You are on page 1of 20

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TAMPARULI

PETI SURAT 232,89257,TAMPARULI,SABAH

TEL:088-78254 FAKS:088

LAPORAN INDIVIDU

AMALI 1 : PENGURUSAN SUKAN

KARNIVAL SUKAN PERINGKAT PRA-U SMK TAMPARULI


LAPORAN INDIVIDU

Amali 1 Pengurusan Sukan

Pertandingan Sukaneka Peringkat Pra Universiti

NAMA : JACKLY JOHN

NO. KAD PENGENALAN : 031203120507


KELAS : 6.1.1 (SAINS)
DISEMAK OLEH,
GURU PENILAI : ( )
ENCIK AZLAND CHUNGAN
PENDAHULUAN
Saya Jackly John, salah seorang pelajar yang mengambil subjek Sains Sukan sebagai subjek
elektif telah melibatkan diri dalam satu gerak kerja bagi memenuhi Sistem Pentaksiran STPM baharu.
Saya bersama rakan-rakan telah melibatkan diri dalam aktiviti pengurusan sukan iaitu Pertandingan
Sukan Mini Pra Universiti yang telah berlangsung selama 3 hari iaitu pada 7 , 8 dan 9 Disember 2021
yang bertempat di gelanggang bola keranjang Sekolah Menengah Kebangsaan Tamparuli.

PENGHARGAAN

Saya bersama dengan rakan-rakan ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Puan
Mozidah Binti Hamzah A.D.K selaku pengetua SMK Tamparuli serta Penolong Kanan
Tingkatan 6 iaitu Puan Nurul Syafikah dan barisan guru-guru Tingkatan 6 SMK Tamparuli
kerana telah memberi kelulusan untuk melaksanakan program ini dan memberi sokongan yang positif
kepada kami.

Saya juga ingin berterima kasih kepada guru penyelaras dan penasihat Sains Sukan kami iaitu
Encik Azland bin Chungan dan Encik Beldin Karim. Berkat nasihat dan tunjuk ajar mereka, kami
telah berjaya menjayakan program ini dengan jayanya sepanjang program pengurusan sukan ini
bermula sehingga tamatnya program ini.

Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa yang telah memberikan dorongan
serta sokongan kepada kami pelajar yang mengambil subjek Sains Sukan untuk melaksanakan
program ini.

Akhir sekali, saya ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada rakan-rakan yang mengambil
subjek Sains Sukan kerana telah memberi kerjasama serta komitmen yang tinggi sepanjang
pelaksanaan program ini dijalankan.
PERLAKSANAAN SEBELUM KARNIVAL SUKAN

Gambar ini menunjukkan AJK SOP sedang menanda kawasan untuk tujuan penjarakan sosial.
Gambar ini menunjukkan barisan AJK-AJK SOP yang bertanggungjawab memastikan SOP sentiasa
diamalkan sebelum, semasa dan selepas program.

SEBELUM PERTANDINGAN

Semua AJK pengurusan sukan telah mengadakan perbincangan dan mesyuarat tentang
perlaksanaan program karnival sukan melaui Google Meet.

Perbincangan ini bertujuan untuk membincangkan tarikh, tempat dan aktiviti sukan yang akan
dipertandingkan.

Selain itu,perbincangan ini juga dibuat untuk membuat pembahagian tugas bagi memudahkan
proses pertandingan yang diadakan berjalan dengan lancar di samping memupuk semangat kerjasama
yang erat.

Di samping itu, AJK setiap pertandingan yang terlibat juga telah menjalankan tugas masing-
masing untuk persiapan sebelum karnival sukan ini berlangsung dengan baik.
Gambar ini menujukkan kami sedang bermesyuarat untuk persediaan sebelum karnival sukan yang
dijalankan melalui Google Meet.

PERLAKSANAAN PERASMIAN KARNIVAL SUKAN

Gambar ini menunjukkan peserta-peserta pertandingan sedang mengisi kehadiran melalui aplikasi
MySejahtera.
Gambar ini menunjukkan peserta-peserta pertandingan mendengar taklimat sebelum pertandingan
dijalankan.

SKOP PERTANDINGAN

SUKANEKA

Sistem Perlawanan : Kalah Mati

Ahli pasukan : 5 Ahli(1 Kumpulan)

Masa : 2.20PM-5.00PM

Tempat : Gelanggang Bola Keranjang SMK Tamparuli

Kategori : Campuran

BUTIRAN PERTANDINGAN

Tarikh : 7- 9 Disember 2021

Masa : 2.20PM-5.00PM
Tempat : Gelanggang Bola Keranjang SMK Tamparuli

PROGRAM

Nama Program : Karnival Sukan Peringkat Pra Universiti SMK Tamparuli

Sasaran : Pelajar Pra U SMK Tamparuli

Tema : Majulah Sukan Untuk Negara

Penganjur : Pelajar Sains Sukan Pra U

PERANAN/TUGAS

Saya selaku AJK Kelas untuk Karnival Sukan peringkat Pra Universiti telah membantu dalam
menjayakan program ini.

Saya juga telah menjadi salah seorang peserta dalam pertandingan sukaneka yang telah
dilaksanakan sepanjang Karnival Sukan peringkat Pra Universiti berlansung.

Akhir sekali,saya juga telah membantu mengemaskan peralatan dan membersihkan persekitaran
setelah program berakhir.

PENYEDIAAN LAPORAN PERTANDINGAN

RINGKASAN BUTIRAN PERTANDINGAN


Pertandingan Sukaneka dijalankan pada jam 2.20pm pada 8 Disember 2021 sepanjang Karnival
Sukan ini berlngsung. Pertandingan ini dijalankan dengan 12 pasukan yang bertanding. Pertandingan
Sukaneka ini dilaksanakan dengan menggunakan sistem kalah mati bagi memudahkan pengurusan
sukan dilakukan serta dapat mencari pemenang mutlak untuk Pertandingan Sukaneka ini.

PROGRAM

Karnival Sukan Peringkat Pra Universiti

Acara : Pertandingan Sukaneka

Sistem Pertandingan : Kalah Mati

KEPUTUSAN AKHIR

Boling Kelapa : Kumpulan 4

Pindah Kacang Guna Penyepit : Kumpulan 6

Sambut Telur : Kumpulan 2

Sambut Belon Berisi Air : Kumpulan 5

Makan Biskut Atas Dahi : Kumpulan 3

JAWATANKUASA KECIL PELAKSANA BAGI PERTANDINGAN SUKANEKA

KETUA JAWATANKUASA SUKANEKA : OVIVIANA JINUS

PENOLONG KETUA : FRISCTINA YASANG

PENJAGA SETIAP STESEN :

Stesen 1 (Boling Kelapa) : Clarence Gimbun & Hyrond Lavender

Stesen 2 (Pindah Kacang Guna Penyepit) : Viva Vida Daris & Aubrey Edward

Stesen 3 (Sambut Telur) : Viviern Angel & Eldrika Owellia

Stesen 4 (Sambut Belon Berisi Air) : Arlilia Eva & Ina Merlyna

Stesen 5 (Makan Biskut Atas Dahi) : Fennyvella,Ailin


AJK BERTUGAS

AJK SOP :

Stesen 1 : Ainul

Stesen 2 : Norhidayuh

Stesen 3 : Syafiq

Stesen 4 : Noveanjelin

Stesen 5 : Roger

AJK STATISTIK DAN KEPUTUSAN :

Stesen 1 : Lovey & Edna

Stesen 2 : Patricia & Anne

Stesen 3 : Alverra & Rabiatul

Stesen 4 : Nadirah & Fatnun

Stesen 5 : Vun & Ronell

AJK KEBERSIHAN

-Jacklyne

-Navent
-Akmal

AJK HADIAH

-Sakinah

-Frescalisa

-Audrey Kay

PERLAKSANAAN PERTANDINGAN SUKANEKA

Gambar menunjukkan beberapa pelajar Sains Sukan Pra U mengambil buah kelapa untuk acara boling
kelapa.
Gambar menunjukkan Ahli Stesen 3 dan 4 sedang menyediakan telur dan belon berisi telur yang
digunakan semasa sukaneka.

Gambar sedang menunjukkan kami sedang menjalankan boling kelapa di Stesen 1.


Gambar menunjukkan kami sedang memindahkan kacang di Stesen 2.

Gambar menunjukkan kami sedang melakukan aktiviti sambut telur dan belon berisi air di Stesen 3
dan Stesen 4.

Gambar menunjukkan kami sedang mendengar taklimat berkenaan aktiviti makan biskut atas dahi di
Stesen 5.
Gambar menunjukkan ahli kumpulan kami setelah pertandingan sukaneka berakhir.

Gambar menunjukkan kami sedang mendengar taklimat sebelum bersurai setelah pertandingan
sukaneka tamat.

SEMASA PERTANDINGAN

Sepanjang Karnival Sukan ini berlansung, semua AJK yang telah terlibat menjalankan tugas
dengan penuh tanggungjawab dan komitmen. Mereka mempunyai semangat yang sangat tinggi
sepanjang mengurus program ini.

Semua pelajar yang terlibat juga telah menunjukkan semangat kesukanan yang tinggi.Ini telah
menyebabkan setiap acara sukan yang telah dipertandingkan sentiasa membawa semangat persaingan
yang tinggi dalam kalangan peserta.
Guru subjek Sains Sukan juga sentiasa bersama-sama dengan pelajar Sains Sukan Pra Universiti
sepanjang Karnival Sukan berlansung bagi memantau pelajar dan keadaan sekeliling.Penyampaian
Taklimat diberikan kepada semua pelajar setelah acara-acara sukan berakhir.

KERJASAMA

Sepanjang Karnival Sukan ini berlaku, acara-acara sukan yang dijalankan telah memberikan
banyak pengetahuan baharu disamping mewujudkan semangat kerjasama di kalangan pelajar Sains
Sukan Pra Universiti.Para AJK juga turut membantu dalam menjayakan karnival sukan ini.Kerjasama
yang erat antara satu sama lain telah memungkinkan program ini berjalan dengan baik dan lancar.

KREATIVITI

Semua AJK yang telah dilantik telah memberikan idea-idea kreatif untuk pelaksanaan Karnival
Sukan ini. Mereka telah berbincang tentang kaedah pengurusan program yang terbaik di samping
memerah idea-idea bernas untuk acara-acara sukan untuk Karnival Sukan ini. Usaha-Usaha yang
dilakukan oleh semua ahli AJK telah dilakukan dengan sebaik mungkin sebagai Pihak Penganjur
program ini.

SELEPAS PERTANDINGAN

Selepas perlaksanaan Karnival Sukan selesai, majlis penutupan yang ringkas telah dan
penyampaian hadiah telah dibuat.

Seterusnya, semua AJK pengurusan serta semua peserta telah mengambil gambar untuk dijadikan
bahan bukti bahawa Karnival Sukan berjaya diadakan selesai sahaja majlis penutupan dan
penyampaian hadiah dilaksanakan.
Selain itu, aktiviti pembersihan kawasan karnival telah dijalankan bagi memastikan kawasan
tersebut sentiasa bersih dan sedia digunakan oleh mana-mana pihak apabila diperlukan.

Akhir sekali, aktiviti post-mortem telah dijalankan untuk mengenal pasti kelebihan dan
kelemahan Karnival Sukan yang telah diadakan secara Google Meet. Kelemahan-Kelemahan yang
dikenalpasti akan cuba diperbaiki untuk pelaksanaan aktiviti yang serupa di masa hadapan.

PERBINCANGAN POST-MORTEM

Gambar menunjukkan perbincangan post mortem selepas Amali 1 secara Google Meet.

POST-MORTEM KARNIVAL SUKAN

KELEBIHAN
1. AJK memberi kerjasama dalam membuat perancangan dengan pantas dan dapat mengawal
kelancaran aktiviti

2. Hadiah yang lumayan

3. Aktiviti yang menarik


KEKURANGAN

1. Penglibatan peserta yang kurang menggalakkan


2. Pengurusan masa tidak mengikut seperti yang ditetapkan
3. Tugas setiap AJK tidak dijalankan dengan baik
4. Kekurangan peralatan seperti wisel semasa pertandingan bola tampar dijalankan
5. Disiplin pelajar tidak memuaskan
6. Kesukaran mengawal penjarakkan sosial.

CARA MENGATASI/LANGKAH PENAMBAHBAIKKAN

1. AJK yang dilantik menjalankan tugas dengan lebih cekap dan bertanggungjawab.
2. Memastikan peralatan cukup sebelum pelaksanaan aktiviti.
3. Membuat perancangan aktiviti yang lebih baik.
4. Menepati masa
Gambar ini menunjukkan penyampain hadiah sedang dijalankan
Gambar ini menunjukkan kami sedang membersihkan kawasan dan mengemas kerusi yang
digunakan.

Gambar ini menunjukkan bahawa Karnival Sukan ataupun Amali 1 telah berjaya
dilaksanakan.

RUMUSAN

Saya sangat gembira dan bersyukur kerana pelaksanaa program Karnival Sukan ini telah berjaya
dilaksanakan walaupun terdapat banyak cabaran dan kesukaran yang kami lalui sebagai penganjur
Karnival sukan ini yang merupakan Amali 1 bagi subjek Sains Sukan yang telah kami ambil sebagai
subjek elektif.

Saya juga mengucap ribuan terima kasih kepada pengetua dan guru penasihat subjek Sains Sukan
kami atas dorongan,dan tunjuk ajar yang telah diberikan kepada kami sepanjang pelaksanaan
program ini.
Akhir sekali, saya mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada rakan-rakan
seperjuangan yang telah berkongsi maklumat dan telah memberi kerjasama serta komitmen yang
tinggi dalam menjayakan Karnival Sukan ini. Sekian,terima kasih.

You might also like