditawarkan pula melebihi 1000.

Antara Pengunjung yang hadir ketika sesi perasmian Karnival Kerjaya Azam Kerja
1Malaysia Negeri Pahang dan Pelancaran Pertubuhan Veteran Tentera Tidak
Berpencen Peringkat Negeri Pahang.

23
KARNIVAL
KARNIVAL DAN EKSPO KEMAHIRAN KEBANGSAAN (KEKK) 2013

Tarikh : 26—29 September 2013

Lokasi : Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS)

Perasmian oleh : YB Datuk Richard Riot Jaem, Menteri di Kementerian Sumber Manusia

Jabatan Pembangunan Kemahiran di bawah Kementerian Sumber Manusia telah mengadakan Karnival
dan Ekspo Kemahiran Kebangsaan (KEKK) 2013 pada 26—29 September 2013 bertempat di Taman Ekspo Pertanian Malaysia
Serdang (MAEPS). Sebanyak 62 agensi dan industri telah menyertai KEKK 2013 dan beribu-ribu pengunjung telah hadir ke
karnival tersebut. Karnival dan Ekspo Kemahiran Kebangsaan 2013 ini merupakan program kali pertama di anjurkan dengan
bertemakan “Mengarusperdana Latihan Kemahiran”.

Penganjuran kali ini telah menggabungkan sepuluh Kementerian yang berkaitan dengan Pendidikan
Teknikal dan Latihan Vokasional (TEVT) serta pihak industri. Objektif KEKK 2013 ini adalah untuk mempromosikan latihan
kemahiran, menggalakkan kerjasama antara kementerian, agensi dan industri,
memberikan gambaran dan pemahaman kepada orang ramai mengenai
matlamat dan dasar Kerajaan bagi meningkatkan modal insan yang
berkemahiran tinggi di Malaysia dan memberi peluang kepada orang ramai
untuk lebih memahami kemahiran sedia ada di samping eksplorasi terhadap
bidang kemahiran baru.

Karnival dan Ekspo Kemahiran Kebangsaan (KEKK) 2013 telah dirasmikan oleh
YB Datuk Richard Riot Jaem, Menteri di Kementerian Sumber Manusia.

24
PROGRAM OUTREACH
KARNIVAL KERJAYA BN YOUTH, PWTC

Tarikh : 27, 28 dan 29 September 2013

Lokasi : Dewan Tun Razak 1, PWTC, Kuala Lumpur

Perasmian oleh : YB Datuk Seri Mohd Shafie Apdal

Karnival Kerjaya BN Youth di PWTC ini adalah acara kemuncak daripada beberapa Karnival Kerjaya
BN Youth yang telah berjaya diadakan di Stadium Sultan Abdul Halim, Alor Setar, Kedah pada 31 Jan—1 Feb 2013, Dataran
Shahbandar, Kuala Terengganu pada 22—23 Feb 2013 dan di Dewan Masyarakat Tawau, Sabah pada 2—3 Mac 2013 yang lalu.
Karnival Kerjaya BN Youth telah banyak membantu dan membuka peluang kepada graduan-graduan muda untuk mencari kerja,
selain itu, terdapat banyak peluang perniagaan, francais, pinjaman perniagaan dan peluang latihan kemahiran dalam pelbagai
industri ditawarkan di Karnival Kerjaya BN Youth ini khusus untuk golongan belia yang ingin mengubah kehidupan mereka ke
arah yang lebih cemerlang.

Karnival ini telah dirasmikan oleh YB Dato’ Seri Mohd Shafie bin Hj. Apdal, Menteri di Kementerian
Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah pada 28 September 2013. Ia juga dihadiri oleh YB Khairy Jamaluddin dan YBhg. Datuk Seri
Ali Rustam, Pengerusi Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB). Seramai 170,000 pengunjung telah berjaya direkodkan
sepanjang 3 hari karnival. Secara tidak langsung, karnival ini telah membantu dalam mempromosikan program SL1M.

25
MAJLIS GRADUASI
SL1M TM : GEOP 3.0

Tarikh : 1 Ogos 2013


Lokasi : Holiday Inn Villa, Melaka

Pada 1 Ogos yang lalu, pihak Telekom Malaysia Berhad (TM) telah mengadakan Majlis Penyampaian Sijil
SL1M TM 3.0 oleh YBhg. Dato’ Mohd Khalis Bin Abdul Rahim di Holiday Inn, Melaka kepada 98 orang graduan yang telah
berjaya menamatkan sesi soft-skills training SL1M TM : GEOP 3.0 dan akan meneruskan sesi on-job training selama 6 bulan lagi
di TM. Pihak TM amat komited dalam menjalankan program SL1M yang mana ianya telah mencapai pengambilan ke-tiga sejak
program ini dilancarkan pada 1 Jun 2011. Sehingga kini, pihak TM telah berjaya melatih seramai 379 graduan di bawah
program SL1M TM : GEOP.

YBhg. Dato’ Mohd Khalis Abdul Rahman, Chief Human Capital Officer of TM telah menyampaikan ucapan yang sangat dinamik
sekaligus menyampaikan sijil kepada para peserta SL1M TM : GEOP 3.0.

Para peserta SL1M TM : GEOP 3.0 membuat persembahan Coral Speaking dengan bersemangat, mantap, berinformasi dan
menarik.

Persembahan Muzikal Hari Raya oleh para peserta yang berjaya memperlihatkan peningkatan positif tahap keyakinan dan
kecemerlangan mereka seusai tamat latihan Soft-skills Training di MMU Melaka.

26
PROGRAM KERJAYA
NORTHERN CORRIDOR IMPLEMENTATION AUTHORITY (NCIA)

Tarikh : 26 Ogos 2013

Lokasi : Naza Academy, Gurun, Kedah

Sesi temuduga ini merupakan sesi khas yang dianjurkan oleh pihak NCIA khusus bagi 38 orang pelatih
SL1M yang telah dilatih oleh NCIA di Naza Academy selama 2 bulan. Sesi temuduga ini juga disertai oleh 12 buah syarikat
daripada pelbagai sektor dan berdaftar di bawah NCIA. Graduan yang dipilih adalah terdiri daripada graduan yang berdaftar di
bawah SL1M dan berasal daripada zon Utara Semenanjung Malaysia.

Cik Norfazarihah Ishak, Sekretariat SL1M sedang memberikan taklimat Salah seorang wakil syarikat sedang
mengenai Program SL1M kepada wakil-wakil Syarikat di bawah SL1M-NCIA mengutarakan soalan berkaitan program SL1M.
yang menyertai sesi temuduga ini.

Para Graduan berdaftar di bawah SL1M-NCIA yang telah tamat latihan


(soft-skills Training) menjalani temuduga sebelum ditempatkan untuk
latihan (On-Job-Training) di syarikat-syarikat yang terlibat.

27
MAJLIS GRADUASI
NORTHERN CORRIDOR IMPLEMENTATION AUTHORITY (NCIA)

Tarikh : 30 Ogos 2013

Lokasi : Hotel Swiss Inn, Alor Setar, Kedah

Pihak NCIA telah mengadakan majlis makan malam dan penyerahan sijil kepada graduan SL1M-NCIA oleh
YBhg. Dato’ Redza Rafiq, Chief Executive of North Corridor Implementation Authority (NCIA) pada 30 Ogos 2013 yang lalu,
Majlis ini diadakan untuk meraikan 38 orang peserta yang telah berjaya menamatkan latihan soft-skills selama 2 bulan
bertempat di Naza Academy Gurun, Kedah.

YBhg. Dato Redza Rafiq dan Puan Hjh Norashikin Datuk Hj Ismail, Ketua Sekretariat SL1M turut
mengadakan sidang akhbar selepas majlis pemberian sijil yang gilang-gemilang tersebut.

28
LAWATAN SISWA SISWI
UITM DUNGUN, TERENGGANU

Tarikh : 28 Ogos 2013

Lokasi : Dewan Teater, Aras 6, B5, EPU, JPM

Lawatan akademik pelajar Universiti Teknologi MARA (UiTM), Dungun, Terengganu ke EPU, JPM telah
diadakan pada 29 Ogos 2013 (Khamis) bertempat di Dewan Teater, Aras 6, B5 dan lawatan ini bertujuan memenuhi pra syarat
kursus pengajian (PAD360) Pembangunan Pentadbiran. Beberapa sesi taklimat telah disampaikan kepada para pelajar,
di antaranya ialah Sesi pembentangan dan soal jawab mengenai Tugas dan Peranan EPU oleh Cik A'ina Iryani Bt. Dol Razlan
(PP Pembelajaran Sepanjang Hayat I), Graduates Employability Taskforce (GET) oleh Pn. Hazura Bt. Abd. Hamid (PP Pendidikan
Tinggi I) dan Sesi Taklimat Program SL1M oleh Puan Hjh Norashikin Datuk Hj Ismail (Ketua Sekretariat SL1M) kepada 31 pelajar
termasuk seorang pensyarah. Sesi taklimat diakhiri dengan sesi motivasi yang disampaikan oleh YBrs. Dr. Mohd Gazali Abas,
Pengarah PMI, EPU, JPM.

Sesi penerangan awal mengenai agenda lawatan Ketua Sekretariat SL1M sedang memberi taklimat
kepada pelajar oleh salah seorang Sekretariat SL1M berkenaan program SL1M kepada para pelajar

Ketua Sekretariat SL1M menyampaikan cenderahati EPU Para pelajar bergambar dengan YBrs. Dr. Mohd Gazali
kepada Pensyarah yang mengiringi rombongan Abas, Pengarah PMI, EPU, JPM

Gambar Kiri: Cik A’ina Iryani sedang membuat pembentangan mengenai Tugas dan Peranan EPU

Gambar Tengah dan Kanan: Para siswa dan siswi sedang menjamu selera di bilik mesyuarat PMI

29
SL1M : Connect The Dots!

30
FORUM
DELL DIVERSITY & INCLUSION FORUM, INSPIRING WOMAN LEADERS

Tarikh : 15 Julai 2013

Lokasi : Dell Business Centre Sdn Bhd, Cyberjaya

Moderator : En. Johan Mahmood Merican, CEO of Talent Corporation

Ahli Panel : i) Ms Marie Moynihan, Vice President of Global TA Team

ii) Ms Fatimah Merican, Vice President of ExxonMobil

iii) Ms Melissa Norman, Managing Director of Kelly Service

iv) Ms Sakaya Johns Rani, Senior Exevutive Director of PricewaterhouseCoopers

Dell Global Business Center Sdn. Bhd. (Dell Cyberjaya) telah menganjurkan “Dell Diversity & Inclusion
Forum, Inspiring Woman Leaders” pada 15 Julai 2013 yang lalu. Forum ini telah dihadiri oleh Sekretariat SL1M, pelajar-pelajar
Universiti, dan pegawai professional wanita dan juga lelaki.

Forum ini memfokuskan mengenai kelebihan, kekurangan serta masalah-masalah yang dihadapi oleh
wanita bekerjaya. Ahli panel turut membincangkan tentang kelebihan merancang dan bersedia untuk membuat sesuatu kerja
dan bagaimana untuk menjadi pekerja yang berdedikasi dan bersemangat tinggi. Sebagai contoh, wanita boleh menggunakan
faktor “mobility” untuk menjadi pekerja yang lebih berdikari dan berkemahiran tinggi seterusnya meningkatkan tahap
kepakaran mereka.

Gambar kiri: Para ahli panel sedang mendengar dengan teliti persoalan yang diajukan oleh moderator, En. Johan Merican.

Gambar kiri: Sekretariat SL1M bergambar kenangan bersama Encik Johan Mahmood Merican, CEO of Talent Corporation.
Gambar tengah: Salah seorang peserta yang hadir bertanyakan soalan kepada para ahli panel.

31
MESYUARAT
JOBSMALAYSIA

Tarikh : 24 Julai 2013

Lokasi : Pejabat Skim Latihan 1Malaysia

Wakil JobsMalaysia : i) Encik Khairul Rizam Othman, Pegawai Tenaga Kerja JobsMalaysia Cyberjaya

ii) Puan Hjh. Hamimun Binti Husin, Pegawai Tenaga Kerja JobsMalaysia Cyberjaya

Mesyuarat Bulanan SL1M bersama JobsMalaysia telah diadakan di Pejabat SL1M bagi membincangkan
tentang perkembangan Program SL1M yang melibatkan kolaborasi bersama pihak JobsMalaysia. Beberapa isu telah
dibangkitkan semasa mesyuarat tersebut iaitu berkenaan pangkalan data graduan SL1M yang berdaftar di portal JobsMalaysia,
masalah yang dihadapi oleh SL1M dan JobsMalaysia iaitu kekurangan pihak syarikat yang memberi komitmen, kerjasama
di antara SL1M, JobsMalaysia bersama pihak Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan
Universiti dan masalah pekerja bangsa asing yang mengurangkan peluang untuk graduan di Malaysia. Selain itu, turut
dibincangkan adalah bentuk-bentuk kolaborasi yang boleh mengeratkan lagi kerjasama antara JobsMalaysia dan SL1M dalam
menjayakan program kebolehpasaran ini di masa hadapan.

Encik Khairul Rizam dan Puan Hjh Hamimon ketika mengutarakan pandangan mengenai kolaborasi kedua-dua belah pihak
dalam mesyuarat SL1M—JobsMalaysia 2013.

32
MESYUARAT
YB DATO’ FADILLAH YUSOF, MENTERI KERJA RAYA

Tarikh : 27 Ogos 2013

Lokasi : Kementerian Kerja Raya, Kompleks Kerja Raya, Kuala Lumpur.

Pengerusi : YB Datuk Fadillah Yusof, Menteri Kerja Raya.

Mesyuarat SL1M bersama YB Datuk Fadillah Yusof telah diadakan di Kementerian Kerja Raya, Kuala
Lumpur bagi membincangkan tentang perkembangan program SL1M. Beliau telah memberikan sokongan yang amat tinggi
kepada Program SL1M. Ini adalah kesinambungan daripada hubungan erat yang telah terjalin antara SL1M dan Pasukan
YB Datuk Fadillah di atas kejayaan Program Kerja-YA Sarawak Career and Training (SCAT) dan Pelancaran Program SL1M yang
telah diadakan di Sibu pada bulan Mac yang lalu. Program tersebut berjaya dilaksanakan hasil bimbingan YB Datuk Fadillah
sendiri.

Selain itu, antara isu-isu yang turut dibincangkan adalah berkenaan cara-cara untuk memperkasakan
SL1M. Ini termasuklah bekerjasama dengan pihak Kementerian lain bagi mendapatkan sokongan penuh pihak Kementerian
dan agensi-agensi Kerajaan dalam menjayakan program SL1M di seluruh Malaysia.

Mesyuarat SL1M yang diadakan di bilik mesyuarat di Kementerian Kerja Raya bersama YB Datuk Fadillah Yusof, Menteri Kerja
Raya, dan Ahmad Wafi Bin Harussani, Setiausaha Sulit Kanan YB Menteri.

Sekretariat SL1M bergambar kenangan


bersama YB Datuk Fadillah,
Menteri Kerja Raya.

YB Datuk Fadillah sedang


memberikan penerangan kepada
semua Sekretariat berkenaan
perspektif gambar pembinaan
kota Mekah dari udara yang beliau
paparkan di pejabatnya.

33
MESYUARAT
KHAZANAH NASIONAL BERHAD

Tarikh : 4 September 2013

Lokasi : Menara Berkembar Petronas, Kuala Lumpur

Pengerusi : Encik Mohd Izani Ashari, Pengarah Eksekutif, Khazanah Nasional Berhad

Mesyuarat bersama Encik Mohd Izani Ashari, Pengarah Eksekutif, Khazanah Nasional Berhad telah
diadakan pada 4 September 2013 bertempat di Menara Berkembar Petronas, KL. Perbincangan ini adalah mengenai
kerjasama dan sumbangan oleh pihak Khazanah dalam mempromosikan program SL1M kepada syarikat-syarikat Berkaitan
Kerajaan (GLCs). Mesyuarat ini juga turut dihadiri oleh Encik Mohd Fuad Ahmad, Senior Vice President of Khazanah Nasional
Berhad.

Encik Mohd Izani Ashari (Kanan) dan Encik Mohd Fuad Ahmad
sedang memberikan penjelasan kepada Sekretariat SL1M.

Perbincangan dilakukan di Pejabat Khazanah Nasional Berhad yang


bertempat di Aras 33, Menara 2, Menara Berkembar Petronas.

Sekretariat SL1M yang hadir bersama Ketua Sekretariat SL1M.

34
MESYUARAT
KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA

Tarikh : 12 September 2013

Lokasi : Kementerian Sumber Manusia, Kompleks D, Putrajaya

Pengerusi : YB Dato’ Hj Ismail Bin Hj Abd Muttalib, Timbalan Menteri Kementerian Sumber Manusia

Mesyuarat kerjasama dengan YB Dato’ Hj Ismail Bin Hj Abd Muttalib, Timbalan Menteri Kementerian
Sumber Manusia (KSM) telah diadakan pada 12 September 2013 bagi membincangkan mengenai perancangan dan penyertaan
SL1M di Karnival Kerjaya & Azam Kerja 1Malaysia Peringkat Negeri Pahang (Maran) pada 14 September 2013. Melalui
perbincangan tersebut, pihak KSM sudi menghulurkan bantuan dan sokongan menaja penginapan Sekretariat selama 3 hari di
Maran dan booth SL1M diberi kedudukan yang lebih strategik dan mudah dilihat oleh pengunjung.

35
MESYUARAT
KEMENTERIAN KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA

Tarikh : 20 September 2013

Lokasi : Hotel Grand Season, Kuala Lumpur

Pengerusi : YBhg Dato’ Hj Ibrahim Abdul Rahman, Ketua Pengarah, Jabatan Penerangan Malaysia,
Kementerian Komunikasi dan Multimedia

Mesyuarat bersama YBhg Dato’ Hj Ibrahim Abdul Rahman, Ketua Pengarah, Jabatan Penerangan Malaysia,
Kementerian Komunikasi dan Multimedia telah diadakan pada 20 September 2013 di Hotel Grand Season, Kuala Lumpur.
Mesyuarat ini menerangkan mengenai latar belakang dan objektif pelaksanaan program SL1M serta membincangkan mengenai
kerjasama dan pendekatan dalam mempromosikan SL1M kepada syarikat dan graduan melalui pelan komunikasi strategik
dengan pihak Kementerian Penerangan.

36
MESYUARAT
KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA (MOF)

Tarikh : 26 September 2013

Lokasi : Bilik Bincang 2, Blok Tengah, MOF

Pengerusi : Encik Nik Hassan Shah Bin Nik AB Rahman, Timbalan Ketua Pasukan Projek,
Kementerian Kewangan Malaysia

Mesyuarat berkenaan SL1M bersama pasukan Bajet 2014 di Kementerian Kewangan Malaysia (MOF)
telah diadakan sempena ucapan YAB Datuk Seri Najib Abdul Razak, Perdana Menteri yang telah mengumumkan Program
SL1M dalam Agenda Transformasi Ekonomi Bumiputera di dalam Para 36.

Ucapan YAB Perdana Menteri :

“Kedua, kepada golongan graduan Bumiputera yang mengganggur pula, Kerajaan akan menggiatkan lagi
program latihan bagi mengatasi masalah kebolehpasaran, agar bersesuaian dengan keperluan industri. Untuk tujuan
tersebut, program-program seperti Skim Latihan 1Malaysia, Graduate Employability Management Scheme dan Program
Peneraju Skil akan diperluaskan untuk menambah bilangan penerima faedah.”

Sehubungan dengan itu, diharap dengan adanya nasihat dari Pasukan Bajet 2014 ini, akan dapat
memberikan kerjasama yang diperlukan kepada Pasukan SL1M dalam mempergiatkan lagi program ini.

37
KUNJUNGAN HORMAT
YBHG TAN SRI NOR MOHAMED YAKCOP, TIMB. PENGERUSI KHAZANAH

Tarikh : 2 September 2013

Lokasi : Mercu UEM, Kuala Lumpur Sentral, KL

Sekretariat SL1M telah membuat kunjungan hormat menemui mantan Menteri EPU, YBhg. Tan Sri Nor
Mohamed Yakcop yang kini memegang tampuk Timb. Pengerusi Khazanah di pejabat baru beliau di KL Sentral. Ketua
Sekretariat SL1M telah dipinta oleh YBhg. Tan Sri untuk menerangkan secara terperinci berkenaan perkembangan terkini
Program SL1M dan beliau telah memberikan nasihat dan cara-cara untuk memperhebatkan program murni ini ke seluruh
Malaysia. Sokongan dan usahasama ikhlas di antara pihak YBhg. Tan Sri Nor di Khazanah bagi menggiatkan program SL1M akan
kekal berterusan bagi membantu lebih ramai graduan untuk keluar dari kepompong kemiskinan mereka.

38
GO AHEAD CHALLENGE
MAYBANK

Tarikh : 27 Ogos 2013

Lokasi : Menara Maybank, Jalan Tun Perak

Ketua Sekretariat SL1M telah menerima jemputan sebagai juri jemputan bagi pertandingan Maybank Go
Ahead Challenge peringkat akhir di Menara Maybank, Jalan Tun Perak. Objektif pertandingan ini adalah untuk mencari
bakat-bakat baru sebagai perantis untuk diketengahkan dalam bidang perbankan. Selain menerima ganjaran utama berupa wang
ringgit, para pemenang turut berpeluang untuk diserap sebagai pelapis di dalam sektor perbankan.

Pertandingan ini telah disertai oleh ramai graduan dari pelbagai negara, antaranya Malaysia, Indonesia,
Thailand, China, Filipina, Vietnam, Hong Kong, Kemboja, Singapura dan Bangladesh. Seramai 54 peserta telah berjaya memasuki
peringkat akhir dan pertandingan ini telah dimenangi oleh Kumpulan Transformers yang berjaya membawa pulang wang tunai
sebanyak USD 30,000.

Champion: Kumpulan Transformers yang dianggotai oleh Syeda Preanka daripada Imperial
College London; Marc Chan daripada National University of Singapore; Ng Ka Jeng daripada
HELP University; Ly Tung daripada RMIT; Roger Leung Cheuk Hin daripada University of Hong
Kong dan Irma Sani daripada Prasetiya Mulya Business School

1st Runner Up dianggotai oleh Jin Nataniel Ong daripada De La Salle University, Philippines;
Nico Fernando daripada Sunway University; Nur Jazmina daripada Purdue University; Zhang
Pan Hong daripada University of Cambridge; Calvin Oon daripada University College London-
dan Thitaporn (Emmy) Sakulrompochai daripada Thammasat University

2nd Runner Up dianggotai oleh Bermet Kamchybek, International Islamic University of


Malaysia; Wan Kang, Peking University; Corrine Francesca, University of Philippines; Tan Kien
Yong, National University of Singapore; Dendy Muharsyah, Presetiya Mulya Business School;
Yogendran Mahendran, Universiti Tunku Abdul Rahman

Top challenger Award


Champion: Syeda Preanka, Imperial College London
1st Runner Up: Muhammad Ashiq Chu, Nanyang Technological University
2nd Runner Up: Calvin Oon, University College London

Puan Hajah Norashikin Datuk Hj Ismail, Ketua Sekretariat SL1M yang menjadi juri jemputan ketika
pertandingan tersebut.

39
MESYUARAT
HSBC AMANAH MALAYSIA

Tarikh : 9 September 2013

Lokasi : HSBC Amanah, Leboh Ampang, Kuala Lumpur.

Pengerusi : Encik Rafe Haneef, Ketua Pegawai Eksekutif, HSBC Amanah Malaysia

Mesyuarat kerjasama dengan Encik Rafe Haneef, Ketua Pegawai Eksekutif dan Encik Abdul Samad Saadi
(CIFP), Penolong Pengurus di HSBC Amanah Malaysia telah diadakan pada 9 September 2013 bertempat di HSBC Amanah,
Leboh Ampang, KL. Pihak SL1M juga telah membentangkan mengenai kejayaan program SL1M yang telah membantu seramai
13,000 graduan untuk mendapatkan latihan di syarikat secara CSR. Melalui perbincangan tersebut, HSBC telah bersetuju untuk
memberikan kerjasama menyebarkan dan mempromosikan program SL1M.

Cik Norsaidah Jailani, Sekretariat SL1M dan Puan Hjh


Norashikin Datuk Hj Ismail, Ketua Sekretariat SL1M
bergambar bersama Encik Rafe Haneef, Ketua Pegawai
Eksekutif dan Encik Abdul Samad Saadi, Penolong Pengurus di
HSBC Amanah Malaysia di pejabat HSBC Amanah, Leboh
Ampang, KL.

40
NETWORKING
PROGRAM GEMS ALUMNI

Tarikh : 16 September 2013

Lokasi : Dewan Tun Rahah, Menara Tun Razak, Kuala Lumpur

GEMS Malaysia Sdn Bhd dengan kerjasama Talent Corporation Malaysia Bhd telah menganjurkan Majlis
Pelancaran GEMS Alumni Network bertempat di Dewan Tun Rahah, Menara Yayasan Tun Razak pada 16 September 2013.
Objektif utama majlis ini adalah untuk mengeratkan lagi hubungan persaudaraan antara bekas peserta (Alumni) program
GEMS selain menjadi platform untuk para alumni bertukar fikiran, pengalaman dan kenalan. Sejak dilancarkan pada 13 Mac
2009, Program GEMS di bawah kendalian Khazanah Nasional Bhd telah berjaya melatih seramai 9,071 graduan dari pelbagai
bidang.
Seramai 1000 GEMS Alumni telah dijemput hadir ketika program ini. Aktiviti yang dijalankan ketika
program ini adalah seperti nyanyian oleh GEMS Alumni, cabutan bertuah, sesi suai kenal dan Networking di antara alumni
dan juga perkongsian pengalaman oleh alumni. Program ini telah dapat mengeratkan
hubungan silaturahim di antara peserta GEMS Alumni.

Gambar Atas Kiri dan tengah: Encik Johan Mahmood Merican, CEO of Talent
Corporation dan salah seorang GEMS Alumni berkongsi pengalaman
masing-masing mengenai progam GEMS.

Gambar Atas Kanan: Pengerusi majlis rancak mengacarakan majlis.

Beberapa GEMS Alumni telah dijemput bagi menyanyikan beberapa buah lagu dan
menghiburkan tetamu yang hadir.

Beberapa batch GEMS Alumni bergambar bersama Pengurus


tertinggi Talent Corp dan Ketua Sekretariat SL1M.

41
AKTIVITI SL1M
SESI PERKONGSIAN MAKLUMAT — RANCANGAN FULUS OLEH TV AL-HIJRAH

Tarikh : 25 Julai 2013

Lokasi : Studio UiTM Shah Alam.

Penerbit : Million Frames Sdn Bhd

Pengacara : Encik Afdlin Shauki

Moderator : Associate Professor Dr. Asyraf Wajdi bin Dato’ Dusuki, Director of Affin Islamic

Ahli Panel : i) Encik Kamarul Ariffin Mohd Jamil (CEO of Affin Islamic)

Episod 1—Perbankan Islam, tarikh siaran : 22 September 2013

ii) Encik Adam A.F (Penyanyi)

Episod 2—Gaji Pertamaku, tarikh siaran : 29 September 2013

iii) Encik Irfan Khairi (Jutawan Internet)

Episod 3—Kereta Pertamaku, tarikh siaran : 6 Oktober 2013

Terdapat pelbagai sistem perbankan di dunia, namun, asasnya terbahagi kepada dua iaitu perbankan
konvesional dan perbankan Islam. Rancangan ini memberi penekanan mengenai sistem kewangan Islam ataupun sistem
perbankan yang mematuhi syariat Islam. Kelebihan dan kekurangan sistem perbankan di Malaysia telah dibincangkan dalam
rancangan ini di mana perbankan Islam ini adalah penting bagi memberikan pulangan dan dividen yang halal dan diberkati
oleh-NYA. Sekretariat SL1M telah dijemput untuk menghadiri sesi rakaman televisyen ini bagi menambahkan pengetahuan
dalam bidang perbankan Islam. Ahli-ahli panel yang dijemput juga dipilih khas dari latar belakang dan profesion yang berbeza
khusus untuk berkongsi pengalaman dan pendapat berkaitan perbankan Islam ini.

Sekretariat SL1M bergambar di set studio penggambaran.

Kumpulan yang menggelarkan mereka


sebagai Kumpulan 30 cent, merupakan
Encik Afdlin Shauki sedang mendengar soalan daripada penonton sambil
pemain muzik latar rancangan bual bicara
diperhatikan oleh Prof Dr. Asyraf Wajdi (Director of Affin Islamic Banking),
Fulus ini.
Encik Adam dan Encik Irfan Khairi.

42
KHIDMAT MASYARAKAT
MADRASAH SIMPANG BUGIS, MELAKA

Tarikh : 1 Ogos 2013

Lokasi : Telok Mas, Melaka

Satu Program khidmat masyarakat bertempat di Madrasah Simpang Bugis, Telok Mas, Melaka. Madrasah ini
didiami oleh seramai 100 orang pelajar tahfiz lelaki berumur semuda 6 tahun yang mana terdiri daripada anak-anak yatim atau
keluarga fakir miskin yang tiada berkemampuan untuk bersekolah. Ketibaan rombongan pihak SL1M telah disambut dengan
alunan qasidah oleh para pelajar tahfiz yang mendiami Madrasah ini. Program diakhiri dengan acara penyerahan hadiah dan
sumbangan ikhlas kepada kesemua pelajar serta pihak pengurusan Madrasah.

Para pelajar Madrasah Simpang Bugis,


Melaka bergambar kenangan bersama
Sekretariat SL1M.

Sekretariat SL1M sedang menyusun


hadiah untuk diberikan kepada anak-anak
yatim yang terlibat

Sumbangan yang telah sedia untuk


diagihkan kepada para pelajar madrasah.

Pelajar Madrasah Simpang Bugis, Melaka,


sedang mengalunkan qasidah ketika
menyambut ketibaan rombongan SL1M.

43
TAZKIRAH
SILATURAHIM & PENGIMARAHAN RAMADHAN EPU 2013

Tarikh : 26 Julai 2013

Lokasi : Kafetaria Blok 6, Tingkat –1, Unit Perancang Ekonomi, JPM

Senarai Jemputan : YB Senator Dato’ Sri Abdul Wahid Omar, Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan kakitangan EPU, JPM.

Majlis Silaturahim & Pengimarahan Ramadhan 1434H yang dilangsungkan saban tahun di EPU, JPM
bertujuan untuk mengeratkan silaturahim di antara warga EPU amnya. Majlis ini bermula pada jam 6.45 petang sehingga
11 malam. Antara aktiviti yang dijalankan adalah Tazkirah agama oleh Pegawai JAKIM, berbuka puasa, solat maghrib, isya’ dan
tarawikh secara berjemaah serta pemberian sumbangan Aidilfitri. Selain itu, pemberian duit raya kepada kanak-kanak telah
disampaikan oleh Encik Nik Azman Nik Abdul Majid, Timbalan Ketua Pengarah, EPU.

YB Senator Dato’ Sri Abdul Wahid Omar, Menteri di


JPM sedang menyampaikan sumbangan kepada
tetamu yang hadir

Encik Nik Azman Nik Abdul Majid, Timb. Ketua Pengarah EPU, memberi sumbangan duit raya kepada kanak-kanak yang hadir

Dr. Mohd Gazali Abas, Pengarah Pembangunan


Pegawai dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)
Modal Insan, EPU, JPM turut sama hadir
sedang memberikan Tazkirah Ramadhan sementara
memeriahkan majlis.
menunggu masuknya waktu maghrib.

44
LAWATAN
MARRIOTT HOTEL PUTRAJAYA

Tarikh : 12 September 2013

Lokasi : Marriott Hotel, Putrajaya

Lawatan ke dewan majlis di Marriott Hotel Putrajaya bagi “Sesi Dialog Syarikat bersama YB Senator Dato’
Seri Abdul Wahid Omar, Menteri EPU, JPM” telah dilakukan pada 12 September 2013 dengan pihak pengurusan hotel untuk
membincangkan mengenai objektif majlis, tarikh dan kapasiti tetamu jemputan. Tujuan lawatan tersebut juga adalah untuk
mengenalpasti keluasan dewan utama bagi persediaan dan aturan peralatan penggambaran video semasa majlis berlangsung.

Wakil dari pihak hotel adalah Encik Ali Ibrahim, Penolong Pengarah Jualan. Majlis yang akan dijalankan
pada 12 November 2013 dijangkakan akan melibatkan 200 orang yang akan dikendalikan oleh Sekretariat SL1M. Antara yang
dibincangkan kepada pihak hotel adalah susun atur meja kerusi, makanan, peralatan audio, bilik sidang akhbar dan tempat
meletak kenderaan.

Sekretariat SL1M sedang berbincang mengenai fasiliti dan kelengkapan


yang disediakan bersama Encik Ali Ibrahim, Penolong Pengarah Jualan
Marriott Putrajaya Hotel.

45
SL1M On-Air

46
WAWANCARA
BERNAMA RADIO 24

Tarikh : 2 September 2013

Lokasi : Studio Bernama

Temubual Eksklusif mengenai Program SL1M bersama Ketua Sekretariat SL1M di Bernama Radio 24 telah
ke udara pada 2 September 2013 (Isnin) jam 9.30 pagi. Tujuan sesi ini diadakan untuk mempromosikan SL1M secara meluas
kepada syarikat, graduan serta ibu bapa supaya maklumat mengenai SL1M dapat disebarkan melalui media elektronik
seterusnya kepada media sosial oleh pendengar radio.

Ketua Sekretariat SL1M, Puan Hjh Norashikin Datuk Hj Ismail


bergambar bersama Penerbit Rancangan, Encik Hakimi Mohd
Zain

Puan Hjh Norashikin Datuk Hj Ismail di konti bersama


DJ Radio Bernama 24, DJ Raifa Zulkifli.

47
TEMUBUAL
LINTAS LANGSUNG DI BERITA ASTRO AWANI

Tarikh : 29 September 2013

Lokasi : Studio Berita Astro Awani, Wisma Bursa Saham, Kuala Lumpur

Kesinambungan daripada kejayaan Program Karnival Kerjaya BN Youth di PWTC yang bermula pada
27 September 2013 yang lalu, pihak Astro Awani telah mengadakan temubual secara langsung dengan Puan Hjh Norashikin
Datuk Hj Ismail, Ketua Sekretariat SL1M, temubual ini adalah berkenaan dengan situasi graduan Malaysia yang menganggur
kerana kurangnya tahap kebolehpasaran dalam diri. Situasi ini sangat membimbangkan yang mana ianya akan mengurangkan
tahap produktiviti penduduk muda Malaysia di masa akan datang. Rancangan temubual ini telah dipertontonkan kepada para
penonton Berita 7.45 petang Astro Awani di hari yang sama.

Selain itu, dengan adanya temubual ini, pihak Astro Awani juga secara tidak langsung membantu dalam
mempromosikan program Skim Latihan 1Malaysia di siaran tv mereka kepada seluruh rakyat Malaysia.

Salah seorang penerbit rancangan Astro Awani sedang berbincang


dengan Puan Hjh Norashikin Datuk Hj Ismail dan memberikan tips-tips
yang diperlukan untuk menjayakan rancangan temubual tersebut.

48
TERIMA KASIH
DAUN KELADI

49
S ekalung penghargaan dan ucapan jutaan terima kasih tidak terhingga kepada semua
pihak yang telah bersama-sama terlibat secara langsung mahupun tidak langsung
dalam menggerak dan menjayakan Program Skim Latihan 1Malaysia (SL1M) sejak awal
penubuhannya pada 2011 sehingga kini.

Sesungguhnya, segala kerjasama dan sokongan yang telah diberikan amatlah kami hargai
khususnya agensi-agensi Kerajaan, Swasta, SMEs, organisasi dan individu-individu yang terlibat
dalam memberikan komitmen jitu bagi melaksanakan program ini secara Amal Jariah atau
Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR). Adalah menjadi matlamat pihak SL1M untuk membantu
graduan menganggur meningkatkan tahap kebolehpasaran terutamanya mereka yang berasal
dari keluarga miskin atau tinggal di kawasan pedalaman.

Besarlah harapan kami semoga semua pihak yang terlibat dapat terus kekal bersama-sama
berganding bahu menyinsing lengan membantu meningkatkan tahap kebolehpasaran lebih
ramai graduan di negara ini bagi mendapatkan pekerjaan yang setaraf dengan kelayakan
mereka. Usaha ini perlu ada kesinambungan dalam memperjuangkannya agar dapat memberi
kesan limpah dalam memperbaiki kehidupan keluarga mereka sekaligus meningkatkan taraf
ekonomi negara. Semoga segala usaha gigih dan keikhlasan semua pihak akan mendapat
balasan dan ganjaran yang terbaik dari Tuhan hendak-Nya.

Ayam hutan terbang ke hutan,


Tali tersangkut pagar berduri,
Adik bukan saudara bukan,
Hati tersangkut kerana budi.

Pisang emas dibawa belayar,


Masak sebiji di atas peti,
Hutang emas boleh dibayar,
Hutang budi dibawa mati.

Ikhlas daripada :
Sekretariat Skim Latihan 1Malaysia (SL1M)

50
Set
ulusi
khl
asdar
ipada:

Sekret ari
atSL1M
Skim Latihan1Mal ays
ia
SeksyenPembangunanModalI ns
an
UnitPerancangEkonomi( UPE)
JabatanPer danaMent eri(JPM)
Aras3,BlokB5, KompleksJPM
PusatPentadbir
anKer aj
aanPer sekutuan
62502, Putraj
aya

T
el :03-88725336/5291/5337/
3393/3386/3387/3388/3390
Fax :03-88883857
E-mel :sl
1m@epu. gov.
my
LamanWeb :www. epu.gov.
my/
sl
1m
Facebook :Ski m Lati
han1Malay
sia(
SL1M)

You might also like