You are on page 1of 10

TAN SRI DATUK (DR) HJ MUSTAPHA KAMAL

BIN HJ ABU BAKAR




Tarikh Lahir : 18 Mac 1949
Tempat Lahir : Kampung Changkat, Pusing,
Perak
Pendidikan : Bachelors Degree in History,
Universiti Malaya
Mula Berniaga : 1983
Jawatan : Pengerusi EMKAY Group
: Pengerusi MK Land Holdings Berhad
: Pengerusi Setia Haruman Sdn.Bhd

Hobi : Muzik, Berkebun dan Membaca


Tan Sri Mustapha adalah seorang bekas penuntut Universiti Malaya dalam jurusan Sejarah. Menamatkan
pengajian pada tahun 1970.
mula kerjaya di Perkhidmatan Kerajaan di Pejabat Daerah dan Tanah Selangor sebagai Penolong
Pegawai Daerah sehingga dilantik sebagai Timbalan Pesuruhjaya Tanah & Galian Selangor.
kemudian beliau beralih ke sektor swasta dan telah dilantik sebagai Pengarah Urusan Shah Alam
Properties Sdn. Bhd.
menubuhkan Kumpulan Syarikat EMKAY pada tahun 1983.







TAN Sri Mustapha Kamal Abu Bakar adalah Pengerusi Eksekutif, MK Land Holdings Berhad, iaitu syarikat pembangunan hartanah yang ditubuhkan
pada 2 Ogos 1978 dan disenaraikan di Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL) pada 8 Jun 1992.

MK Land Holdings Berhad dikenali sebagai Perfect Food Industries Sdn. Bhd. yang melibatkan diri dalam pembuatan dan penjualan biskut dan
bahan makanan melalui kilang mereka di Melaka. Selepas penyenaraiannya di BSKL, ia dikenali sebagai Perfect Food Industries Berhad dan akhir
sekali, namanya ditukar kepada MK Land Holdings Berhad pada 27 Ogos 1999.

Namun, pada bulan Jun 2003, MK Land Holdings Berhad menjual semua sahamnya dalam Perfect Food Manufacturing (M) Sdn Bhd, Markins
Corporations Sdn Bhd dan Fairway Review Sdn Bhd dengan harga RM6,739,674. Ini adalah kerana Tan Sri Mustapha bercadang mahu menumpukan
perniagaan syarikatnya pada pembangunan hartanah dan pelaburan.

Beliau berjaya membawa status MKland selaku syarikat pengurusan Hartanah yg berjaya membangunkan kawasan-kawasan yg dahulunya agak
terpencil dan tidak mendapat perhatian kepada kawasan elit yg lengkap dengan infrastruktur teknologi maklumat dan komunikasi seperti kawasan
Damansara Perdana, Cyberjaya. MKland juga terlibat dalam industri perhotelan dan tempat peranginan seperti Bukit Merah Laketown resort dan
Langkawi Lagoon.

Beliau berani memulakan sesuatu yg baru dengan mengetengahkan cara hidup e-lifestyle township yg moden dan berteknologi tinggi di kawasan
perumahan dibawah syarikat MKland. Bekas graduan Universiti Malaya ini berjaya meletakkan namanya didalam senarai 10 orang terkaya di
Malaysia membuktikan kejayaan beliau dalam bidang hartanah.


Di bawah kepimpinan Tan Sri Mustapha, MK Land Holdings Berhad melibatkan diri dalam
banyak projek. projek perumahan Damansara Perdana dan Damansara Damai, kedua-duanya di
Petaling Jaya.
Projek itu, dengan lokasinya yang strategik, iaitu dalam Segi tiga Emas Petaling Jaya. Kawasan
itu kini muncul sebagai pusat membeli belah, fesyen, makanan dan hiburan dengan pusat
membeli belah seperti One Utama, IKEA, Tesco, The Curve dan Cathay Cineleisure.
Selain itu, Taman Bunga Raya di kawasan Bukit Beruntung iaitu bernilai RM840 juta, projek
perumahan Cyberia di Cyberjaya, projek Bukit Merah Laketown Resort di Taiping, Perak iaitu
bernilai RM3 bilion dan Langkawi Lagoon.



Pengerusi EMKAY Group
Pengerusi MK Land Holdings Berhad
Pengerusi Setia Haruman Sdn.Bhd


melibatkan diri dalam kerja-kerja kebajikan.

Memberi sumbangan kepada pendidikan orang pekak. Sumbangannya
diiktiraf apabila beliau dianugerahkan anugerah Caring Hearts.

Selain pembinaan dan pembangunan hartanah, kumpulan MK juga
mempunyai kepentingan dalam sektor pendidikan dan juga pembuatan
perabot.

Anugerah Usahawan Cemerlang Selangor pada tahun 1995 oleh Dewan Perniagaan Melayu Selangor

FIABCI Property Man of The Year Award 1997

Anugerah Personaliti Cemerlang Industri Pembangunan Tahun 2001 daripada Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB)
Malaysia.

Anugerah Fellowship DPMMKL 2002 daripada D.Y.M.M Yang Di-Pertuan Agong

Anugerah Khas Tokoh Maal Hijrah 2003 daripada Raja Muda Perak.

dicalonkan untuk menerima Ernst & Young Entrepreneur Award 2002 dalam Kategori Master Enterpreneur.

Dianugerahkan dengan pengiktirafan ProfessorAdjung oleh UUM, Sintok, Kedah pada tahun 2004.

'memberi pancing', bukan 'memberi ikan'
bagi membantu meningkatkan taraf hidup penduduk
kampung, khususnya dalam bidang pendidikan.

MAKSUD -
apabila memberi pancing seseorang itu akan
mendapat kemahiran memancing yang boleh
digunakan sepanjang hayatnya untuk
menangkap ikan berbanding memberi ikan,
yang lambatlaun akan habis.


http://ceritausahawan.blogspot.com/2014/01/kisah-kejayaan-tan-sri-mustapha-kamal.html

http://www.mstar.com.my/lain-lain/rencana/2013/05/29/formula-menjadi-mustapha-kamal-bantu-golongan-miskin/

http://treengineering.blogspot.com/2010/12/jutawan-tan-sri-mustapha-kamal-abu.html

You might also like